November 7, 2011

Puding Jagung Delicious Edisi Aidiladha!

Tahun ini dah masuk kali ketiga Che Kay sambut Aidiladha di Borneo. Dua kali beraya sebelum ini Che Kay sekadar sediakan spaghetti untuk dimakan selepas sembahyang raya. Masa pertama kali beraya bersendirian, Che Kay semangat juga rebus ketupat dimakan bersama rendang ayam. Tahun seterusnya ketupat pon dah dilupakan. Sekadar makan di rumah orang lain saja.

Kali ini, Che Kay rasa semangat nak sambut Aidiladha. Kebetulan ada kawan-kawan dari tanah Malaya berkunjung ke sini. Sana sini Che Kay selak cari resipi apa nak masak. Godek-godek internet sampai jumpa resipi mudah nak buat. Bukan apa, 'kalau' diorang berkunjung ke rumah ada juga makanan yang Che Kay nak jamu.

Tak silapChe Kay resipi Puding Jagung yang nak dibuat ini mungkin kali pertama dicuba. Kalau silap, mungkin ini kali kedua. Che Kay dah lama tinggalkan minat memasak ni jadi tu bila cuba recall macam tak pernah buat puding ni. Kenapa Che Kay pilih Puding Jagung? Sebabnya tekak ni yang teringin nak makan dan sukatan resipi ni mudah! =)

Ini dia Puding Jagung Delicious Edisi Aidiladha!
Walaupon potongannya agak sememeh, Che Kay rasa sunggoh gembira.
Rasa puding ni just nice! Yang penting manisnya sedang-sedang aja.
Meh nak kongsi resipinya.

Puding Jagung
1 kampit agar-agar
1 tin susu cair
1 tin jagung krim
1 cawan tepung kastad
1 cawan gula
Air (sukat guna plastik agar-agar)

Che Kay gunakan jagung manis cap Adabi.
Sedap jugak jagung ni. Tak terlalu manis.

Malam raya tu ligat di dapur kacau puding ni.
12.30 pagi baru siap. Bila dah sejuk baru Che Kay simpan dalam peti ais.

Oh, ya! Cara-cara buat puding jagung ni Che Kay tengok di Tiub Kamu.
Terima kasih Jebateja sebab kongsi video~ =)


p/s: Oleh sebab kawan-kawan yang ditunggu tak datang,
Che Kay potong puding ni satu bekas dan bagi untuk jiran sebelah.

5 comments:

KiUk said...

sedapnyeee...
lama tak rasa puding jagung!!

eencyweency said...

puding jagung ni mmg favourite!sedap nye nampak!

Che Kay said...

KiUk & eencyweency : alhamdulillah sesedap rasa puding ni. =)

isabelle said...

kalo akak buat, mampuih pulak nak makan sorg2.
camna ye?
*cakap la "makan le, bukan nak gemuk pun." cakap la..

Che Kay said...

Kak Belle: makan le, bukan nak gemuk pun! hahaha. kalau tak habis tapaukanlah kat jiran2 sebelah ke awek2 di nursery ke~ hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...