November 27, 2009

~ Raya Raye Rayi Rayo Rayu ~

Ini bukanlah kali pertama berhari raya di sini.
Tapi inilah satu-satunya raya tanpa sanak saudara.
Tidak mengapa, bila lagi nak nak mencuba.
Inilah coretanku di Aidiladha...

Masjid pilihan kali ini adalah masjid tepi laut di Kampung Likas.
Terkejut melihat begitu banyak kereta, 4WD
dan bas mini yang bersusun tepi jalan.
Dalam kawasan masjid masih ada ruang
tapi di luar juga menjadi pilihan mereka.

Masjid ini agak luas, dan manusia yang datang memenuhi segenap ruang!

Lepas habis sembahyang, erm ramai juga la yang blah.
Tak sempat tok imam nak bagi khutbah.
Tapi yang kat atas ni selepas semuanya selesai.

Kau lihat! Kan dah kosong masjid ni.
Saje je la lepak lelama.
Nak tunggu kereta-kereti habis keluar dari masjid.

Hari ini umur lembu ni masih panjang....
Esok lusa siapa yang tahu.
Yang kat bawah ni pon sama jugak...
Erm...hidup.... macam-macam ceritanya

Che Kay dan Masjid...


Ha! jangan ingat orang bujang raya makan maggi!
Balik sembahyang terus selingsing lengan baju!
Yang atas ni rendang ayam bersama kentang!
Sedap!

Ala-ala hidangan di Aidiladha
Ada ketupat nasi, ada rendang ayam
Tak lupa biskut 'raya'! Kegemaranku Coklat Chip!
Air Bujang, Teh O panas.


Ha, sedap tak?
Ni pulak hidangan tengah hari.
Balik sembahyang Jumaat terus masak.
Masak pon yang senang2 je.
Meriah isi kuah ni. Ada cendawan, daging dan sayur.
Sendiri masak, sendiri makan, sendiri puji! Hihihi
Aktiviti Raya? Tengok TV je lah.... Huhuhu

Sekian...
Eh! Ada lagi!
















TERIMA KASIH CHEF WAN!
HAHAHAHA =P


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
MAAFKAN SILAP DAN SALAH YE

2 comments:

Zainatul Emelia said...

Patut la tulang ayam tu nampak hancur semacam... dah kena retort rupanya a.k.a rendang dari dalam tin .... sian dia... apapun, slamat beraya di rantauan no...

Che Kay said...

slamat raya emi. hehehe rajen sgtkan nak masak stakat tekak ni nak makan. janji ada benda nak makan. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...