November 12, 2009

Tangkap Mata: Bukan Rancangan Tangkap Muat di Astro

Selamat Pagi Semua!~

Cik Kay saja nak berkongsi cerita dengan kawan-kawan. Pagi-pagi lagi kawan Cik Kay yang dok depan meja Cik Kay kecoh-kecoh nak bercerita. Dengan wajah dia yang teruja, dia bersungguh-sungguh bercerita tentang TANGKAP MATA. Sebagai seorang insan biasa, Cik Kay sudah tentunya terasa blur-blur apakah yang membuatkan kawan yang seorang ini agak pelik daripada biasa.

Dia beria-ria minta email Cik Kay. Agak hairan la juga setelah lama bekerja, email Cik Kay pon dia dah lupa. Hampeh punya kawan! Hahaha. Cik Kay pon tunggu la email dia. Beginilah lebih kurang ayat email dia:

"ko penah dgr neobux x?klu kita klik dpt 1sen tu?
kt malaysia br nk bt,utk register kita dpt rm1,
kumpul la kwn sebelum 21 nov sbb leh dpt kembangkn lg rm 1 tu,
tp xbyk r bp sen jek,tp klu ramai byk la,
for further info g kt hyperlink bwh ni"
Bila Cik Kay dah pergi ke situ, Tangkap Mata ni rupanya salah satu platform pengiklanan rupanya.


Tangkap Mata a.k.a Catcheye Hehehe



Bagaimana Catcheye berfungsi?


Katanya Pengiklan akan menghantar iklan kepada Tangkap Mata. Kemudian penonton yang melihat iklan itu akan diberi ganjaran, selain akan diberi kepada badan kebajikan.

Kenapa Perlu Sertai Catcheye?
1.Korang akan diberi mata ganjaran dengan melihat iklan di sana yang mana mata ganjaran tersebut boleh ditukar kepada wang tunai atau hadiah lain.

2.Lagi banyak lihat iklan lebih tinggi peluang memenangi pelbagai hadiah menarik setiap bulan.

3. Macam2 la!

Apa kata cuba lihat maklumat lanjut di

p/s: Orang kata boleh la buat hasil sampingan di ketika bulan tua...hehehe ( Orang Sabah kata Bulan tua tu adalah similar dengan poket kering. hehehe)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...