December 1, 2011

Ombak Rindu Yang Bergelora!

30 November 2011 yang ditunggu sudah tiba! Filem yang dinanti-nantikan oleh kaki novel, penggemar cerita romantik, dan peminat Maya Karin, Lisa Surihani dan semestinya yang gila angau kat Aaron Aziz tak sabar nak serbu panggung. Che Kay agak Shu Diva Lab dan Cik Wan Kembang mesti dah beli tiket nak tengok hero pojaan diorang. Terbayang-bayang betapa 'seronok'nya diorang.


Hari ini ada sorang kawan bernama Che Im dengan murah hatinya belanja Che Kay. Dia tahu Che Kay pon tak sabar nak tengok. Jadi malam tadi kami ke Growball Cinemax di Centre Point. Malam tadi ada show jam 9.20 malam dan 11.35 malam. Kaedahnya show pertama fullhouse! Show kedua pon hampir penuh. Yang tinggal pon tempat duduk paling depan. Kami pon beli tempat duduk asing-asing. Che Im duduk depan seat Che Kay. Tup-tup ada show tambahan jam 12 malam. Gile ramai orang serbu panggung malam ni.


Rasanya ramai dah tahu Ombak Rindu ni berkisarkan kisah seorang perempuan yang berterusan dirundung malang. Kisah dukanya silih berganti. Baru hendak merasa nikmatnya kasih sayang, ada saja yang menghalang. Secara amnya kisahnya seperti cerita-cerita duka lara yang lain, tetapi entah mengapa filem ni masih berjaya merobek hati-hati mereka yang menonton (termasuk la tukang taip ni). Kiri kanan dan depan Che Kay ramai yang tersedu malah dok kesat-kesat air mata.

Sebelum wayang mula, ada sorang jantan sebelah Che Kay punya la bising dok gebang kat awek dan kawan-kawan awek dia yang dia takkan menitiskan air mata. Bila wayang dah mula, dia dok bising dan gelak itu ini sampai aku pon nak naik angin. Makin lama dalam panggung, dia senyap. Kaedahnya JANTAN tu emo uols!!! Terutamanya babak si Aaron menitiskan air mata. Kantoi dengan kawan awek dia yang dia kesat air mata! haha. (Aku pon ada jugak syahdu tapi pandai-pandai cover dengan tongkatkan muka di tangan. Sambil tu kesat air mata dengan jari kelinking).


Pesan Che Kay tak kisah lah sama ada kamurang pernah baca novel ni ataupon tidak, terima saja apa yang dipaparkan dan tidak berharap 100% kisah dalam novel dilayarkan. Membaca dan menonton pasti ada bezanya. Masa scene di batu-batuan tepi laut, Che Kay terus teringatkan cover novel. Aduhai cantik sungguh pemandangannya. Kemudian ada beberapa babak yang ala-ala genting tu perasaannya sama macam dok baca dalam novel.


Ada satu babak tu Che Kay rasa macam filem hindustan pon ada macam cerita Sembilu Yusuf Haslam pon ya. Babak tu bila si pelakon usung beg dalam hujan yang sunggoh lebat. Babak-babak lain yang ala-ala menyentuh perasaan masa diorang usap-usap jam tangan. Simple tapi penuh bermakna. Argh tak tau nak taip apa. Yang penting Che Kay betul-betul enjoy menonton lakonan sedih si Maya, si Aaron yang ala-ala ego gaban tapi akhirnya menjadi puding, dan semestinya Lisa yang berubah terus dari watak-watak sebelum ni. Ayat Lisa yang terkenang-kenang adalah "Itu bukan redha namanya itu pasrah. Redha tu ikhlas". =)

Cuma Che Kay nak pesan kalau ada mak bapak atau abang kakak yang nak bawak anak-anak mahupun adik-adik bawah umur tu rasanya lupakan saja. Kita yang di atas umur ni pergi enjoy dan berjiwa-jiwa sudahlah. Bukan apa, Che Kay rasakan mana-mana filem yang ada babak-babak kelab malam serta aksi mesra orang dewasa ni lebih baik tidak ditontonkan kepada mereka. Apa pon terpulang pada diri masing-masing. Oh ya, semasa babak-babak si Maya Karin berkemban dan si Aaron nak mesra-mesra dengan Maya, gemuruh jantan-jantan bersorak dalam panggung!

Sebelum masuk panggung sempat jumpa diorang~
Kau pikir diorang semua mau datang KK ka untuk opening malam tadi.
Dalam mimpi boleh la. Haha =P

p/s: Sila bawak tisu masuk dan menitiskan air mata puas-puas. Baru la syok layan cerita sedih!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...