Kehadapan adik Gegurl yang dikasihi. Semoga sihat sejahtera dan sentiasa hendaknya dibawah lindungan Kaabah.
Ter'update'nya blog pada hari ini hanyalah semata-mata untuk adik Gegurl. Kak Jemah faham perasaan adik Gegurl ketika ini. Sudah semestinya hatimu pedih terhiris sembilu dusta yang teramat tajam. Kak Jemah amat simpati dengan nasibmu wahai adikku. Adakah ini dugaan yang perlu ditempuhi sepanjang ikatan kasih setiamu bersama Boboi?
Kak Jemah tak ada kata-kata indah untuk menyenangkan hatimu. Kak Jemah pon tak terdaya untuk fikirkan apakah yang terbaik untuk kamu lakukan. Mungkin kata-kata akak yang bertudung dalam video ini dapat menyejukkan dirimu.
"Dunia cinta itu bukan satu dunia yang kotor, ia adalah dunia yang luhur dan murni. Asal saja kita jangan sampai dikuasai cinta."
Dan di sini Kak Jemah nak tujukan lagu kat adik Gegurl. Lagu ni nyanyian diva pujaan Kak Jemah. (Bayangkan kalau Boboi yang dedikasikan lagu ni khas buat Gegurl...)
"Cinta, tak mungkin relakan,
terpadam cahaya ketulusan,
Sampai terjadi selamanya ku dipinggirkan,
Andai takdir mahu kita beriringan."
Akhir kata Kak Jemah ucapkan semoga adik gegurl berjumpa dengan cahaya kebahagiaan...
Ikhlas,
Kak Jemah a.k.a Penulis Jemputan
Nota Kaki Buat Gegurl: Ang paham ke ape yang disampaikan? Sebab bila baca balik macam tak paham pulak. Ni kalau karangan PMR ang bagi E jugak ka? hehehe
No comments:
Post a Comment