December 29, 2011

My Favourite Album 2011 ~

Hari ni dah 29 Disember. Dah tak lama Januari nak menjelma pulak. Nanti bolehlah kita berlagu Januari Si Glenn Fredly puas-puas. Tapi sebelum nak berlagu, rasanya tahun ni ramai jugak penyanyi-penyanyi hebat keluarkan album. Contohnya Ning Baizura (diva pujaan ok!), Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Yuna, Anuar Zain dan ramai lagi. Tahun ni boleh tahan juga la Che Kay membeli cd. Dah jadi macam hobi pulak ye kumpul cd-cd ni dari zaman discman. Walaupon zaman sekarang ni zaman sedut-menyedut, Che Kay tetap dok beli cd  (terutamanya yang minat la ye).


Inilah antara koleksi cd Che Kay untuk tahun ni. Ada lagi dalam kotak. Malas nak susun banyak-banyak. Antara yang Che Kay rajin ulang dengar album Najwa, Kaer, Altimet dan Reza Salleh. Yang tak disebutkan tu pon rajin ulang. Tambah-tambah bila pertama kali beli terus ulang dengar satu hari. Orang bilang sampai meresap penghayatan dalam hati (katanya!).

Tapi kan, walaupun Che Kay rajin ulang dengar album-album kat atas, ada satu album ni paling top ulang dengar tahun ni. Boleh diiktiraf sebagai favourite 2011 di antara album-album lain. Dalam kapal terbang, dalam bas, dalam kereta, masa naik motor mahupon masa nak lelap mata, Che Kay tak jemu dengar suara penyanyi ni. Erm entah la. Nak kata suara dia hebat macam Anuar Zain tu tidaklah. Tapi lagu-lagu dia melekat dalam hati.


Inilah kegemaran 2011 Che Kay! Penyanyi dia bernama Hary Nianti. Ha~~~ mesti ramai yang berkerutkan tertanya siapakah dia ni. Dia ni salah seorang penyanyi Sabah. Kada Pologoso ni adalah album pertama Hary. Dia berasal dari Beluran dan sekarang bekerja Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, KL. 

Pertama kali Che Kay dengar lagu-lagu dia ketika lalu booth Pusakag Productions. Masa tu tengah Kemuncak Pesta Kaamatan. Singgah la booth tu sebab lagu-lagu dia macam best.Balik-balik dok ulang singgah booth. Bila di tengok harga album dia, terus Che Kay undur selangkah ke belakang. Bukan apa, dalam poket kekurangan ringgit. Kalaulah dapat beli masa tu mesti dah dapat autograph si Hary Nianti ni.

Nak seribu daya kan. Bila dah cukup ringgit, Che Kay gigih cari Pusakag Productions di Donggongon. Dapat-dapat je album ni terus layan sampai lebam! Che Kay suka lagu-lagu Hary Nianti yang berentak slow-slow. Dalam album ni ada 11 lagu, dari bahasa Kadazan, Dusun Labuk, Melayu dan juga satu lagu english. Walaupon Che Kay tak faham bahasa Kadazan Dusun, tetap layan ye lagu-lagu dia. Antara favourite Che Kay adalah Kada Pologoso, Ku Sempurna, Poilo Isio, Raara Beluran, Mandad Sisimba 2 dan Tikid Tadau. Adakah dia ada X-Factor sampai Che Kay boleh ulang dengar lagu dia? Mungkin... Kalau nak dengar promo dalam album dia bolehlah ke sini.




Kotohuadan Hary Nianti! Kohinapai ko no daa~ =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...