Seumur hidup ini Che Kay tak pernah dapat apa-apa hadiah yang seangkatan dengannya daripada kawan-kawan. Ketika hadiah ini diletakkan di tangan, Che Kay bagaikan tidak percaya. Sebab memang tak pernah ada sesiapa berikan minyak wangi. Kebanyakkannya Che Kay beli sendiri tak kira la murah mahupun yang mahal. Sejak ada hadiah pemberian seorang teman yang begitu baik hati, diri ini kuat berangan. Adakah sesuai dengan haruman yang dipakai?
Sejak hari pertama menyemburkan haruman di badan, diri ini sungguh perasan. Ketika duduk mahu pun berjalan, rambutku terasa bagaikan bewarna blonde. Walau pun daku memakai tshirt bodoh lagi hodoh, diri terasa seperti memakai dress berkilauan Farah Khan. Hatta ketika selipar Asadi kegemaran yang disarung di kaki bagaikan high heel 5 inci.
Bila berjalan ke kedai runcit, terasa seakan berjalan di atas karpet merah. Dan terus berkhayal seumpama ramai mata yang memandang daku kerana wangi haruman yang dipakai menusuk ke hidung mereka. (Hahaha berangan!)
Che Kay tahu hadiah ini seharusnya diberi kepada spesis yang sewajarnya. Tapi oleh sebab ini adalah pemberian untuk diri ini, Che Kay menggunakannya seadanya. Dan Che Kay sunggoh suka baunya. Jadi Che Kay tak kisah nak gunakan minyak wangi ni. =)
Kepada temanku, terima kasih dari sudut hati yang paling dalam.
Semoga tuhan akan murahkan rezekimu~ =)
Lagu ni antara yang Che Kay suka.
Agak-agaknya perfume apa yang Britney pakai awal video ni ek?
p/s: Fantasy, everybody has one...
No comments:
Post a Comment