December 25, 2011

Selamat Bergembira Semua!!! =)

Ketika ini awan masih meriah dihiasi dengan pelbagai warna percikan bunga api. Kemeriahan suasananya sungguh terasa. Tambahan lagi dengar suara kanak-kanak yang sedang galak ketawa sesama mereka. Mungkin sedang menantikan Encik Santa membawa hadiah untuk mereka. Sudah tentu kawan-kawan yang Che Kay kasihi juga sedang berbahagia bersama keluarga masing-masing.

Dikesempatan yang ada, Che Kay mengambil peluang ini untuk mengucapkan Merry Christmas buat adik beradik angkat Si Anne April, Si Girukh, Abg Long Martin, Mar Max Ag yang dikasihi. Semestinya Anne dengan Girukh sedang meriah beraya di Kundasang, kampung halaman mereka. Tak tau pulak sama ada Abang Long Martin ikut bersama ke tidak. Semoga bergembira di sana. Dan sudah pasti acara yang lebih membahagiakan sebab 2-3 hari lagi Abang Long dan Girukh nak bertunang! =)

Buat kawan-kawan yang lain juga tidak dilupakan terutamanya buat Popo Chris yang dikasihi, Flora Chris, Edwid, Kak Jane Mokujin, Sandra Teo yang jelita (dengar cerita beraya di Labuan), Stella Dazey, Jess Will, Chang, Sophie Liew. (Ada lagi ke yang Che Kay lupa? erm...) Termasuk semua-semua yang mengenali diri ini, Che Kay ucapkan  Happy Christmas. Pastinya kamu semua mesti sedang bersuka ria di kampung halaman. Selamat bercuti dan Selamat Tahun Baru~

Terimalah lagu ni dituju untuk semua ~~~



p/s: Tak mengapalah walaupon si JB yang menyanyi lagu ni.
 Che Kay masih suka versi Mariah Carey nyanyi solo =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...