December 9, 2011

Bila Che Kay Blur ...


Rasanya dah berbulan lamanya Che Kay tak menikmati sarapan pagi kegemaran. Seingat Che Kay la kan, kali terakhir jejakkan kaki di kedai tu sebelum bulan puasa. Jadi kelmarin dulu perut ni teringin sangat nak makan Mee Tauhu, maka sampailah diri ini ke sana. Bila dilihat kepada jam di tangan, kemungkinan sarapan kegemaran ni dah habis. Sebab pernah 2-3 kali Che Kay pulang kehampaan. Nak dijadikan cerita Che Kay jadi blur-blur berkomunikasi dengan budak yang datang ambil pesanan.

Che Kay: Dik, Mee Tauhunya ada lagi ka?

Adik: Minum?

Che Kay: Ada Mee Tauhu?

Adik: Minum?

Che Kay: Masih ada lagi ka dik Mee Tauhu? (Dalam hati macam nak membara ja)

Adik: Minum?

Che Kay: Ko bagi saya Lemon Teh panas satu.

Adik: (Terus blah dari meja)

Aiyoooo Aku jadi blur di situ. Kaedahnya bila aku tanya Mee Tauhu ada ke tidak haram dia tak jawab mahu pon beri signal atau gerak badan yang Mee Tauhu masih ada. Kan dah jadi aku tanya soalan berulang-ulang. Rasa nak marah pon ada bila dia dok tanya minum, minum, minum. Aku nak makan Mee Tauhu la. Hehehe. Tu la kaedahnya bila komunikasi tak berkesan berlaku. (Dah la sekarang ni aku senang jadi blur-blur. Adakah faktor peningkatan usia?)

p/s: Mee Tauhu nampak macam bodoh, tapi rasanya sedap! =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...