April 8, 2011

Main Masak-Masak! : Ayam Masak Hitam

Hari Isnin lepas, Che Zabed dan Che Nash ajak Che Kay main masak-masak.
Kebetulan dah lama tak masak. Selalu bagi je Agong adalah dapat makan.
Tak pun asyik suruh *Mak Angkat je yang masak. (sebut sebagai *mamak).

Oleh sebab Che Zabed nak makan ayam,
dia dan Che Nash sediakan bahan-bahan.
Che Kay jadi tukang gaul dan tukang masakkan lauknya.
Tak sangka la pulak main campak-campak macam Chef Wan,
sekali sedap la pulak masakan hari tu!
Sampai Che Zabed gaul nasik dgn sisa kuah dalam kuali!

Nama lauk ni Che Kay panggil Ayam Masak Hitam.
Che Zabed panggil Ayam Sambal Kicap.
Tak kisahlah nama dia apa pun, yang penting sedap!
Hehehe.

Resepi Ayam Masak Hitam (versi orang bujang)
2 bahagian paha ayam
Cili Kering
Bawang Putih
Bawang Besaq
Lada Hitam
Asam Jawa
Kicap

Cara-caranya:
Cili kering yang direbus dikisar bersama bawang putih dan bawang besaq.
Campuran yang dikisar digaul bersama ayam.
Tambah kicap, lada hitam dan air asam jawa.
Gaul rata dan biar perap bersama ayam.
Panaskan sedikit minyak, kemudian masukkan seluruh
bahan-bahan yang diperap.
Masak guna api kecik sampai masak.
=)

p/s: Semua ni berkat kerjasama, tu yang sedap! hehehe. Btw mula-mula makan rasa macam daging masak hitam yang mak selalu masak hitam.

8 comments:

What's luv gotta do ? said...

looks delicious too.. boleh la saya cuba selepas ni =)

Che Kay said...

Luv> hihihi btw sebab dah tak sabaq nak makan tak da deko2. tu yang sememeh gambaq lauk ni. hehe.

Mrs. Al said...

boleh jadi saya penggemar makanan ke 2

suya said...

sedapnye!kecoq ayaq liuq!

Che Kay said...

Scheira> hehehe boleh jugak. nak jemput saya menjadi penulis tamu di blog anda? hihihi

Suya> serius sedap. tak sangka aku pandai masak. hahaha

tikuzza said...

menarik.....msti sedap nih...

encikReza said...

makan ramai²
pas masak ramai²
memang layannnn..

Che Kay said...

tikuzza> try la masak~ hihi

encikReza> memang layan sunggoh~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...