Jumaat, 4 hingga 5 petang merupakan antara waktu kegemaran Che Kay. Ketika ini saya rasa segala tekanan kerja dapat dilepaskan melalui aktiviti ini. Sejak aktiviti senam berirama ini dijalankan di pejabat, rasanya baru 2 kali saya tidak dapat menyertainya. Mungkin bagi lelaki-lelaki lain aktiviti ini tidak macho dan tak jantan tapi saya peduli apa. Dengar muzik goyang-goyang badan kemudian peluh tak hengat! Ada kalanya sampai basah lantai. hehehe
Seperti biasa Jumaat lepas penuh dengan drama di ofis. Saya cuba sedaya upaya untuk selesaikan segala kerja yang boleh dilaksanakan. Yang mana tak sempat telah saya selesai pada hari berikutnya. Aktiviti senam berirama hari tu sungguh menyeronokkan! Sebab kali ini instruktor yang hadir memberikan langkah-langkah yang lebih teratur berbanding minggu sebelumnya.
Seperti biasa Che Kay terkinja-kinja mengikut langkah sambil membayangkan berada di tempat 'cucuk langit'. Yang penting kita enjoy dengan aktiviti kegemaran. =) Hendak dijadikan cerita, ketika kaki melangkah ke motor, mata ini menangkap sesuatu bewarna MERAH! Sepatutnya warna tersebut tidak harus sama sekali dilihat mana-mana mata termasuklah mata ini!
Terus Che Kay tersipu malu keseorangan!!!! Nasib baiklah tak kena gelak masa senam berirama! Kalau tak memang kaki ini tak kan jejak lagi ke 'lantai tari'!!! ish ish ish sungguh tak patut insiden tersebut. Tapi apa nak buat, kena redha je.... =)
p/s: adakah punggong ini semakin tajam? hahaha sunggoh loklaq!
5 comments:
ya rabbi !!!!! hehehe
oh tidaaaakkkkkkkkk!!!
agak2 ada org nmpk x?
luv> memang tepuk dahi sorang2 bile sedar.
Kak belle> Tak tahu la orang nampak ke tidak. dah la di barisan paling hadapan! kalau nampak pon kiranya diorang baik hati sebab tak gelakkan saya. hehehe
mak aiiii
besOrrrrrnyerrr....
hahahaha apa ni kay...
Post a Comment