March 24, 2009

Biskut Cip Coklat ala Mak Konah

Baru-baru ni ketika Konah pulang ke kampung halaman, Konah berjaya mencari buku resepi turun temurun bonda Konah. Bukunya agak usang dan sudah ada tanda-tanda gigitan Cik Ti dan Cik Pas. Sayang sungguh melihat keadaan buku itu. Buku ni merupakan buku diari tahun 1980. Jadi cik-cik, puan-puan, abang-abang dan sekelian umat bayangkan berapa banyak resepi yang telah ditulis dalam buku ni. Tu belum lagi resepi yang Konah tolong salinkan ketika zaman Konah minat memasak. Masa tu zaman awal kemunculan idola Konah kat TV, siapa lagi kalau bukan Chef Wan. hihi. Ketika belek buku ni, Konah jumpa satu resepi yang paling laris kalau keluarga Konah hidang ketika hari raya. Jadi kawan-kawan, silalah cuba resepi kegemaran Konah! :)


Bukan gambar sebenar

Biskut Cip Coklat

150g Marjerin
230g Gula
70g Telur
4g Esen Vanila
200g Tepung Gandum
120g Corn Flakes
110g Kacang Walnut atau Badam
110 Cip Coklat
Baking soda
 Baking powder

Cara-cara:
1. Pukul Marjerin dan gula dengan kelajuan perlahan hingga gula hancur.
2. Ayak tepung, baking powder, baking soda.
3. Masukkan telur ke dalam adunan marjerin dan gula dan masukkan sedikit esen vanila
4. Masukkan semua tepung
5. Masukkan cornflakes dan kacang, pukul perlahan
6. Masukkan cip coklat dan pukul sekejap
7. Masukkan adunan ke dalam peti sejuk selama 30 minit
8. Keluarkan dan bentukkan seperti bebola
9. Masak dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celsius selama 20-25 minit
10. Dah siap boleh makan! Yea! :)

Itu dia, senangkan! Kalau rajin cuba la.   

5 comments:

aDie dALi said...

tu pict hiasan or yg u buat kak konah??? nie akak kan??? :P

Kay Faizal said...

kan bawah pic tu ada bukan gambar sebenar. :P

Fadzli said...

tak penah lg aku jumpe resipi telur sukat pakai gram. biase biji..

suhanazainal said...

huhu dulu mase peknenkan syamiel aje tetibe aku rajin nak wat choc chip cookies nih. apsal tah tetibe rajin. tu je la sekali aku wat. huhu....

Kay Faizal said...

wahai papasyamiel, telur kan ada byk gred. so cari la gred telur yang ala-ala menghampiri berat itu. kaedahnya itu yang resepi diberi. aku pon ikut je. tapi selalu hentam je. janji jadi. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...