Ketika di zaman persekolahan, kami sebagai pelajar tidak punya ruangan meluah rasa di alam maya seperti remaja masa kini. Hatta, alamat elektronik juga tidak pernah dikenali. Yang kami tahu, bertukar surat, bertukar kertas dan juga bertukar kad tanda ingatan. Tidak dilupakan, bertukar komik sesama sahabat handai. Melihat himpunan surat dan kad, aku terkenangkan seorang sahabat yang dahulu umpama matahari yang menyinari hidupku. Dialah yang menceriakan hidup yang ketika itu agak muram dan sunyi di satu daerah asing. Sudah lama aku tidak ketemu sahabatku ini. Aku harap dia bahagia dengan hidup yang ditempuhinya.
Di sini aku ingin berkongsi satu tanda ingatan Cik Aniza buat diriku. Bila aku baca pantun khas itu, sering aku ketawa. Inilah kali pertama ku membaca pantun 34 kerat. Ingin baca? Sila lihat di bawah.
Sila klik kad untuk melihat imej yang lebih besar.
Di bawah adalah pantun 34 kerat yang ditaip semula:
Oyang Sedara aku suaranya garau,
Besor pulak matanya,
Sup kegemaran tongkeng campur ngan kaki,
berperisa durian campur strawberi,
Hobinya pelik suka jual kain,
Benggali pun kalah,
Akhirnya jual 'spenda',
Buayafriend dia pula suke sangat kentot,
sebab baru je tertelan ubat julap,
Tahan malu mukanya toya,
Mana taknya tengah jalan-jalan,
Setiap rancangan mesti ada iklannya,
"Belilah sabun cap bontot unta" & sambung balik cerita,
Control punye control tiba-tiba jatuh dalam perigi,
Lupa plak aku, perigi mana ada atas bukit (itm),
Sebenarnya aku pun tak tahu apa yang aku cerita,
Cume nak buat lawak bodoh je,
(Yg kat atas ni baru perangkap pertama, penat pulak tulis control,aku sambung tulis biasa ajelah ye!)
Tak pernah aku jumpa makhluk macam kau,
Paling pongek dalam dunia,
Tetapi suke (nota: tak perlu taip ayat ni),
Walaupun suke membebel dan menari,
Engkau lain daripada yang lain,
Dahlah tu suke Basirah,
Semoga engkorang bahagia,
Sehingga ke anak cucu, cicit dan cocot!
Maafkan aku jika terbetul cakap,
Aku harap dan berdoa kau berjaya,
Di dalam SPM '98,
Serta di AKHIRAT juga,
Sebelum aku terlupa,
Terima kasih di atas kek yang kau beri,
Sampai aku cirit birit!!!
Tapi bila lagi,
Dapat makan kek beracun FREE...
Di bawah adalah pantun 34 kerat yang ditaip semula:
Oyang Sedara aku suaranya garau,
Besor pulak matanya,
Sup kegemaran tongkeng campur ngan kaki,
berperisa durian campur strawberi,
Hobinya pelik suka jual kain,
Benggali pun kalah,
Akhirnya jual 'spenda',
Buayafriend dia pula suke sangat kentot,
sebab baru je tertelan ubat julap,
Tahan malu mukanya toya,
Mana taknya tengah jalan-jalan,
Setiap rancangan mesti ada iklannya,
"Belilah sabun cap bontot unta" & sambung balik cerita,
Control punye control tiba-tiba jatuh dalam perigi,
Lupa plak aku, perigi mana ada atas bukit (itm),
Sebenarnya aku pun tak tahu apa yang aku cerita,
Cume nak buat lawak bodoh je,
(Yg kat atas ni baru perangkap pertama, penat pulak tulis control,aku sambung tulis biasa ajelah ye!)
Tak pernah aku jumpa makhluk macam kau,
Paling pongek dalam dunia,
Tetapi suke (nota: tak perlu taip ayat ni),
Walaupun suke membebel dan menari,
Engkau lain daripada yang lain,
Dahlah tu suke Basirah,
Semoga engkorang bahagia,
Sehingga ke anak cucu, cicit dan cocot!
Maafkan aku jika terbetul cakap,
Aku harap dan berdoa kau berjaya,
Di dalam SPM '98,
Serta di AKHIRAT juga,
Sebelum aku terlupa,
Terima kasih di atas kek yang kau beri,
Sampai aku cirit birit!!!
Tapi bila lagi,
Dapat makan kek beracun FREE...
Siaran Akhbar:
Berdasarkan kad di atas, untuk makluman semua, saya tidak bertanggungjawab atas kejadian kek beracun itu. Kek itu telah terjatuh ke lantai depan lab biologi. Atas kesepakatan kami, kami terus selamatkan bahagian yang tidak tercemar untuk meraikan majlis hari jadi. Selain itu, saya masih tidak mengerti apakah maksud 'pongek' yang sebenar. Saya cuma tahu 'pongek' dapat disinonimkan dengan diri saya. Saya juga ingin menerangkan bahawa saya dan Cik Basirah (ketika itu) tidak lebih daripada hubungan rakan sekelas. Perhubungan kami tidak pernah melibatkan percintaan. Ini semua hanyalah propaganda Cik Aniza. Setakat ini kenyataan daripada pihak saya.
Selain hadiah kad daripada Cik Aniza, kad di bawah sampai di tangan ketika aku menghadapi satu tekanan paling dahsyat pernah. Dengan adanya kad ini, hatiku berbunga kembali. Aku sungguh terharu melihat tuan empunya kad begitu gigih mereka kad yang istimewa buatku. Dia menggunakan kerang yang sebenar dan ditampal atas kad. Puan Aida, hanya ucapan terima kasih dapat diucapkan atas pemberian kad itu.
Kiri: Kad Kerang Puan Aida
Kanan: Puan Aida bersama Putera Aijaz
~Faizal~
2 comments:
hhahaha...terharu bila tgk u still keep besday card that i gave to u 7 yrs ago..........a good frens is someone who always remember the "good old days".....:) good luck for ur future undertaking kay kay...
trus teringat kek coklat c pejal, :)
Post a Comment