Malam tadi ada siaran ulangan Oscar di ntv7. Memandangkan siaran TV percuma tak banyak pilihan untuk ditonton, maka Konah selang seli menonton Gilmore Girl dengan Oscar. Dalam pertengahan menonton TV, tiba-tiba Konah geli hati bila tengok pelakon-pelakon Hollywood. Ada sekali tu Konah gelak-gelak bersama seorang kawan di rumah dia. Semua gara-gara Konah memversikan pelakon Hollywood jadi versi Malaysia berdasarkan gambaq red carpet Oscar dalam surat khabaq. Ye la bosan la bila wartawan Malaysia asyik bagi gelaran artis kita versi Hollywood. Kadang-kadang tu tak sesuai langsung versi yang diorang bagi. Mungkin nama artis yang digunakan dalam gambaq dah lemau, tapi memang sesuai sangat Konah bagi pada artis Hollywood ni. Sebab utama kisah diorang kan lebih kurang sama je. Hehehe :P
~Konah Kelabu~
No comments:
Post a Comment