March 19, 2009

Mau Sepinggan!

Hari Sabtu lepas, aku terpaku melihat satu bangunan oren berdekataan dengan Terminal Bas Shahab Perdana (Aloq Setaq). Dua orang ahli pengakap muda dalam kereta keriangan masing-masing hendak cerita pengalaman mereka ke bangunan oren tu. Berbekalkan duit amal jariah daripada pengakap pencen, aku bersama ahli pengakap muda menuju bangunan oren tu. Buat makluman, inilah kali pertama aku jejak kaki ke restoran makanan segera buat tahun ni. Ye, aku mengikuti program boikot macam-macam jenama termasuk restoran makanan segera. Tambah sedikit info, sekarang ni aku bukan meneruskan boikot, tetapi hasil program tu aku boleh hidup tanpa barang-barang jenama yang dimomokkan kepada kita sejak kecil. Hasilnya aku rasa sudah jatuh cinta dengan produk keluran tempatan. Sebagai contoh, aku sudah tertawan dengan produk yang memenuhi kehendak syarak. :D

Berbalik kepada hal restoran makanan segera yang berwarna oren. Restoran ni bukan restoran 'Si Badut Kuning' (SBK) atau pun restoran 'Tok Wan Janggut'(TWJ) yang popular tu. Restoran ni rupanya hasil daripada pengusaha bumiputera yang mementingkan halal. (Tetiba teringat berita pasal ayam yang tak sembelih dalam TV tadi. Sungguh c#$%ka pengusaha ayam itu!). Restoran oren ni aku rasa dah glamour, cuma aku baru saja tahu kewujudan secara nyata. Sebelum ni ada dengar ura-ura syarikat ni nak bukak restoran yang boleh memberi saingan kepada restoran SBK dan TWJ. Siapa dah tahu restoran oren ni restoran apa? Ya, apa lagi kalau bukan RADIX FRIED CHICKEN (RFC)! Hahaha bila kita tahu nama dia mesti kita teringat restoran TWJ kan! Mari aku nak kongsi cerita pengalaman pergi makan kat RFC. Bila masuk je RFC ni, semua pekerja pakai tudung bersama uniform oren. Erm Zahid AF2 mesti suka. Ye la dia kan mamat oren. :D Bila ku lihat menu, apa yang boleh disimpulkan, RFC memang boleh memberi saingan kat TWJ! Konsep makanannya hampir sama. Bila kata hampir sama tu, kawan-kawan sila bayangkan yang produknya lebih kurang TWJ. Cara hidang pon sama. Produk dia ada la lain sikit dari segi burger. Ada burger sambal! hehe. Airnya pulak semestinya Kola Radix! Kopi Radix (Mau Secawan) pon ada bersama Jus Roselle.

Sumber: http://jawiherbshop.blogspot.com/2008/05/rfc-satu-altenatif.html


Aku agak resah masa menunggu nak pesan makanan. Ramainya orang yang nak makan RFC. Masa tu boleh katakan 100% orang kita. Dan semestinya restoran ni jadi pilihan keluarga yang sungguh Islamic ( ni berdasarkan gaya penampilannya ye). Aku rasa kebanyakkan yang datang ni mungkin takkan jejak kaki meraka kat restoran TWJ (Boleh gitu kataku!). Pekerja-pekerja RFC nampaknya agak kelam kabut nak uruskan pelanggan masing-masing. Sampaikan ada dua tiga orang pekerja agak kelam mata sampaikan tak tau nak buat apa. Balik-balik diorang panggil pengurus restoran untuk tolong diorang. Ye, aku faham mungkin diorang mungkin baru lagi bekerja. :) Bila sampai giliran, aku pesan set ayam goreng 3 ketul (bersama kentang putar, sayur dan roti bun) dan set kanak-kanak riang untuk seorang pengakap muda. Seorang lagi pengakap muda berkongsi makanan dengan aku. Nasib baik pekerja yang ambil pesanan aku sungguh cekap. Sekejap je aku dapat semua makanan. Harga, erm lebih kurang macam TWJ dan mungkin lebih murah beberapa puluh sen.

Selepas tu, aku dan pengakap muda naik ke tingkat atas untuk menikmati makanan kami. Sambil-sambil tu mata meliar melihat konsep restoran ni. Dalam hati boleh tahan jugak, walaupun ada persamaan dengan konsep restoran TWJ. Yang penting restoran ni memang OREN dan juga sejuk! Makanannya, licin ye aku dan pengakap muda makan. :) Sebelum balik, sempat beli bungkus untuk di makan bersama ahli keluarga yang lain. Secara amnya, masih ada ruang untuk pihak RFC memperbaiki sama ada daripada bahagian servis kaunter mahupun produk makanannya. Mari sokong produk tempatan yang halal. Yang penting aku MAU SEPINGGAN! hehehe

p/s: Sedih la tak de kamera, kalau tak mesti dah puas beraksi bersama dalam RFC. :( Mari tengok gambar kat bawah.


Packaging RFC

Ha, ni dia yang ada dalam kotak! Yum Yum!

~Kaykay~

5 comments:

Zunaidi Dali Great Eastern said...

sedap ker??? mcm kfc ker???

Che Kay said...

"Mak saya kata Sedap!" - iklan kola radix. hihi. sedap je makan. sungguh rangup!

grafreak said...

tak pernah rasa tapi tahu kewujudan. awal tahun ari tu buat projek newsletter dengan MEDEC UiTM. ada la kuar news pasal RFC ni. rasanya baru satu cawangan kot.

nanti mai KL sila la tapau barang sebucket.

Che Kay said...

ish tak silap aku ada lebih daripada 2. kat sg petani ada, aloq setaq, padang serai.

nak tapau ye. tgk la kalau rajen. :D

izzreen_ishak said...

ku tunggu kedatangan RFC di shah alam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...