March 12, 2009

Misi Membongkar Harta Karun (Siri 1)

Ketika diri bergelut dengan kehidupan yang tidak pasti, mengenang kembali saat yang telah berlalu pasti membahagiakan diri ini. Walaupun bahagia hanya seketika, kenangannya amat berharga. Setiap impian yang pernah berbunga, pasti akan ada yang layu seiring masa beredar. Bila membongkar kembali khazanah yang dimiliki, aku berfikir seketika. Bukan menyesal dengan apa yang berlaku, tetapi cuba memahami setiap perkara. Ya, tidak semua perkara ditakdirkan terlaksana. Namun ada juga yang terjadi atas pilihan hati. Di sini aku hanya sekadar ingin berkongsi dengan 'harta' yang tidak seberapa, tapi cukup bermakna dalam hati ini. :)


Hasil idea 10-11 tahun dahulu. Ya, aku juga gelakkan apa yang aku lihat. Ketika ini aku rasa sungguh hebat. Berinspirasikan heroin Hindustan dan juga Gadis Rempah, maka ini yang terjadi. Jangan salahkan aku jika peratusan badan yang terdedah tinggi. Semuanya pengaruh Gadis Rempah! :)


Dan ini pula adalah 'buku teks' utama ketika itu. Setiap bulan tidak pernah ketinggalan untuk mendapatkan 'buku' di pekan Menggatal. Sayangnya, semua koleksi 'buku teks' ini terpaksa ditinggalkan tanpa rela di sana. Hiba bila kenangkan saat itu. Aku hanya insan kerdil yang tiada kuasa. :( Gambar di atas adalah antara 'buku teks' yang masih tersimpan rapi dan dikeluarkan untuk tatapan bersama. :)



Dan akhir sekali, ini dia Gadis Rempah pujaan hati suatu ketika dahulu. Pelekatnya masih wujud dalam simpanan. Cuma satu saja yang tertanggal. :D Erm apalah yang difikirkan pada masa itu? Adakah ini bait-bait lirik ini yang terlintas? 'I need some love like I never needed love before'. Hehe. Mungkinkah pelekat ini akan terus wujud 10 tahun akan datang? Hanya masa menetukannya....

P/s: Buat adikku, kejarlah impianmu itu. Ku kan terus beri sokongan yang tiada hujungnya. Kejayaanmu akan menjadi impianku.

4 comments:

grafreak said...

ok what.
ada bakat. bakat ini boleh diketengahkan lagi ke ..........










tengah laut :P

Kay Faizal said...

hahaha kepala lutut ko!
sebab boleh ketengah laut la aku lupekan semuanye. :P Dengki!

grafreak said...

tapi cantik la ko lukis model semua tu. memang boleh kalo diasah.

zeedjameel said...

abg k..
thnx 4 da dedication.
im so touched.
aiceyy.
nie yg makin brsemangat nk wut design nie.
;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...