Kebelakangan ini begitu banyak cerita yang ingin dikongsi. Tapi malangnya setiap kali mahu menaip, bagai tiada apa yang perlu diluahkan. Mungkinkah hidup yang ditempuhi ini bagaikan jalan yang lurus tanpa sebarang selekoh? Atau jalan yang berlubang dan berbonggol itu sedikit pun tidak menyeksa jiwa ini? Kadang kala terkeliru dengan rasa hati. Adakah ini kesannya bila kita sudah membeku segala rasa? Entahlah. Apa yang pasti ketika ini jari jemari begitu rajin hendak menekan segala huruf yang ada.
Bagaimana ye hendak dimulakan cerita? Erm… Dalam hidup adakalanya harapan adalah satu perkara yang perlu dihindarkan. Bila kita berharap macam-macam perkara boleh berlaku. Dan seandainya segalanya tidak seperti yang kita harapkan, kecewa yang menanti. Ada perkara yang boleh kita sandarkan harapan, dan ada juga perkara yang tidak perlu sama sekali untuk kita berharap. Oh, banyak sungguh harap dan harapan yang digunakan. Huhuhu. Adakah aku terlalu berharap?
Sebagai seorang yang berada di kejauhan ini, harapan menjadi satu sandaran untuk diteruskan kehidupan ini. Siapa lagilah hendak kita sandarkan harapan jika bukan dengan mereka yang ada sekeliling. Namun aku terlupa sebenarnya siapalah kita yang hendak berharap pada mereka yang kita tidak pernah jumpa sama sekali sebelum ini.
Aku tertanya mengapa dan kenapa aku sering terlupa segala pengalaman yang pernah dilalui. Bukankah itu semua panduan kita untuk masa hadapan? Aku rasa diri ini seperti manusia biasa, tapi tidak semua mereka memandang kita seadanya. Sehingga kini aku tak dapat menerima alasan yang diberi oleh mereka yang dipanggil ‘kawan’. Kata ‘kawan-kawan’, aku ini tidak seperti ‘biasa’ dan mereka di sini tidak dapat menerimanya. Perlukah aku menjalani hidup yang penuh kepura-puraan demi diterima oleh mereka? Yang pasti aku adalah aku. Bila direnungkan kembali mungkin ada kebenaran kata ‘kawan-kawan’ tu. Biarkanlah….
Berjumpa dengan kawan baru merupakan perkara biasa. Bila sebut kawan, ada macam-macam jenisnya. Ada sekadar kawan sekolah, kawan kampung, dan ada juga kawan-kawan. Jadi bila berkawan dengan kawan baru, janganlah kita terlalu berharap kepada kawan itu seperti kawan-kawan kita sebelum ini. Kawan itu sudah semestinya ada kawan-kawan yang lain daripada kita. Boleh jadi kita ini sekadar ‘kawan’ dia. Janganlah sesekali berharap kawan itu seperti kawan-kawan kita. Tidakkah kita tahu penerimaan setiap orang kawan baru berlainan dengan yang lain. Kawan-kawan kita menerima kita seadanya sebab mereka sudah mengenali kita. Sudah semestinya pada mereka boleh disandarkan segala macam harapan. Apa pun yang berlaku semua ini adalah salah aku. Salah kerana berharap orang lain boleh menjadi kawan yang sebaik seperti kawan-kawan kita. Bila selalu berharap , yang kecewa akhirnya adalah kita. Bila kita berhenti berharap, jadilah kawan itu sekadar kawan-kawan.
Aku? Adakala bila aku berhenti berharap, ada macam-macam lagi aku hentikan.Membekukan hati adalah salah satu pilihan. Semuanya demi menjaga hati sendiri. Kenapa? Kerana aku penat untuk fikir segala macam soalan yang aku fikirkan sebelum tidur. Penat ye bila kita mempersoalkan pelbagai perkara tentang kawan. Kadang kala penat memujuk diri sendiri supaya melupakan segala persoalan bila hendak melelapkan mata. Erm….biarkanlah. Tak semua orang dapat mengenali diri kita seadanya. Terpulanglah apa pun kata orang…. Kali ini aku belajar sekali lagi pelajaran yang sama. Dan akhirnya kita akan kembali berharap pada diri sendiri.
p/s: Setiap manusia yang kita jumpa dalam hidup ini, pasti ada perkara yang kita dapat pelajari demi memperbaiki diri dan juga untuk dijadikan teladan.

No comments:
Post a Comment