Salam
Jika ikutkan apa yang telah dirancang ada la cerita nak dikongsikan bersama pada hari ini. Tapi oleh sebab terlalu ralit dengan 'menyiapkan' kumpulan di MukaBuku, maka segala yang dirancang tak sempat nak buat. Oleh sebab itu mari kita layan apa yang ada! =D
Ni dia yang buat Cik Kay ralit dengan MukaBuku,
Kolej Kurniawan : ~ Kita Semua Pernah Busuk Bersama~
Hihi tak boleh blah tema yang Cik Kay berikan. Bila diingatkan kembali, erm betul la tu, masa tu masing-masing baru hendak mengenal dunia. Setelah meninggalkan alam persekolahan, kita telah singgah sebentar di sini. Pelbagai perkara mengajar kita erti kehidupan. Cinta, persahabatan, jodoh, dan juga erti setiakawan telah kita perolehi di sini. Oleh itu jika ada sesiapa yang pernah 'busuk' bersama di sini, sudi kiranya menyertai kawan-kawan X-Matrik 1999-2000 yang lain di MukaBuku (taip Kurniawan 1999-2000). Sesiapa yang kenal Cik Masitah Ahmad (Puan la ye sekarang), dia pon ada juga. =D
Inginkan sesuatu yang syahdu? Mari kita layan video yang telah Ustaz Talhah sediakan untuk kita di majlis perjumpaan yang diadakan pada tahun lepas. Mujur ada wajah-wajah yang sudi memeriahkan majlis yang tidak seberapa ini. Layan....
No comments:
Post a Comment