Waktu: Tengah Malam...
Tempat: Dapur Rumah di Pulau Pinang
Kejadian misteri ni agak menjadi-jadi sejak beberapa hari yang lepas. Agak cuak jugak bila macam-macam bunyi yang kedengaran bila tiba tengah malam. Selalunya bila tengah malam, dekat rumah ni hanya aku yang menjadi penunggu. Penunggu depan PC sambil menjadi pemerhati jiran-jiran yang balik tengah malam, hihi (termasuk melihat sesiapa sahaja yang balik 'dating' di kawasan rumah. tak boleh elak sebab tempat operasi dekat tingkap). Erm berbalik kepada kejadian yang berlaku, setahu aku semua orang dalam rumah dah tidoq. Tapi bunyi apakah yang datang dari dapoq? macam pinggan berlaga antara satu sama lain.
Sebelum tu meh cheq nak kongsi cerita, masa rumah cheq kat Johor, kat situ ada sedikit misteri. Katanya ada juga 'orang' lain tinggal di halaman rumah. 'Depa' dok dekat pokok mengkudu. Masa ni cheq masih sekolah rendah. Erm benda-benda seram pon selalu jadi. Setakat nama hang dok kena pangge dengan mak hang sendiri dah selalu jadi. Bila cheq pi kat mak, mak kata "bila masa aku pangge hang?". Lagi satu, selalu la cheq nampak macam lembaga hitam dok berlari-lari kat belakang cheq. Selalu cheq perasan ni bila cheq dok tak jauh dari bilik ayaq. Huhuhu sungguh seram ok! Pak cheq pon pernah kena kacau. Masa tu adik cheq yang dah habih matrik ni masih diperingkat bayi lagi. Masa pak cheq tengah basuh lampin, dari lubang jamban tu dengaq bunyi orang dok teriak (menangis). Huhuhu. Bila pak cheq marah lubang jamban tu, bunyi tu terus senyap. Pada hal masa tu adik cheq dok lena senyap sebelah mak cheq. Huhu seram. Macam-macam lagi la. Tu belum cheq cerita macam mana mak cheq kena kacau. Huhuhu.
Okay, mari kembali cerita pasai dapoq. Masa cheq dok rumah teres dua tingkat dekat Pongsu Seribu, cheq sungguh seram. Kebetulan masa tu cheq dok rhumah tu dengan abang sulung sahaja. Yang lain semua dok dekat Sabah. Selalu cheq alami kejadian misteri ni masa abang kerja shif malam. Bila cheq dok belah bawah, dok selalu dengaq ada benda dok berlari kat atas rhumah. Macam kita dok berlari selalu. Huhu Cheq takut. Bila cheq dok atas lagi la. Bunyi macam-macam dari bawah. Bunyi ada benda berlari tu memang selalu cheq dengaq. Tu belum lagi bunyi macam dok bukak periuk kat dapoq, bunyi dok basuh pinggan, bunyi tarik kerusi dan tolak kerusi dekat meja makan. Semua tu akan jadi bila cheq dok kat atas rhumah. Cheq sampai fobia nak tidoq. Selalunya cheq akan kunci pintu bilik, bukak lampu bilik, bukak radio dan pasang kaset bacaan Surah Yaasin dan boh mod ulang pasang kaset tu. Kalau cheq tak buat ni, memang cheq tak lena la satu malam.
Ha, cheq melalut lagi. Kali ni betui-betui cheq nak cerita pi kat hangpa semua apa jadi kat rhumah cheq baru-baru ni. Tengah cheq dok syok layan MukaBuku sambey dok dengaq radiu, cheq dengaq macam bunyi pinggan. Lepas tu cheq dengaq pulak benda korek periuk nasik, masa ni cheq dah meremang segala bulu yang ada. Ala-ala situasi yang kat ataih ni jadi balik. Lepas tu cheq dengan pulak bunyi sudu dok berlaga. Dada ni berdebar sungguh la. Cheq pi katup radiu bagi senyap serpi, cheq dengaq balik betui-betui. Kali ni cheq tak dengaq satu apa pon. Sunyi ja. Makin cheq meremang lagi. Cheq tekad betui-betui nak bukak pintu bilik (bilik cheq dok sebelah dapoq). "ASTARFIRULLAH HAL'AZIM!" jerit cheq. Cheq sungguh terkejut melihat lembaga kecik macam toyol dok ada tepi meja! Lepas tu cheq dengaq pak cheq gelak sakan dari depan.
Awat la cheq tak terkejut, masa tu dah tengah malam. Anak menakan cheq darjah tiga tu boleh dok senyap tepi meja dok makan nasik! Cheq tak tau la apa nak jadi kat dia. Hangpa nak tau dak, dia ni balik sekolah dalam pukui 7 malam dia makan nasik. Sat lagi balik 'tusyen' pukui 10 malam makan nasik lagi. Ni dah pukui 12 lebih dia buleh makan nasik lagi sekali! Cheq geleng kepala saja. Dia ni harap saja badan kuruih kering. Tapi nafsu melantak nasik lebih kuat dari cheq. Cheq sabaq saja la no. Nak kata apa, budak-budak tengah membesaq. Perlukan tenaga lebih kot. Moga-moga isuk ni dia tak gedempoi sudah la. =)
Cerita Sampingan Untuk Hari Ini:
Tadi sebelum dia pi tidoq, dia cerita kat Pak Lang dia ni yang dia dah tulih lagu hat dia dok dengaq kat radiu. Pak Lang dia pon tanya la, mana dia yang dia tulih. Dengan bangga dia tunjuk kat Pak Lang dia. Dia kata dia tulih lagu ni langsung tak tengok kat komputer. Dia kata lagi dia dah hapai lagu ni. Sambey dia nyanyi lagu ni, sambey tu la dia pulun tulih lirik lagu ni. Pak Lang dia rasa sungguh kagum. Pak Lang dia sampai la ni tak reti hapai lagu walaupun lagu-lagu Diva pujaan. Erm nak buat macam mana, bab-bab hapai lagu ni bukan kebolehan Pak Lang dia.
Bila Pak Lang dia tengok balek lirik ini, nak tergelak la pulak sebab kot celah mana la dia buleh minat dengaq radiu X FM. Mungkin sebab Pak Lang dia rajin pasang radiu masa dia dok buat kerja sekolah kot. hihi. Baru-baru ni dia ada mintak Pak Lang dia beli gitar kat dia. Dia kata dia nak belajaq. Kata dia kalau buleh dia nak belajaq macam mana nak main lagu Bunkface, Komplot, Butterfingers. Patut la tiap kali ada lagu kat radiu dia selalu tanya "Pak Lang, Pak Lang, lagu ni tajuk dia apa, siapa nyanyi lagu ni?". Huhuhu. Tok dia kata, erm dia ni turun kot tok wan dia kot. Masa tok wan dia muda-muda, tok wan dia kaki main gitar tong. Hehehe.
Ikhlas,
2 comments:
beb..cayalah anak menakan koh tuh...hapal die lagu tuh ek..hihik...budak2 skrg sume cepat pick up...;p
hahahaa. harney, tu semua berkat makan nasik 3 pinggan di waktu malam la ye.
Post a Comment