Persaingan berniaga pada masa kini sungguh sengit. Dengan pelbagai macam masalah ekonomi yang tidak memberangsangkan, banyak perniagaan terjejas akibat tidak mampu bersaing dalam pasarang terbuka. Kerana memikirkan 'perniagaan' yang hendak dimajukan, Konah pon pergi menimba ilmu di ibu kota raya metropolitan yang banyak pancaroba itu. Ketika mencari tempat untuk berkursus pon sudah mengundang perasaan yang gundah gulana. Itu belum lagi menghadapi kursus di tempat yang terkenal dengan 'Ayam'-'Ayam' dan 'Kakak'-'Kakak' di situ. Hati Konah tawakal sahaja pada yang Esa semoga dilindungi dari segala anasir-anasir yang kurang elok. Walaupon sudah bertahun tinggal di kota ini, perasaan takut dan berhati-hati masih diamalkan. Bukan apa, manusia tidak boleh dipercayai bila kita berjalan di sini. Pengalaman rakan-rakan yang di'pau' dan di'apa-apa'kan sering menjadi iktibar pada diri Konah.
Walaupun pada mulanya Konah kurang selesa dengan keadaan sekeliling, tapi pandangan itu serta merta hilang apa bila Konah menikmati lanskap yang indah di depan mata. Konah memandang KLCC, terus diri mengatakan Konah masih belum berkesempatan untuk menjejaki ke jejambat antara 2 menara itu. Begitu juga bila mata memandang ke arah Menara Kuala Lumpur. Konah terus tekad dalam hati, suatu hari nanti akan Konah pastikan diri ini akan jejak juga ke 2 monumen yang tersergam indah itu.
Indah kan! Walaupon sudah bertahun 2 monumen ini berdiri megah, mood Konah agak kacau bila terlihat yang bawah ni. Erm bila agaknya yang sekeliling ini akan bergerak seiring dengan kemajuan yang dikecapi?
Okay, mari kita lupakan permasalahan di atas. Konah nak sambung cerita. Konah sebenarnya sungguh teruja nak mengikuti kursus ni. Terbayang-bayang betapa seronoknya tinggal di hotel. Konah memang suka berangan lebih. Tapi akhirnya seadanya Konah terima. Janji nawaitu utama nak menimba ilmu di sini. Mari kita lihat dalam bilik yang Konah menginap untuk dua malam.
Katil dan bantal-bantal itu sungguh selesa! Konah rasa macam dah lama tak tidor atas katil. Sesekali melayan tidor atas katil sungguh menyeronokkan! Kalau yang perasan tu, tuala ada 3 helai. Oleh itu ada 3 orang la ye yang akan sebilik dengan Konah. Tidak mengapa, semua itu Konah tak kisah. Janji diri ini dapat tidur yang lena dalam bilik yang nampak sungguh 'suci murni' ini. Erm 'suci' ke? Andai dinding boleh berkata-kata, tentu Konah tak tidor malam mendengar segala cerita ceriti itu. =)
Eh! siapa ni? Hihi Okay, ni bukan skandal Konah, dan juga bukan 'pelanggan' Konah. Dia ni adalah salah seorang peserta kursus ni. Beriakan dia memberi aksi yang ala-ala mengawal 'macho'. Hihi. Ntah berapa kali Konah ambil gambar ni. Okay la kan kenangan untuk dia. Erm bercerita tentang hotel ni, satu je yang Konah tak puas hati. Wifi dia hanya ada di lobi. Tak macam di hotel budjet ni, wifi dia sampai ke bilik. Tu la sebab Konah menghilangkan diri seminggu. Tak dapat la Konah ke dunia maya. Sebenarnya banyak lagi gambar yang boleh dikongsikan. Tapi sebab tak sempat nak pindahkan gambar-gambar tu, ini je yang mampu Konah sediakan. Sebagai penutup cerita, Konah nak tayang sebahagian sijil yang dapat hasil berkursus di hotel ni. Lupa pulak. Lepas kursu ni, Konah pergi taklimat penting untuk masa depan. Nanti bila Konah dah sedia, akan diceritakan perihal taklimat itu. =)
Ikhlas,
1 comment:
wah tetap nama Makornah Jambu...
Post a Comment