May 12, 2009

PNG - KB - PNG

Jumaat Pagi: Ada di rumah
Sabtu Malam: Ada kat rumah juga!
Bila yang 'Penang' - Kota Bharu - 'Penang'?: Waktu di antara hari di atas.

Perjalanan yang bermula dengan 'merentasi' awan yang bagaikan dekat dengan tanah. (Erm dalam gambar ni tak berapa jelas bagai mana peristiwa itu). Di pertengahan jalan sebelum menuju ke Grik.

Ketika melintasi Tasik Banding, masa ni dah macam seram teringat macam-macam cerita yang tak seronok pasal Lebuhraya Timur-Barat. Kebetulan ini kali pertama melalui jalan ni. Tapi bila melihat keindahan tasik yang hijau ni, cerita seram pon dah tak ingat. =)

Ketika ini berada di banjaran Titiwangsa, cantikkan hutan tebal ni! Belakang hutan-hutan ni la kot orang panggil Hutan Belum (kebetulan ada nampak papan tanda 'Royal Belum' dekat-dekat sini) Rasa sungguh nyaman. Cuaca pon rasa sejuk je. Satu je yang tak seronok, kedai makan tutup! Dah la perut berkeroncong! Sabar je la. Masa tengok hutan ni kan teringatkan satu novel Akula M.D yang bercerita tentang kanggaru yang tersesat di hutan Malaysia. Kanggaru ni jadi rebutan haiwan lain. Haha macam 'best' je jadi kanggaru tu!

Masa ni dah sampai ke tempat untuk bermalam. Papan tanda 'Avee Budget Inn' betul-betul tepi tingkap! Sebelah papan tanda tu la tempat yang hendak dituju. Matlamat datang Kota Bharu ni nak ke bangunan depan ni la. =)

Ha, nampakkan! Betul-betul depan mata je tempat yang nak dituju. Tu pon tak tahu la berapa lama yang nak kena habiskan masa dekat sini.


Apa la sangat yang boleh dibuat bila hujan membasahi bumi. Jengok-jengok luar, hujan tak berenti lagi, jadi tengok TV je la ye (itu je boleh buat) .  = (  Nasib baik satu je, ngam-ngam nak senja, hujan pon tiada lagi. Dah la dekat tepi bangunan ni ada pulak pasar malam. Kebetulan 'bos' tak nak keluar ke mana, layan pasar malam je la ye.

Sekali agenda hari ini habis awal. 'Bos' pon apa lagi, "Jom balik!". Kita ni nak kata apa, kena la kemas barang. Kebetulan suka dengan katil ni, terus tekan ambil gambo. huhu.

Sebelum berangkat pulang, singgah di pasar yang glamour tu, sempat la rembat cenderamata buat bonda di rumah. Hahaha kopak poket 'bos'!


Dalam perjalanan ke tempat dituju, ada nampak tiga papan tanda binatang yang jarang la kalau nak jumpa kat jalan lain. Masa perjalanan pulang ni ada la pulak, kereta bagi lampu tinggi seolah-olah nak ada Polis di depan. Oh, rupanya ini yang nak jumpa. Siap dia bersiar-siar tepi jalan dengan lemah gemalai. Sungguh teruja okay! Bukan selalu nak jumpa Cik Jah tepi jalan. =D Sungguh SUKA! Balik rumah cerita pada bonda, terus dia bising. Dia kata ada la yang mulut 'gedembai'. 'Bos' dengan rela hati mengaku itu kesalahan dia. Padahal 'bos' tak tahu, yang bawa kereta ni pon 'berhajat' juga. Lagi macam-macam hajat di hati. Minta nak tengok Cik Hari, Cik Jang, Cik Jah dan kalau busuk-busuk tak de Cik Nyet pon jadi la. Hahaha.

Dah penat bawa kereta, berhenti sebentar minum kopi. Berdasarkan papan tanda yang ada 1km dari tempat ni adalah Pulau Banding atau Hutan 'Royal' Belum. Sungguh teruja melihat gambar-gambar yang ada dekat kedai. Macam-macam boleh jumpa di Pulau Banding. Syuk, bila kita nak lepak-lepak sini? Jom! hihi. Ha, dekat kedai sini ada jual sayur-sayuran dan barang runcit. Kaedahnya tengah hutan ni siapa yang nak beli kan. Sekali jawapan kepada soalan tu muncul depan mata. Satu bot penuh orang asli singgah sebentar buat diri terkesima!

Bila tengok jambatan ni kan, sebenarnya rasa kagum dengan kemudahan yang disediakan. Tengah-tengah hutan belantara ni pon tersedia kemudahan untuk kegunaan orang ramai. Lepas tu terfikir dengan usaha yang dicurahkan ketika buat Lebuhraya Timur-Barat ni. Rasa macam sungguh tabik dengan kecekalan para pekerja yang menyiapkan projek ni. Walaupun bukan projek yang orang nampak gah, tapi sekurang-kurangnya memudahkan perjalanan kita semua. 

Ketika lalu di tempat yang sama semalam, awan masih menjadi peneman sepanjang perjalanan hari ini. Badan sungguh penat tetapi hati rasa gembira menikmati alam. Walaupun pelbagai cerita diberitahu tentang jalan belakang ni, sekurang-kurangnya lebih baik dari lalu jalan Tapah - Cameron. Itu kenangan yang tak sanggup nak ingat. Lebih seksa rasanya daripada lalu jalan ni. Sampai je rumah, terus berada atas talian. Hihi sungguh semangat! Jika diberi peluang, pasti nak ke Kota Bharu lagi! Kali ni nak menikmati apa yang tak sempat. =)


3 comments:

Mrs Baharudin said...

bestnye.. the journey -best
kb- best (esp bab shopping ;p)
setuju dgn faizal, kagum la tgh hutan ada highway..
and gmbr2 mmg best dan cantik :)
and ingatkan kat sini je drive leh terserempak dgn kangaroo, rusa tepi jln, kat sana gajah lagi..jgn main2 ;p

Che Kay said...

sheri :
masa nampak gajah tu rasa macam seronok kat zoo pulak. hihi rasa macam dah lama tak gi zoo. erm selain nak gi kb lagi, hajat hati nak gi pulau banding tu la. ape la ek yang ada kat hutan belum tu. :)

Zunaidi Dali Great Eastern said...

wah empat lg pi cur kt kb..gituu :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...