Kehadapan Saudara Shah Indrawan ( Tomok ),
Walaupun saya tahu tidak mungkin saudara membaca utusan yang saya taip ini, saya tetap ingin menaipnya bagi menyatakan apa yang terpendam sejak awal minggu ini. Saya terpanggil untuk menaip kata-kata semangat kepada saudara pada mulanya. Awal minggu ini saya terfikir yang saudara mungkin mempunyai harapan yang agak tipis untuk ke mara ke pertandingan akhir. Ini semua saya mengambil kira semua faktor yang ada. Sebagai contoh, ramai mungkin terlupa untuk mengundi saudara kerana ramai yang yakin saudara pasti menjadi Top 2. Ini mungkin terjadi seperti mana yang berlaku kepada Amylea. Namun saya sandarkan harapan kepada undian yang tersedia di 8TV. Ketika menonton, saya seperti mereka yang lain agak kecewa bila mengetahui saudara di tempat terakhir semasa proses penyingkiran. Alhamdulillah harapan yang disandarkan untuk melihat ketiga-tiga peserta beraksi malam tadi menjadi kenyataan.
Dengan adanya peluang terakhir ini, saya betul-betul mengambil kesempatan untuk mengundi saudara kerana saya tahu saudara layak untuk menerima RM 1 juta itu. Walaupun kredit yang ada dalam telepon penganggur ini hanyalah berbekalkan kredit 5 ringgit, saya tebalkan muka menghantar mesej mengingatkan kawan-kawan saya supaya mengundi saudara. Walaupon ada yang tidak berminat, saya tidak kisah kerana pasti ada yang sudi. Di samping itu, saya tidak menduga yang saya akan terjumpa telepon yang memakai bil ada di rumah (semesti milik 'bos' saya). Saya menggunakan segala sumber yang ada untuk mengundi saudara. Seperti yang saya jangka, ketika malam finale pasti berlaku undian-undian yang tidak dapat dihantar. Sehingga waktu saya menaip surat ini, saya sudah mengira sebanyak 43 mesej menyatakan ' [Free MSG] E1001: Sorry, your request has not been successful. Please try again later.' Sudah semestinya penganggur seperti saya yang sedang mencari sumber kewangan ini kecewa dengan dengan apa yang berlaku.
Namun saya rasa bertuah apabila ada lagi pilihan yang boleh saya gunakan. Bersandarkan harapan kepada telefon rumah, saya mula mendail nombor untuk saudara. Ketika ini baru saya dapat rasakan yang telefon rumah juga penting dalam hidup ini. Untuk menggunakan masa sebaik mungkin, saya hanya mendengar suara anda yang berkata "Hai...Terima Kasih". Ini kerasa saya terus tekan nombor 1 untuk undi saudara. Demi menggunakan telefon rumah, saya terpaksa berlakon ala-ala saya tidak dapat menelefon kawan saya (ketika itu 'bos' saya sudah pulang ke rumah bersama 'Mem' besar). Dengan perasaan yang begitu mendebarkan, saya teruskan lakonan saya yang cemerlang itu sambil mengambil masa untuk rehat sebentar. Semestinya ini semua untuk hindarkan daripada 'bos' perasan yang ada tidak kena dengan saya. Sambil menggunakan telefon rumah, saya sempat mengira jumlah undi yang saya hantarkan. :) Saya tahu risiko yang akan berlaku (bil telefon mungkin mencanak) tapi saya lakukan demi kemenangan itu di pihak saudara. Saya berani mengambil risiko ini kerana mungkin tidak lama lagi saya tidak akan bergelar penganggur. Oleh itu, pasti saya akan menggantikan setiap sen saya gunakan untuk mengundi saudara kepada 'bos' saya.
Sesungguhnya semua yang saya lakukan bukan kerana saya 'menggilai' saudara. Saya juga bukanlah peminat sejati saudara. Sejak kewujudan saudara di persada seni, saya adalah antara mereka yang tidak boleh mendengar apa jua lagu nyanyian saudara kecuali lagu Raya yang dinyanyikan bersama artis SRC ketika itu. Saya adalah makhluk yang pertama yang akan menutup terus radio dan tv jika ada lagu saudara yang berkumandang. Namun saya bukan manusia yang membaling apa jua objek ketika saudara beraksi di pentas. Sudah semestinya saya tidak akan berada di situ. Pintu hati saya telah terbuka untuk menyukai saudara sejak lagu NB berkumandang di X FM. Ketika itu suara saudara sudah agak lain dan lagunya agak layan. Namun titik tolak yang membuat saya teruja dengan persembahan saudara sudah semestinya sejak 'Tomok Knowles Fever'. Bermula ketika itu saya tidak sabar menanti kedatangan hari Jumaat kerana saya menaruh harapan untuk melihat kehebatan saudara berterusan.
Malam ini ketika saudara menyanyikan lagu 'Rindu Terhenti', ia sungguh mendebarkan saya. Saya terus mengundi untuk tidak mengecewakan harapan saudara. Ketika keputusan hendak diumumkan, saya tetap dengan lakonan yang ala-ala tidak mengambil kisah dengan apa yang berlaku (masih cuba cover line supaya 'bos' tak tahu). Pada hal saya sungguh berdebar seperti hendak mengambil keputusan SPM. Hanya tuhan yang tahu betapa leganya saya kerana rezeki itu dipihak anda. Kepada peserta yang lain, anda berdua bukan tidak layak mendapat undian dari saya, jauh di sudut hati saya mengatakan saudara Shah Indrawan lebih layak memenangi pertandingan ini. Mungkinkah semua ini untuk menebus kembali segala kebencian yang pernah saya taburkan kepada saudara Shah Indrawan? Semoga kegemilangan yang saudara kecapi malam ini akan menjadi satu titik permulaan baru untuk saudara menjadi lebih hebat daripada dahulu.
Lihatlah semua, dahulu kita semua membenci si budak hingusan berlagu leleh, hari ini dia jugalah yang kita puja...Semuanya berkat undi rakyat Malaysia... :D
Ikhlas,
Lirik Rindu Terhenti
Lagu: Aubrey Suwito
Lirik: Tinta S
Telahku tinggalkan memori silamku itu,
Tidakku biarkan hidupku dibelit pilu,
Walau duka menampan dada,
Walau sepi mencalar hati,
Rinduku terhenti,
*Ku pinggirkan sayu yang merundung kalbuku,
Kasih dulu ku biar berlalu,
Ku pinggirkan lara yang berpaut di jiwa,
Ku teruskan hidup tanpa dia,
Padahnya lama dah tunggu,
Hilang tak berganti,
Cinta tiba cinta pergi,
Biarlah satu hati,
Walau duka menampan dada,
Walau sepi mencalar hati,
Rinduku terhenti,
Ulang *
Ku lupakanmu jua di sini,
Sejak kau pergi menjauhi
Ulang *
Biarlah satu hati..
(erm...betul ke lirik ni? layan je!)
p/s: Nukilan ini dihasilkan kerana ada yang singgah di blog yang tak seberapa dari enjin pencarian Google untuk melihat maklumat 'Kenapa Minat Tomok'. Surat ini juga saya sediakan untuk tatapan mereka itu jika mereka masih mencari maklumat yang sama.
p/s/s: Matilah aku kalau 'bos' tahu apa yang aku buat malam ni. huhuhu. Kepada saudara-saudaraku, senyap-senyap sudah. Nanti aku bagi tau 'bos'. Bahagianya taip blog ni bersama mendengar lagu 'Rindu Terhenti' yang tak henti-henti diulang pendengarannya... (teringat la pulak kali terakhir aku gila mengundi Zahid... macam dejavu je malam tadi...) :D
7 comments:
La dia menang ke? Aku tak tengok semalam. Tahniah kat ko la kay. Selamat membayor bil. Huhu.
surat ini teramaaaaaaaatlah sengal.. siap berlakon..kah kah kah!!
btw, saya terkejut btol Tomok Knowles menang sbb by that time sy dah fly ke Turki..cane la Tomok nyanyi eh??
hahahaha...
mmg sengal wei...siap citer berlakon depan bos dan mem besar...kah kah...kelakar lah ko...
wakakakak mangalah kan den huhu...entry yg cukup sadis hehehe....larikkkkkkk...
hahaha..kaykay...tahniahhhh....
Sue: Jangan risau. takde byk mana pon. aku dah kire dan budjet. hihi
Maya: Berlakon demi satu kejayaan yang diperlukan oleh incik tomok.kalau nak tgk tomok nyanyi, kat tiubkamu kan banyak.
Shu: ye, aku tahu aku sengal! :P
yani: kenapa ko kalah? bukan ke malam tadi kite bersekutu vote mamat ni. tak sesuai tau kata entry ni sadis. ini betul-betul luahan hati.
musirah: eh, mant! ko silap la. aku tak menang sejuta itu... :P
hahaha...aku suka dia menang...suhanazainal ko tak tgk..rugi nye ko...heheheh aku n markonah siap bermsg ni time awera ditmpt teratas..smp suatu masa aku taip no aweera bukan tak suka atau tak bagus tp bak kata markonah kan...cuma shah indrawan lebih layak...hehehe tak sabr nak beli first album solo dia...hehehehe
Post a Comment