Hujung minggu kali ini tentu membuatkan ramai yang gembira sebab cuti agak panjang daripada biasa. Sebelum itu Konah pohon kemaafan sebab Konah agak lama tak bercerita perihal canteq. Sampai beberapa orang kawan bertanyakan Konah itu ini. Konah pon ada kerja nak buat ye kawan-kawan. Hihihi. Oleh sebab pada hari ini cuti, Konah mencari beberapa maklumat penting yang boleh kita kongsi bersama untuk memantapkan kecantikkan diri! :D
Konah sungguh suka dengan Tok Guru utama di TiubKamu iaitu Michelle Phan. Cara dia mengajar untuk membuat satu-satu jenis solekan sungguh mudah dan videonya tidak menjemukan. Jadi memandangkan hari ini cuti, rasanya sesiapa yang tak ada kerja boleh la dengar komen-komen Tok Guru Michelle Phan tentang asas solekan iaitu 'Foundation'. Konah faham ramai kawan-kawan Konah agak keliru bagai mana hendak memilih 'foundation' yang sesuai dengan diri. Memandangkan Tok Guru Michelle Phan tinggal di seberang lautan, sudah tentu tidak semua produk-produk itu ada di tempat kita. Dan produk yang dikomen adalah produk-produk yang kita boleh dapati di gedung farmasi (bukan produk mahal-mahal ye). Tidak mengapa, belajar tidak merugikan bukan! :)
Bahagian 1: On The Go Review Foundation
Produk yang dikomen oleh Tok Guru Michelle Phan adalah ALMAY, Lasting Finish, Rimmel dan juga produk-produk Loreal ( Kerana dirimu begitu berharga) :D
Bahagian 2: On The Go Review Foundation
Produk yang dikomen oleh Tok Guru Michelle Phan adalah Maybelline, Revlon dan Neutrogena.
Setelah mendengar segala komen Tok Guru Michelle Phan, mari kita belajar bagaimana sebenarnya hendak memakai segala jenis alat solek khususnya untuk asas solekan. Kali ini Konah belajar daripada Tok Guru Miss Chievous. Tok Guru Miss Chievous menerangkan asas solekan kepada dua bahagia. Mari menonton video Tok Guru Miss Chievous.
Sungguh mengujakan bukan pelajaran yang diajar oleh kedua-dua Tok Guru ni! Semoga semua akan menjadi cantek sentiasa. Tapi Konah lebih sukakan video-video Michelle Phan. Sebagai bonus hari ini lihatkan gambar 'Chantek' yang Konah jumpa. Kaedahnya, 'Chantek' ke? Hahaha
Erm bila tengok video-video di TiubKamu, majoriti menggunakan produk berjenama internasional. Agak-agaknye ada tak orang yang buat komen pasal produk solekan berjenama tempatan seperti Sendayu Tinggi ke? huhu. Oh ya! Sebelum terlupa, sila tonton video dari Tok Guru Michelle Phan juga. Agak-agak halal ke kalau kita amalkan? Sila berikan pendapat. :)
P/s: Kaykay in love with Michelle Phan! huhu
2 comments:
aku suke muchelle phann...suara sedap dan comel..pompan lagi satu tu banyak ckp la..hahha
kan suya kan, michelle phan best kan! cara dia yang cute n mantap tu memikat. sampai ada 'akak' sorang kat youtube boleh buat spoof pasal awek ni. serius lawak.
yang lagi satu tu memang byk cakap. tapi yang penting ilmu tu! (belajar2 la makeup,kan ilmu memikat jantan. hahaha moga ko jumpe yang satu...)
Post a Comment