Hari ni nak bercerita tentang betapa pentingnya perihal di atas. Orang kata kalau dah ada ilmu, haruslah diamalkan. Kenapa? Kalau tak diamalkan ilmu yang ada macam-macam yang boleh berlaku! Tapi sebagai insan yang tidak sempurna, Cik Kay juga tidak terlepas daripada terlupa mengamalkan apa yang sudah tahu. Hasilnya, bahana itu Cik Kay yang tanggung sorang diri.
2 hari yang lepas, seronok mengutip cili padi atau nama sebutan yang hari-hari Cik Kay sebut cabai melaka. Ya, kepedasan cabai melaka kadang-kadang mengundang makian seperti cabai ini sungguh c*bai pedasnya. Huhuhu. Semasa mengutip cabai melaka tu memang menyeronokkan. Dah la kutip di waktu malam hari. Berteman lambu suluh, mengintai cabai melaka yang merah di celah-celah pokok. Tetiba, Cik Kay menyahut panggilan yang sungguh mengejut. Cik Kay dengan sopan santun menuju ke bilik kecik itu lalu menunaikan hajat nombor 1. Kemudian Cik Kay terus ke bawah menonton TV.
Tak lama selepas tu, tiba-tiba Cik Kay terasa bahang yang panas. Bukan terasa bahang satu badan. Bahang panasnya hanyalah di kawasan 'itu' sahaja! TIDAK! KENAPA INI SEMUA TERJADI? Baru Cik Kay perasan yang semasa ke bilik kecik Cik Kay tidak mengamalkan apa yang sepatutnya. Dah la baru sudah petik cabai melaka. Terlupa pulak yang tangan ni sensitif sikit dengan cabai. Selalu kalau terasa bahang panas cabai boleh mengambil masa yang lama untuk hilang. Jadi, malam itu Cik Kay memang bertemankan bahang panas cabai di 'situ'! Kesimpulannya, jangan lupa mencuci tangan la ye kawan-kawan. Sesiapa yang tak tahu cara mencuci tangan, sila rujuk gambar di bawah. Ingat! Cabai itu tidak C*bai, kita yang pelupa harus dipersalahkan bila mengalami situasi begini. Huhuhu
Ikhlas,
3 comments:
uish..memang beringat la pas ni. takkan ku lupa mencuci selepas ini
serius, jangan lupe! eh ada petua tak macam mana nak ilang panas cili. selalu la jadi. tapi kena dekat tangan je. selalu kalau tumbuk sambal belacan mesti jadi. tak tangan betul nak handle panas cili di tangan. huhu
huhuhu.... siyes tak sangka... tapi lawak la pulak bila baca entry ni!
Post a Comment