Selalunya waktu lapang kalau dah boring tak tau nak layan apa, Che Kay suka tengok make up tutorial kat Tiub Kamu. Kalau di Tiub Kamu tu bercambah make up tutorial dari amatur sampailah yang pro. Antara makeup guru terkenal yang selalu Che Kay layan ialah si Michelle Phan. Hari ni Che Kay terjumpa seorang lagi Make-up artist bernama Lisa Eldridge. Kalau berdasarkan biographynya, Cik Lisa ni dah make-upkan ramai artis glamour dari Cameron Diaz, Kate Moss sampailah ke Salma Hayek. Kagum jugaklah membaca biography dia. Di channel Tiub Kamu Cik Lisa Eldridge ni ada 103 video. Setakat ni baru 10 video yang Che Kay sempat tengok. Banyak jugak teknik-teknik baru yang dipelajari dari Cik Lisa ni. Cara dia make-up sunggoh simple dan effortless. I Like~
'No Make-Up' Make-up
Marilyn Monroe Iconic Make-up Look
Dalam blog Cik Lisa, dia ada share video make-up tutorial zaman dulu kala tahun 1939. Terus Che Kay terbayang, kalaulah zaman dulu ada Tiub Kamu, mesti banyak tutorial yang klasik kita boleh tengok sekarangkan. Hehehe. Di channel Vintage Fashion ada 45 video vintage dari Max Factor sampailah macam mana luruskan rambut di zaman dulu. Layan jugak ye! =)
p/s: Kaedahnya si Lisa Eldridge ni dah ada channel Tiub Kamu ni dari 3 tahun lepas, tahun ni baru Che Kay terjumpa. Ok la kan lebih baik dari tak jumpa langsung~ hihihi.
No comments:
Post a Comment