Salah satu rutin Che Kay sejak pulang ke Tanah Malaya ni adalah melawat hospital. Rasanya dah lebih 4 kali dah buat aktiviti lawatan ke sana. Bukan lawatan saja-saja la ye. Semuanya ada sebab. Memandangkan bila ke hospital mesti lalu Tabung Darah, jadi terasa nak singgah sana. Sejak memberanikan diri ikut serta aktiviti tahun lepas setelah sekian lama dok asyik "Saya Takut Jarum", Che Kay telah berazam untuk mengiatkan aktiviti ini setiap 3 bulan sekali.
Awal minggu lepas, sudah sampai waktu yang dijanjikan. Kebetulan pada hari tu bawak bapakku ke hospital. Masa berdiri depan Tabung Darah pada jam 8 pagi tu, jantung rasa dup dap dup dap! Masih penakut juga rupanya Che Kay ni! Hehe. Dalam rasa seram sejuk yang menyelubungi diri, digagahkan juga kaki melangkah ke dalam sana. Bila dah habis periksa itu ini, tibalah masa untuk menadahkan tangan. *Misi yang bertugas tu buat kerja selamba ja. Che Kay ni sampai seriau rasanya. Sebelum Misi nak cucuk, Che Kay tanya macam-macam kat Misi. Panik katanya~ Boleh Misi tu kata apa, "Eh awak ni macam tak biasa pulak, tanya soalan macam first time ja". Huhu biasalah orang panik~~
Bila semuanya dah selesai, Misi pon ajak makan. Meriah juga ye makanan yang diorang sediakan untuk penderma darah. Pagi tu siap ada Bihun Goreng, ada muffin, ada kek, ada kuih muih dan yang penting ada Karipap Pusing! Hihi dasar ahli Persatuan Penggemar Karipap Nasional, pantang jumpa karipap mesti melantak tak ingat.
Tahukah kamu selain mampu menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukannya, aktiviti menderma juga ada beberapa manfaat buat penderma. Kebetulan ada jumpa beberapa info dalam internet. Kebenaranya tak tahu la betul ke tidak. Syok jugaklah bila dibaca. =) Antara kebaikkannya adalah mengekalkan kesihatan jantung, mempertingkatkan penghasilan darah merah, dapat mengetahui jika kita terkena sebarang penyakit serius. Yang paling Che Kay suka baca satu fakta ni katanya menderma darah juga membantu dalam mengurangkan berat badan!!! Katanya bila kita menderma 450ml darah, ia membantu membakar 650 kalori dan boleh kurangkan ukur lilit pinggang~ Hihihi.
Selain faedah kesihatan, tahukah kamu sebagai penderma darah boleh mendapatkan rawatan percuma di Hospital Kerajaan? Keistimewaan rawatan ni bergantung kepada kekerapan kamu menderma. Lagi banyak menderma, lagi banyak rawatan percuma yang boleh dapat sampai jangka masa 10 tahun. Dalam Buku Penderma Darah ada dinyatakan keistimewaan secara terperinci untuk penderma. Pada lagi, kita semua kan suka benda percuma~ Hanya mendermakan darah, macam-macam kita boleh dapat.
p/s: Kita sebagai lelaki yang tak 'datang bulan', rasanya tidak menjadi satu masalah nak menderma darah setiap 3 bulan sekali kan~ =)
*Misi = Jururawat = Nurse
No comments:
Post a Comment