March 2, 2012

Cinta Tuan Si 'Penyu'

Tahun ni aktiviti Che Kay dah kurang meriah. Kalau dibandingkan dengan tahun lepas, hampir setiap minggu awek kaunter di panggung mesti nampak muka ni yang suka bertandang ke sana. Hari ini dah masuk bulan ketiga bagi 2012. Tapi bila dikira dengan jari baru 1 filem yang ditonton. Masa benar-benar mencemburui diri ini. Ya, Che Kay tahu semua orang dikurniakan 24 jam yang sama rata. Tidak ada lebih tidak ada yang kurang.   Perjalanan hidup tahun ini dihambat dengan pelbagai perkara. Jangan kata tengok wayang, tengok tv dan jengok blog pon tak sempat. Setakat Muka Buku tu pon ala-ala jeling manja bila ada kesempatan.

Kalau nak beri alasan tentang kesibukkan  sampai esok pon mungkin belum habis. Jadi semalam Che Kay bertekad dalam hati untuk memberi diri ini masa duduk di kerusi yang empuk dalam suasana hawa dingin yang selalunya buat diriku menggigil kesejukkan. Ikutkan hati, panjang senarai filem yang Che Kay nak tengok tahun ni. Antaranya The Iron Lady, The Descendants, War Horse dan This Means War. Bila dah sampai kaunter tetap diri ni beli filem Melayu~ Hihihi



Sejak tengok The Making...Cinta Kura-Kura, Che Kay rasa macam berminat je nak nonton. Jadi masa dalam panggung Che Kay berdoalah semoga diri ini tidak terlelap. Kebetulan memang badan letih sangat. Tapi tetap gedikkan gi wayang! Filem ni agak comel la untuk ditonton. Che Kay berjaya mengharungi selama 86 minit dalam panggung. Watak si Tiz Zaqyah tu alahai choooooomelnya! =) Aeril Zafrel pon ok la jugak dengan watak si lidah pendeknya tu. Dah tu dia sengal macam 'penyu'! hihi Watak-watak lain kira ok-ok la. 

Filem ni jenis yang santai-santai gitu. Boleh la nak isi masa yang tak berapa nak lapang tu. Rasanya ramai adik sekolah yang akan penuh panggung untuk filem ni sebab ala-ala ceria dan cinta remaja gitu. Kalau mak bapak nak bawak anak-anak ribena pon ok juga. Maklumlah budak mana yang tak minat ala-ala animasi gitu. Siap 'Penyu' boleh bercakap dan pandai pulak dajalkan manusia! Part tu memang geli hati betul la. Apa pon akhirnya Che Kay keluar panggung dengan hati yang riang ria gitu. Enjoy katanya~ =)


p/s: Perkara seterusnya nak cari slot untuk tengok Adnan Sempit 2 pulak. Dulu berabis ketawa sampai sakit perut tengok yang pertama. Ramai bagi komen yang kedua pon layan juga. Kan ada si Yana Samsudin dalam movie tu...Haruslah Love~ hihihi. Movie English yang berderet senarainya tu tunggu dululah nampak gayanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...