Dari bulan Disember, Che Kay asyik teringin nak makan benda alah ni. Macam-macam halangan yang melanda. Ketika tekak begitu meronta-ronta disumbatkan si taukua ni, masa tulah tak jumpa. Bila dah jumpa, masa tu lah tak teringat nak pesan. Perkenalan Che Kay dengan makanan ni pon tak lama mana pun. Adalah lebih kurang 6-7 tahun lepas. Masa tu Che Kay keluar ronda-ronda Penang dengan my dear friend Mimie.
Masa dia kata "Jom pekena Taukua Rendang!". Che Kay terkulat-kulat membayangkan makanan tu. Adakah taukua dimasak menjadi rendang? Tak dapat nak dibayangkan masa tu. Memang kena kutuk kaw kaw la dengan member bila Che Kay tak tau menu ni. Dia kata buat malu orang Penang ja. Hahaha. Nak buat macam mana, Che Kay ni dari kecik sampai besar merantau sana sini. Masa proses tumbesaran tu belum sempat berkenalan dengan menu ni. Masa menu dah sampai depan mata, Che Kay dok bertikam lidah dengan Mimie. Sebabnya Che Kay kata yang dihidang ni Cucuq Udang. Mimie sebagai anak Mami jati Penang pertahankan Taukuanya~ Hihi. Apa pon ketika ini masih teringat betapa nikmatnya makan Taukua Rendang yang dihidangkan oleh Mamak yang berniaga berdekatan Chowrasta Market. (Tapun ja la tekak ni!)
Hari ni dok ronda sana sini setelah selesaikan beberapa perkara, tekak terasa nak makan cendol pulut. Tapi kaedahnya gerai kegemaran tak buka la pulak. Jadi dengan semangat yang gigih Che Kay pusing kawasan yang berdekatan semata-mata mencari gerai cendol. Hasilnya hampa.... Betul kata orang, tak semua yang kita hajatkan akan tercapai. Tapi bila satu hajat tak dapat ditunaikan, ada pulak yang dimakbulkan. Entah macam mana ternampak pula gerai ni. Terus singgah! Dah lepas 2 bulan teringin baru tertunai hajatnya.
TADAAAAA!!!! Inilah Taukua Rendang wahai kawan-kawanku~ ;)
Ada yang sebut Taukua, ada juga panggil Thokua. Nama am si Taukua ni adalah Tauhu la ye. Hihi kesian kawan-kawan kat Muka Buku yang dok tertanya-tanya apalah si taukua rendang tu. Tauhu digoreng dihidang bersama kuah kacang. Simplekan! Ada tempat hidang bersama cucur udang dan timun. Yang pasti hero bagi menu ini adalah si Taukua. Makan Taukua Rendang bersama air sirap memang terbaik di waktu petang! Kalau taukua, cucur udang bertemu pula bahan-bahan lain dan dihidang dengan kuah kacang jadilah dia pasemboq yang glamour tu. Bagi Che Kay taukua dan kuah kacang sudah memadai. Orang kata buat lepas rasa teringin tekak. =)
p/s: Lepas ni kena jugak cari cendol pulut yang tekak teringin hari ni. Jangan kena tunggu sampai 3-4 bulan sudahlah~ Hihihi
No comments:
Post a Comment