Makan, merupakan salah satu aktiviti kegemaran ramai manusia di atas muka bumi. Selagi manusia itu hidup, mencari makanan tak kira sesuap mahupun sepinggan atau berpinggan-pinggan akan terus dicari. Ramai di antara kita gemar mengikut selera tekak dan perut. Selagi boleh sumbat, layankan saja apa yang boleh di makan. Bak peribahasa 'Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati'. Tapi bila perut dah gendut baru la ko nak susah hati! Hihi.
Che Kay pon seperti orang kebiasaan, perkara yang selalu dok difikirkan adalah nak makan apa kejap lagi. Setakat aktiviti menjelajah dari satu restoran ke satu restoran tu sudah menjadi kebiasaan. Tapi sejak usia pon dah meningkat dan bergaul dengan lebih ramai orang, kesedaran untuk sayangkan diri bukan sekadar sayangkan tekak dan perut pon meningkat. Tambahan pula bila berjumpa dengan mereka yang masih awet muda di usia emas.
Pertama kali berjumpa Ah So berumur lewat 60-an, Che Kay ingatkan dia umur 40-an. Kemudian ada beberapa lelaki yang berusia di pertengahan 40-an, tapi gaya dan wajah mereka lebih muda daripada usia. Rahsia yang mereka kongsikan adalah selain enjoy kehidupan masing-masing, mereka menjaga makanan dan juga mengambil supplement sampingan. 3 supplement utama yang diorang kongsi adalah multivitamin, minyak ikan dan juga vitamin C. Secara amnya multivitamin akan melengkapkan pengambilan segala jenis vitamin dan mineral diperlukan dalam sehari yang mungkin tidak cukup pengambilannya dari pemakanan kita. Minyak ikan pula membantu untuk mengurangkan paras kolesterol dan membantu melancarkan peredaran darah. Vitamin C peranannya lebih kepada mempertingkatkan sistem immune badan dan juga membantu dalam pengeluaran kolagen.
Selain tu diorang pon ada kongsi tentang ilmu mencuci usus. Betul juga kata diorang, usus juga merupakan salah satu organ penting di mana segala aktiviti penyerapan nutrisi berlaku di situ. Diorang amalkan buat detox. Detox ni ada macam-macam caranya. Dan cara detox yang mereka buat adalah secara alami, menggunakan bahan-bahan natural yang boleh kita dapatkan dari kedai dan pasar raya. Bila dah orang berkongsi ilmu, apa lagi haruslah Che Kay juga mencuba. Sebelum mencuba tu banyak juga informasi yang Che Kay cari tentang Psyllium Husk.
Inilah dia yang Che Kay baru amalkan. Psyllium Husk dibancuh dengan jus epal! Sebelum tu kepada yang tak tahu apa itu Psyllium Husk, mari kita tengok video di bawah ni.
Kalau rasa tak berapa nak faham lagi tentang psyllium husk bolehlah baca di web ni atau mari google~ =)
p/s: Dulu Che Kay suka makan oat dengan susu. Sekarang dengan psyllium husk ni lebih mudah nak telan. Jadi kepada mereka yang selalu ada masalah nak makan oat bolehlah cuba psyllium husk~
p/s: Dulu Che Kay suka makan oat dengan susu. Sekarang dengan psyllium husk ni lebih mudah nak telan. Jadi kepada mereka yang selalu ada masalah nak makan oat bolehlah cuba psyllium husk~
No comments:
Post a Comment