March 30, 2009

Misi Budak Tahun 3

Cerita di bawah telah disunting kesesuaian bahasa supaya tidak ada yang terganggu dengan penggunaan bahasa sebenar yang telah digunakan di tempat kejadian.

3 hari sebelum kejadian.

Along: Pak lang, pak lang tau tak nanti kita kena tutup lampu?
Paklang: Awat? (buat buat tak tahu)
Along: Along tengok dalam tv depa kata nanti kita kena tutup lampu dari pukui 8.30 sampai 9.30 malam.
Paklang: Nanti along habaq la kat tok dengan wan.
Along: OK (dengan wajah yang teruja untuk menyertai Earth Hour buat kali pertama)

Sehari sebelum kejadian.

Along: Pak lang, nanti kita balik kampung pon boleh ka nak buat?
Paklang: Awat tak boleh pulak? Kat mana pon kita duduk, kan ada lampu, petik je la suis tutup lampu.
Along: Ok. Pak lang tau tak yang satu dunia nak tutup lampu?
Paklang: Ya ka? (dengan reaksi yang ala ala tak tau benda)
Along: Dalam tv kata nanti satu dunia tutup lampu. Nanti kalau kita buatkan kita boleh selamatkan dunia.
Paklang: Selamat dunia macam mana?
Along: Erm along tak paham sangat. Tapi dia kata nanti kita boleh jimat letrik sebab masa 8.30 malam tu ramai orang guna karan.
Paklang: oooooo

Pada hari kejadian lebih kurang 8.50 malam.

Along: PAK LANG! tok dengan wan dengan tok teh tak bagi tutup lampu. Depa marah along. 

Paklang: Awat?

Along: Tak tau, depa kata nak tutup lampu buat apa.

Paklang: Tak pa tak pa, jom kita tutup lampu.

Along: Yea yea.

Paklang: Ha lekaih naik atas pi tutup lampu atas rumah.

Along: Ala Pak lang la pi tutup!(dengan muka yang penakut nak naik atas rumah)

Paklang: Ala jom la kita pi tutup.

Tok Teh: WOI! Hangpa dok tutup karan buat apa? Bukak la lampu.

Along: Ish tok teh ni, orang kata kena tutup lampu dari pukui 8.30 tadi tau tak.

Tok Teh: Tutup buat apa. Dok gelap-gelap, orang nak tengok tv.

Paklang: Dah along pi lagi 2 lampu.

Tok: Hangpa ni apa dok galak ulu ni? dok tutup-tutup lampu?

Along: tutup sat saja la tok. tv kata kena tutup sampai pukui 9.30.

Tok: Ish hangpa ni tau tak nyamuk banyak haung dok mai nih.

Paklang: Ye la nak pi pasang ubat nyamuk.

Along: Pak lang,Along pi tutup lampu depan na

Paklang: Pi la.

Tok Teh: Hangpa ni apa dok gila tutup lampu. Nak jimat letrik nanti malam nak tidoq tutup la lampu.....(leteran berterusan)

Tok: Tau depa ni, dok bagi nyamuk mai kat kita ada la.

Terkini: Semua lampu berjaya dipadamkan lebih kurang pada jam 9.00 malam. Budak tahun 3 gembira dengan misinya. Sambil tu kami ambil gambaq depan tv. Tv dengan kipas angin saja tak tutup. Tok dengan Tok Teh marah kalau tutup Tv.



Tak sampai 5 minit kemudian,

Tok Wan: WOI BIAWAK! Hangpa bukak lampu kaih. Nyamuk dok mai ketik aku ni. 

Along: erm...(dengan muka masam pi bukak lampu depan). Wan, tv kata kena tutup lampu sampai 9.30 malam.

Tok Wan: Aku peduli apa. Nyamuk banyak ni hang nak bagi aku mati kena ketik nyamuk! Galak ulu betui la budak-budak ni.

Along: (dengan masam muka menurut perintah Tok Wan).

Tok: Tak tau kat depa ni dari tadi dok galak ulu. Nyamuk dok mai kat kita haung-haung. Kita nak duduk tengok tv pon tak senang.

Paklang: Tu dah pasang ubat nyamuk.

Tok Teh: (dok berleteq dari tadi tak habis, tapi kami buat tak layan).

Along: Sat saja tok, sat lagi pukui 9.30 buleh dah bukak lampu.

Tok: Hangpa dari tadi dok sat sat. Sat apa tak tau la. Kita ni dok kena ketik nyamuk depa tak tau.

Paklang: Ala mak ni, tunggu la sat.Along nak tutup lampu sat saja. Sat lagi bukak la. (dah malas nak bagi penerangan sebab warga emas ni dok tak paham-paham dari tadi. Balik-balik dok pangge kita galak ulu saja)

Along: Ha pak lang lagi 3 minit nak 9.30. (Dia tersenyum)

Kesimpulan: Tahun depan kalau nak buat lagi sila pastikan keperluan disediakan dulu (pasang ubat nyamuk). Kemudian warga emas harus diterangkan simbolik yang hendak dibuat supaya anda tidak dimaki lagi. Secara amnya, misi budak tahun 3 mungkin tidak tercapai sepenuhnya, tetapi ini adalah satu permulaan yang baik untuk diterapkan dalam hidupnya. Apa pon budak tahun 3 itu gembira dapat mengikuti program Earth Hour walaupon misi satu jam dia tidak tercapai.

P/s: Masa aku tengah pandu kereta, jam menunjukkan 8.3o malam. Hajat di hati nak padamkan lampu kereta, tapi apa kan daya jalan dari Sungai Lalang ke Gurun sungguh gelap. Takut lain pula yang jadi kalau aku pon tutup lampu. Hehehe.



March 27, 2009

Cermin Mata? Tiada Masalah!

Sebagai salah seorang yang memakai cermin mata, kadang kala cermin mata menjadi penghalang untuk kita tampil dengan lebih canteq. Selalunya kita menyerahkan sepenuhnya kecantikkan diri kepada cermin mata. Dengan harapan, kecantikkan cermin mata itu dapat menampakkan kita lebih canteq dan anggun. Memandangkan tok guru Michelle Phan telah kembali dengan tutorialnya yang baru, Cik Konah nak berkongsi rahsia kecantikkan bersama kawan-kawan yang lain. Mari kita cuba tip kecantikkan tok guru untuk kita yang bercermin mata. :D 






March 26, 2009

Akhirnya........

Akhirnya No. 1


Dengan semangat berkobar-kobar, akhirnya berjaya juga Cik Kay membaca novel Salju Sakinah ini hingga ke muka yang terakhir. Novel ni dah lama beli, sejak pertengahan tahun lepas, konon-kononnya Cik Kay hadiahkan novel ni kepada Cik Puteri Islam yang ada kat UPM. Entah macam mana hujung tahun dia bagi balik kepada Cik Kay. Memandangkan tahun lepas agak sibuk dengan macam-macam perkara, Cik Kay hanya sempat membaca novel ini ketika dalam keretapi semasa menuju ke kampung halaman. Itu pon hanya 50% yang mampu Cik Kay selesaikan. Entah macam mana, novel ni hilang daripada simpanan. Cik Kay rasa ni semua Sarjan KRS yang ambil. Malam tadi Cik Kay sambung balik baca novel ni. :)

Apa yang Cik Kay nak kata, novel ni memberi gaya cerita yang berbeza daripada novel-novel yang lain. Bercerita tentang kisah Mai, seorang pelajar di Timur Tengah menjalani hidup di bumi asing dan kisah dia setelah kembali ke kampung halaman. Cik Kay sukakan ceritanya sebab lari daripada novel biasa. Cik Kay kadang kala jemu dengan kisah yang sering dihidang dalam novel biasa. Balik-balik kisah wanita yang berduka lara, balik-balik kisah wanita yang kena r*g#l dan bangun kembali menjalani hidup. Maaf bukan Cik Kay tak sensitif dengan kisah 'R' tu, cuma tolonglah hidangkan kisah lain. Dalam novel ni ada jugak Cik Kay rasa ala kenapa dugaan yang sedih semua sama, cuba la penulis pelbagaikan dugaan yang sedih. Bukan Cik Kay tak percayakan pada jodoh pertemuan mahu pun ajal maut, dah kata ni novel, sila kreatifkan penulisan. :D . (Hihihi macam la Cik Kay kreatif sangat la kan!)


Akhirnya No. 2

Sabun BIOVALLEY :)

Gembiranya Cik Kay bila ke pasaraya besar yang memang BESAR tempoh hari. Masa mundar mandir tanpa kerja di bahagian sabun, Eh! dah ada la. Ye kawan-kawan, akhirnya sabun yang dulu kita cari dah ada di pasaran. Begini ceritanya, masa melawat MAHA tahun lepas, kawan-kawan Cik Kay borong satu produk yang sungguh mengujakan. Mulanya Cik Aneng Jelita Kasumawati yang mula beli. Hasil promosi Cik Aneng Jelita, kawan-kawan lain pon memborong produk ni. Produk ni adalah sabun mandian berjenama BIOVALLEY. Ketika itu ada promosi, beli sabun mandian ni percuma krim lotion pemutih kulit. Semuanya baru RM15. Siapa la yang nak lepaskan peluang ni. Produk ni sungguh 'syok'! Krim lotion dia 'syok'! Sabun mandian pun 'syok'! Menurut penjual BIOVALLEY, produk mereka akan masuk dalam pasaran dalam bulan November di farmasi dan pasaraya besar. Kaedahnya bila tiba waktu yang dijanjikan, habuk pon tak da. Ni bila dah ada, seronoknya rasa. Tapi harga dia sedikit mahal daripada produk yang lain. Tapi tak pe, sebab 'syok' akanku beli. Selain lotion dan sabun mandian, ada juga shampoo ye.

Aneng! Zura! BIOVALLEY dah ada kat GIANT! JOM GI BELI!


Akhirnya No.3

Akhirnya hari raya menjelma jua! hahaha bukan hari raya tahun ni awal ye kawan-kawan. Cik Kay teruja bila dapat kad raya tahun ni. Mesti ada yang hairan macam mana Cik Kay dah dapat kad raya di bulan Rabiul Awal. Macam ni kisahnya. Masa raya 2006, Cik Kay dapat kad raya dari salah satu penyanyi pujaan Cik Kay. Masa tu ala ala senyum sampai telinga. Walaupon Cik Kay tahu dia bukan hantar pada Cik Kay saja, tapi Cik Kay tetap gembira. Jadi masa raya 2007, Cik Kay tertunggu-tunggu la kalau-kalau nak dapat lagi. Malangnya, sampai habis Syawal pun Cik Kay tak dapat apa yang Cik Kay hajatkan. 

Baru-baru ni Cik Kay kemas bilik Ahli Puteri Islam dan Sarjan KRS. Kemas punya kemas, eh, ni surat untuk aku! Cik Kay pon buka la untuk lihat isinya. Eh lagi, ni kad raya Amy Mastura. Kenapa ada kat bilik ni? Patut la 2007 Cik Kay tak dapat kad raya daripada pujaanku, rupa-rupa ada org berangan la yang dia dapat kad raya istimewa ni! Patut la Cik Kay tak dapat. Ni mesti kerja si Sarjan KRS! Dia memang kuat berangan! 

Wahai Sarjan KRS, sila belajar rajin-rajin! Awak tu nak exam tak lama lagi.

March 24, 2009

Biskut Cip Coklat ala Mak Konah

Baru-baru ni ketika Konah pulang ke kampung halaman, Konah berjaya mencari buku resepi turun temurun bonda Konah. Bukunya agak usang dan sudah ada tanda-tanda gigitan Cik Ti dan Cik Pas. Sayang sungguh melihat keadaan buku itu. Buku ni merupakan buku diari tahun 1980. Jadi cik-cik, puan-puan, abang-abang dan sekelian umat bayangkan berapa banyak resepi yang telah ditulis dalam buku ni. Tu belum lagi resepi yang Konah tolong salinkan ketika zaman Konah minat memasak. Masa tu zaman awal kemunculan idola Konah kat TV, siapa lagi kalau bukan Chef Wan. hihi. Ketika belek buku ni, Konah jumpa satu resepi yang paling laris kalau keluarga Konah hidang ketika hari raya. Jadi kawan-kawan, silalah cuba resepi kegemaran Konah! :)


Bukan gambar sebenar

Biskut Cip Coklat

150g Marjerin
230g Gula
70g Telur
4g Esen Vanila
200g Tepung Gandum
120g Corn Flakes
110g Kacang Walnut atau Badam
110 Cip Coklat
Baking soda
 Baking powder

Cara-cara:
1. Pukul Marjerin dan gula dengan kelajuan perlahan hingga gula hancur.
2. Ayak tepung, baking powder, baking soda.
3. Masukkan telur ke dalam adunan marjerin dan gula dan masukkan sedikit esen vanila
4. Masukkan semua tepung
5. Masukkan cornflakes dan kacang, pukul perlahan
6. Masukkan cip coklat dan pukul sekejap
7. Masukkan adunan ke dalam peti sejuk selama 30 minit
8. Keluarkan dan bentukkan seperti bebola
9. Masak dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celsius selama 20-25 minit
10. Dah siap boleh makan! Yea! :)

Itu dia, senangkan! Kalau rajin cuba la.   

March 23, 2009

Detik 1025 malam

Malam yang gelap gelita sering dikaitkan dengan pelbagai kejadian mistik lagi menyeramkan. Suasana yang kadang kala boleh membuatkan bulu roma tegak berdiri sungguh mengerikan. Tambahan apabila kita sedang bersendirian di dalam rumah atau pon di luar. Bagi kebanyakkan orang, detik 10.25 malam adalah waktu yang masih lagi santai dan boleh mundar mandir ke mana saja yang dihajati. Bagi aku, detik itu akan terus aku ingati selagi terdaya. Ya, detik itu lebih menyeramkan dari waktu 'puncak' selepas 12 tengah malam mahu pun 3 pagi. Bagi insan yang kerdil, kita dilindung oleh Yang Esa daripada kebolehan melihat segala macam makhluk yang berada di sebalik dunia kita. Ketika ini aku masih lagi berdebar rasa di dada walaupun telah selamat tiba di rumah. Aku dapat merasakan suhu badan ini semakin meningkat bagaikan aku di dalam sauna walaupun kipas angin masih ligat memutarkan bilahnya.

Ingatan buat semua , bagi yang berjiwa lemah, janganlah diteruskan pembacaan yang sedang kamu lakukan. Mungkin apa yang ingin dikongsikan boleh membuatkan kamu tidak lena tidur di malam hari. Mungkin juga kamu akan terus diselubungi misteri yang anda tidak ingin sekali mengalaminya. Cukup sampai di sini. Bagi yang tabah dan kuat semangat, aku ingin sekali berkongsi dengan kamu semua suatu kejadian yang berlaku. Cerita aku tidak menyeronokkan seperti drama comel 'Ponti Anak Remaja' di Astro Ria. Cerita aku agak mengerikan dan juga meloyakan. Jadi aku harap kamu semua dapat memahami apa yang telah aku alami pada detik 1025 malam.

Semuanya bermula dengan hajat hati yang ingin menuju pulang ke tanah seberang lautan pada waktu yang sedikit lewat daripada kebiasaan. Aku ketika itu merancang kerana aku tidak ingin menempuhi kesesakkan yang amat di atas jambatan 'kebanggaan' rakyat tanah 'Mutiara'. Segala pakaian telah dimasukkan ke dalam beg, begitu jua dengan  kelengkapan yang lain. Semua selamat disumbat di dalam kerata yang seadanya. Apabila aku siap semua perkara, aku pun memulakan perjalanan. Ketika itu aku dapat merasakan ada sesuatu yang mengganggu jiwa ketika itu. Namun puncanya aku tidak dapat kesan sama sekali. Bertemankan budak comel dan juga 'pemain' cakera padat lagu kegemaran, aku memandu dengan berhati-hati. Memandu di waktu malam menggusarkan aku kerana kadang kala aku keliru dengan keadaan sekeliling.

Selepas 20 minit, tiba-tiba aku dapat rasakan seram sejuk diseluruh tubuhku. Aku tertanya-tanya kenapa keadaan ini terjadi. Adakah aku akan terlihat sesuatu? Ataupun ada sesuatu mengekoriku? Hanya surah suci yang dapat diungkapkan bagi mengelakkan yang tidak diingini. Selepas 5 minit, aku ternampak sesuatu cahaya yang datang dari arah depan. Cahaya dari mata makhluk itu sungguh mengejutkan aku sambil diikuti jeritan budak kecil, "PAK LANG!!!!!!!!!". Kereta kecil aku terasa sedikit berjongket dan aku kaget! Keretaku terus bergerak ke depan kerana aku tidak dapat fikirkan apa-apa. Ketika itu aku terpandang jam yang menunjukkan waktu 1025 malam. 

Walaupun kejadian itu sudah 30 minit berlalu, hati ini masih berdebar dan teringatkan kejadian itu. Itu belum lagi rasa loya di tekak yang menjelma (aku tidak mengandung ye kawan-kawan). Bila difikirkan kembali, aku dapat rasakan ini semua bukan salahku. Ketika kejadian itu, semua yang terjadi secara tiba-tiba. Aku dapat rasakan kehadirannya di depan aku dan ia tidak bergerak melainkan matanya yang bercahaya memandang tepat ke mataku! Semua yang terjadi tidak dapat dielakkan. Mungkin itu takdirnya. Maafkan aku wahai si kucing hitam. Walaupun rasa bersalah bersarang di dada, kepala aku terus ligat memikirkan di mana hendak aku cuci keretaku. Tak sanggup aku melihat bahan bukti yang mungkin tersisa di bawah kereta. Selepas kejadian itu, aku terus tutup tingkap kereta dan hidupkan penghawa dingin. Jika terus dibiarkan tingkap terbuka, hidung aku suka mereka aneka bau yang menjijikkan. Dan ketika itu juga misteri debar di dada terurai apabila aku teringatkan bekas makanan (Tupperware) kesayangan bonda di atas meja. Harus aku dengar syarahan kuliah subuh bonda pagi nanti. Erm....tabahlah menghadapi semuanya wahai hati. 

March 21, 2009

Tema Hari Ini :(

Dalam fikiran ni, sedang berkecamuk memikirkan sesuatu. Cuba menenangkan diri agar tidak terus hanyut dalam ilusi dunia. Makin dicuba, makin jauh pandangan mata. Aku yakin diri ini akan tabah menghadapi segalanya walau langkah ini kurang pasti. Aku masih percaya sinar bahagia akan menjelma jua akhirnya................ 
Kata pujangga "Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan".
~faizal~



 Luka - Dayang Nurfaizah

Pabila ku kenangkanmu
Duniaku gelap gelita
Oh sayangku mengapa kamu

Menghilangkan diri... lamanya
Ku percaya suatu masa
Kau kan terjaga dari lena
Selamanya kau kan ku tunggu

*Luka, pulanglah sayangku kembali segera
Luka, sampai hati menghilang tanpa berita
Luka, tegarnya kau biarku sendiri merana

Biar ku terluka
Kembalikan sinar hidupku
Tanpamu ku hilang arah

Selama ini ku cekal hati
Hanya kerna semangatmu percayalah
Ku pasti suatu hari
Kau kan terjaga dari mimpi
Disini ku setia menanti

Ulang * (2X)

Selamanya ku setia
Walau ku sendiri terluka




March 19, 2009

Mau Sepinggan!

Hari Sabtu lepas, aku terpaku melihat satu bangunan oren berdekataan dengan Terminal Bas Shahab Perdana (Aloq Setaq). Dua orang ahli pengakap muda dalam kereta keriangan masing-masing hendak cerita pengalaman mereka ke bangunan oren tu. Berbekalkan duit amal jariah daripada pengakap pencen, aku bersama ahli pengakap muda menuju bangunan oren tu. Buat makluman, inilah kali pertama aku jejak kaki ke restoran makanan segera buat tahun ni. Ye, aku mengikuti program boikot macam-macam jenama termasuk restoran makanan segera. Tambah sedikit info, sekarang ni aku bukan meneruskan boikot, tetapi hasil program tu aku boleh hidup tanpa barang-barang jenama yang dimomokkan kepada kita sejak kecil. Hasilnya aku rasa sudah jatuh cinta dengan produk keluran tempatan. Sebagai contoh, aku sudah tertawan dengan produk yang memenuhi kehendak syarak. :D

Berbalik kepada hal restoran makanan segera yang berwarna oren. Restoran ni bukan restoran 'Si Badut Kuning' (SBK) atau pun restoran 'Tok Wan Janggut'(TWJ) yang popular tu. Restoran ni rupanya hasil daripada pengusaha bumiputera yang mementingkan halal. (Tetiba teringat berita pasal ayam yang tak sembelih dalam TV tadi. Sungguh c#$%ka pengusaha ayam itu!). Restoran oren ni aku rasa dah glamour, cuma aku baru saja tahu kewujudan secara nyata. Sebelum ni ada dengar ura-ura syarikat ni nak bukak restoran yang boleh memberi saingan kepada restoran SBK dan TWJ. Siapa dah tahu restoran oren ni restoran apa? Ya, apa lagi kalau bukan RADIX FRIED CHICKEN (RFC)! Hahaha bila kita tahu nama dia mesti kita teringat restoran TWJ kan! Mari aku nak kongsi cerita pengalaman pergi makan kat RFC. Bila masuk je RFC ni, semua pekerja pakai tudung bersama uniform oren. Erm Zahid AF2 mesti suka. Ye la dia kan mamat oren. :D Bila ku lihat menu, apa yang boleh disimpulkan, RFC memang boleh memberi saingan kat TWJ! Konsep makanannya hampir sama. Bila kata hampir sama tu, kawan-kawan sila bayangkan yang produknya lebih kurang TWJ. Cara hidang pon sama. Produk dia ada la lain sikit dari segi burger. Ada burger sambal! hehe. Airnya pulak semestinya Kola Radix! Kopi Radix (Mau Secawan) pon ada bersama Jus Roselle.

Sumber: http://jawiherbshop.blogspot.com/2008/05/rfc-satu-altenatif.html


Aku agak resah masa menunggu nak pesan makanan. Ramainya orang yang nak makan RFC. Masa tu boleh katakan 100% orang kita. Dan semestinya restoran ni jadi pilihan keluarga yang sungguh Islamic ( ni berdasarkan gaya penampilannya ye). Aku rasa kebanyakkan yang datang ni mungkin takkan jejak kaki meraka kat restoran TWJ (Boleh gitu kataku!). Pekerja-pekerja RFC nampaknya agak kelam kabut nak uruskan pelanggan masing-masing. Sampaikan ada dua tiga orang pekerja agak kelam mata sampaikan tak tau nak buat apa. Balik-balik diorang panggil pengurus restoran untuk tolong diorang. Ye, aku faham mungkin diorang mungkin baru lagi bekerja. :) Bila sampai giliran, aku pesan set ayam goreng 3 ketul (bersama kentang putar, sayur dan roti bun) dan set kanak-kanak riang untuk seorang pengakap muda. Seorang lagi pengakap muda berkongsi makanan dengan aku. Nasib baik pekerja yang ambil pesanan aku sungguh cekap. Sekejap je aku dapat semua makanan. Harga, erm lebih kurang macam TWJ dan mungkin lebih murah beberapa puluh sen.

Selepas tu, aku dan pengakap muda naik ke tingkat atas untuk menikmati makanan kami. Sambil-sambil tu mata meliar melihat konsep restoran ni. Dalam hati boleh tahan jugak, walaupun ada persamaan dengan konsep restoran TWJ. Yang penting restoran ni memang OREN dan juga sejuk! Makanannya, licin ye aku dan pengakap muda makan. :) Sebelum balik, sempat beli bungkus untuk di makan bersama ahli keluarga yang lain. Secara amnya, masih ada ruang untuk pihak RFC memperbaiki sama ada daripada bahagian servis kaunter mahupun produk makanannya. Mari sokong produk tempatan yang halal. Yang penting aku MAU SEPINGGAN! hehehe

p/s: Sedih la tak de kamera, kalau tak mesti dah puas beraksi bersama dalam RFC. :( Mari tengok gambar kat bawah.


Packaging RFC

Ha, ni dia yang ada dalam kotak! Yum Yum!

~Kaykay~

March 18, 2009

Cinta - Nitrus



Cinta - Nitrus

Langkah ku makin panjang
Menuju arah itu
Aku pasti di sana kau menunggu

Biarpun lelah jiwaku
Ternampak oleh mu
Aku pasti kau lebih tahu

Ku merenung dan merindu
Jelas untukmu kasih
Hanya untukmu

Yakin aku hampiri dirimu yang semakin jauh
Yakin kamu menanti diriku yang sering keliru
Kan ku tuju,kan ku tuju,dan di situ
Halalkanlah aku

Resah yang makin hilang
Ditinggalkan jejakku
Aku pasti mahumu begitu

Biar terkadang waktu
Bertatih mencarimu
Aku pasti kaulah yang satu

Kau merenung dan merindu
Jelas untukku kasih
Hanya untukku

Yakin aku hampiri dirimu yang semakin jauh
Yakin kamu menanti diriku yang sering keliru
Kan ku tuju,kan ku tuju,dan di situ
Halalkanlah aku

Yang ku inginkan adalah cinta (5X)


P/s: Mendengar lagu bersama lirik juga boleh menggetarkan perasaan. Erm...kejiwangan di hati sudah melanda diri........


March 14, 2009

Tok Guru, Anak Saudara & Layu

Ada 3 perkara yang ingin dikongsikan bersama pada hari ini. :)

1. Tip Kecantikan
Konah teruja bila Tok Guru Michelle Phan telah beri petua terbaru di saluran 'Tiub Kamu'. Oleh sebab itu Konah ingin berkongsi tip ini dengan rakan-rakan lain. Bahannya cukup mudah. Hanya menggunakan tomato dan juga gula. Cukup mudah kan! Selamat mencuba!



~Konah~


2. Anak Saudara Pak Cik Hussein
Wah! Malam tadi mesti 'groupies' Tomok bersorak sakan melihat Tomok dapat 'kekebalan' kan! Ahli 'groupies' Tomok jangan segan-segan nak mengaku yang korang semua teruja dengan berita semalam. Ala-ala selamatlah kredit korang minggu ni. Boleh la korang bawak kehadapan kredit itu diminggu depan. Aku pon seronok juga melihat 'Meet Uncle Tomok' beraksi. Hihihi. Tapi aku bukan ahli 'groupies' Tomok ye! Erm dalam banyak-banyak peserta, aku kurang gemar lelaki yang kurang tinggi tu. Bukan aku buta seni atau buta muzik, cuma aku kurang gemar suaranya. Huhu.



~KayKay~


3. Layu - Malique
Kebetulan ketika 'berjalan' di saluran 'Tiub Kamu', aku jumpa video ni. Nak kata lagu pon, penyanyi tu macam baca sajak. Hati ni tersentuh mendengar puisi ni.
Moga kawan-kawan dapat menghayatinya. Di sini aku bukan ingin menyentuh politik negara, cuma terfikir apa kesudahannya nasib bangsa. Erm apa pun aku suka liriknya.



Layu - Malique
Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai


~ Faizal~

March 13, 2009

Happy Birthday to Me - MMHK (Siri 2)

Ketika di zaman persekolahan, kami sebagai pelajar tidak punya ruangan meluah rasa di alam maya seperti remaja masa kini. Hatta, alamat elektronik juga tidak pernah dikenali. Yang kami tahu, bertukar surat, bertukar kertas dan juga bertukar kad tanda ingatan. Tidak dilupakan, bertukar komik sesama sahabat handai. Melihat himpunan surat dan kad, aku terkenangkan seorang sahabat yang dahulu umpama matahari yang menyinari hidupku. Dialah yang menceriakan hidup yang ketika itu agak muram dan sunyi di satu daerah asing. Sudah lama aku tidak ketemu sahabatku ini. Aku harap dia bahagia dengan hidup yang ditempuhinya.

Di sini aku ingin berkongsi satu tanda ingatan Cik Aniza buat diriku. Bila aku baca pantun khas itu, sering aku ketawa. Inilah kali pertama ku membaca pantun 34 kerat. Ingin baca? Sila lihat di bawah.



Sila klik kad untuk melihat imej yang lebih besar.

Di bawah adalah pantun 34 kerat yang ditaip semula:

Oyang Sedara aku suaranya garau,
Besor pulak matanya,
Sup kegemaran tongkeng campur ngan kaki,
berperisa durian campur strawberi,
Hobinya pelik suka jual kain,
Benggali pun kalah,
Akhirnya jual 'spenda',
Buayafriend dia pula suke sangat kentot,
sebab baru je tertelan ubat julap,
Tahan malu mukanya toya,
Mana taknya tengah jalan-jalan,
Setiap rancangan mesti ada iklannya,
"Belilah sabun cap bontot unta" & sambung balik cerita,
Control punye control tiba-tiba jatuh dalam perigi,
Lupa plak aku, perigi mana ada atas bukit (itm),
Sebenarnya aku pun tak tahu apa yang aku cerita,
Cume nak buat lawak bodoh je,

(Yg kat atas ni baru perangkap pertama, penat pulak tulis control,aku sambung tulis biasa ajelah ye!)

Tak pernah aku jumpa makhluk macam kau,
Paling pongek dalam dunia,
Tetapi suke (nota: tak perlu taip ayat ni),
Walaupun suke membebel dan menari,
Engkau lain daripada yang lain,
Dahlah tu suke Basirah,
Semoga engkorang bahagia,
Sehingga ke anak cucu, cicit dan cocot!
Maafkan aku jika terbetul cakap,
Aku harap dan berdoa kau berjaya,
Di dalam SPM '98,
Serta di AKHIRAT juga,
Sebelum aku terlupa,
Terima kasih di atas kek yang kau beri,
Sampai aku cirit birit!!!
Tapi bila lagi,
Dapat makan kek beracun FREE...

Siaran Akhbar:
Berdasarkan kad di atas, untuk makluman semua, saya tidak bertanggungjawab atas kejadian kek beracun itu. Kek itu telah terjatuh ke lantai depan lab biologi. Atas kesepakatan kami, kami terus selamatkan bahagian yang tidak tercemar untuk meraikan majlis hari jadi. Selain itu, saya masih tidak mengerti apakah maksud 'pongek' yang sebenar. Saya cuma tahu 'pongek' dapat disinonimkan dengan diri saya. Saya juga ingin menerangkan bahawa saya dan Cik Basirah (ketika itu) tidak lebih daripada hubungan rakan sekelas. Perhubungan kami tidak pernah melibatkan percintaan. Ini semua hanyalah propaganda Cik Aniza. Setakat ini kenyataan daripada pihak saya.


Selain hadiah kad daripada Cik Aniza, kad di bawah sampai di tangan ketika aku menghadapi satu tekanan paling dahsyat pernah. Dengan adanya kad ini, hatiku berbunga kembali. Aku sungguh terharu melihat tuan empunya kad begitu gigih mereka kad yang istimewa buatku. Dia menggunakan kerang yang sebenar dan ditampal atas kad. Puan Aida, hanya ucapan terima kasih dapat diucapkan atas pemberian kad itu.















Kiri: Kad Kerang Puan Aida
Kanan: Puan Aida bersama Putera Aijaz

~Faizal~

March 12, 2009

Misi Membongkar Harta Karun (Siri 1)

Ketika diri bergelut dengan kehidupan yang tidak pasti, mengenang kembali saat yang telah berlalu pasti membahagiakan diri ini. Walaupun bahagia hanya seketika, kenangannya amat berharga. Setiap impian yang pernah berbunga, pasti akan ada yang layu seiring masa beredar. Bila membongkar kembali khazanah yang dimiliki, aku berfikir seketika. Bukan menyesal dengan apa yang berlaku, tetapi cuba memahami setiap perkara. Ya, tidak semua perkara ditakdirkan terlaksana. Namun ada juga yang terjadi atas pilihan hati. Di sini aku hanya sekadar ingin berkongsi dengan 'harta' yang tidak seberapa, tapi cukup bermakna dalam hati ini. :)


Hasil idea 10-11 tahun dahulu. Ya, aku juga gelakkan apa yang aku lihat. Ketika ini aku rasa sungguh hebat. Berinspirasikan heroin Hindustan dan juga Gadis Rempah, maka ini yang terjadi. Jangan salahkan aku jika peratusan badan yang terdedah tinggi. Semuanya pengaruh Gadis Rempah! :)


Dan ini pula adalah 'buku teks' utama ketika itu. Setiap bulan tidak pernah ketinggalan untuk mendapatkan 'buku' di pekan Menggatal. Sayangnya, semua koleksi 'buku teks' ini terpaksa ditinggalkan tanpa rela di sana. Hiba bila kenangkan saat itu. Aku hanya insan kerdil yang tiada kuasa. :( Gambar di atas adalah antara 'buku teks' yang masih tersimpan rapi dan dikeluarkan untuk tatapan bersama. :)



Dan akhir sekali, ini dia Gadis Rempah pujaan hati suatu ketika dahulu. Pelekatnya masih wujud dalam simpanan. Cuma satu saja yang tertanggal. :D Erm apalah yang difikirkan pada masa itu? Adakah ini bait-bait lirik ini yang terlintas? 'I need some love like I never needed love before'. Hehe. Mungkinkah pelekat ini akan terus wujud 10 tahun akan datang? Hanya masa menetukannya....

P/s: Buat adikku, kejarlah impianmu itu. Ku kan terus beri sokongan yang tiada hujungnya. Kejayaanmu akan menjadi impianku.

March 11, 2009

Mari Menjadi Jelita Bersama-sama

Kembali lagi bersama Konah pada hari yang mulia ini. Ada kawan-kawan bertanyakan lagi pada Konah yang cantek ini tentang rahsia kejelitaan yang boleh dikongsikan bersama. Memandangkan Konah bukan guru yang tepat untuk mengajar semua ilmu kecantikkan ini, jadi Konah mencari alternatif yang boleh kita sama-sama belajar dan juga amalkan di hari-hari mendatang. Mari kita lihat rahsia kejelitaan pada hari ini.

1. Chocolate Anti Aging Mask
Untuk makluman semua, segala bahan yang diperlukan mudah dan senang didapati di kedai runcit berdekatan rumah kita. Kalau tak ada, cari la di kedai lain di daerah anda.




2. Rahsia Wajah Tanpa Jerawat (Beauty Secret to No Pimples)
Berdasarkan video yang telah Konah tonton, bahan yang diperlukan cukup mudah. Bangun, pergi dapur anda dan carilah gula. Menurut komentar yang telah di tinggalkan pada video ini, tip mengunakan gula ini berkesan. Sila lihat untuk tahu dengan lebih lanjut bagai mana untuk menggunakannya. Amaran: Tuan yang beraksi dalam video ni banyak cakap. Jadi sabar je la ye.



3. Lipgloss anda dah habis?



4. Simple Everyday Look
Konah amat suka dengan gaya dan tunjuk ajar oleh Tok Guru Michelle Phan. Konah tahu ada kawan-kawan yang terkial-kial nak makeupkan diri sendiri. Mari belajar cara mudah untuk pemakaian hari-hari. Konah nak ajar sendiri Konah tak pandai. :D



Selamat mencuba ye! Kalau ada yang tak jadi, jangan marah Konah. Ini semua hanya perkongsian ilmu. hihi

~Markonah~

March 10, 2009

Cinta Gadis Si Penjual Baju

Dalam kesejukkan cuaca pada hari ini membuat aku teringatkan kehangatan percintaan aku dan gadis si penjual baju. Perhubungan yang suci ini telah terjalin 3 tahun lamanya. Pelbagai onak dan liku telah kami tempuhi. Semua itu telah menguatkan kasih dan kepercayaan antara satu sama lain. Selagi dia berada di sisiku, aku lebih yakin melangkah kehadapan. Tanpanya, aku tidak tahu apa yang akan terjadi pada diri ini. Ku bersyukur pada Yang Satu atas kurniaan yang tidak terhingga.Kini kami masih bahagia menikmati percintaan ini. Kisah kami bermula dengan satu pandangan pertama. Sesuatu telah terkesan di dalam hati lalu kami saling membisu melihat antara satu sama lain. Berikut adalah situasi yang berlaku.



Pertemuan berlaku bertempat di butik baju yang terletak di PKNS Shah Alam.

Gadis Penjual Baju: Masuk la abang. Banyak baju kat sini. Baju kurung ada, baju kebaya ada, jubah ada. Murah-murah, boleh cube, boleh ubah suai kalau nak.

Jejaka: Kedai ni tutup pukul brapa kak?

Gadis Penjual Baju: Selalu lepas magrib tutup la.Pilih la baju, banyak pilihan kat sini

Jejaka: Ok, nak tengok dulu yer.(Terus membelek baju-baju kebaya di depan mata)


Tiba-tiba


Gadis Penjual Baju: CANTIKNYA BULU TANGAN ABANG!(sambil gelak-gelak manja)

Jejaka: HAHAHAHA????? (gelak sambil terkeliru dengan kata-kata gadis penjual baju).

Gadis Penjual Baju: Ye la cantek bulu tangan abang. Saya ni langsung tak da bulu tangan.

Jejaka: Erk! (Tak tahu nak kata ape sebab dah rasa macam dicabul maruahnya.Jejaka itu terus keluar dari kedai dan cuba tidak datang lagi ke kedai itu.)


P/S: Ok fine, yang atas tu merepek je. Inti pati cerita yang nak disampaikan belah bawah saje. First time dalam hidup orang puji bulu tangan aku cantek. Pelik-pelik. Erm....

~KayKay~


March 8, 2009

Dia Fadila - Jat Da Da Da



Situasi hari ini:
Lirik Jat da da da ditatap, botol kicap dipegang, lagu dipasang, sesi Mari Berkaraoke Bersama Konah bermula. hihi

Lirik:
Jat da da da (8x)

Entah mengapa debar di jiwa,
Terasa bagai ku telah jatuh cinta,
Semakin lama, semakin mula rasa rindu,

Kini ku sedar, ku tak berdaya,
Memendam rasa yang sekian lama,
Menginginkanmu, mencintaimu oh sayangku,

*Jangan cuba mencipta harapan,
Jika kau hanya mainkan perasaan,
Yang sekian lamanya dambakan kehadiranmu,
Jangan biarku mencintaimu,
Melainkan kau merasa begitu,
Kerana hati ini tak bisa diluka lagi,

Jat da da da (8x)

Katakan saja yang sejujurnya,
Ada kau rasa apa yang ku rasa,
Moga setia, Mengharap sinar bahagia,

Ulang * (2X)

Jat da da da (8X)

Lagu: Composer Thai
Lirik: Siape Tahu? hehe

P/S: Penat dah berkaraoke lagu ni untuk hari ini. Dah tak larat nak ulang pendengarannya. Dah boleh berkaraoke dengan lancar dan fasih. Kalau ada salah lirik sila bagi tau. :D

March 7, 2009

TOMOK KNOWLES FEVER



ARGH....!!!! TOMOK! ONE MORE! ONE MORE! OH,TOMOK! ARGH.....!!!!!

Hahaha amek ko. Jeritan ala ala groupies yang gilekan Tomok. Itu kalau aku ni pompuan yang gilekan dia. Semua orang tahukan (semua ke?) si mamat ni mem-Beyonce-kan diri untuk show OIAM minggu ni. Pergh! Aku antara makhluk tuhan yang terkaget lagi kagum melihat dia nyanyikan lagu tu. Well, i sebenarnye memang tak minat mamat ni. Erm nape ek? Mungkin sebab dari dulu aku tak minat group dia. Ye la masa dia mula-mula jadi artis tu, azabnye aku dengar lagu group dia. Tu tak masuk lagi cerita-cerita mengarut dalam Mangga yang lagi aku tak leh layan.

Lupakan itu semua. Sambung balek minat aku yang tercetus semalam. Walaupon si mamat rock Perlis tu dapat immunity, persembahan Encik Tomok jugak aku suke. Part paleng suke yang Oh o Oh o tu. Hehe. Tapi kan bila aku piki balek la kan, sebenarnye apakah faktor yang buat aku suke persembahan si mamat ni? Adakah sebab dia memang menyanyi lagu ni dengan sebegitu best? Atau adakah sebab aku memang menggilai Puan Beyonce Knowles? Tak kesah la kan. Yang penting aku suke. Korang kalau tak suke ada aku kesah? Hahaha.

~KayKay~

March 5, 2009

Tip-tip Sentiasa Cantik Di Zaman Gawat!

Kembali lagi bersama Konah Kelabu pada hari ini. Konah ingin berkongsi tip-tip kecantikan yang menggunakan bahan-bahan murah dan sesuai dengan zaman ekonomi yang tidak menentu ni. Walaupun Konah bukan pakar kejelitaan, Konah percaya kita semua berhak untuk menjadi cantik setiap hari. Konah belum lagi mencuba tip-tip di bawah kerana Konah menggunakan produk yang seiring dengan kehendak syarak untuk menjimatkan perbelanjaan kecantikan. Berikut adalah video yang Konah jumpa semasa godek internet. Selamat mencuba!

P/s: Sila pausekan lagu di sebelah sebelum menonton video di bawah. :)


DIY: Homemade Lip Colour


Paper Bag Curls Tutorial : No Heat


Aspirin Mask


Kitty Litter Facial Mask : Deep Cleansing


Bagi video yang ni, sila la tonton dulu sebelum buat andaian bukan-bukan. ;)

~Markonah~

March 4, 2009

Bukan Cinta - Amylea feat Azan Ad-Addin : Lagu Paleng Sesuai Untuk Dia

Sejak dua menjak ni, aku asyik dengar lagu ni. Boleh dikatakan lagu ni la diulang berkali-kali. Aku sungguh tersentuh dengan lirik lagu ni. Lagu dia pon best. Tetibakan aku terasa sesuatu, sebab lagu ni la yang paleng tepat untuk aku bagi untuk DIA tu. Bukan lagu yang sebelum ni , yang itu kurang sesuai. Nak buat macam mana, masa tu aku keliru dengan apa yang bermain dalam isi hati ini. :)


Setiap kali daku bersamamu
Hatiku jadi tidak menentu
Diri bertanya apakah jadinya
Bila sahabat jatuh bercinta

Mungkinkah kita elok bersama
Mengharapkan mimpi tak pasti
Daku tak berani

Pedih sekali nak menahan diri
Dari terus merasa begini
Cinta yg ada
Biarlah membara
Membakar sunyi di dalam jiwa

Daku tak mahu
Kehilangan mu
Bak mengejar bintang melambai
Nanti tak tercapai
(c/o)
Bukan cinta yg ku mahu
Darimu persahabatan yg ku perlu
Kerna cinta takut nak ku beri
Teman yg sejati lebih bererti
Pada diri ini
(repeat c/o)

Mampukah aku menempuh cinta
Tanpa diriku kehilangan mu
Kerna dunia bercinta penuh likunya
Ku sangsi kau dan aku
Akan berubah
(repeat c/o)

Siapa tahu sehari nanti
Mungkin diriku lebih berani
Dan bila cinta mula bersemi
Akan ku dakap sepenuh hati

Lagu dan Lirik: Afdlin Shauki
Album: Selepas 3









March 3, 2009

LATEST: SAYA KBBS DENGAN 'KAMBENG'

Berdasarkan situasi yang berlaku seperti artikel lepas, dengan ini saya sudah boleh berkawan baik dengan KAMBENG! Walaupon kambeng itu busuk, tetapi saya tetap wangi ye! Terima kaseh pada deodorant dan minyak wangi yang ada. Memandangkan air dalam tong biru sudah berkurangan, saya dengan rajennye membawa baldi turun. Harapanku hendak mengambil air dari tong SYABAS. Huhu.Kecewa air dalam tong sudah habis.

Kebetulan ada orang kata dekat parking motor ada air. Saya pon berjalan dengan lemah lembut menuju tempat itu. Wah! Menakjubkan. Datang mana air ni? Yang ada hanyalah paip getah yang disambung-sambung lalu air mengalir tanpa henti. Kebetulan tak ramai. Ada la dalam 3 orang iaitu saya, seorang Cina dan seorang kakak Seberang. Kakak Seberang ni kata air ni air bukit. Patut la tak nampak tong SYABAS. Kakak ni siap bawak baju nak basuh. Erm sempat je nak basuh baju ketika saat genting macam ni. Semasa saya tengah tadah air, upss ape tu kakak Seberang ni buat? Terkaget sebentar melihat dia melondehkan baju kecik dia tanpa bukak baju. Hehehe. Dia nak basuh baju tu sekali rupanya. Kata dia dari semalam dia tak mandi. Kesian dia. Dah habis tadah air, saya pon bawak balek baldi biru dan baldi merah berisi air naik keatas rumah. :)

Bila tengok baldi biru tu erm dalam hati bagus jugak tak buang baldi ni. Walaupon baldi ni dah 10 tahun, masih sudi berkhidmat untuk tuannya. Baldi ni beli khas nak masuk Kolej Kurniawan. Nama PONGEK tu ada lagi bawah bontot baldi. Erm.......

Kittens For Adoption

Safura and Milo

Copy n paste dari Friendster kawanku:

attention to all caring n compassionate souls.. sape2 yg rasa2 nak bela kucing or kenal org yg nak bela kucing, aku ada 5 kittens for adoption.. semuanya comel2.. u can msg me on fs, ym - tunteja_84@yahoo.com or just give me a ring if u have my num..

thanks.. =^_^=

Sesiapa berminat, klik je gambo awek di atas. :)

~KayKay~


March 2, 2009

Flora Damansara Tak Ada Air!!??

Erm dah kecoh kat sini pasal air tak da. Hari tu tengok notis kata ada gangguan air pada 28 Febuari. Ingatkan sebab Syabas nak buat penyelenggaraan tangki air ke, korek-korek tanah lagi ke. Semalam siap ada pengumuman dari surau suruh semua penduduk kumpul untuk menyatakan tak puas hati tentang air kena potong. Erm ape lagi, aku ni jadi blur-blur kejap.Air memang tak de ke? Kenapa aku blur? Rumah yang aku tumpang duduk ni ada pulak air.

Semalam tengok la berita tv9, wah siap masuk berita pasal air dekat Flora Damansara kena potong. Hati ni debar-debar jugak takut air tak de. ape lagi? Aku terus pi tadah air dalam bekas biru yang besar. Hari ini bila bukak pili, erm air masih ada lagi. Aku pon teruskan aktiviti seperti biasa. Jangan ingat aku busuk ye! Aku mandi hari ni 2 kali lagi. Bila petang, kebetulan nak jengok tingkap. Wah! ramainya orang dengan baldi.Masing-masing beratur dekat lori air. Uish runsing-runsing. Tapi pili masih keluar air. Air tangki kot. Tadi masa turun bawah pergi kedai, aku pon baca notis dekat lif.

"Water Cut By Syabas at Flora Damansara"

bla bla bla bla bla bla bla

bla bla bla bla bla bla bla

tup tup

Total Outstanding = RM 3,146,013.02

Mak aii! banyaknyer! Erm apa yang terlintas dalam fikiran, duduk flat seksyen 7 Shah Alam lagi best. Siapa tak bayar, PKNS kunci terus meter rumah orang tu. Tak da la nak menyusahkan orang lain. Macam-macam hal! Siapa yang harus dipersalahkan? SYABAS ke pihak pengurusan ke orang yang tak bayar duit?

Malam ni ada lagi sambungan berita semalam kat tv9. Kesimpulannya, tunggu lah esok apa yang akan terjadi. :I

~KayKay~

Khas Buat Kekasih Gelapku Suriya Jumawi

Gambar tercopet di blog Suya

Dear Suya:

"...I don't really know how to tell you this, but I'm in love with your sister. I think I realized it when I threw up in your closet and I saw you pull the clothes off my best friend. I'm sure you're middle-class enough to understand how boring you are. I'm returning how awful I've felt to you, but I'll keep your suicide note as a memory. You should also know that I will tell the authorities about our friendship with ease..."

-M. Faizal-


----------------------------------------------------------------------------------------------------




Hahaha kalau korang baca mesti tak pahamkan isi penting yang aku nak sampaikan kat korang. Aku dah terkena dengan Pn Sheri. Mula-mula aku dapat, aku pon tak paham. Apa yang terlintas dalam hati ni aku dah buat salah apa-apa ka dengan Pn Sheri. Sebabnya aku tertumpu baca bahagian atas ni. Sebenarnye `keje sekolah’ ni dah lama dapat. Tapi sebab masa tu jiwa kurang tenang sebab macam2, benda ni tertangguh (terlupa sebenaqnye) sampai la ni. Jadi kawan-kawanku, sila baca yang seterusnya untuk memahami dengan lebih lanjut. :)


Inilah syarat-syaratnya:

Answer the questions below;

1. What's the color of your shirt?
Blue - Our romance is over
Red - Our affair is over
White - I'll join the monastery
Black - I dislike you
Green - Our horoscope doesn't match
Grey - You're a pervert
Yellow - I'm selling myself
Pink - Your nostrils are insulting
Brown - The mafia wants you
No shirt - You're a loser
Other - I'm in love with your sister

2. Which is your birth month?
January - That night
February - Last year
March - When your dwarf bit me
April - When I tripped on sesame seeds
May - First of May
June - When you put cuffs on me
July - When I threw up
August - When I saw the shrunken head
September - When we skinny dipped
October - When I quoted Santa
November - When your dog ran amok
December - When I changed tennis shoes

3. Which food do you prefer?
Tacos - In your apartment
Pizza - In your camping car
Pasta - Outside of Chicago
Hamburgers - Under the bus
Salad - As you ate enchilada
Chicken - In your closet
Kebab - With Paris Hilton
Fish - In women's clothing
Sandwiches - At the Hare Krishna graduation
Lasagna - At the mental hospital
Hot dog - Under a state of trance
None of the above - With George Bush and his wife

4. What's the color of your socks?
Yellow - Hit on
Red - Insult
Black - Ignore
Blue - Knock out
Purple - Pour syrup on
White - Carve your initials into
Grey - Pull the clothes off
Brown - Put leeches on
Orange - Castrate
Pink - Pull the toupee off
Barefoot - Sit on
Other - Drive out

5. What's the color of your underwear?
Black - My best friend
White - My father
Grey - Bill Clinton
Brown - My fart balloon
Purple - My mustard soufflé
Red - Donald Duck
Blue - My avocado plant
Yellow - My penpal in Ghana
Orange - My Kid Rock-collection
Pink - Manchester United's goalkeeper
None - My John F. Kennedy-statue
Other - The crazy monk

6. What do you prefer to watch on TV?
Scrubs - Man
O.C. - Emotional
One Tree Hill - Open
Heroes - Frostbitten
Lost - HighHouse - Scared
Simpsons - Cowardly
The news - MongolicIdol - Masochistic
Family Guy - Senile
Top Model - Middle-class
None of the above - Ashamed

7. Your mood right now?
Happy - How awful I've felt
Sad - How boring you are
Bored - That Santa doesn't exist
Angry - That your pimples are at the last stage
Depressed - That we're cousins
Excited - That there is no solution to this
Nervous - The middle-east
Worried - That your Honda sucks
Apathetic - That I did a sex-change
Ashamed - That I'm allergic to your hamster
Cuddly - That I get turned on by garbage men
Overjoyous - That I'm open
Other - That Extreme Home Makeover sucks

8. What's the color of your walls in your bedroom?
White - Your ring
Yellow - Your love letters
Red - Your Darth Vader-poster
Black - Your tame stone
Blue - The couch cushions
Green - The pictures from LA
Orange - Your false teeth
Brown - Your contact book
Grey - Our matching snoopy-bibs
Purple - Your old lottery coupons
Pink - How awful I've felt
Other - Your memories from the military service

9. The first letter of your first name?
A/B - Your photo
C/D - The oil stocks
E/F - Your neighbour Martin
G/H - My virginity
I/J - The results of your blood-sample
K/L - Your left ear
M/N - Your suicide note
O/P - My common sense
Q/R - Your mom
S/T - Your collection of butterflies
U/V - Your criminal record
W/X - David's tricot outfits
Y/Z - Your grades from college

10. The last letter in your last name?
A/B - Hate your guts
C/D - Never will forget
E/F - Always wanted to break
G/H - Never openly mocked
I/J - Always have felt dirty before
K/L - Will tell the authorities about
M/N - Told in my confession today about
O/P - Was interviewed by the Times about
Q/R - Told my psychiatrist about
S/T - Get sick when I think of
U/V - Always will try to forget
W/X - Am better off without
Y/Z - Never liked

11. What do you prefer to drink?
Water- Our friendship
Beer - Senility
Soft drink - A new life as a clone
Soda - The incarnation as an eskimo
Milk - The apartment building
Wine - Cocaine abuse
Cider - A passionate interest for mice
Juice - Oprah Winfrey imitations
Mineral water - Embarrassing rash
Hot chocolate - Eggplant-fetishism
Whisky - To ruin the second world war
Other - To hate the Boston Celtics

12. To which country would you prefer to go on a vacation?
Thailand - Warm regards
USA - Best regards
England - Good luck on your short-term leave from jail
Spain - Go and drown yourself
China - Disgusting regards
Germany - With ease
Japan - Go burn
Greece - Your everlasting enemy
Australia - Greetings to your frog Leonard
Egypt - Fuck off now
France - In pain


Based on the chosen answers, just fill in the blanks in this LETTER MEME :


Letter Meme:

Dear ________(the last person who left a comment on your blog/journal):

"...I don't really know how to tell you this, but ___1___. I think I realized it ___2___ ___3___ and I saw you ___4___ ___5___. I'm sure you're ___6___ enough to understand ___7___. I'm returning ___8___ to you, but I'll keep ___9___ as a memory. You should also know that I ___10___ ___11___ .___12___..."

-Your name-


Then, tag no less than 5 other people, and leave them a comment, informing them that they have been tagged.


Mereka yang istimewa menerima anugerah ini ialah:

1. Suya Mawi

2. Suhana Zainal
3. Siti `Mant' Mutheerah
4. Alang Zila
5. Diana Gaban

P/S: Maaf ye Pn Sheri, saya ni budak baru belajar. Baru belajaq pegang galah. Hehe :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...