January 30, 2010

Ini Kisah Mereka...

Ini adalah kali pertama menyambut birthday bersama...

Selepas ini, harap mereka akan dapat menyambut bersama sepanjang usia....

Dari tepi tingkap nako, dia sedang menunggu dengan 'tenang'nya...
(Hahaha tipu je tu. Padahal gelabah giler)


Kini, semua dah selesai. Perlu menunggu detik yang lain pula. Buat sahabatku berdua ini, aku tumpang gembira. Kepada semua yang mengenali mereka, mari kita doakan semoga mereka bahagia... =)

Buat Zura: Wei, aku rasa aku tak puas la makan karipap, agaq2 warna warni dengan pizza. hahaha. Ayaq Pudina Limau hang sungguh sedap! Buleh la hidang masa kenduri nanti. hehehe

p/s: Hati sungguh tenang menatap wajah-wajah yang tersayang. Indahnya momen2 yang sedang dilalui.



January 16, 2010

Surat Untuk Encik Adnan


Kehadapan Encik Adnan yang baru dikenali,

Pertamanya diharapkan Encik Adnan sentiasa sihat sejahtera bersama Nadia di Kuala Lumpur. Tujuan Che Kay menaip surat ini sekadar menyatakan penghargaan kepada Encik Adnan yang telah membuat hati ini kembali ceria. Encik Adnan telah mengurangkan tekanan dalam diri ini. =)

Sudah lama Che Kay lihat poster Encik Adnan di merata tempat. Terus dalam kepala terfikir filem bangang apakah yang Encik David keluarkan. Oh, sungguh cepat diri ini menghukum cerita Encik Adnan! Bukan apa, mungkin poster Encik Adnan itu menyebabkan Che Kay membuat tanggapan tersebut. Huhuhu

Semalam Che Kay sempat melayan cerita Encik Adnan bersama Mak Ayam, anak-anak ikannya dan juga tidak ketinggalan Abang Askar. Semua ini berlaku setelah Mak Ayam dan Che Kay menonton 'The Making' cerita Encik Adnan. Mak Ayam beria ajak Che Kay menontonnya. Demi tidak mengguris hati dia, sampailah Che Kay ke depan layar. Mak Ayam tetap membawa rombongannya untuk memeriahkan suasana.

Untuk pengetahuan encik, semalam adalah kali pertama Che Kay duduk di barisan ke 2 dari layar. Semua tempat duduk penuh demi Encik Adnan. Tak pernah lagi Che Kay melihat makhluk sebegitu ramai memenuhi bilik ini selain cerita makhluk biru tahun lepas. Apabila paha gebu milik Encik Adnan terpampang di awal cerita, gamat sungguh bilik ni. Itu belum lagi bila babak-babak seterusnya. Memang meriah la ye sepanjang cerita ni. Che Kay dah nak gelak guling-guling tapi tak mampu. Sebagai gantinya, Che Kay gelak tepuk-tepuk kepala sambil rambut ni ditarik-tarik. =D


Encik Adnan, terima kasih kerana menjadi mat moto yang begitu sengal, selamba dan selenga! Dan paling Che Kay tak tahan adalah kejiwangan hati Encik Adnan yang kembang setaman. Tidak dilupakan baju dan seluar Encik Adnan yang sempit tu sungguh sempoi. Beli mana ek? hihihi. Apa pon, Che Kay memang puas hati dan puas gelak dengan kisah Encik Adnan ni!


p/s: Che Kay tak pandai nak bagi bintang atau bulan untuk cerita Encik Adnan. Yang pasti Che Kay nak tengok lagi! =) Oh, ya! penonton-penonton lain yang gelak menjadi pemangkin untuk Che Kay gelak puas-puas ye. Terima kasih semua makhluk yang menonton dengan Che Kay malam tadi.




Gambar Perhiasan: Budiey.com

January 15, 2010

Di Ketika Ini Aku Terkenangkan Pak Cik India Pasar Malam Seksyen 7!

Sekarang ni suasana sungguh sejuk lagi nyaman gitu.
Sambil dok melayan lagu kegemaran yang dah jadi tema dalam telefon,
tetiba Che Kay terkenangkan pak cik India pasar malam tu.
Huhuhu rindu hatiku tak tertahan kepada pak cik.
Bila dah rindu, perut lagi terkenang-kenang.
Tak pasti la benda tu ada ke tak kat sini.


Motifkan tetiba teringatkan masalodeh pak cik tu.
Selalu kalau pegi pasar malam Seksyen 7, mesti beli.
Tak sempat balek rumah masalodeh pon dah habis.
Hehehe.
Ni ada jumpa resepi dan gambaq kat sini.

Oklah Che Kay nak sambung nyanyi lagu indah lagi jiwang karat! =)



"vaseegaraa en nenjinikka un pon madiyil thoonginaal poadhum
adhae kaNam en kaNNuRanga mun jenmangaLin aekkangaL theerum

vaseegaraa en nenjinikka un pon madiyil thoonginaal poadhum
adhae kaNam en kaNNuRanga mun jenmangaLin aekkangaL theerum
naan naesippadhum suvaasippadhum un dhayavaal thaanae
aengugiRaen aengugiRaen un ninaivaal naanae naan"

Tak faham? Klik di sini untuk maksudnya!

January 14, 2010

Kabhi Kushi Kabhie Gham...


Hidup~
Kabhi Kushi Kabhie Gham
Begitulah seadanya
Ada masa kita gembira
Ada masa sebaliknya...

Ada kawan bagi emel,
"Kay, aku tau ko tak happy kat sana.
Baliklah sini. Sekurang-kurangnya kami ada."
Erm... ditepis kata-katanya, tetap dia kata dia tahu.

Bapak ada telefon,
"Ada cari kerja lain ke? Sampai bila nak harap kerja tu?"
Erm... hati tertanya-tanya adakah itu panggilan suruh pulang?
Mungkin ya.

Kini, semuanya terpulang pada hati
Apa gunanya bertahan tapi hati tak gembira
Bak lirik lagu kegemaran, i'm just trying be happy...

5 tips Happy dari Emi
1. Free your heart from hatred
2. Free your mind from worries
3. Live simply
4. Give more
5. Expect less

Kalaulah semudah kata itu... erm...
Apapun jua yang penting,

"Think rationally, but heed your heart."




Gambar Hiasan: Di Sini


p/s: Bila sampai masanya akan ditinggalkan jua tanah ini.
Yang penting my heart...

January 11, 2010

Dugaan AJL Ke-24!

Perhatian: Apa yang akan diceritakan melibatkan seorang dua artis yang menyertai Anugerah Juara Lagu ke-24 malam tadi. Segala macam kejadian yang berlaku benar-benar menduga jiwa yang berkobar-kobar mahu menonton AJL!


Konon-konon mahu menonton AJL beramai-ramai bersama rakan yang ada. Pada mulanya ramai yang bersungguh2 nak datang bila mendengar ada makanan akan dihidangkan. Kaedahnya bila jam sudah 8.30 malam, ada 3 orang makhluk sajoh yang tercongok di depan tv! Huh!

Entah kenapa ketika menonton Buletin Utama, audio tv tenggelam timbul. Disangkakan tv nak buat hal. Tapi bila diubah siaran, TV1, TV2 dan NTV7 ada suara. OH,MENGAPA INI TERJADI KETIKA INI? ARGH! Nak tarik2 rambut rasanya. Semua yang berlaku bukan salah tv di rumah. Tapi mungkin salah siaran pemancar. Kalau masa berita pon audio dah buat hal, agak2 masa AJL ok ke audionyer. Inilah nasib mereka yang tidak ada Astro.


AJL dah bermula! Yang hampehnya 3 makhluk itu hanya mampu menonton tanpa mendengar. Terasa bagaikan orang pekak menonton TV. Huhuhu. Ok la Nampak jugak dari tak Nampak. Siti Nurhaliza dah gelek2 atas pentas, tetiba baru teringat akan MP4 dan speaker yang ada. Apa gunanya mereka kalau tak bukak radiokan! Bila dah pasang semuanya, tetiba audio eloklah pulak. Ok la tu!

ARRRRRRRRGGGGGGGHHHHHHH!!!!!! Masa ni memang dugaan yang buat sakit jiwa tahap GABAN! Memang nak jadi Hulk Makhluk Hijau dan serang Sabah Elektrik Berhad! Boleh pulak masa-masa genting pertandingan nak mula, seluruh kawasan terus gelap gelita! Makhluk bertiga tu dah tak terkata apa. Masing-masing memberi idea supaya hajat menonton AJL tercapai. Che Kay ni mana la ramai kawan. Kalau ada pon bukannya mereka sudi terima kedatangan Che Kay. Kenapa Che Kay sebegitu? Nak ajak datang lepak rumah tak pernah, apa ntah lagi nak jemput datang beraya.

Dalam kepala Che Kay terlintas nama Cik Jay. Che Kay pon berialah call nak mohon simpati supaya kami boleh datang dan tumpang tengok AJL. Namun jawapan Cik Jay menghampakan. Mungkin Cik Jay tak biasa jemput spesis lain daripada dia melepak di rumah. Alah tengok TV beramai2. Bukan buat apa pon kan! Tak pe la, jawapan dan kehendak orang kita kena hormat. Konsep sekarang hormat la ye.

Setelah memohon simpati sana sini, ada jugak insan yang simpati kepada nasib 3 makhluk ini. Mereka pon nak bersiap ke rumah insane yang baik hati tu. Seperti kebiasaan, Che Kay singgah jamban sebelum keluar rumah. Masa ni lah Che Kay dah kena sampok! Terkejut dengan satu cahaya atas kepala, terus Che Kay jerit “TAK PAYAH PI, TAK PAYAH PI, ADA KARAN DAH NI!”. Makhluk lagi 2 orang tu tergelak melihat gaya over excited Che Kay yang gumbira nak tengok AJL. Nasib baik la masa tu giliran Misha baru nak mula. Oh, senyum panjang la diri ini.


Erm elektrik dah nyala, TV dah pasang, penyakit TV3 terjadi lagi. Kejap-kejap audio tak ada. Memandangkan MP4 dan speaker dah ada, Che Kay pon pasang radio. Yang Che Kay sakit jiwa masa ni la jugak speaker nak buat hal. Kejap-kejap suara kuat , sat lagi jadi pelan balik. Puas tangan angkat MP4 pi sana sini nak bagi wayer speaker ok. Huhuhu. Dugaan sangat.

Paling geram sekali masa Faizal Tahir naik pentas, hampir setengah lagu kami menonton orang menyanyi ala cerita Sepanyol yang dialihbahasa. Ye la masa tu pasang radio sambil tengok TV yang tak bersuara. Semestilah ye mulut terkumat kamit tak sama dengan suara yang keluar. Hehehe. Nasib baik lagi setengah lagu audio TV dah ok. Jadi lebih manis bila Shila keluar di saat-saat akhir. Oh, Shila! (hahaha gedik minat Shila la pulak. Ok terus pasang lagu2 album Shila SEKARANG JUGAK! HAHAHAHA)


Oh ye, AJL dah nak habis. Ketika tu tengah nak umum pemenang. Masa ni la rakan yang konon-konon nak tengok AJL dengan lagi 3 makhluk itu baru nak datang rumah memeriahkan suasana. Kata 3 makhluk itu kepada rakan itu (erm lebih baik panggil rakun la elok), AJL DAH ABIS, ESOK NAK KEJE, SILA PATAH BALEK. KAMI NAK TIDO!


Sekian, Terima Kasih. =P



Sumber Gambar Perhiasan:

Bola Mute Mp4 Hitam Lampu Shila


p/s: Aiyooo satu lagi i tak puas hati dengan pergerakan kamera dlm AJL. Part2 yang macam best tetiba camera fokus ntah ke laut mana je. =P 4 kamera.

January 10, 2010

Kulit Secerah Alam

Dah lama Che Kay tak bercerita tentang Chanteq dan Jelita!
Hahaha teringat kepada *KCMku si Aneng Jelita!
Dia sungguh suka mencuba tips dan petua untuk chantek. hahaha
*(KCM= Kawan CoMolot)

Kebetulan hari ni membelek muka.
Kenapalah sekarang tak terjaga muka ni.
(Macam la selama ni menjaga muka kan! hahaha)
Ha! Jangan nak gelak ok. Ingat perempuan je ke menjaga muka.
Ada 'Mat Rempit' kerja depan mata Che Kay pon pernah bertanya macam mana nak elak sunburn.
Ha, tak ke haru nak menjawab.

Kebetulan tadi menjengah ke Tiub Kamu, dan jumpa petua ini.
Mencerahkan Kulit Secara Semulajadi Dengan Jus Lemon!

Nak tahu? Sila la tonton video di bawah:



Sumber: Di Sini

Kalau macam leceh sangat,cuba je guna yang bawah ni. =)



Testimoni? Hahaha Nanti kite tanya sesiapa yang dah beli dan mencubanya. Chanteq ke tak kaedahnya. =P

January 7, 2010

Cerita Lawak Yang Menyentuh Sanubariku...




Erm.... telah pergi menonton filem ini di panggung. Saya ketawa terbahak-bahak kerana sungguh lawak. Tapi pada yang sama saya terasa sesuatu dalam hati. Cerita ini begitu menyentuh sanubari. Terfikir apakah yang akan saya lalui suatu hari nanti. Diringkaskan cerita, ada 2 perkara yang buat saya terfikir.

Keluarga

Sejujurnya dari umur 18 tahun, saya tidak pernah nampak yang pada satu hari diri ini akan mempunyai keluarga sendiri. Bagi diri ini, begitu banyak kekurangan yang ada. Saya bahagia dengan keluarga yang saya ada terutamanya dengan kehadiran anak-anak saudara. Mereka umpama cahaya dalam hati ini.

Sejak kehadiran yang pertama hampir 10 tahun lalu, saya selalu mengingatkan diri ini perlu memenuhi keperluan kehidupannya. Jika tidak pada ketika ini, mungkin di masa hadapan. Sesungguhnya hati ini begitu merindui mereka semua. Terasa ingin pulang sekarang juga dan memeluk mereka! Filem ini telah menambahkan kerinduan dalam hatiku.

Saya juga terfikir alangkah indahnya jika mempunyai seseorang yang berbinkan nama sendiri....(benarkah apa yang dirasa? Masa hadapan, tiada siapa yang tahu.)

Sahabat

Indahkan mempunyai seorang insan bernama sahabat! Terfikir sebentar. Adakah bila saya seumur watak-watak itu akan ada paling kurang seorang sahabat sejati disamping diri ini?

Apa yang saya tahu, diri ini bukanlah yang terbaik. Sentiasa meminta orang memahami dirinya tapi kurang untuk sebaliknya. Berfikir kembali...

Hidup, ceritanya pasti berbeza. Mungkin ketika ini saya begitu sunyi dan dambakan sahabat. Tidak mengapa, kesunyian itu membantu saya untuk menilai kembali diri ini.

Namun begitu ada masanya saya tak terdaya. Bila acap kali kecewa melanda di hati, mulalah diri membina kubu untuk tidak bersedih lagi. Bagaikan lambang zodiak, jika cengkeramnya jugak tidak bisa menahan lagi, pasti si kecil itu akan menggembara lebih dalam di tanah persembunyiannya.

Apa pun jua, hidup perlu diteruskan.



p/s: Kebetulan pula tadi meng'google' tentang lambang zodiak. Di sini adalah cerita tentang lambang saya.

Apa Punya Turrrrr!!! Kambeng Tul!

Kambing di atas hanya perhiasan semata-mata.

Begini cerita yang hendak dikongsi bersama,

Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja,
tiba-tiba motor berhenti secara mengejut. Terus tak bergerak.
Che Kay yang panik ini dah terkedu! Di cuba tekan suiz berkali-kali untuk hidupkan motor tapi tak berjaya. Ditendang juga tak hidup.

"Aku nak buat apa nih? Aku nak talipon sapa nih? arghh!!!!"

Che Kay dah rasa nak jadi macam Nurkhiriah dalam cerita "Minah Karipap" di TV2 hujung minggu lepas.

Che Kay ni dah tak bijak bab pomen dan enjin. Lalu tersadai sebentar di tepi jalan untuk tenangkan fikiran....

Bila dah bosan, diduduk semula di atas motor itu. Kemudian masalah telah dikenalpasti!

Suspek utama adalah KEPALA LUTUT!

"Dey Kepala Lutut! Kenapa ko gatal offkan suiz motor? Huh!"


p/s: Sampai rumah dengan selamatnya,



January 4, 2010

Ada Apa Dengan Monyet?

Sumber: Di Sini Maklumat Lanjut: Di Sini

Iye, ada apa dengan monyet?
Sudah semestinya ada percutian yang menyeronokkan! Minggu lepas Che Kay bercuti satu minggu. Semuanya semata-mata nak habiskan cuti ganti yang banyak. Ingat nak balek kampung. Tapi tengok harga tiket terus tak jadi. Jadi melepaklah Che Kay di Sabah. Kebetulan ada kawan kelas di UiTM datang bertandang, Che Kay pon menyelit bersama!

Hari Pertama (Isnin)

Menumpang keluarga orang~

Aktiviti kami adalah hendak melihat monyet belanda (Proboscis Monkey) di atas serta kelip-kelip di waktu malam. Tempat pertama yang kami tuju adalah Sungai Klias. Kawasan ini terletak berhampiran dengan Beaufort. Che Kay bukanlah orang yang sungguh advanture, tapi peluang tidak selalu datang. Masa naik bot, jantung sungguh berdebar-debar. Sungainya sungguh hitam. Itu pon sempat Che Kay celup-celup tak berapa nak celup tangan dalam sungai. Takut kena ngap! huhuhu. Bila melihat kawasan keliling, monyet-monyet itu serta kelip-kelip di waktu malam, rasa sungguh kagum dengan alam ini. Mungkin akan datang lagi ke sini.

Hanya kawan~

Cantikkan!

Maklumat lanjut tempat ini boleh baca di sini.

Hari Kedua (Selasa)

~Pekan Nabalu~

Aktiviti hari ini adalah ke kaki Gunung Kinabalu dah Poring Hotspring. Memandangkan Che Kay dah lebih dari 3 kali ke sini, rasa teruja itu tak sangat. Tapi bila bertandang ke beberapa tempat yang tak pernah jejak itu macam menyeronokkan. Pertama, kami singgah ke Pekan Nabalu. Dari sini kita boleh melihat pemandangan Gunung Kinabalu. Cuaca agak redup, puncak gunung terlindung dengan kabus. Mungkin hari ni puncak itu malu kot. Di pekan ini, ramai pelancong membeli tanda kenangan contohnya t shirt dan keychain. Tip untuk anda, harga di sini lebih murah la ye!

Seterusnya kami ke Kinabalu Park. Suhu agak dingin, terasa macam di Cameron Highland. =) SUNGGUH SUKA! Salah satu tempat yang boleh dilawati adalah Taman Botani. Taman ini menempatkan pelbagai spesis tumbuhan yang ada di kawasan Gunung Kinabalu seperti spesis orkid liar dan periuk kera. Salah satu orkid yang kami jumpa adalah Santa Claus Orchid! hihi memang macam bentuk muka Santa! Buat masa ini taman ini tak berapa nak meriah. Jika nak rasa kemeriahannya, sila berkunjung di sini pada pertengahan tahun. Ketika itu orkid-orkid akan kembang setaman. =) Kalau tuan-tuan dan puan-puan nak lebih sejuk, singgahlah ke Mesilau Nature Resort yang berada lebih atas dari tempat ini. Tip untuk kamu yang nak datang, pastikan anda merancang percutian anda dengan betul. Jangan lepaskan peluang untuk bermalam di Kundasang!

Seterusnya, kami menuju ke Poring Hot Spring. Menurut pemandu pelancong, Poring bermaksud buluh dalam bahasa Kadazan. Kita boleh lihat banyak buluh di kawasan ni. Tempat pertama dituju CANOPY WALK! hihi. Punyalah excited! Tapi tak disangka pula, Che Kay semput dan pancit ketika menaiki cerun-cerun untuk menuju ke point pertama. HEHEHE. Kat sini Che Kay tak takut sebab Cik Baizura kelihatan lebih takut dari Che Kay. hahaha. Tapi Che Kay gayat!

Che Kay, Acik Baizura, Assyraf, Asu Didi

Selepas aktiviti ini, tempat yang dituju haruslah ke Hot Spring! Memandangkan ketika ini cuti sekolah, kolam-kolam terbuka penuh dengan para pelancong. Tip untuk anda, apalah salahnya menghulurkan 15 Hengget untuk menyewa kolam dalam bilik tertutup sebab di sana lebih COOL! Ada 2 bath tub, ada tandas dan ada bangku untuk seisi keluarga melepak! Di sini tahan air panas lebih pantas dan kurang sengal berbanding di luar. Kalau nak tengok gambar suasana hot spring sila berkunjung ke MukaBuku Che Kay. Tak pon sila Google! =)
(Maklumat tambahan, 15 hengget adalah kadar untuk satu jam! hehehe berbaloi-baloi dari pada mandi diluar. Percayalah!)

Maklumat lanjut tempat ini boleh baca di sini.

Hari Ketiga (Rabu)

Baru sampai dah kagum tengok air laut serta ikan!

Hari ini adalah aktiviti yang paling mengujakan! Bukan teruja melihat pemandangan yang seksi, (tak sempat nak teruja, kecut dok dalam air laut. hahaha) tapi lebih kepada acara air yang menanti. Lagi satu yang menyeronokkan adalah perjalanannya hanya 15 minit dari jetty! Hari ini kami menuju ke Pulau Sapi untuk berehat di sana. Dah lama Che Kay nak ke pulau. Nak harapkan kawan-kawan di 'sini', erm pakat tak sampai la Che Kay. huhu.

Assyraf menuju ke gigi air...

Acara utama adalah SNORKELING! Ini adalah kali pertama Che Kay nak berenang-renang di lautan cantek lagi indah. Pasir dia....oh macam syok kalau bawak balik! Sebenarnya Che Kay ni ada trauma dengan air yang dalam. Dulu Che Kay pernah lemas dalam swimming pool. Tapi bila cuba bersnorkeling, debarnya masih ada tapi pesona bawah laut melebihi perasaan takut tu. (Tapikan kalau tengok Che Kay, kadang kala tu rasa panik juga!). Pengalaman menelan begitu banyak air laut sampai kenyang sungguh melucukan. Tu tak kira lagi pengalaman ikan-ikan asyik nak gigit kaki. Hehehe. Bila dah berjam-jam lamanya dok dalam air dan dah pandai kawal diri, Che Kay ikut Assraf dan Acik Baizura ke kawasan yang lebih dalam. Masa tu memang kaki dah tak dapat jejak pasir. Di sini yang syok adalah melihat orang yang sedang berlatih diving. Dah tak tengok ikan dah masa ni. Hihihi. Oh, ya! Kami juga dapat melihat Plastik Mee Sedap Perisa Soto serta lampin pakai buang di 'dasar' laut. Ish ish ish menakjubkan!

Masa naik je yang menakutkan...

Satu lagi aktiviti yang Che Kay cuba adalah yang atas ni. Namanya Parasailing! Kalau Assyraf, Acik Baizura dan Asu Didi tak ajak, entah bila la Che Kay nak buat benda ni. Durasi terbang di atas ini adalah 15 minit. Sekali sekali bot akan diperlahan untuk cecahkan kaki serta bonbon kami ke air. Masa kat atas tu cantik sungguh pemandangan laut. Hijau~~~. =) Sambil-sambil tu Che Kay sempat la bersembang dengan Asu Didi tentang corat coret hidup dia...kesian dia....

Maklumat lanjut tempat ini boleh baca di sini.

Lobster = 200 hengget? hahaha

Malam tu Che Kay bawak Asu Didi Sekeluarga berjalan-jalan di bandar Kota Kinabalu. Tempat pertama adalah RUMAH URUT~! hahaha. Jangan tak tahu, Rumah Urut di sini adalah salah satu tempat yang perlu dilawati. Maaf, bukan sebab tahap kelucahan atau sewaktu dengannya, yang penting anda tak akan dapat servis urut dengan harga paling menarik kecuali di SINI! Lepas mereka berurut, berjalanlah kami ke gerai-gerai kristal dan mutiara sebelum singgah ke Pasar Philipine untuk makan SEAFOOD! Asu Didi kata harga yang kami makan tu ok. Ok la tu! Kaedahnya ke sini je mampu Che Kay bawak. Kalau ada kenderaan boleh la Che Kay bawak ke Salut di Tuaran (Motifnya baru teringat ok!).

Hari keempat adalah hari terakhir mereka di sini. Asu Didi sekeluarga bersiar-siar ala City Tour. Che Kay dah tak larat dan bangun lambat. Jadi Che Kay hanya jumpa mereka di lapangan terbang sebelum mereka berangkat pulang. Di sini Che Kay ingin ucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada Asu Didi dan sekeluarga sebab sudi jemput Che Kay join percutian mereka. Terima Kasih Sangat-sangat! Budimu akan kukenang! Muah! =)

Mereka: Acik Baizura, Mak Didi, Asu Didi, Mak Cik Zan, Assyraf, (depan) Haikal, Hakimi


p/s: - Rasanya Pulau Manukan dah tunggu ketibaan Che Kay!
- Gambar-gambar peribadi dicilok dari MukaBuku Asu Didi
- Sesiapa nak ajak Che Kay jalan2 di Sabah, sila berbuat demikian sebelum Che Kay berhenti kerja dan pulang ke kampung halaman! =)


January 3, 2010

Angan Dan Harapan


Masa tetap pergi meninggalkan kita
Angka ini hadir sebagai tanda ingatan
Yang terjadi biarkan berlalu bersama waktu
Jangan disesali sama sekali
Kerana itu semua menjadi pengalaman

Angan dan harapan terus menjadi sandaran
Sebagai semangat untuk meneruskan kehidupan
Walaupun pandangan mata masih samar
Kupasti ada sesuatu yang menanti

Ketidaksempurnaan pasti ada dalam hidup
Namun ia bukan tiket untuk berduka
Langkaulah penglihatan seluasnya
Lebih banyak alasan untuk gembira
=)





p/s: 2010, Angah dah masuk sekolah hari ni.
Semoga Angah bahagia dengan dunia barunya. =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...