February 22, 2010

Berikan Ku Satu Pelukan...


Malam tadi sebelum melelapkan mata, diri terpaku depan tv. Episod Lipstick Jungle ni entah kali ke berapa telah ditonton. Tapi diri ini masih lagi mengikuti dari mula hingga saat hendak memejamkan mata. Hati terusik bila melihat Wendy, Nico dan Victory saling berpelukan di kala hujung cerita. Walaupon hari itu masing-masing stress dengan kehidupan masing-masing, mereka sempat memberi semangat sesama mereka untuk meneruskan hari-hari mereka. Walaupun mereka semua sudah berpasangan, sahabat jua yang menyembuhkan semuanya. Oh, indahnya....

Di saat itu diri terasa ingin memeluk atau dipeluk! Apakan daya, hanya bantal dan toto sahaja yang ada. Peluklah sekuat mana, rasa dalam hati tak bisa terlerai.... Andai ada sahabatku di sini pasti saja akanku peluk bagi melepaskan rasa ini. Erm....

Dahulu ketika pertama kali meninggalkan rumah, kawan-kawanlah yang ada di sisi. Tiap kali hati merindui keluarga, rasa itu pasti akan lega bila memeluk mereka. Masa tu minta izin dulu nak peluk. Sesudah itu pasti hati akan tenang setenangnya. Lucu jugak bila teringatkan memori dulu kala. =) Kata researchers, bila kita memberi satu pelukan pertukaran tenaga positif akan berlaku di antara mereka. Jadi pelukan itu akan menyembuh apa jua yang dirasa. Katanya....

Tak mengapa, bila sampai waktunya mungki rasa ini akan hilang dengan sendirinya.......

Sumber Gambar: Di Sini

February 20, 2010

Edisi Meronggeng: Kota Kinabalu ke Tawau

Lebih kurang pertengahan bulan lepas, Che Kay berkesempatan meronda-ronda dari Kota Kinabalu (KK) ke Tawau yang terletak di pantai timur Sabah. Mengikut maklumat yang di Google, jarak kedua bandar ini adalah 555km. Erm betul ke? Betullah kot. Kaedahnye Che Kay tak sukat jalan la pulak. Hehe.

Terkenang pulak kisah dulu lebih kurang 11 tahun. Bapak pernah bawak kami sekeluarga meronda ke pantai timur Sabah. Banyak tempat yang kami singgah masa tu. Dari Sandakan sampailah ke Semporna. Tapi buat kali ni, Che Kay meronda bersama seorang kawan yang baik hati terus menuju ke Tawau. Kami bergerak dari Kota Kinabalu pada jam 10.30 pagi dan sampai ke Tawau lebih kurang 8.00 malam. Amek hang! Kalau kita kat semenanjung buleh la pakai lebuhraya PLUS, sampai pon cepat. Belah sini jangan nak mimpi ada lebuhraya macam sana. Jadi merondalah kami atas jalan yang ada. =)

Dari KK ke Tamparuli , jalannya landai. Tapi bila dah sampai ke sini, pendakian sudah bermula. Dan episod pening-pening kepala dan telinga tersumbat juga hadir seiring dengan ketinggian dari aras laut. Setakat perjalanan ke Ranau macam dah banyak kali dok ulang alik ke sini. Perasaan pon macam biasa saja.

Yang buat Che Kay teruja lalu jalan ke Kundasang adalah nak nikmati cuaca yang dingin. Tak payah pasang aircond, bukak je tingkap luas-luas. Sungguh sejuk la ye! Tengoklah kabus tu, tebal sampai tak berapa nak nampak jalan. Kawasan sini syok tengok pemandangan bukit bukau dan gunung ganang. Nampak indahnya dunia~ =)

Gambaq kat atas ni adalah kawasan yang orang panggil Kundasang! Selalunya boleh nampak pemandangan kampung yang indah. Tapi hari tu kabus tebal, itu je lah yang mampu nampak. Tak jauh dari tempat ni ada la tempat yang orang jual-jual sayur segar dari ladang.

Bila dah sampai Ranau, dah boleh tarik nafas lega. Segala pendakian, jalan bengkang-bengkok serta turun bukit dah habis. Kepala pusingku pon dah ok. Kalau tak, rasa macam nak mabuk-mabuk. Entah mengapa Petronas Ranau ni jadi checkpoint yang harus diberhentikan kereta. Selalu la sampai sini je mesti nak kena melawat jamban Petronas dulu. Lepas tu melawat pulak sumandak-sumandak yang ada kat kaunter. Hahaha. =P Tak de maknenye nak mengorat ok. Selalu berhenti kat sini beli ayaq dengan cekelat dulu. Lepas tu barulah teruskan perjalanan.

Erm....masa lalu jalan ni kan memang rasa seram je badan Che Kay. Tak tau kenapa. Mungkin sebab kiri kanan nampak macam hutan tebal. Dah tu tak nampak pemandangan. Tu yang rasa seram. Mengikut papan tanda, jarak nak ke Sandakan adalah 162km. Tapi diingatkan kembali kami nak ke Tawau, bukan Sandakan. Hihi.

Sebelum terlupa, sebelum kami lalu jalan di atas kami telah singgah surau di perkampungan orang. Ketika hendak sambung perjalanan, terjadi kisah tersungkur di pintu 'Kaabah'. Huhuhu sungguh sadis. Ketika tersungkur itu tiada bunyi yang didengari. Tahu2 si bonbon sudah ke tanah dan seluar itu dipenuhi selut. Huhuhu. Memandangkan hanya sehelai seluar panjang yang dibawa, Che Kay berkain pelekat bagi meneruskan perjalanan. Seluar berselut tu dah dibasuh dan dijemur di belakang kereta dengan harapan akan kering bila terkena cahaya matahari. Huhuhu.

Gambaq di atas hanyalah perhiasan semata-mata. Lupa dah kat mana.

Kalau 11 tahun dulu, Che Kay ingat lagi sepanjang perjalanan yang nampak adalah seluas pemandangan adalah kelapa sawit je. Kali ini beginilah gayanya. Mungkin diorang nak tanam semula kot.

Kalau mereka yang ada tengok atau baca berita mesti tau kan ada beberapa kawasan dilanda banjir di Sabah. Masa Che Kay lalu kawasan ni (mengikut kawan inilah Kinabatangan. Alah tempat laki Zizie Ezzete. hehehe), aiyooo banyak kawasan yang tenggelam. Punyalah jakun dok tengok tempat tenggelam sampai lupa nak snap gambaq. Ni je yang dapat.

Waktu untuk MAKAN! huhuhu Che Kay punya la lapaq tahap Singa. Masa ni lebih kurang 5 petang. Perut memang dah berkeroncong diminta diisi. Nasib baiklah kawan yang baik hati tu nak berhenti isi minyak dan bagainya. Jadi kami berehat di Lahad Datu. Kali terakhir makan adalah pada jam 9.30 pagi. Ni baru nak makan pulak. Dengan sakit bon-bon dan pinggang, Che Kay melahap makan bihun goreng makanan laut serta nescafe tarik. Tak dilupakan memesan benjo untuk bekalan. Ha! Masa ni dah pakai balek seluar panjang. Hehehe tak rela I nak berkain pelekat lagi ye.

Lepas berehat segalanya, kami pon meneruskan perjalanan dari Lahad Datu ke Tawau. Walaupon dah berehat, sisa sisa kepenatan tu masih ada. Che Kay pon makin pening pening kepala, nak ambil gambaq pon dah tak da mood. Jadi gambaq atas ni adalah antara gambaq2 terakhir sebelum sekeliling alam gelap sepenuhnya. Akhirnya setelah lebih kurang 9 jam, kami pon sampai ke Tawau dengan selamatnya. =) Aktiviti seterusnya....bukan tido la ye! Haruslah pergi makan dan melakukan aktiviti karaoke! Yahuuu. (padahal nyanyi tak pandai, suara pon sumbang!hahaha)

p/s: Makanan di atas di panggil Nasi Goreng Lalap. Sedap la ye! Sambal dia sungguh sedap. Dan seharusnya dimakan di Tawau. Nasi ni dihidang dengan ayam goreng dan ulam-ulaman bersama sambal belacan. Sekian, Terima Kasih.

February 18, 2010

Aku Bukan Asmidar (Ala watak Ogy Ahmad Daud tu), Tapi.....

Che Kay memang bukan pelakon, tapi ada kalanya nak jugak menghayati watak Asmidar dalam cerita Ali Setan terutama waktu seperti di bawah. Rasanya ramai pernah tengok filem ni kan.

Masa ni Asmidar meroyan bila dah tahu status Ali yang sebenarnya. Dia kecewa lalu sumpah seranah yang macam-macam bunyinya.


Tak cukup dengan segala jeritan, ditambah dengan segala contengan di kertas.


Lepas tu menjerit sorang-sorang sebab kecewa. Sepenuh jiwa ni muka Asmidar meroyan.

Nasib baiklah ada kakak bertudung ni datangkan Asmidar daripada terus meroyan.



Jadi apa yang kena mengena dengan Che Kay dan Asmidar? Hah! Jangan korang tak tahu, dah lama Che Kay pendam perasaan ni. Memang Che Kay nak meroyan macam Asmidar. Tapi kaedahnya kenapa kan?

Semua ni adalah disebabkan Merpati Biru! Ikutkan hati nak je Che Kay kata segala kata-kata Asmidar. Cuma yang bezanya Nama Ali tu ditukarkan kepada Merpati Biru! Huh! Harus la Che Kay kecewa. Kalau yang perasan, Che Kay dah kurang aktif dalam dunia maya ni disebabkan perkhidmatan Merpati Biru sungguh la mengecewakan. Nak chatting pon tak boleh, nak bukak MukaBuku lagi la azab! Jadi kesimpulannya memang tak berbaloi-baloi la khidmat Merpati Biru!

Orang kata apalah ada dengan dunia maya. Orang kata lagi lihatlah dunia sekeliling anda dan nikmati kehidupan ini. Itu kata orang. Orang yang tidak memahami diri. Bukan Che Kay tak mau lihat dunia sekeliling, dunia itu hanya indah sementara. Che Kay ni bukanlah pandai bergaul dengan orang, nak beramah mesra pon kurang. Bila baik dengan orang, ada pulak mengata dan mengeji. Apa nak buat, nasib badan.... Oleh itu dunia ini lebih membuatkan diri ini aman. Bermesra dengan mereka yang sudi, mengadu nasib dengan mereka yang peduli.

Che Kay dok bercadang nak tukar Merpati Biru jadi Orang Kuning. Dah cuba perkhidmatan Orang Kuning di rumah. Macam menarik je. Boleh bikin daku tersenyum kembali dan ceria semula. Tapi buat masa ini semua itu belum mengizinkan. Selagi tak terjadi, seperti Asmidar yang sedang meroyanlah daku di sini setiap kali hendak ke dunia maya. huhuhu.

Ok, sekian terima kasih. Inilah curahan kepada tong sampah emosi buat kali ini. =)


February 16, 2010

MJ yang dirindui...


Rasanya begitu lama tak singgah ke MJ yang disayangi.
Bukan tak mahu, tapi macam-macam yang terjadi. Huhu

Lain cerita, hujung bulan lepas Che Kay berkesempatan terbang ke kampung halaman. Hati ini sungguh tenang bila dapat menatap wajah-wajah yang tersayang. Seperti memberi satu kekuatan kepada diri ini untuk meneruskan kehidupan. Di bawah, saja nak berkongsi antara perkara yang sungguh lama tak dinikmati.


Ketika ini waktu 6.45 am, suasana masih gelap. Memang best la berjalan-jalan di tepi bendang sambil berselubung. Kalau di Sabah, waktu ni dah kena panas matahari. Huhuhu

Yang ini pulak ketika jam 7.25pm. Gunung Jerai pon masih kelihatan. Berbeza dengan di sini waktu ni dah gelap gelita. Walaupun sudah hampir 9 bulan berada di sini, ada kalanya diri masih belum biasa dengan perubahan waktu. Erm... adakah tidak biasa atau tidak mahu menerima? Erm......

Kampung Che Kay terletak lebih kurang di pertengahan antara dua bandar ni. Pada kepulangan kali ini, Che Kay hanya sempat ke bandar yang di bawah. Gigih diri ini menaiki bas ke sana untuk berjumpa kawan-kawan yang disayangi. Mungkin pada lain masa, Che Kay akan ke bandar di atas. Huhuhu tetiba teringat Dodol Pekan Rabu. Terlepas jugaklah kali ini.

February 2, 2010

Buat Mereka Yang Dekat Di Hati~

Di kala malam yang sunyi, hati terusik mendengar lagu ini.
Jadi khas untuk mereka, lagu ni didedikasi buat kalian.
Terima kasih kerana tetap dekat di hati ini
walau pun kalian jauh dari mata.
Kata semangat kamu membuatkan aku tabah
menghadapi segala rintangan.

"Tanpa kamu teman ku tiada kekuatan
Oh pengorbanan tanpa keluhan
Ku hargai ke akhir hayatku ini
Kau teristimewa anugerah hidup palingku abadi
Inilah inspirasi bagiku"




p/s: malam selalu mengusik jiwa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...