Dua minggu sudah berlalu. Kejadian di batu Papar 48 masih lagi diingati. Keseramannya sudah kurang. Mungkin kerana aku sudah mengajar hati kejadian itu khayalan semata-mata. Dan semoga apa yang aku nampak hanya satu ilusi.
Ceritanya bermula apabila aku keluar rumah di tengah malam. Aku hendak mengambil beberapa helai baju sebelum kembali ke rumah kawan. Semasa pulang ke rumah, anjing menyalak kuat dan sayu. Memang meremang tengkok. Seperti biasa masuk rumah mengambil apa yang patut. Kembali ke motor dan bergerak, tapi ketika baru teringat ada barang yang tertinggal. Masuk semula ke rumah dan diambil benda yang tertinggal. Selepas itu aku dah gerak dalam 10 meter, teringat lagi benda yang tertinggal. Aku sekali lagi kembali ke rumah. Semasa hendak buka pintu buat kali ketika, satu badan aku seram sejuk. Tetiba aku teringat pesan orang, kalau asyik patah balik lebih baik tak teruskan perjalanan. Tapi aku kuatkan hati. Ketika tu aku kata apa saja nak jadi aku redha. Terus aku memecut dengan motor yang tak seberapa tu.
Sepanjang perjalanan hati aku berdebar-debar. Aku tekad untuk pandang ke depan tanpa mempedulikan apa saja yang ada di tepi jalan. Aku teruskan perjalanan sambil berselawat. Bila aku tiba di persimpangan lampu isyarat berdekatan hospital, degup jantungku bertambah kencang. Biasalah persepsi di hospital. Kata orang di situ macam-macam boleh jumpa. Alhamdulillah, tak ada apa yang terjadi.
TAPI……… sesudah meninggalkan lampu isyarat itu, ketika sedang membelok ke kiri, aku nampak sesuatu di batu Papar 48. Aku tak pasti akan kebenaran yang ada di depan mata. Seseorang sedang berdiri di situ. Tapi seseorang itu tak lengkap anggota badannya. Lebih tepat lagi jasad tanpa kepala. Badan terus menggeletar dan kawalan motor pon agak terganggu. Aku siap melihat di cermin sisi untuk melihat sekali lagi. Dan seseorang itu masih berdiri di situ. Aku terus memecut ke rumah kawan yang tidak jauh dari situ dan terus membaca segala apa yang aku ingat. Di depan rumah kawanku itu aku tenangkan hati dan berfikir secara rasional. Jika benar apa yang aku nampak, bagaimana benda itu boleh ada refleksi di cermin? Tapi benda kalau nak jadi, akan terjadi juga. Untuk aku menenangkan hati, aku anggap itu semua hanya ilusi semata-mata. Walaupon begitu, setiap kali aku lalu di batu Papar 48 aku masih lagi rasa seram sejuk. Huhuhu.