April 19, 2010

Tidur, Tido dan Tidoq!

Pagi tadi semasa dok kalut bersiap nak ke ofis, sempat la mendengaq segala sembang-sembang di TV. Masa tu Ahmad Fedtri Yahya bagitau kat Wardina tentang fakta tidur. Kata dia tidur pada waktu tengahari untuk 10 minit rupa-rupanya baik untuk kesihatan. Wardina pula tambah tidur lepas Asar tak baik punya ( kita dah selalu dengarkan). Sambil dengaq sembang-sembang depa tu, aku sekadar senyum sorang-sorang.

Oleh kerana semangat mendengar cerita tentang tidur di tengahari, mula la tangan gatal-gatal menekan kotak-kotak kecik ni sambil mencari info. Antara info yang menarik adalah:
  • Tidur tengahari adalah lebih baik dari minum secawan kopi! (Baca artikel ni!)
  • Kalau kita tak cukup tido di waktu malam, tido tengahari mampu buat kita lebih cergas dan bertenaga! (Jengah artikel ni pulak!)
  • Salah satu tip yang artikel lain pulak kata kalau tak nak terlajak tido tengahari, sila pasang jam loceng! hahaha.
Kalau kawan-kawan rajin, sila la baca artikel-artikel itu. =)

Ha! kalau nak tahu di pejabat yang aku tumpang bekerja ni , diorang mengamalkan konsep "Earth Hour" setiap hari. Selalunya pada waktu tengahari la ye. Ala perkara normal la kan, rasanya banyak pejabat lain pon buat macam ni. Cuma bilik besar yang aku duduk ni je yang jarang join sekali. Ada kalanya orang-orang dalam bilik ni sibuk buat kerja (katanya hehehe). Tiap kali waktu "Earth Hour" je, ramailah manusia-manusia yang akan bergelimpangan atas meja. Dan yang seronoknya mereka itu semua adalah masing-masing ada bantal kecik! Huhuhu I jealous! Kena beli satu ni! Hahahaha.

Jumaat lepas, terciptalah satu sejarah di mana aku pon join aktiviti "Earth Hour" opis! Sejarahnya bertempat di venue baru. Dalam keadaan basah lenjun selepas kembali dari masjid, aku pon turut bergelimpangan. Namun aku tak sama taraf dengan diorang. Kalau yang lain semua tersembam atas meja, posisi aku lebih bawah dan aku hanya berbantalkan lengan saja. Huhuhuhu.

Ini bertempat di venue lama. Al-kisah suatu masa dahulu

p/s: hehehe syok jugak sesekali tidoq tengahari. =)

April 18, 2010

Peneman Waktu Petang

Bila kita sunyi, kadang kala tak tahu nak buat apa. Nak telefon orang-orang tersayang pun susah. Alasan, kekangan budjet yang melanda. Nak pergi shopping pon boring bila poket kering. Nak lepak lagi la tak seronok bila balek-balek aktiviti lepak di kedai itu hanya bertemankan 3 kerusi kosong. Selalu dipujuk hati jangan selalu tewas dengan kesunyian ini.

Jika 6 bulan pertama ketika menjejakkan kaki ke sini aku boleh mengharungi cabaran ini, tak kan sekarang tidak boleh kan. Kalau dulu lepas tamatnya waktu rasmi terus kaki ini melangkah segala pelusuk bangunan-bangunan yang boleh di cuci mata ini dengan melihat barang (hahaha biasa la window shopping). Tu belum lagi menghabiskan masa hujung minggu di tempat yang sama semata-mata melihat orang ramai yang lalu lalang untuk menepis kesunyian ini.

Kini diubah pula aktiviti-aktiviti itu. Yang pasti peneman waktu petang begitu mengujakan setiap kali mahu pulang. Tertanya-tanya apakah yang akan terjadi. Oh, lebih indah bila peneman waktu petang itu sungguh manis sekali orangnya. =)

p/s: Walaupon dah tengok versi filem, hati ini tetap yakin cerita ini memang 'manis' dan seronok. Agaknya lebih seronok dari Na O Mei yang sengal itu. huhuhu benci betul bila ingatkan penamat cerita tu. huhu Lagi satu....huhuhu Blogger Boy 2 dah habis. huhuhuhu



Yang Terindah - Dak Mie

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah


sumber lirik: http://www.queenlyana.com/?p=1849


April 13, 2010

Tong Emo: Harap dan Kawan



Kebelakangan ini begitu banyak cerita yang ingin dikongsi. Tapi malangnya setiap kali mahu menaip, bagai tiada apa yang perlu diluahkan. Mungkinkah hidup yang ditempuhi ini bagaikan jalan yang lurus tanpa sebarang selekoh? Atau jalan yang berlubang dan berbonggol itu sedikit pun tidak menyeksa jiwa ini? Kadang kala terkeliru dengan rasa hati. Adakah ini kesannya bila kita sudah membeku segala rasa? Entahlah. Apa yang pasti ketika ini jari jemari begitu rajin hendak menekan segala huruf yang ada.

Bagaimana ye hendak dimulakan cerita? Erm… Dalam hidup adakalanya harapan adalah satu perkara yang perlu dihindarkan. Bila kita berharap macam-macam perkara boleh berlaku. Dan seandainya segalanya tidak seperti yang kita harapkan, kecewa yang menanti. Ada perkara yang boleh kita sandarkan harapan, dan ada juga perkara yang tidak perlu sama sekali untuk kita berharap. Oh, banyak sungguh harap dan harapan yang digunakan. Huhuhu. Adakah aku terlalu berharap?

Sebagai seorang yang berada di kejauhan ini, harapan menjadi satu sandaran untuk diteruskan kehidupan ini. Siapa lagilah hendak kita sandarkan harapan jika bukan dengan mereka yang ada sekeliling. Namun aku terlupa sebenarnya siapalah kita yang hendak berharap pada mereka yang kita tidak pernah jumpa sama sekali sebelum ini.

Aku tertanya mengapa dan kenapa aku sering terlupa segala pengalaman yang pernah dilalui. Bukankah itu semua panduan kita untuk masa hadapan? Aku rasa diri ini seperti manusia biasa, tapi tidak semua mereka memandang kita seadanya. Sehingga kini aku tak dapat menerima alasan yang diberi oleh mereka yang dipanggil ‘kawan’. Kata ‘kawan-kawan’, aku ini tidak seperti ‘biasa’ dan mereka di sini tidak dapat menerimanya. Perlukah aku menjalani hidup yang penuh kepura-puraan demi diterima oleh mereka? Yang pasti aku adalah aku. Bila direnungkan kembali mungkin ada kebenaran kata ‘kawan-kawan’ tu. Biarkanlah….

Berjumpa dengan kawan baru merupakan perkara biasa. Bila sebut kawan, ada macam-macam jenisnya. Ada sekadar kawan sekolah, kawan kampung, dan ada juga kawan-kawan. Jadi bila berkawan dengan kawan baru, janganlah kita terlalu berharap kepada kawan itu seperti kawan-kawan kita sebelum ini. Kawan itu sudah semestinya ada kawan-kawan yang lain daripada kita. Boleh jadi kita ini sekadar ‘kawan’ dia. Janganlah sesekali berharap kawan itu seperti kawan-kawan kita. Tidakkah kita tahu penerimaan setiap orang kawan baru berlainan dengan yang lain. Kawan-kawan kita menerima kita seadanya sebab mereka sudah mengenali kita. Sudah semestinya pada mereka boleh disandarkan segala macam harapan. Apa pun yang berlaku semua ini adalah salah aku. Salah kerana berharap orang lain boleh menjadi kawan yang sebaik seperti kawan-kawan kita. Bila selalu berharap , yang kecewa akhirnya adalah kita. Bila kita berhenti berharap, jadilah kawan itu sekadar kawan-kawan.

Aku? Adakala bila aku berhenti berharap, ada macam-macam lagi aku hentikan.Membekukan hati adalah salah satu pilihan. Semuanya demi menjaga hati sendiri. Kenapa? Kerana aku penat untuk fikir segala macam soalan yang aku fikirkan sebelum tidur. Penat ye bila kita mempersoalkan pelbagai perkara tentang kawan. Kadang kala penat memujuk diri sendiri supaya melupakan segala persoalan bila hendak melelapkan mata. Erm….biarkanlah. Tak semua orang dapat mengenali diri kita seadanya. Terpulanglah apa pun kata orang…. Kali ini aku belajar sekali lagi pelajaran yang sama. Dan akhirnya kita akan kembali berharap pada diri sendiri.

p/s: Setiap manusia yang kita jumpa dalam hidup ini, pasti ada perkara yang kita dapat pelajari demi memperbaiki diri dan juga untuk dijadikan teladan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...