May 23, 2010

Cucu Mamak dan Anak Mami ...



Kali pertama Cucu Mamak ni berjumpa Anak Mami, inilah lagu yang berkumandang. Lagu itu bagaikan memahami segala rasa hati Cucu Mamak. Bersinar mata ini tatkala melihat Anak Mami di hadapan. Gembiranya tak terkata. Akhirnya berjumpa juga dengan Anak Mami yang sering diperkatakan orang.

Seminggu.... 7 hari....168 jam. Itulah fakta perkenalan kami. Cucu Mamak ini tidak jemu kembali berjumpa Anak Mami! Hilang rindu di dada. Semuanya tak mampu diluahkan dengan kata-kata indah. Hanya senyum yang mampu diberikan. Oh, Anak Mami! Sering membuat Cucu Mamak ni ingin pulang secepat mungkin bila jarum jam menunjukkan nombor 5.

Tangan Cucu Mamak ni masih lagi berbau kari! Tapi hati ini berkata oh bila nak bertemu kembali? Bersabarlah wahai Cucu Mamak. InsyaAllah, dipangjangkan umur akan bertemu kembali pada esok hari. Nasi Kandaq Anak Mami pasti menanti kunjungan Cucu Mamak lagi. =)


May 21, 2010

MJ Mempersembahkan.....

~KOLEKSI BILA MUSIM HUJAN~

Koleksi Sampingan.....






Koleksi Utama...



p/s: Che Kay tahu nanti mesti Cik Diva Lab kata "Senget la Che Kay ni!" Hehe =)

May 18, 2010

Aku Sebutir Pasir...



Sehebat mana hidup kita,
Setinggi mana pangkat yang ada,
Kita tetap seperti sebutir pasir,
DIA lebih mengetahui segalanya....



May 16, 2010

Lisa: Budak setan? Kenapa panggil dia budak setan?


Terkaget!......mata terpaku melihat benda yang ada di depan. Terpampang besar menghiasi dinding di atas tempat beli bertih jagung. Banyak sebab kenapa Che Kay menunggu dan tertunggu. Dan ketika itu ada sesuatu terasa dalam hati. Mungkin kerana kesan menghayatinya? Oh, terasa syahdu... Terkenangkan masa remaja...






Dulu, semuanya bermain dalam khayalan. Macam-macam imaginasi bila dibaca kisah Kasyah dan Ayu. Kini Budak Setan yang menjadi pujaan akan beraksi di depan mata. Adakah perasaan yang sama akan menjelma kembali? Tunggu dan terus menunggu.... Yang pasti hati sudah berbunga riang! =)



p/s:
1. Baru dengar lagu dalam trailer pon dah rasa sesuatu...(ni dok asyik ulang je Tiub Kamu ni)
2. Agak-agaknya budak remaja zaman la ni baca lagi ke hasil Ahadiat Akashah?
3. Semua pelakon-pelakon pujaanku! Fazura, Lisa.... Rasa dah di awangan~~~



May 15, 2010

travelog cinta abadi : masa yang berlalu……




Puas….. Satu perkataan yang menggambarkan perasaan setelah saya habis membaca naskah ini. Setelah menerima kiriman dari UiTM Segamat, hati berbunga riang, bibir menguntum senyuman, diri terasa terbang ke awan. Itu baru kesan menatap buku yang berada depan mata. Kiranya pada hujung minggu tersebut hati mahu menghabiskan masa mengulit buku ini. Tapi itu semua tidak terjadi.

Pada minggu lepas akhirnya saya dapat memulakan bacaan dari muka surat pertama hingga yang terakhir. Tiga malam berturut-turut buku ini menemani saya sebelum menutupkan mata. Tersenyum, ketawa, sedih, berguling-guling kegembiraan,tertitis air mata, tersengih dan terfikir. Hidup….macam-macam yang berlaku. Dan setiap yang berlaku pasti ada sesuatu yang dapat membantu kita mengenali diri dengan melihat di sebalik pandangan mata kasar.

93 bab. Satu persatu dibaca. Saya melihat saya dalam diri dia. Saya juga melihat saya dalam kawan-kawan nakal dia. Dan saya juga seperti murid sekeliling di sekolah dan dalam bas yang dia naiki. Saya juga seperti dia kadang-kadang berangan beraksi dalam bab Epilog Cinta dari Bromley. (Bab inilah antara bab yang membuat saya berdekah begitu kuat. Terlupa seketika yang ketika itu sudah melepasi tengah malam)

Sesungguhnya saya mempelajari banyak perkara daripada kisah hidupnya. Terima kasih dari lubuk hati ini untuk dia yang sudi berkongsi cerita. Terima kasih banyak-banyak! Ada kata-kata Mak Wa di dalam buku ini yang begitu terkesan dalam hati. Kata-kata itu terus membuat saya berfikir dan terus analisa tentang segala kejadian dalam hidup. Semoga saya akan lebih banyak berfikir dan redha serta kurangkan mengeluh mengenai kehidupan… =)



p/s: Terfikir....adakah kerana meningkatnya usia membuatkan diri lebih gemarkan kisah benar? Erm... Kini terus membaca kisah-kisahnya di blog pula. =) Jika ingin membeli buku ini silalah ke sini pula.

May 6, 2010

Aku, Layar dan Belukar...



Aku

Aku adalah aku. Jadi aku layan apa yang aku suka. Salah satunya aku suka melayan cerita wayang 'Melayu'. Tak tahu mengapa tapi itulah aku suka. Mungkinkah semangat kenegaraan atau kemelayuan membuat aku sering teruja menonton cerita 'Melayu'. Malangnya sudah 2 wayang 'Melayu' aku terlepas menonton gara-gara kawan yang kononnya tak melayan cerita buatan rakyat negaranya. Kali ni aku tidak pedulikan orang lain, lalu melayan apa yang mahu dilayan. Tapi malangnya aku keliru. Tak tahu nak panggil wayang ni wayang 'Melayu' ke? Sudah tiba masanya aku tukar kamus dalam kepala. Jadi wayang 'Malaysia' adalah lebih tepat rasanya. Adakah sebab menyahut seruan 1Malaysia? Erm....

Layar

Acap kali panggung ini akan dikhaskan untuk tayangan wayang 'Malaysia'. Dah banyak wayang 'Malaysia' aku tonton di Growball ni mesti tempatnya sama. Tak tahu kenapa dan mengapa tak boleh wayang 'Malaysia' ditayang di bilik yang lain. Seronok atau terujalah anda sebagaimana yang hendak kamu suka, tetap tempat ini melemahkan keceriaan kamu! Huhuhu itu yang terjadi pada aku! Rasanya macam nak buat aduan je kepada pemilik panggung ni.

Bayangkan anda menonton wayang kegemaran anda tapi di layarnya tak dapat memaparkan keseluruhan gambarnya. Dan mangsanya adalah pelakon-pelakon dalam cerita yang kepala mereka dipenggal separuh tanpa kerelaan mereka! Kasihan sungguh mereka diperlakukan seperti itu. Lagi satu entah mengapa, dalam tempat yang sama sistem bunyi seperti cacat! Juga membunuh rasa gembira aku! Yang hairan apabila wayang mahu habis, tiba-tiba bunyi-bunyiannya kuat dan sempurna. Tapi tidak ketika bermulanya wayang tu! Bagaikan menonton wayang percuma ketika di sekolah yang bunyinya hanya kuat di hadapan bilik. Jadi apa gunanya sistem bunyi canggih yang ada? Mungkin telah dibuang ke laut?

Belukar

Terima kasih kerana membuat aku tersenyum dan kagum walaupun macam-macam ketidakpuasan atas faktor lain. Aku kagum dengan jalan cerita yang membuat aku tertanya-tanya. Dan ada tekaan demi tekaan aku tidak mengena dengan cerita yang sampaikan. Dalam hati terus teruja dengan cerita yang ditonton walau ada beberapa kekurangan. Ya, adakala hendak tergelak menonton pelakon2 dilayar dengan gerak tubuh bahasa mereka. Tapi dek kerana kekaguman dengan jalan ceritanya, semua itu telah aku abaikan.

Dan bila aku mencari siapakah Jason Chong itu, bertambahlah kekaguman aku! Sebabnya sebelum ni selalu kita lihat dia di TV. Kali ni dia mengarah pulak. =) Apa pun tak rugi menonton cerita ni. Bukan selalu cerita sebegini akan tiba dalam panggung Malaysia.

p/s: Sebelum ni aku kagum dengan gaya filem Setem, kali ni jalan cerita Belukar lebih buat aku terpesona.....







Gambar: Utusan Malaysia & Facebook Belukar

I'm Sorry, I Love You...

Buat Ajid,
Pertamanya abg K minta maaf banyak-banyak. Semua ni berpunca dari Ajid! Ajidlah penyebabnya! Membuat abg K jatuh hati, lalu hanyut dengan segalanya. Ajid tahu tak betapa peritnya hendak melepaskan sesuatu yang telah kita suka dan jatuh cinta. Ajid telah menyebabkan abg K bermain dengan perasaan sendiri. Sampaikan gelak sorang-sorang, menangis sendu-sedan kerana emosi ini. Sampai hati Ajid buat abg K jadi begini! Tapi tak mengapa. Abg K redha dengan ketentuanNya. I'm sorry i love you.....

Teeeeeeeeeeeeeeeeet! Hahaha Jangan Tertipu!

Jika 6 minggu yang lalu Che Kay sering ditemani oleh Meredith, Alex, George, Christina dan Izzie, kini peneman Che Kay sepanjang minggu lalu telah bertukar. Datang pulak si Moo Hyuk, Eun Chae, Choi Yoon dan Min Joo ke rumah. Dah la datang melepak, tak reti-reti nak balik sampai kena halau la dengan Che Kay bila jam dan menunjukkan 1.30 pagi. Kadang-kadang mendidih juga rasa hati bila orang tak faham bahasa. Esok pagi nak kerja, tapi diorang masih bertenggek depan mata. Sebijik perangai macam Meredith dan kawan-kawannya. Lagi tak halau lagi tu tak balik!

Sebenarnya dah lama tak melayan makhluk spesis Moo Hyuk, Eun Chae dan sewaktu dengannya.Rasanya yang terakhir Che Kay berkawan adalah dengan si Yun Joon-suh dan Yun Eun-suh. Lepas dengan diorang, Che Kay rasa macam dah tak boleh nak berkawan dengan bangsa diorang. Mungkin sebab perangai diorang kot. Percintaan diorang memang indah tapi kadang-kala terlalu ekstrem. Rasa kelakar pon ada juga bila melihat gigihnya diorang berlari-lari dari satu tempat ke tempat yang lain. Bukankah negara diorang dah maju? Bukankah negara diorang ada train dan sewaktu dengannya? Tetap berlari ke sana-sini menjadi pilihan.

Lepas tu yang tak tahan nak tergelak bila melihat mereka bercinta bersungguh-sungguh. Sampai sungguh poyo berdiri di satu tempat berjam-jam dan rela ditimpa hujan. Tak de maknanya deknon! Geli hati juga la ye bila melihat semangat percintaan diorang. Sungguh melankolik! Erm tetiba terfikir pula, dalam hati ni dah tak da perasaan ke? Huhuhu.Mungkin percintaan sebegini dah tak mengusik hati rasanya...

p/s: Ajid, lain kali tolong jangan bagi cadangan yang sebegini lagi ye! huhuhu. Buat abg K melayan sampai rasa tak nak tido. Seminggu ye Abg K habiskan masa nak layan cerita ni! huhuhu. Tapi kalau ada cerita-cerita yang syok kongsi2 la dengan orang di sini.



May 3, 2010

Beruang Panda Oh Beruang Panda



Saat dan Ketika: Petang semalam ketika sesi pulang dari kerja

Ketika Cik F sedang tekun mengadap monitor sambil menganalisa data-data yang serabut, tiba-tiba terdengar satu panggilan yang membuatkan dahi Cik F bertambah berkerut.

“BERUANG PANDA!” panggilan yang dilaungkan oleh Cik L dengan muka selamba sambil melangkah kaki menuju ke pintu belakang. Cik F terpinga-pinga dengan panggilan itu. Mak inang-mak inang Cik L, Cik M dan Cik S juga memberi satu pandangan yang sama kepada Cik F. Cik F terus bangun sambil berlari menuju kepada Cik M sambil memanggil “Wei mulut longkang!” Hahaha.

Bila Cik F masuk kembali ke biliknya, Pn N dan Pn A terus melontarkan soalan kenapakah Cik F dipanggil beruang panda? Apakah kaitan Cik F dengan makhluk itu? Dengan penuh perasaan Cik F menerangkan bahawa dirinya sungguh comel sehingga Cik L, Cik M dan Cik S teruja untuk member gelaran yang cute itu kepada Cik F! Hahaha sungguh perasan! Hakikatnya sebenarnya Cik M pasti bercerita tentang sms Cik F kepada dia hari sebelum itu.

Pada hari tersebut Cik F rasa sungguh bengang apabila Cik L dan Cik S tidak menjawab sebarang panggilan telefonnya. Cik F sungguh teruja untuk ber’Azwan Ali’ bersama mereka (style Amboi amboi amboi!). Oleh kerana kebengangan itu, terus Cik F menelefon dan bersms bersama Cik M untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan gossip hangat pada hari itu. Sambil meluah rasa bersama Cik M, tertaiplah perkataan Beruang Panda yang merujuk kepada Cik L dan Cik S. Bukankah beruang panda itu cute? Tidak banggakah mereka dengan gelaran itu? Hehehe. Apa pon Cik M sungguh mulut longkang. Itu pun nak cerita dengan diorang. Hehe

Saat dan Ketika: Sesudah duduk kembali ke kerusi selepas mengejar Cik M

Tiba-tiba Cik F teringat satu memori silam. Benda itu sungguh bermakna kepada Cik F. Peristiwa ini berlaku 24 atau 25 tahun yang lalu (huhuhu faham-faham sendiri). Ketika itu Cik F mengikuti bapak dan ibu ke seberang tambak Selat Tebrau. Mungkin pada masa itu bapak ada kerja, Cik F berjalan bersama ibunya serta ditemani seorang atau dua pakcik. Mereka meronda ke kedai-kedai yang ada sesudah makan di salah sebuah kedai.

Ketika melintasi sebuah kedai, Cik F terus terpesona dengan sesuatu yang menarik pandangan matanya. Biasalah telatah budak berumur 4-5 tahun, dalam hati nak tapi tak tahu nak meluahkan rasa hati. Hanya gerak geri mata saja yang dapat meluahkan rasa. Entah macam mana pakcik itu bertanyakan sesuatu dan seterusnya benda itu ada bersama Cik F. Gembiranya Cik F tak terkata! Terus diulit benda tersebut. Tak silap Cik F, benda itu sungguh besar dan lebih besar dari dia (ketika itu la ye).

Benda itu menjadi teman permainan Cik F. Namun malangnya Cik F tak ingat berapa lamakah benda itu menjadi ‘sahabat sejati’nya. Yang pasti benda adalah antara benda yang paling susah Cik F hendak lepaskan. Walaupun Cik F sudah berpisah dengan benda itu setelah dia bersekolah, sekiranya ada masa pasti Cik F menjengok sahabatnya di dalam bilik stor. Oleh kerana sayang Cik F kepada benda itu tidak berbelah bagi, sanggup dia menjahit segala lubang-lubang yang ada pada benda itu. Bila ada kesempatan semestinya Cik F akan bersembang dan meluah rasa bersama benda itu dalam stor! Hehehe.

Masa pun berlalu, lebih kurang 7 tahun kemudian Cik F terpaksa merelakan pemergian benda kesayangannya. Ketika itu boleh dilihat kecederaan pada benda itu di sana sini. Sebelah daripada telinganya hilang. Begitu juga dengan matanya. Cik F berdiri dengan penuh kesedihan melihat upacara pembakaran benda itu. Perkara ini terpaksa dilakukan kerana Cik F dan keluarga akan berpindah ke utara tanah air setelah bertahun-tahun lamanya menetap di selatan. Lalu berakhirlah kisah Cik F dan ‘sahabat sejati’nya, si beruang panda……

P/s: Tetiba teringat memori dahulu kala! Gitu katanya… =)

May 2, 2010

OMG!!!!! SUKE SUKE SUKE

Ini adalah entry ala ala happy tahap gaban! Wahahahahaha
Sekadar nak kata kali ini I tengok AIM dengan penuh perasaan yang suke suki teramat. Sehingga terguling-guling macam tenggiling kerana perasaan 'kesukaan' ini. Hehehehe.

1. Suke sebab tak sangka Dayang menang untuk Album Dayang Live! Yeah! I like!
Ingatkan Dato' Siti akan menang. hehehe



2. Suke sebab juga tak sangka Karen Kong pon menang Jugak! Dan sungguh teruja melihat persembahan 'Cinta Ada'!
2 kali guling tenggiling!



3. Faizal Maidin juga sungguh suka bila Faizal Tahir menang!!!!
Bawah ni my fav song dalam Adrenalin. =)



4. Dan teramat suka bila Yuna menang 4 award! Tahun lepas I beli EP dia untuk dihadiahkan kepada diri sendiri sempena birthday.
Tahun ini pula I sungguh suka bila dia menang!
Hahahaha tak ada kena mengena pon 2 perkara itu.
Yang penting happy!



5. Akhir sekali I enjoy AIM this year! Suke masa Yuna & Aizat. So sweet! Suka Altimet and hiphop show. Suke masa Sheila Majid, Jac dan Karen Kong! Suke Faizal Tahir! Dan suke juga la show penutup Satu Harapan yang geli-geli tu!hahaha walaupon ada yang kata macam ape je. =)



p/s: malam ni mesti tidur dengan lena sekali...... =) .
Dan tadi ada tertanya bila masa Hazami keluarkan album english?
huhu kena cari info ni.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...