June 24, 2010

Bila Sharmila BerKilau...

Wah wah wah! Majlis Makan Malam datang lagi!
Che Kay suka......
Katanya tema Etnik 1 Malaysia...
Erm agak2 apalah akan terjadi bila Sharmila Tangore bergabung
dengan M Daud Kilau?
Hahahaha tak tahu la
ye.
Nanti kita lihat hasilnya~~



p/s:
Teringat reaksi Puan Fazni bila dia terkedu bila Che Kay kata M Daud Kilau tu idolaku. Hahaha


Sumber Gambar: movies.sulekha.com dan Damak Images

June 22, 2010

Projek Khas Che Kay

TERKINI:
Che Kay suke~~~ ramai kawan2 memberi respon di FB. Semua ini untuk berkongsi kasih sayang dengan semua. =)




Hari ini rasa sungguh tak da mood! Emosi juga tak stabil. Rasa kurang gembira. Adakah sebab hari ini keseorangan dalam bilik hari ini? Mungkin juga. Kawan sepejabat semua tak ada. Masing-masing keluar daerah. Kebelakangan ni pon Che Kay rasa sedikit sunyi dalam hidup. (Sikit ke? boleh tahan sunyi la.hehe). Kebetulan hari ini rasa stress. Tak baik stres2. Nanti boleh dapat hipertensi. Oleh sebab itu, hati ni tetiba rasa nak gembirakan hati dan gembirakan kawan-kawan. Maka terkeluarlah idea ini.

Projek Khas Che Kay
Ingin terlibat sama? Hantarkan alamat kawan2 ke inbox Mukabuku Che Kay!
Ada sesuatu menanti kamu yang bertuah. =)

p/s: bukan alamat blog, bukan juga alamat emel. Alamat pos yang diperlukan. Jangan risau ini bukan projek MLM dan juga bukan projek pecah rumah. hahaha.



June 9, 2010

Masa Yang Berlalu...

Antara pejam dan celik,
Antara benci dan rindu,
Ada kala sepi dan ada juga buntu,
Semuanya berlalu membawa hari yang baru.

Semalam genap setahun diri ini bertahan di sini. Sungguh tidak sangka begitu pantas masa berlalu. Sebelum ini sering membilang hari demi hari. Tapi bila sudah biasa, masa juga sudah tidak diendahkan lagi. Diteruskan segala rutin yang ada. Semua ini hanya disedari ketika bercuti seketika di tanah semenanjung. Sewaktu bertanyakan sepupu perihal umur anaknya, terus dijawabnya sudah cukup setahun rupanya. Dan ketika itu juga baru disedari begitu lama saya berada jauh dari keluarga. Terus momen ketika saya mencium anaknya yang baru dilahirkan bermain diingatan. Masih terbau wangian bayi yang dikatakan seharum bauan syurga.

Setahun masa berlalu...pelbagai perkara yang terjadi dalam hidup ini. Ada kala terasa ingin terus mengalah dengan semua dugaan yang ada, ada kala ingin terus diharungi apa pun cabaran yang ada. Semuanya menjadi pengajaran dan mudah-mudahan dapat diperbaiki segala kekurangan diri ini.

27082009

Umpama pelangi, tidak akan hadir di langit selagi hujan belum turun. Hadirnya juga seketika dan tidak tentu masa. Begitu jua dalam hidup, segala kemanisan dan kebahagiaan akan menjelma setelah kita berusaha mencari dan berserah padaNya. Akan tiba bila waktunya. Usaha dan terus berusaha. Percaya dengan diri dan juga takdir Ilahi. Semoga yang saya hajati akan diperolehi ketika yang diberkati. =)

p/s: Konon-konon dalam gambar ni nak tunjuk pelangi, sekali macam tak berapa nak nampak. hehehe. Tengahari tadi makan nasi mbak konon-konon nak meraikan sempena setahun di sini. =)


June 1, 2010

Sarah + Azrin = .....

Kami kawan2 sekelas Diploma AS116 sungguh gembira atas berlansungnya perkahwinan kedua orang kawan sekelas yang sungguh meriah dalam cuaca mendung! Semoga kalian akan terus berbahagia hendaknya, dimurahkan rezeki dan diberkatiNya... =) Bak kata Aneng, berbaloi jugak korang bercinta. (Tapi kitorang dah agak dah. Ko kan Sarah! Hehehe)

SELAMAT PENGANTIN BARU SARAH & AZRIN!

Senyum jangan tak senyum...

Syahdunya....

Gitew!!!


Kenangan dulu-dulu. Masa ni belum lagi. Minggu depan kenduri orang sebelah kiri Sarah dengan orang sebelah kanan Azrin. =) Sebelum terlupa diucapkan Selamat Pengantin Baru juga kepada Zaizil (dari kiri baris kedua orang kedua). Kenduri dia sama dengan Sarah&Azrin. Walaupon tak dijemput, kami ucapkan semoga berbahagia dengan pasangan.



p/s: Teringat masa lepas dinner terakhir dengan classmate AS116 di seksyen 2. Sambil berjalan kaki, Sarah bertanyakan pendapat kami tentang Azrin. Kini semua dah jadi kenyataan.
Buat kawan2 rombongan Che Kay ke JayBee, nanti2 la aku ceritakan kisah sepanjang perjalanan. hehehe

Sumber Gambar: Muka Buku Sayla Comot & Era Raihah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...