July 31, 2010

Dingin Malam



Tiada cahaya
Dingin Malam
Tiada bulan tiada bintang
Angin suram
Bertemankan kedinginan
Kesepian
Keseorangan
Di dingin malam

Kau pergi tinggalkan kusendiri
Tapi tetap ku menunggumu di sini
Mengharapkan kau kembali
Membawa cahaya di sini di dingin malam

Angin bayu bawa daku bertemu dengan kasihku
Kembalikan kisah lalu kenanganku di sisimu
Tapi angin telah pergi tinggalkan aku sendiri
Bertemankan kesepian di dingin malam

Di mana cahaya dingin malam
Tiada bulan tiada bintang hati suram
Ku merindui sendirian tanpa teman kekosongan
Di dingin malam....

Lagu/Lirik: Amy Mastura


p/s: Kebetulan di sini sedang hujan, sejuk pulak malam ni.Duduk sorang-sorang memang membuatkan kita terkenang kisah lalu....

July 29, 2010

Gambar Hari Ini...

Gambar ni bukanlah ditangkap pada hari ini. Tak silap hari Rabu lepas. Tadi dok prosek2 lappy ni terjumpa la pulak. Bila tengok balek, alahai sedap betul lepak kat bilik tetamu ni. Ramai yang selalu berehat di sini waktu tengahari. Sebelum ni kalau lalu manusia yang selalu melelapkan mata di sini adalah Mak Buyung. Tapi la ni Mak Buyung dah tak da di opis. Sedang menunggu hari katanya. Semoga selamat hendaknya Mak Buyung tu nanti. Rabu lepas masa lalu di sini, sekali Che Kay menoleh kiri terus "Eh, ada ahli baru!" Hihihi. Kesian diorang. Mesti penat bekerja. Tak pe la berehatlah kamu sepuasnya... =)



p/s: Pernah jugak cuba tido di sini, tapi tak lena. Rasa macam bahan pameran bila tido di sini. Di bawah meja jugaklah yang lena... =)

Ini Kasihku

Ini kasihku dan kau masih di sini
Ini kasihku andai kau pergi jauh
Mungkin kini kau masih tak memahami
Ku percaya suatu hari kau mengerti
Tiada apa yang dapat ku beri
Cuma kasih sayang ini

Ku berikan satu harapan
Kau semailah beribu impian
Apa jua yang kau terima
Kasihku di sini setia menanti
Kau berikan satu senyuman
Ku hiaskan kebahagiaan
Apa jua keadaannya
Kasihku di sini bila kau kembali

Kasihku istimewa di hati ini...

Lagu/Lirik: Amy Mastura

p/s: =)

July 26, 2010

Semalam dan Sebelumnya...

Semalam ketika berbaring di atas toto, kepala merewang memikirkan macam-macam perkara. Mungkin sebab tu saya sukar untuk belayar menyusuri malam yang dingin. Sudahnya sampai jam 2 pagi saya masih sukar untuk tidur walaupun saya sudah pujuk diri untuk melelapkan mata 3 jam sebelum tu. Digagau pemain mp3 dalam beg dan terus melayan lagu-lagu yang ada. Tiba-tiba saya rasa tersentuh mendengarkan satu lagu. Lirik lagunya bagaikan keadaan diri ini. Sudahnya lagu tersebut diulang dengar entah berapa kali...

Semalam dan Sebelumnya

Sedang berjalan di kaki lima
Ramai yang pulang dari bekerja
Sehari lagi hampir berlalu
Esok bermula semua semula

Apakah erti hidup ini
Sebuah kitaran tanpa penghujung?
Bertambah sayu bila kusedar
Kubersendirian di tengah ramai

Cukup sudah berkali mentari terbit tanpa diriku berteman
Malam disindir pula purnama
Menyempurnakan kesepianku, oh, oh

Cemburu berkunjung ke hatiku
Melihat pasangan yang berkasih
Seolah dunia ini tercipta hanyalah kerana mereka

Gosok baju dan lekas bersiap/Dari lena kupantas bersiap
Lepas sarapan ke tempat kerja
Tiada beza di hari ini
Dengan semalam dan yang sebelumnya

Apakah erti hidup ini
Sebuah kitaran tanpa penghujung?
Makin kufikir makin terasa
Betapa beratnya hidup yang kosong

Berkali menatap jam di dinding
Perlahan merangkak detik masa
Adakalanya tergerak rasa
Melakukan perkara luar jangka

Cemburu berkunjung ke hatiku
Melihat pasangan yang berkasih
Seolah dunia ini tercipta
Beserta segala
Isian semesta sepanjang sejarah
Yang agung dan indah
Hanyalah kerana mereka...

Lagu: Audi Mok
Lirik: Ad Samad
Penyanyi: Nikki



p/s: Saya bukan bersedih atau pun sedang suram. Cuma tersentuh dengan liriknya. Memang kena dengan batang hidung ni! =)

July 23, 2010

Temu Janji Buta@11 Pagi...

Seminggu telah berlalu. Kegirangan yang diluahkan di MukaBuku telah mengundang macam-macam soalan daripada kawan-kawan. Mereka masih bertanya bagaimana akhirnya pertemuan itu. Erm...di manakah harus saya mulakan?

Begini ceritanya. Entah bagaimana saya telah menerima satu surat. Penamanya seorang perempuan. Dia menyatakan keinginannya untuk berjumpa dengan saya. Ditinggalkan sekali nombor telefon dalam surat tu. Terus terang saya kata yang hati ni terus ke awangan... Terasa sesuatu dalam perasaan, hati dan jiwa ini. Bukan selalu orang sudi hendak bertemujanji buta (blind date da...) dengan saya ni.

Disebabkan kegembiraan ini, saya telah gigih kemas kini status di MukaBuku tentang perkara ni. Ramai kawan-kawan ucapkan selamat buat saya. Diri ini sungguh terharu dengan sokongan mereka. Terima kasih kawan-kawan!

Hari perjanjian kami telah tiba. Kebetulan malam sebelum itu saya telah habiskan masa bersama Kembar saya di bilik hotel dia. Cepat-cepat saya bersiap. Kembar saya tersenyum melihat gelagat saya. Dengan segera saya hidupkan motor dan menuju ke tempat pertemuan itu. Saya sampai 45 minit awal dari waktu yang dijanjikan. Lalu saya membiarkan waktu berlalu....

Di telefon buruk saya telah menunjukan digit 11. Saya terus sabar menanti. Menunggu dan terus menunggu. 15 minit telah berlalu. Hendak diluahkan dalam hati, tapi terasa apalah gunanya berkeluh kesah. Nasib baik ketiak tak basah. Dipujuk hati agar tidak putus asa lalu terus saya menunggu. Memang penantian satu penyeksaan.

Setelah 30 minit menunggu, saya mengambil keputusan untuk tidak terus mensia-siakan masa. Apalah guna menunggu manusia yang tidak menepati janji. Lebih baik saya menghabiskan masa bersama Kembar yang datang dari Telupid. Jauh ye kawan-kawan tempat tu. Kawasan pendalaman juga la. Alangkah kecewanya hati bila wanita yang ditunggu tidak tiba. Sebagai tanda yang saya telah menunggu kehadiran teman temu janji buta tu saya tinggalkan satu nota khas buat dia. Semoga dia mengerti betapa saya menantikan kehadirannya pada hari itu. Notanya lebih kurang seperti di bawah:


"Untuk Cik Pembanci,

Pertama kalinya saya memohon ribuan maaf kerana saya tidak dapat menunggu kamu lagi seperti masa yang telah ditetapkan. Saya mempunyai urusan luar pejabat. Sekali lagi maaf dipinta kerana saya tidak dapat kembalikan borang yang telah Cik Pembanci tinggalkan. Saya telah salah letak dan tidak jumpa. Oleh itu bolehkah kamu meninggalkan salinan borang yang lain? Atau pun bolehkah kamu berikan saya kod online untuk saya isi sendiri di internet? Sekali lagi saya mohon maaf sekiranya telah menyusahkan kerja kamu. Sekian, Terima Kasih.
xoxo"


Sekembali saya ke tempat temujanji pada petang, si dia telah meninggalkan kod online untuk borang banci. Dengan semangat waja saya terus mengisi borang online tersebut. Esoknya terus saya maklumkan kepada dia. Dan dia membalas sms mengucapkan terima kasih. Yang comelnya diakhir sms dia letakkan (Cik Pembanci) seperti nama panggilan dia dalam kertas nota yang saya tinggalkan untuk dia. =)

"Saya telah dihitung, kamu bagaimana?"

p/s: sebenarnya nota yang saya tinggalkan kepada Cik Pembanci tu 3 perenggan semuanya. Yang ditaip di atas adalah ringkasannya. (Mana la aku nak ingat, Cik Pembanci tu simpan nota aku buat kenangan kot. hihihi)

July 22, 2010

Berita Duka...

Hari ini sekali lagi ada berita duka diterima. Saya terus menjenguk ke tempat Kak Jane. Rupanya dia tidak ada hari ni. Selalunya kami bertegur sapa setiap pagi sebelum saya ke meja. Setelah semua perkara diatur, kami kawan sekerja pergi ke rumah keluarga Kak Jane. Ini adalah pengalaman pertama saya menziarahi jenazah yang berlainan agama. Sekadar datang dan menunjukkan tanda hormat kepada keluarganya.

Ketika berada di ruang tamu, saya berusaha menyeka air mata ketika melihat bapa Kak Jane yang duduk disebelah jenazah isterinya. Kesayuan di wajahnya menyebabkan hati ini sebak. Mati itu pasti, cuma bilakah masanya kita tidak akan tahu. Kepada Kak Jane sekeluarga, sekali lagi saya ucapkan takziah.

July 20, 2010

Hidup.......

Hidup....macam-macam ceritanya. Baru semalam saya membaca blog bertajuk "Bila sudah sampai masanya." Hari ini saya dikejutkan dengan mesej daripada Mak Su yang menyampaikan berita pemergian kakak sepupu saya. Saya terkedu sebentar. Sayu hati ini. Saya tahu lebih sayu hati anak-anak dan suami arwah. Andai laut bukan penyebab pemisah, sudah tentu saya juga mahu ziarah ke sana.

Semoga arwah Kak Kiah ditempatkan bersama orang yang beriman... Al-Fatihah.


July 19, 2010

Al-Kesah Projek Che Kay

22 Jun 2010, Kota Kinabalu - Seorang jejaka dipercayai berbangsa Melayu sungguh tertekan dengan kehidupan yang dilalui sejak dia pulang dari Semenanjung. Ketika dia sedang duduk di ruang kerja yang disediakan, dia telah mendapat satu idea yang dianggap bengong-bengong tapi bernas. Lalu dia pun gigih kemas kini status di MukaBuku. Tidak cukup itu dia pun kemas kini blog lemau dia meminta-minta alamat orang. Sambutan di MukaBuku boleh la kata suam-suam susu. Di blog lemau dia lagi la tak ada sambutan. Tapi tidak mengapa, dia gigihkan diri menyiapkan projek untuk mengalihkan tekanannya. Tapikan dia sungguh hairan, mengapa ramai suka salah sangka. Asal bila minta alamat mesti ingat nak buat kenduri saje. Bukankah dalam dunia ni ada macam-macam benda boleh dikongsi bersama selain kad kahwin.... Setelah semua perkara dapat disiapkan, dengan penuh kasih sayang dia pun poskan kad itu pada 2 Julai 2010 sempena hari bahagianya. =)

Inilah Projek Khas Che Kay:

1. Mula-mula kita kena la tulis sesuatu.

2. Kemudian dapatkan setem secukupnya.
(
Pesanan: Perkhidmatan Pos sudah naik harga. Sekarang setem untuk surat dah jadi 60sen ye kawan-kawan)

3. Letak Setem pada poskad.

4. Yang ni semua dah siap untuk dipos!

5. Ini contoh poskad yang dah sampai. =)

Ini pulak antara respon dari kawan2 yang dah dapat: Emi & Adi

~Sekian saja daripada Che Kay~

p/s: Btw Che Kay sedikit hairan. Kenapa, mengapa dan bagaimana poskad2 yang Che Kay pos tak sampai kepada beberapa kawan yang dok dalam Malaysia? Padahai yang Che Kay pos pi Australia dengan UK buleh pulak sampai. Posmen simpan kat depa ka? Che Kay tau la poskad2 ni cute. hehehe

July 8, 2010

Jom Masak-Masak! (EDISI SAKIT JIWA)

INI ADALAH HASIL SELEPAS MENONTON GERMANY LAWAN SPAIN!

SENARAI RESEPI SOTONG!
1. SOTONG MASAK HALIA
2. SOTONG GORENG RANGUP
3. SOTONG GORENG KUNYIT
4. SOTONG KANGKUNG
5. SOTONG MASAK SOS CILI
6. SOTONG SUMBAT
7. SOTONG BAKAR BERSAMBAL
8. KERABU SOTONG ALA THAI
9. SOTONG KUNG PAO
10. SOTONG SUMBAT PUCUK UBI TEMPOYAK
11. SAMBAL SOTONG
12. SOTONG GORENG HITAM
13. SOTONG SUMBAT PERCIK
14. SOTONG LADA HITAM
15. KETUPAT SOTONG
16. SOTONG MASAK LEMAK
17. SOTONG MASAK KARI PEKAT
18. RENDANG SOTONG
19. PAPRIK SOTONG
20. NASI GORENG SOTONG KUNYIT
21. SOTONG BERSERAI
22. SOTONG PESEMOL
23. SOTONG MASAK HITAM ALA PENANG
24. SOTONG CRISPY
25. KARI SOTONG
26. SOTONG GORENG TOMYAM
27. GULAI SOTONG DAN NENAS
28. SOTONG MASAM MANIS
29. SALAD SOTONG, ASPARAGUS DAN CENDAWAN PANGGANG
30. SOTONG MASAK KICAP

AKU RASA CUKUP LA 30 RESEPI NI. LAGI LAMA AKU CARI RESEPI MAKIN LAPAQ PERUT AKU, MAKIN SESUAI JE AKU TENGOK KALAU SOTONG ATAS TU DIMASAK-MASAK GUNA SEMUA RESEPI NI. NANTI KALAU ADA MASA AKU GOOGLE LAGI RESEPI SOTONG. NAK SIAP2 PI KERJA DULU. HUH!


SUMBER GAMBAR: FACEBOOK EPIT!

July 7, 2010

Seindah Lagu...



Dah lama Che Kay tak menaip di sini. Bukan tak sudi,
cuma hati tak tergerak nak berkongsi segala cerita.
Hari ni yang boleh menaip ni bukan sebab apa,
sekadar mengisi ruang masa yang ada selepas menonton bola.
Semua keperluaan sudah disediakan untuk pagi ini.
Jadi sambil tergolek depan tv, melayan lappy sambil dengar lagu.
Dan lagu ini menjadi peneman.
Pagi ini cukup indah, seindah lagu ini... =)


p/s: kadang kala macam tak percaya diri ini melayan World Cup dengan begitu gigihnya. Sampai ada kawan menegur betul ke ni Che Kay yang mereka kenali? =) Dunia...tidak ada yang kekal. Perubahan pasti berlaku bukan? Dan satu lagi, kalau ada yang jumpa album Atilia ni di kedai bagi tahu la Che Kay. Gigih mencari namun masih tak terjumpa. Erm mungkin belum ada di kedai gamaknya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...