August 29, 2010

Kisah Petang Ramadan...

Hari: Ahad
Tarikh: 29 Ogos 2010
Jam: 4.30pm
Situasi
: Che Kay melihat jam yang dicetak di resit selepas membeli barang (kesahnye sebab telepon mati, jam tak de, so tengok resit pon jadilah.) Kemudian dia melangkah masuk ke dalam restoran 'makanan pantas' dan menuju ke kaunter yang dijaga oleh seorang sumandak.

Sumandak: Selamat Datang Encik! (sambil senyum)

C.K: Hai! (sambil senyum kembali)

Sumandak: Makan sini Encik?

C.K: Hah? (sambil membulatkan mata dan tercengang)

Sumandak: Encik mau makan sini?

C.K: Uiinaa kau tinguk saya ni macam muka orang ndak puasa ka? Saya mau take away.

Sumandak: Maaf Encik. Take Away ya? (sambil tersenyum malu)

C.K: Saya mau Dinner Plate sama Chessy Wedges saja.

Sumandak: Itu saja?

C.K: Ya, tu ja.

Sumandak: Semuanya RM#@.&%

(Proses membayar dan ambil bungkusan makanan pon berlaku. Tetiba...)

C.K: By the way, bukan selalu kalau orang datang kamurang tanya mau makan sini atau take away kan. Tapi kenapa kamu tak tanya saya mau take away?

Sumandak: (sambil senyum-senyum) Maaf Encik, tadi saya ingatkan Encik ni Kaling.

C.K: (-_-") ok....

Terus Che Kay memblahkan diri bersama makanan untuk bersungkai nanti.


p/s: Untuk makluman waktu berbuka bagi Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya pada hari ini adalah 6.25pm


Nota Kaki:
Sumandak
= Awek (Bahasa Kadazan/Dusun)

Kaling = India (Bahasa Slanga Sabah. Kalau kat semenajung selalu sebut #eling)
Sungkai = Berbuka Puasa

August 27, 2010

Too Late For Tears

Death knocked on a bedroom door.

"Who is there?" the sleeping one cried.

"I'm Angel Izrael, let me inside."

At once, the man began to shiver as one sweating in deadly fever. He shouted to his wife, "Don't let the Angel take my life."

"O Angel of Death, I'm not ready yet. My family, on me depend, give me a chance to go back and mend."

The Angel knocked again.

"O man, it's your soul that I require, I come not with my own desire."

Bewildered, the man began to cry: "O Angel, I'm so afraid to die. Let me remain here as your slave, don't send me to the grave."

"Let me in, O man", the Angel said.

"Open the door, get up from your bed, you can't stop me from coming in, Angels can go through objects, thick and thin."

The man held agun in his right hand, ready to defy the Angel's stand.
"I'll point my gun towards your head. You dare come in- I'll shoot you dead."

By now, the Angel was in the room, saying, "O man, prepare for your doom, foolish man - Angels never die, put down your gun and do not sigh. Why are you afraid - Tell me O man - to according to Allah's plan?"

"O Angel, I bow my head in shame, I had no time to remember Allah's name. From dawn till dusk, I made my wealth, not even caring for my spiritual health.
Allah's commands i never obeyed, nor five times a day I ever prayed.

A Ramadan came and a Ramadan went, But no time had I to repent.
The Hajj was already obligatory upon me, but I would not part with my money.

All charities I did ignore, taking usury more anda more.
Sometimes I sipped my favourite wine, with flirting women I sat to dine.

O Angel I appeal to you, spare my life for a year or two.
The laws of The Qur'an, I will obey, I'll begin Salat - this very day.

My Fast and Hajj I will complete, and keep away from self-conceit.
I will refrain from usury and give all my wealth to charity.

Wine and unlawful women, I will detest, Allah's oneness I will attest."

" We Angels do what Allah demands, we cannot go against His commands.
Death is ordained for everyone - father, mother, daughter and son.
I'm afraid, this moment is your last, now be reminded of your past.
I do understand your fears but it is now too late for fears.

You lived in this world, two score or more,
Your parents you did not obey,
hungry beggars, you turned away.

Your two ill-mannered, female offspring,
in nightclubs, for liveihood they sing.
Instead of making more Muslims,
you made your children non-Muslims.

You ignored the Adhan (call to prayer)
nor did you recite the Holy Qur'an.
breaking promises all your life,
backbiting friends and causing strife.

From hoarded goods, great profits you made,
and your poor workers-you underpaid.

Horses and cards were your leisure,
money-making was you pleasure.

You ate and ate and grew more fat,
with the very sick, you never sat.

A little donation, you never gave
that could a little baby save.

You thought you're clever and strong,
but O man, you're done enough wrong.

Paradise for you? I cannot tell,
the disbeliever will dwell in hell.

There is no time for you repent,
I'll take your soul for which I am sent."


Sumber Gambar: Kubur

Nota Kaki: Ditaip semula berdasarkan flyer Masjid Negeri Sabah. Jika tidak silap, sajak ini selalu keluar di IKIM FM.

p/s: Malam tadi sahabat baik saya (classmate diploma dan degree) telah menerima khabar duka. Syazrahanim @ Aneng telah kehilangan ibunya yang kembali ke pangkuan penciptaNya. Dia telah telefon saya pada jam 12 malam. Namun saya tidak sedar panggilannya. Pada jam 2 pagi saya tersedar dari tidur. Di telefon saya ada mesej ringkas daripadanya. Terus saya telefon sahabat yang sedang berduka. Apabila saya hidupkan lampu, di tepi bantal ada flyer merah bertajuk " Too late for tears". Marilah kita semua sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarham Bonda beliau. Buat Aneng, salam takziah daripadaku.

August 25, 2010

Yea Yea! Hari Ke-15 Yeah!

Hari ni masuk hari ke 15 bagi mereka yang puasa di bulan Ramadan. Semoga puasa kita semua pada hari-hari yang lepas akan diterimaNya. Hari ke-15 juga merupakan hari yang ditunggu-tunggu! Lagi beberapa hari akan berlalu sebelum kita merayakan hari itu. Tapi yang penting hari ini akan lebih meriah bila radio akan mula berkumandang LAGU RAYA~~~ Oh, mesti syahdu!

Hati mesti tak sabar-sabar mahu kembali ke pangkuan yang tercinta...(masih boleh duduk lagi ke kat pangkuan? besar badak sudah ni. hihihi). Semalam ada seorang kawan bertanyakan pada Che Kay bilakah kaki ini akan melangkah ke 'Tanah Melayu'. Bila diberitahu tarikhnya, terus kawan tanya bukankah tarikh tu minggu depan? Hahahaha Sungguh tak sangka, rasa macam lambat lagi.

Berbalik kepada Lagu Raya, seorang kawan bernama Muhammad Syabab beria tuju lagu Dendang Perantau kat diri ni pada awal Ramadhan. Konon-konon nak bagi jiwa ini bergetar syahdu... Maaf Syabab, misi anda Gagal. Hahaha. Kalau tuju masa ni baru bergegar kepala lutut melayan lagu tu. Hehehe. Dan bila sebut lagu raya, antara momen yang Che Kay masih ingat adalah suasana 20 tahun dulu di 34, Jalan Merah,Taman Pelangi, Johor Bahru. Masa tu mak sibuk buat kuih raya di dapur, Che Kay pula sibuk menyibuk bersama. Dan ketika itu sudah tentu lagu raya menjadi penemannya.

Kemudian bila diri ni dah remaja, keseronokkan itu masih terasa. Masa ini dah boleh buat kuih dan kek raya. Mak tak jemu ajar Che Kay buat biskut kelapa, biskut nestum, dan macam-macam lagi. Kami juga ada cuba buat coklat chip resepi Chef Wan yang gigih disalin masa tengok rancangan masak2. Dan semestinya lagu raya juga memeriahkan aktiviti membuat kuih. Oh, rindunya suasana tu! Sekarang ni...erm bila masalah nak buat kuih? Balik beraya pon selalu last minute. Apa pun jua Lagu Raya tetap mengembalikan nostalgia indah~

Inilah lagu yang Che Kay suka dengar buat tahun ni!



Ya, Che Kay tahu ramai kawan-kawan dok kondem kata lagu ni tak best langsung.Tak mengapa, yang penting Che Kay suka. Tak semestinya semua lagu raya kena ada perkataan 'Hari Raya'kan! Siapa tahu lagu ni juga akan jadi pujaan generasi akan datang. Macam lagu-lagu raya Feminin dan Amy Mastura. Masa tahun yang lagu-lagu tu keluar ramai kata tak sedap. Tapi la ni bila dengar syok juga. Hehehe


p/s: Tak silap dulu Menteri ada habaq lagu raya buleh keluaq radio masa 2 minggu sebelum raya. Tapikan lagu ni dah ligat depa putaq sebelum ni. Macam mana tu? Hihihi


Lirik lagu ini pi sini.

August 23, 2010

Telefon Percuma! Free Telephone! Telepon Free!!!

TELEFON FREE! TELEFON FREE! SIAPA NAK MARILAH SINI~~~

Zaman sekarang ramai orang pakai 'telefon pintar' (mesti gigih telefon ni study..hihi). Kalau tak pintar pon ramai yang pakai telefon yang ada macam2 fungsi. Dan masa sekarang ni kalau nak beli telefon-telefon sebegitu rupa bukannya murah. Kalau sehari kumpul seringgit sehari, erm setahun baru 365 hengget. Jadi jalan 'mudah' nak dapatkan telefon ni haruslah dapatkan secara PERCUMA! Siapa tak nak barang PERCUMAkan!

Gambar hiasan di bawah ni saja je ditayangkan. Inilah yang diusung ke sana ke sini lebih kurang 4 tahun. Dulu masa dapat duit Pinjaman, Che Kay kata pentingkan keperluan dari kehendak. Jadi inilah yang dibeli untuk kegunaan. Sekarang dia dah sampai ke hujung usia. Balik-balik buat hal lagi meragam. Kadang-kadang mendatangkan stress bila dia tak nak hidup. Baru-baru ni tak boleh dengar pulak bila ada orang call. Aduhai! Jadi sekarang adalah masa yang terbaik untuk bertindak! Mari cari telefon BERI HITAM & PHONE SAYA!


~CheKay sayang kat ChePun~ (-_-')


Cara No. 1: Dapatkan Phone Saya!

Mari beli Minyak Wangi untuk raya ni!!
(Tapi Che Kay dah terbeli minyak wangi lain,
baru perasan iklan ni. huhu)
Tempoh Peraduan: 1 Ogos - 30 September 2010
Borang peraduan di sini.


Cara No. 2: Dapatkan Phone Saya (lagi)!

Mari Beli Shampoo dan Conditioner di Watson
untuk rambut berseri~~
(Ada tapi lagi, dah terbeli Sunsilk baru
perasan iklan ni kat kaunter!)
Tempoh Peraduan: Ni nak marah! Tak de pulak diorang letak.
(Mungkin sebelum 16 September kot! Sebab buku promosi ni kata Promotion valid from 13rd August - 16th September 2010)
Maklumat tak berapa nak lanjut di sini.


Cara No. 3: Dapatkan Beri Hitam!

10 Beri Hitam Free untuk SETIAP HARI!
Mari kita beli Topup 30 hengget untuk
Digi Prepaid@Prepaid Internet!
(Yang ni pon ada tapi lagi, Che Kay nak topup tapi la ni Digi Prepaid Internet kat rumah lembs se-lembsnya! Jadi berbaloi ka?)
Tempoh Peraduan: 2 Ogos - 15 September 2010
Nak tahu lebih banyak sila ke sini.



OH, RUPANYA BUKAN MUDAH NAK DAPATKAN TELEFON FREE! (-_-")
TAK MENGAPA, MARI KITA MENCUBA!!!

August 19, 2010

Bicara Sepi...


Sepi...
Adakalanya tidak bertepi
Membuatkan diri lemas dalam lautan emosi
Terus larut dalam permainan hati

Sepi...
Adakalanya begitu indah
Walaupun diri ini menjadi gundah
Cubaku luahkan menjadi madah

Sepi dalam hati
Membawa sepasang kaki melangkah pergi
Ke sana sini dengan satu tujuan
Moga terhapus segala jejak kesepian

Terdetik di fikiran mengapa harus begini
Membiarkan kesepian membalut diri
Bertemankan dinding yang bersegi
Di malam yang sungguh sunyi

Biarlah diri ini terus bersendiri
Dalam melayari kehidupan ini
Kebahagian tetap hadir di hati
Apabila jari-jari berbicara sepi

Gelak ketawa tanpa suara
Bukan lagi hadir di telinga
Hanya ditatap dengan mata
Membuat diri terus tersenyum ria


=)

Terima Kasih Buat Kalian Yang Sudi Berbicara Sepi Bersamaku


p/s: jangan pulak gelak tengok gambar edit di atas. sekadar bahan hiasan saja. hihi


Andai Saya Lady Gaga... (Edisi Sakit Jiwa)

Kalau saya Lady Gaga, mesti saya dah kaya! Hahaha
Bila sedang sakit jiwa, apa yang ada
di sekeliling boleh dijadikan ubatnya...
=)

Ada ka Lady Gaga pakai macam atas ni? Hahaha Nda La Kali~


Andai Saya Jadi Barang... (eh ada gambo berulang. tak kesah la)


Paling best jadi kipas! Hehehe Sejuk je...

Btw ni aktiviti suka suki menyalurkan stress saya
daripada level 100 ke level 0.
Aktiviti kamu bagaimana?


p/s: buat mak & ayah di kampung, jangan risau anakmu di perantauan...

August 18, 2010

Sekali Terkenang La Pulak!

Subuh tadi macam2 terkenang!
Lepas sahur, Che Kay 'lompat2' kat MukaBuku kawan2.
Sekali nampak gambar ni aiyoo terus terkenang-kenang!

The Best ABC in the WORLD! ABC Seksyen 2 Shah Alam!

Che Kay jengok Si Burung Tweet2.
Sekali nampak soalan Lisa Surihani.

Dia tanya -> "Ikan jacket? Cod fish? Coat fish? Confuse much."
Hehe Terkenang2 zaman hostel UiTM.
Masa duit PTPTN masuk, bubbye Ikan Jaket!
No money, Ikan Jaket pon layan!
Sanggup jalan kaki balek hostel ye. Hehe.


Sedang menonton tengok drama, nampak pulak coqkodok dalam tv.
Teringat terus Coqkodok yang nampak masa
di Bazaar Kem Lok Kawi.
Alahai, Rindu sungguh Coqkodok Mak kami!
Misi nak membeli hujung minggu tak berjaya.
Harap-harap minggu ni ada lagi la orang tu juai.
Coqkodok orang tu sebijik bulat-bulat macam mak buat.

Masa baca kitab lepas Subuh, sekali terjatuh sekeping gambaq.
Alahai, comeynya dia~~
Masa ni Along dalam 2-3 tahun.
La ni dah comot. Tak macam dulu.
Hihi (darjah 4 dah dia tu)


p/s: eh, macam banyak benda pulak yang dikenang di awal pagi~ =D

Sumber Gambar: ABC , Ikan Jaket, Coqkodok.

August 16, 2010

Salah Testosteron?

Ada kalanya apabila sesuatu terjadi dalam hidup ni kita akan mencari dan terus menuding jari kepada sesiapa saja untuk dipersalahkan. Walaupun perkara yang terjadi itu berpunca dari diri sendiri, kita sebagai insan biasa sukar untuk mengaku kesilapan yang berlaku. Selain itu apabila kita mendengar sesuatu perkara yang tidak pasti kebenarannya, selidiklah dahulu sebelum kita mempercayai membabi buta. Jika perkara itu tidak benar, pasti yang malu diri kita sendiri. Eh, apelah yang Che Kay membebel ni? Apekah? Hihihi.

Sebenarnya Che Kay tak tahulah apa yang mempengaruhi diri pada hari ini. Rasa semacam yang ntahapaapantah. Nak kata perasaan bukan-bukan tidak juga. Mungkin hari ini perasaan banyak dipengaruhi hormon testosteron kot. Huhuhu. Dari pagi sampailah malam. Asyik terkenang lagi teringat. Begini ceritanya...

Di pagi hari ketika asyik sedang asyik merempit, tetiba ada satu motor limpas Che Kay. Terus mata ini terpaku melihatnya. Bila motorku bersebelah dengan motor itu di lampu isyarat, hati rasa berdebar-debar. Bagaikan jatuh cinta kali pertama. Tapi bukan dengan tuannya la ye. Oh alangkah meriah kalau ada sebijik! (kalau aku pakai ni memang kena gelak lagi la. Entahlah, mungkin hati masih terkesan apabila ada Driver gelak penuh kehinaan pasal motor sekarang).

Cun kan!

Di petang hari ketika mencari juadah berbuka (sekaligus beli lauk untuk bersahur), tetiba mata ini terlirik kepada kaki seorang jejaka. Aduhai!!! Daripada asyik menjenguk juadah, terus mata tertumpu pada jejaka tu. Kasut Supra itu sungguh menarik hati! Rasa nak beli satu untuk diri sendiri... =) (Tapi kaedahnye sesuai ke? hehehe)

Gorjes kan!

Aktiviti malam berjalan seperti biasa. Selepas selesai semua yang perlu dilakukan, TVlah menjadi sasaran mata. Dan alahai mata terpaku di skrin tv... Seayu namanya bikin hati bergetar. Macam mana tak bergetar, malam ada cerita dia, subuh nanti pun ada lagi muka dia. Ala ala siang malam ada wajah dia. Terus tertanya bilakah agaknya hendak berjumpa dengan separuh jiwa yang seperti dia? Erm...biarlah masa menentukannya.

Manis kan!

ADAKAH SEMUA INI SALAH TESTOSTERON? Entahlah...


August 15, 2010

Bila Mat Despatch Ada Diari...


"Hidup jangan dianggap satu perjuangan kerana perjuangan itu menuntut menang dan kalah. Anggap hidup sebagai satu proses kerana proses adalah berkenaan mencuba dan terus mencuba. Sekirannya kita gagal dalam proses ini, setidak-tidaknya Tuhan tahu niat kita dalam proses itu."

Siapa sangka dalam sebuah buku seakan-akan untuk kanak-kanak riang rupanya memberi kata-kata yang memotivasikan diri. Itu baru satu petikan, ada lagi kata-kata yang menarik untuk dibaca. Che Kay sungguh puas hati baca buku karya Bahruddin Bekri ni. Walaupun hanya 155 muka surat cerita yang disusun membuatkan diri ini terus membaca dari satu muka ke muka yang lain. Harganya pula tak sampai 10 hengget! Memang berbaloi untuk dibeli. =)

Cerita Diari Mat Despatch berkisarkan seorang graduan bernama Idlan Rayyan bekerja sebagai Mat Despatch. Dia mahu mengambil ujian untuk menjadi editor freelance. Jadi dia cuba berlatih menulis diari menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) dalam buku laporan sains. Berniatkan itulah dia terus mengarang kisah hidup yang berlaku padanya di dalam diari ini. Ceritanya lucu, membuatkan kita berfikir dan yang disukai adalah tip-tip BMT yang diselitkan. Rasa macam belajar BM balik. Hihihi. Cover buku pon menarik. Di muka belakang ada perkataan TOLONGLAH JANGAN BACA. Itu salah satu kenapa Che Kay beli dan baca. hihi. Jadi kawan-kawan kalau terjumpa buku ni di kedai jangan segan2 nak beli!


p/s: lepas ni Che Kay nak cari buku tajuk Lelaki Berkasut Merah. =)

Sumber Gambar: http://pts.com.my/

August 14, 2010

Benci, Kebencian & Hate!

Che Kay tahu dalam bulan puasa ni tak baik benci lagi membencikan. Cuma Che Kay nak berkongsi dengan kamurang di luar sana kisah kebencian seorang pemuda bernama L (bukan nama sebenar). Sudah lama L memendam perasaannya. Cuma tak terluah di bibirnya. Lalu Che Kay yang baik hati membantu L menyampaikan hasrat hatinya. Semuanya berpunca dari satu iklan di TV.



Menarikkan iklan dia! Memberi satu harapan kepada pemuda-pemuda kesepian di luar sana. L tidak terkecuali terpengaruh dengan iklan tersebut. Oleh kerana ingin mendapatkan jodoh dengan cepat, dia telah membeli stok produk tersebut untuk 2 bulan. Dipakainya produk tu setiap hari sebelum keluar rumah. Dengan hati riang, dia sentiasa senyum setiap kali jumpa perempuan. Harapannya tidak lain dan tidak bukan iaitu dengan kuasa bau-bauan ketiak yang wangi adalah hendaknya perempuan-perempuan akan sudi memberi nombor telefon mereka tanpa segan silu.

Hari demi hari berlalu, tin spray ketiak itu pon semakin ringan dan nak habis. Kekecewaan si L makin ketara. Oleh kerana tak ada juga perempuan yang terpikat dengan bau ketiaknya, Si L pon melupakan hasratnya. Akhirnya dia bertukar kepada produk yang lebih murah. Dia redha seandainya ketiaknya berbau dan tak sewangi dulu...


P/S: Sekarang ni bila nak pi terawih aku pakai 'Malaikat Subuh' je! Takut nak pakai bodyspray tu. Buatnya tengah duduk2 kat masjid datang pulak awek2 bertelekung datang bagi nombor telefon. Mesti haru! hihihi

August 12, 2010

Khas: ~Barang Kemas Lelaki~

Hari tu Che Kay berkongsi tentang 'Barang Kemas Perempuan' . Tadi Che Kay lompat2 tengok blog orang. Sekali jumpe sesuatu yang menarik! Blog Serius berkongsi gambar tip-tip periksa 'Barang Kemas Lelaki'. Satu info yang menarik untuk dikongsi bersama kawan-kawan. Dari sumber link yang dia dapat gambar tu, Che Kay jumpa lagi link lain. Video-video kempen kesedaran yang ada di web tu sungguh menarik! Ni antara videonya.





Oleh sebab itu, Sila Periksa Diri Kamu~~


p/s: Ini info dari Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia

August 11, 2010

Aduhai...


Aduhai...
Lagiku tengok lagiku haru.
Lagiku tatap bertambah bibir diketap.
Lagiku lihat inginku dekat.
Apakan daya hanya di sini yang mampu kudakap.

p/s: Ajid pandai sembang dak lagi? Nanti sembang dengan Pak Lang na....


August 10, 2010

Hanya Kerana Nama ...


Manusia...
Memang berbeza dari segi rupa,
Juga bangsa, agama dan pertuturannya,
Tapi hati mereka sama sahaja.
Ingin disayang dan menyayangi sesama insan.
Kadang-kala kita sangka sudah ketemu separuh jiwa yang selama ini dicari.
Dialah segalanya membuat hati tertawan.
Segalanya sempurna seadanya.
Tidak ada satu pun yang hendak dipinta lagi.
Namun, yang sempurna tetap ada cacat dan cela.
Celanya kerana tidak dapat menerima diri ini
hanya kerana nama...
Nama yang tidak ada pangkal
untuk meneruskan kesinambungan keturunan mulia...
Apa pun jua, segalanya diterima dengan hati terbuka
Kerana dia membawa satu amanat
Dari satu generasi ke generasi berikutnya...

p/s: SELAMAT BERPUASA KAWAN2!

August 8, 2010

Bila Negaraku Berkumandang~~~

Semalam Che Kay ada program di salah satu mall di sini. Tempat program ni dekat pula dengan panggung wayang. Setelah tetamu yang ditunggu tiba, acara dimulakan dengan lagu Negaraku. Semua tetamu dan pengunjung mall berdiri tegak menghormati lagu. Che Kay dan Rizal pula dok tahan gelak. Korang bayangkan ketika masa yang sama, screen besar panggung wayang tengah tayang trailer cerita bawah ni. Tambah2 nak gelak masa awek2 yang pakai jubah graduation menanggalkan jubah diorang. Memang ketawa dalam perutlah! Macam mana agaknya muka tetamu-tetamu yang ada kat depan? hehe



p/s: Rasa-rasanya siapa yang bersalah? Wayang salah tayang ke atau acara ditempat yang salah? huhuhu

August 6, 2010

Nak Menyanyi Lagu Beyonce!

Tak tahu kenapa, tiba-tiba badan rasa seram sejuk! Masa tengah merempit (memang la sejuk naik moto malam2), aku terasa sesuatu.Terus bulu tangan meremang!Teringat tentang cerita yang dah taip di blog, teringat status di MukaBuku dan juga teringatkan majlis yang akan berlangsung pada esok! Bagaikan pernah aku buat sebelum ni. Macam dah lalui semua perkara tu! Dan paling susah hati bila macam ada sesuatu buruk pasti berlaku.Tapi......entahlah. Adakah semuanya pernah aku termimpi? Adakah aku dejavu? Yang pasti aku bukan Deja Moss.....dan aku terus nak menyanyi lagu Beyonce!



p/s: serius! rasa macam tak sedap hati...... Adakah aku fobia dengan mak tiri? Matilah kalau dia mengencang kat majlis esok! Huhuhu (sedang urut dada suruh sabar... kena kuatkan mental ni!)

August 4, 2010

Ini Bukan Cerita Hantu PayuDara...

Tapi kalau dapat berita ni mesti kawan-kawan, adik-adik, abang-abang, kakak-kakak atau makcik-makcik mesti takut sampai susah nak lena....
Jadi amal-amalkanlah ajaran di bawah ni.

Bacaan lanjut berkenaan perkara ni silalah ke: MyHEALTH Portal





p/s: Gamaknya planet mana la Che Kay duduk... Video ni dah keluar 9 bulan lepas, baru hari ni perasan di TiubKamu. Huhuhu. Btw suatu ketika dulu Che Kay pernah rasa penuh ketakutan apabila merasai seperti bengkak di kawasan itu. Agak lama kejadiannya, lebih 2 minggu. Alhamdulillah selepas tu hilang. Trauma sekejap!

Gara-Gara Takut Kena Tumbuk....



Semua ni berpunca dari video ni!
Si Mysz Leinda la promot ini barang di opis.
Habis semua sudah sot (aka waya putuih!)
Ramai orang kena permain dengan diorang.
Telepon sana telepon sini
Bila orang jawab, diorang bilang "ITU TESTING!"
Aku tau dah diorang dok main telepon.
Tapi Kak Lina dok kalut kata "Faizal, tu ada orang pengurusan balik2 cari kaw"
Aku mengalah juga dan angkat telefon
Dan ayat bengong tu diucapkan!
ARGGHHHHH TERUS MEMANAS NI
Sib baik tak jadi hijau dan kembang rambut
Tapikan memang gelak guling la tengok video ni!
Ada masa tengok la video "Jangan Tekan2"
Hihihi


Kredit to Langkawit & Herris

August 2, 2010

'Anak Angkat' Saya...

Aduhai, sejak 2-3 bulan lepas hati saya sering tidak keruan. Tatkala melihat kanak-kanak riang di sana sini dalam hati terasa sesuatu. Sesuatu yang tak dapat diungkapkan. Kesyahduan melanda di jiwa. Erm entahlah... Lebih parah bila saya memandang kemesraan seorang budak lelaki dalam usia 5-6 tahun duduk di sebelah bapanya ketika hari Jumaat. Saya memang sukakan budak-budak. Suka bersembang, suka bermain dan suka mengusik mereka. Hati jadi riang bila ada mereka di sekeliling. Erm...janganlah kata saya sudah wajib kahwin! Saya sedar dengan kedudukan diri yang masih terumbang ambing dari pelbagai segi.

Hujung minggu baru ni Mak Buyung, kawan sekerja & kawan menyembang setiap petang telah selamat melahirkan bayi perempuan yang comel. Berat anaknya lebih kurang 3.65 kilo. Kebetulan saya berada di pejabat, Mak Wok dan Popo
mempelawa saya ikut mereka melawat Mak Buyung di hospital. Kamu bayangkanlah, Mak Buyung baru beranak jam 10, Jam 1.30 dah ada pelawat! Hahaha sian Mak Buyung. Ketika melihat bayi ni hati saya sungguh teruja. Aduhai, tak terkata ketika tu. Kalau boleh nak bawak balik! Masa melihat Mak Wok dukung baby ni, hati meronta-ronta hendak ambil. Tapi tak berani nak bagi tau sebab mengenangkan anak orang. hihi. Ok la cukup cerita pasal anak orang! Lagi dicerita lagi geram saya ingatkan baby ni. =)



Saya nak cerita pulak pasal 'anak angkat' tak rasmi saya. Sebenarnya dah lama dia ada di kawasan rumah saya. Pada mulanya dia hanya ada di rumah jiran saya. Entah bagaimana, sejak 2 bulan lepas dia dah rajin datang di kawasan rumah saya. Sebelum ni saya sering dikejar setiap kali mahu pergi dan balek kerja. Oh, sungguh penat ketika itu! Tak campur lagi dengan setiap kejutan yang dia berikan kepada saya. Tetiba je terpacul depan saya secara senyap-senyap. Dah banyak madah berhelah saya gunakan untuk jauhkan dia daripada saya. Konon-konon baling batu lah, hayun kunci moto la semua dah tak jadi.

Kata orang, kalau kita buat baik akan dibalas baik. Entah macam mana, satu hari sambil makan biskut marie di halaman rumah, saya nampak dia di rumah jiran saya. Saya toleh kiri, saya toleh kanan terus saya lemparkan biskut ke arah dia. Dah bagi sekali, dia nak lagi. Kebetulan ada lagi 2 ketul di tangan. Saya lempar dan terus berlari ke dalam rumah. Bila dah buat sekali, rasa nak buat berkali-kali. Esoknya saya beri pula roti putih. Sungguh lahap dia makan. Sejak daripada tu, dia dah tak kejar saya lagi. Malah menunggu pula saya balik setiap hari. Hairan juga saya, tuan dia tak bagi makan ke? Setakat biskut marie tak de hal lah. hihi. Janji dia dah tak kejar saya!

Oleh sebab kehadiran dia, 'anak-anak angkat' saya sebelum ini dah hilang. Mungkin Kitty dan kawan-kawan dia rasa dah tak selamat berada di persekitaran rumah saya. Sekarang saya pastikan dalam simpanan saya mesti ada sabun taharah buat stok kalau-kalau terkena. Sehingga hari ini dia tak pernah sekali rapat dengan saya. Yang nak tergelak tu faham pulak arahan saya. Saya tunjukkan jari sambil kata HAP! mesti dia terus duduk. Dan aktiviti lempar-lempar makanan masih berlanjutan sehingga hari ini. Itulah kisah 'anak angkat' tak rasmi saya. (Sebenarnya tak rela, tapi hormat kat jiran yang bela... Kita kan 1Malaysia!)


Lebih kurang macam ni la muka dia.
Sumber Gambar: http://www.petfinder.my/photo/pet/15/1548-1588-l.jpg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...