September 25, 2010

Mari Jimat Pensel!

Aduhai!
Nak menitik air mata aku tengok gambaq ni.
Ini betul-betul guna hingga ke karbon yang terakhir!
Macam manalah agaknya budak-budak tu menulis?
(Lap ayaq mata sat...)


Hangpa tengok bawah ni... tu dia punya beza!
Anak murid Cikgu Opie memang berjimat sunggoh.



Kawan-kawan yang tengok gambaq ni kalau rasa macam sedih tengok pensel kontot ni apa kata jom kita derma pensel banyak-banyak untuk anak-anak murid Cikgu Opie. Kesian sunggoh kat depa no. Cikgu Opie, kalau kami pos pensel kat hang, buleh ka hang pi bedak kat anak murid hang? Kalau kita pos pi kat Cikgu Opie, mesti pensel-pensel tu naik belon sebelum sampai sekolah. Opie, silap-silap hari bulan inilah pensel terkontot di Malaysia. Boleh jadi Rekod Malaysia terbaru ooo. Baik hang pi periksa betui-betui!


p/s: Adik aku dulu masa dia darjah satu, hari-hari dia beli pensel, pemadam dan pembaris baru. Aku pulak tukang pakai segala harta dia. hahahaha

September 24, 2010

Walaupun Dia Sudah Tiada.....

Ye, Che Kay tahu gambar ni dah dimuatnaikkan di MukaBuku.
Nak tunjuk kepada kawan yang sudah tiada di sana kat sinilah
Che Kay abadikan kad raya dia bersama yang lain.
Betul-betul sebelah komputer di tempat kerja.

p/s: Rasa-rasanya dia ada jenguk kat MJ ni.

September 22, 2010

Demi Alam Dan Manusia...

Setelah 15 hari bercuti di kampung halaman serta rumah kepunyaan Pak Maidin di Tanjung (+ 2 hari perjalanan), Che Kay dah terbiasa dengan segala macam kehidupan di sana. Baru sehari kembali ke sini, ada beberapa perkara yang perlu di'adjust'kan kembali. Bukan sebab terlupa cuma tak teringat. Contohnya insiden di satu pasar raya besar dekat dengan rumah sewa.

Ketika letak barang-barang di kaunter, awek cashier dengan pantas scan dan letak barang-barang dalam benda saya tak nak.


CK : Eh! Tak payah letak, tak payah. Nah ambil ni. (sambil menghulurkan sesuatu..)

AC: Kenapa ndak mau? Boleh bah hari ni.

CK: Boleh? Kenapa? Hari ni hari apa?

AC: (Senyum) Hari ni Rabu.

CK: Ha, Rabu pon kena bawak sendiri kan...

AC: Uiinaa susah jugak kalau hari-hari kena bawak sendiri.

CK: (sambil kerut-kerut dahi) Hari ni boleh?

AC: Kan hari Isnin ja yang kena bawak sendiri.

CK: Ya ka? Lupa sudah saya ni. Balik kampung lama sangat. (sambil senyum)

Panduan:
CK - Che Kay
AC - Awek Cashier
Tanjung - Panggilan untuk bahagian pulau di Penang.


Beg Membeli Belah di poket depan.


5 beg plastik di poket belakang.

Semangatkan! Demi alam dan manusia katanya...

Untuk Makluman:
Hari Tanpa Plastik adalah seperti berikut:
Pulau Pinang - Isnin, Selasa & Rabu
Sabah - Isnin sahaja

p/s: Inilah akibat kalau masuk keje tengah minggu.
Hari pertama keje dok ingat hari Isnin!
Cuti lama sangat. hehe

Penakutkah Saya?

Setelah entah berapa kali layan di rumah dan disambung dengar pula selama 4 jam 30 minit atas bas dari Penang ke KL, Che Kay rasa dah tahu yang mana satu betul-betul melekat dalam hati. Itu sambung lagi dilayan atas bas Sky Bus dan juga atas kapal selama 2 jam 30 minit. Inilah yang betul-betul layan! Jangan ditanya kenapa, kamu layan saja....




Yuna - Penakut
Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau kulepas saja

Oh ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk kau bertanya jika kumencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya....

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat kukehilangan
Beban yang tak pernah kau cuba ringankan

Oh ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk kau bertanya jika ku mencintaimu juga
Kau bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali kucuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Bukan milikku


Nak beli album baru Cik Adik ni? Sila ke Laguna Music
Layan betul la album baru dia!~


p/s: Gambar kat atas konon-konon style penakut. hehehe takut ke?

p/s lagi: Rasanya saya memang takut untuk beri komitmen dengan 'orang lain'. Banyak perkara yang perlu saya dahulukan. Oleh sebab itu saya harap yang lain faham-faham je la ye. =)

September 19, 2010

Budak-budak memang comel, TAPI...

Di Hari Raya, semua budak memang comel. Siap sedia dengan baju melayu dan bersampin. Tersenyum riang di pagi sebelum beraya sekeliling kampung.


Walaupun masing-masing tidur bergelimpangan, mereka masih comel! Semua nak berhimpit tidur dengan Pak Lang. Sebelum berhimpit ni, siap pujuk rayu dengan muka comel masing-masing supaya Pak Lang ikut diorang balik ke rumah. Alasan diorang nak suruh Pak Lang hantar diorang pegi sekolah pagi ni.


Tapi diorang dah tak comel bila perkara macam ni terjadi. Habis basah tilam! Lagilah tak comel bila Pak Lang kejut pegi sekolah masing-masing buat dek je. Bukak mata pun tak mau! Puas Pak Lang geletek kaki suruh bangun. Biasalah bila dah cuti sampai 2 minggu, hari pertama sekolah memang payah bangun. Bila dah basah lencun tilam tu barulah masing-masing nak bangun. Malam tadi suruh tido awal, tapi diorang tak mau. Bila bukak cerita Jangan Pandang Belakang, baru semua tutup mata. Hehehe


Oh, bab basah tu jangan risau. Bukan sebab budak-budak tu kencing atas tilam. Pak Lang jirus air kasi basah diorang. Barulah masing-masing nak bangun! Diorang semua dah selamat ke sekolah pagi ni. Tinggal adik je di rumah. =)

p/s: Untuk makluman sekolah bermula pada hari Ahad di Kedah.


September 17, 2010

'Bahagian Yang Terbaik' ~

Entah kenapa waktu pagi yang sunyi ini tetiba hati rasa sendu lagi syahdu syahdan. Bertambah sendu bila godek-godek PC dan terjumpa lagu ni. Bagi mereka yang dah berpasangan (dan semestinya yang dah kawen) mesti seronok melayan lagu ni. Ada juga yang buat lagu ni jadi lagu tema hidup diorang... Adakah saya sedang mengalami sindrom 'kesepian di hati'? Saya boleh mengatakan saya bahagia bersama keluarga saya. Tapi mampukah saya ingin menepis kata hati? Saya percaya pada Qada' dan QadarNya.

Apa-apa pun, lagu ini memang layan! =)

p/s: Bahagian yang terbaik adalah bila Amy Mastura yang menyanyikan lagu! I LIKE!





Amy Mastura & Tommy Page - The Best Part
The best part in the morning is...
Opening my eyes...
Seeing you next to me
Make me realize... That all in my heart...
...You're the best part

The best part of the day is...
Receiving your call...
Taking me away from the rest of it all...
Hearing your voice...
...That's the best part

The best part of sundown
Is the colourful sky...
Dreaming of us... Eye-to-eye...
Thinking of you...
...That's the best part

Although there maybe bad times...
That cause us some pain...
If all the times were good...
It wouldn't be through...
But I'd go through the bad times...
Just to have one good time with you...

repeat 1st verse...

When I think of my life...
And the day of my love...
The best part of living...
...Has been you...

When I dream in the night...
Hold you close... Hold you tight...
The best part of loving comes true...

The best part of my life...
...Is being with you...
If you ever ran away...
...My life would be through...
Coz' right from the start...
...You've been the best part...
...The Best Part....

-Sumber Lirik dari sini-

September 16, 2010

Bila Iklan 'Menakjubkan'!

Tadi masa tengok Buletin Utama ternampaklah iklan terbaru pencerah kulit. Che Kay berkerut dahi sebentar masa tengok iklan yang dijayakan oleh pelakon kesukaan. Sah sah la dia tu dah cerah, adakah penonton lain akan terkesima melihat iklan tu? Entahlah! Rasanya lain kali buat iklan kasi la yang orang betul-betul kagum. Ini buat aku gelak je. Lihat iklan bawah ni, kulit 'Pak Tam' ni dah 2 tona lebih cerah! Hebatkan! (hehehe yang tak tahan gigi pon 'cerah' sama!)


Rasanya lepas ni nak beli dan pakai yang bawah ni. Mesti lebih ceria hidup Che Kay! Hehehe



p/s: Iklan gedik ni aku suke la pulak! hahaha

September 14, 2010

Untuk Semua....

Walau 1 Syawal Sudah Berlalu,
Ingin Kutitip Ucapan Buatmu,
Mohon Ampun Salah Silapku,
Moga Dikau Ceria Selalu...

Salam Aidilfitri
Maaf Zahir Batin


p/s: baru jumpa internet....masih mencuba pos 'kad raya' pada kawan2. =)

September 1, 2010

'Haruman Syurgawi'...

Yang Ni Hero No 3

Saya terkenangkan kata-kata seorang ustazah yang pernah mengajar saya. Kata beliau setiap bayi yang dilahirkan ke dunia ini mempunyai satu haruman indah yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ustazah itu berkata lagi, bayi dikurniakan Yang Esa dengan bau-bauan syurgawi. Erm... itu kata ustazah saya. Kebenarannya tiada siapa yang tahu. Apa yang pasti setiap bayi memang ada haruman yang membuat kita tenang bila bersama mereka (kecuali bila baby buang air, tu dah tak masuk kategori harum ye kawan-kawan).

Dan ketika ini saya terimbau kenangan dulu. Ketika pertama kali menjaga adik bongsu saya (kira-kira 20 tahun dulu). Ketika itu saya sering kali angkat dan peluk cium dia sekerap mungkin tanpa pengetahuan bonda. Kalau bonda tahu, tentu dia marah. Ketika itu adik masih merah dan lembut. Pantang ibu tinggalkan dia, pasti saya mencari peluang mecium pipinya (kini tidak la ye, adik saya dah busuk!). Yang saya tahu ketika tu rasa sungguh tenang dan mungkin kerana sayang.

10 tahun dulu ketika saya mendapat anak saudara yang pertama, itulah juga perkara yang sama dilakukan. Rasanya betul kata ustazah. Memang setiap bayi ada haruman yang istimewa. Tapi mungkin juga bau-bauan wangi itu berpunca dari bedak dan losyen yang disapukan pada badan mereka. Erm adakah kerinduan dalam hati ini membuat diri terkenang kepada mereka yang tersayang? Mungkin!

Baru-baru ini saya telah mendapat penawar kerinduan ini. Bukan pakai produk bayi di badan. Dan juga bukan menggunakan produk bayi ketika mandi. Yang penting saya gunakan produk ni ketika aktiviti kegemaran saya iaitu menyerika baju kerja! Haruman wangiannya membuatkan saya terkenangkan anak-anak sedara saya ketika kecil. Memperkenalkan Kiwi Kleen Easy Ironing dengan haruman Baby Fresh! (oh ye, yang ni haruman duniawi ye kawan-kawan!).






p/s: Che Kay makin seronok serika baju setiap hari! =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...