January 31, 2011

Sardin Paling Seksi!!!

Inilah sardin paling seksi pernah aku jumpa!
Pertama kali tengok, kami (bersama kawan-kawan)
ketawa geli hati sebab seksi sungguh packagingnya.
Kalaulah sardin ni ada di kedai, agak2 kalah ke jualan sardin cap ayam?
hehehe.

Fakta tambahan:
Sardin seksi ini adalah produk Malaysia.
'Tangkapan Liar' lagi! hehehe

January 24, 2011

Ini Bukan Kerja Eric Leong!

WOW!!!
Itu perkataan pertama bila menatap gambar-gambar di Mukabuku.
Selama ni selalu kagum dengan Encik Botak.
Sekarang melihat sentuhan seorang cikgu pon buat saya kagum.
Harap satu hari nanti boleh la saya berdeko seperti ini.
Cikgu Mau, saya suka rumahmu! =)












Dulu saya melawat ke rumah Cikgu Mau dekonya lain.
Sekarang ni dekonya lebih dahsyat.
Cikgu Mau, kamulah idola saya!

Sumber Gambar: Mukabuku Cikgu Mau

January 23, 2011

Hai, Nama Saya Noh!


Hai! Nama saya 'Noh'! Bukan Noh Hujan, tapi Noh Banjir!
Aduhai, geli hati betul dah 3-4 orang panggil saya Noh.
Ya, saya tau rambut saya ada style macam rambut Noh.
Memang dalam hati pernah terlintas nak gunting rambut style dia.
Tapi tak pernah nak direalisasikan. Ini semua kerja Hair Stylist.
Ketika ke salon, saya katakan yang saya mahu gaya yang baru.
Tak sangka pula ini hasilnya. Yang penting saya suka.
Jadi teruskan hidup dengan gaya baru. =)
Memandangkan suara saya tak sedap, jom layan lagu Muda!


Gambar: FB Hujan


January 17, 2011

Oh, Saya Trauma Dengan Cerita Hantu!



1. Hendak dijadikan cerita, pada satu hari terdapat dua orang sahabat bernama Karim dan Kassim (bukan nama sebenar) pergi ke panggung wayang. Kebetulan ketika itu ada sebuah cerita menarik minat mereka berdua. Tanpa berfikir panjang mereka terus membeli tiket dan masuk ke panggung.

2. Si Karim terkenal dengan sifat penakutnya. Sebagai senjata untuk melawan ketakutan, dia membawa jaket murahan bersama-sama. Manakala si Kassim yang kononnya sungguh berani hanya berlenggang ke panggung. Apabila cerita sudah ditayangkan, bermulalah episod tarik-menarik jaket yang satu itu.

3. Kesejukkan dalam panggung bukanlah alasan utama. Keseraman cerita itulah punca segala-galanya. Sebagai langkah waspada, Karim menggunakan matanya untuk mengurangkan ketakutannya itu. Dia menutup sebelah matanya, manakala mata kirinya dikecilkan setiap kali bunyi-bunyi seram. Berbanding dengan Kassim, dia sungguh yakin dengan dirinya. Kedua-dua mata dibuka luas (oh, tidak dilupakan dia tetap menarik jaket Karim).

4. Sehingga satu tahap, si Karim yang penakut itu ketawa setiap kali ada adegan menakutkan. Bukan kerana tidak takut, dia geli hati setiap kali si Kassim menjerit sekuat hatinya dalam panggung. Kalah anak dara lain yang ada bersama dalam panggung.

5. Semalam Kassim dan Karim tidur awal kira-kira jam 10 malam. Tetapi entah mengapa, si Karim tidak dapat tidur. Berkali-kali imej hantu dalam cerita di panggung terbayang di matanya. Dia cuba lelapkan mata, masih tidak berjaya. Segalanya ayat hafazan yang dihafal telah dilafazkan. Namun itu semua tidak menjadi. Sedangkan ketika itu Kassim sudah larut dalam irama dengkurannya.

6. Sebagai langkah mengatasi masalah itu, Karim bangun dan membuka komputer ribanya. Sudah tentu dia bermain permainan CityVille yang menjadi kegemarannya sambil mendengar lagu. Apabila jarum jam menghampiri detik tengah malam, dia bingkas meluru kesebelah Kassim untuk sambung tidur.

7. Ketika menggoyangkan kakinya sambil memujuk hati untuk tidur, Karim sudah bertemu punca segala permasalahan yang dia hadapi. Berkali-kali dia menyalahkan cerita hantu itu sebagai puncanya. Rupanya penyebab utamanya adalah aktiviti dia pada waktu petang atau lebih tepat ketika senja berlabuh. Semuanya adalah kerana secawan Nescafe yang dia nikmati ketika itu...


p/s: Aku kalau dah layan air tu memang susah nak tidur malam. Mata tetap akan segar walaupun dah tengahmalam. hehehe

Sumber Gambar: LadyAwin

January 14, 2011

Bukan Dania Danielle Yang Terbakarkan....

Semalam ketika membaca Berita Harian (seperti kebiasaan tetap bahagian hiburan ditatap), Che Kay tengok satu artikel ni. Terus mulut ni sebut "MOTIFFFFF!!!". Ha, itu dia reaksi pertama selepas membaca artikel bertajuk "Dania Danielle trauma". Banyak yang bermain dalam fikiran. Apakah yang sebenarnya si penulis hiburan itu hendak sampaikan.

-Tajuk dia terarah kepada Dania Danielle. Tetapi cerita yang disampaikan hanyalah 22.2% sahaja daripada cerita keseluruhan. Kata lain cerita Dania hanyalah 4 perenggan daripada total 18 perenggan.

-Seperti peminat dunia hiburan sudah maklum baru-baru ini kecoh sealam buana perihal pelakon tambahan yang cedera ketika penggambaran filem. Okay saya faham yang pelakon wanita tersebut juga berada ditempat kejadian. Dan saya faham yang dia trauma apabila menyaksikan insiden tersebut.

-Yang masih saya tidak faham kenapa mesti dia menghiasi seluruh muka surat tersebut? Tidak bolehkah penulis lebihkan gambar pelakon tambahan yang malang itu? Sekeping gambar pun tidak ada. Gambar yang ada hanyalah gambar besar Dania, gambar kecil Osman Ali dan gambar berkumpulan pelakon utama filem Barajiwa.

-Bagi saya lebih malang nasib pelakon tambahan yang merasai sendiri kehangatan api yang membara daripada perasaan trauma dalam diri pelakon yang sedikit pun tidak cedera.

-Oh, mengapakah berita dalam segmen hiburan masih lagi sebegitu rupa? Sekadar menonjolkan sisi yang tidak perlu. Saya faham mungkin bila menyelitkan sedikit cerita si jelita pasti orang pasti ingin membaca. Atau kata lain cerita itu ada nilai. Adat dunia, yang cantik tetap dipuja.


p/s: Hari ni rasa lucu pula bila baca artikel bertajuk "Pelakon Terbakar: Emma Akma Bimbang Wajah Kekasih Jadi Buruk". Mungkin mangsa kejadian masih trauma hingga ada pula tukang cakap bagi pihaknya. Macam-macam...

p/s/s: Teringat pula Si Usop yang semangat nak bakar rumah Kak Limah. Bako! Bako! Bako!

Sumber Gambar Dania Dari Gosip Artis

January 13, 2011

Hati Yang Terluka...

Hati yang terluka umpama besi bengkok
walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya
- Anonymous


January 10, 2011

TOLONG INGAT! - psst ini bukan lagu Ana Raffali

1. Rakyat Malaysia memang prihatin! Terutamanya isu-isu semasa yang hangat lagi membara. Contohnya tentang keputusan Anugerah Juara Lagu malam tadi. Heboh sana sini pelbagai ulasan yang menidakkan segala keputusan.

2. Dalam satu malam sahaja rakyat Malaysia menjadi pakar muzik, pakar bahasa, pakar persembahan dan pakar segala-galanya yang bernama hiburan. Disebalik semua kepakaran itu mereka terlupa akan satu lagi kepakaran yang menuntut keprihatinan mereka.

3. Bagi memuaskan hati rakyat Malaysia yang rasa tidak berbaloi menonton AJL malam tadi (itu pun rasa tidak berbaloi setelah mengetahui keputusannya), mungkin pihak TV3 boleh menjadikan majlis anugerah tersebut menjadi majlis anugerah juara popular. Rakyat Malaysiakan suka mengundi! Kalau setakat mahu undi sms katakan saja berapa ringgit, ramai yang sanggup mengeluarkan duit ringgit mereka demi artis pujaan menang! (Upsss !!!! tetiba teringat sesuatu. Sila klik di sini).

4. Kepada yang tidak puas hati, lupakah kamu ada alternatif yang menunggu kamu? Silalah undi sepuas hati untuk Anugerah Bintang Popular. Banyak surat khabar Berita Harian sedang menunggu anda semua~

5. Berbalik kepada isu rakyat Malaysia prihatin. Rasanya dah bertahun kerajaaan membuat pelbagai usaha untuk menuntut perhatian rakyat dalam satu hal penting. Namun sampai sekarang masih menjadi masalah yang tidak selesai sehinggalah kerajaan membuat menghadkan penggunaannya. Lupakah kamu semua tentang kempen kitar semula?

6. Bumi ini bukanlah untuk kita seorang sahaja tinggal. Jadi marilah kita semua salurkan segala keprihatinan yang banyak dalam diri masing-masing untuk tidak memusnahkan dan menambahkan pencemaran alam yang sudah tercemar.

7. Jadi TOLONG INGAT BAWA BEG KITAR SEMULA setiap kali kalian membeli barang keperluan! Jangan buat-buat lupa~

8. Sayangi alam dan kitar semula~ muaah! =)


January 9, 2011

Balada Cinta Romeo~

Andainya aku dapat menggenggam bara api sayang
Pasti tanganku melecur hakikat kau tetap ku sayang
Andainya aku dapat membawa kau ke bulan sayang
Haruslah aku jadi seorang angkasawan sayang

*Burung-burung berterbangan mengiringi penerbangan
Kita terlanggar awan lalu terjunam ke lautan
Kita harungi ribut dan taufan
Punahlah segala harapan
Hadir nelayan menghulur tangan
Menyambut episod cinta kita

Andai antara kita Ada lautan api sayang
Akan tetap ku renang Tapi selepas hujan sayang


Hari ni ketika godek-godek hard disk dari laptop lama tetiba terjumpa lagu ni. Dah lama betul tak dengar lagu nyanyian Matt Romeo. Masa sekolah dulu Che Kay pernah ada kaset album Gila-Gila Hits oleh GG Group. Tak silap masa beli kaset ni masa tahun 1996@1997 macam tu. Dalam banyak-banyak lagu dalam album ni rasanya lagu ni lah yang ala-ala layan jiwang gituh walaupun lirik dia ala-ala lucu gitew. Aduhai! masih lagi teringat momen diri duduk sebelah radio sambil layan kaset ni. Kenangan yang tak perlu dikenang tapi terkenang la pula. Oh, begitu lama masa itu telah meninggalkan diri ini.... erm....


January 8, 2011

Musim Ahli Sihir & Nelayan ~

Che Kay pergi menonton lagi! Ya, menonton wayang di kala diri ini penuh kesunyian... Gituh! Biasalah kadang kala tak tau nak buat apa dan kebetulan tak da teman untuk bersuka ria jadi ni je lah mampu nak buat.

Cerita dia mengenai seorang kesatria pencen zaman dulu (Pakcik Nicholas) ditugaskan untuk menghantar seorang awek cantek yang disyaki ahli sihir untuk diadili di sebuah gereja yang sungguh jauh. Dia ditemani sahabat kesatrianya, seorang paderi, seorang pengawal dan seorang pemuda yang mereka jumpa ditengah jalan. Perjalanan mereka ke gereja tersebut penuh pancaroba yang tidak diduga mereka. Setelah sampai ke gereja terjadi pula dugaan yang paling hebat lagi tidak diduga oleh mereka semua.


Ni komen Che Kay lepas menonton:

1. Agak hampeh ceritanya.

2. Tidak mengujakan! Sikit pon tak sakit jantung! Rasanya cerita Legion lagi syok kot (walaupon cerita tu aku tak suka)

3. Cerita yang agak mendatar.

4. Bukan cerita perang-perang jenis zaman kegelapan orang putih. (ingatkan cerita dia jenis macam cerita Robin Hood).

5.Menyesal tinggal musim terbaru Merlin malam tadi semata-mata cerita ni!

6. Hantu Kak Limah Balik Rumah > Easy A > The Tourist > Season of The Witch

7. Nasib baiklah tengok wayang pakai student card ! 5 hengget je. =P


p/s: Tambah sakit jiwa bila orang sebelah kanan aku dalam wayang tadi busuk tak hengat! Betul-betul bau ikan! Baru balik laut terus tengok wayang la kot. Aku dah menyenget2 kat sebelah kiri mengambil aroma wangi. Tapi tu tak dapat jugak cover bau busuk mamat tu. Last2 tarik baju tutup hidung dan bau badan sendiri! huhuhu. Bila balik dari wayang tetiba terlintas satu idea. Agak-agaknya mamat busuk ikan tu kerja kat Pasar Ikan Kering sebelah Pasar Philippine kot! hahaha

Sumber Gambar: Shockya.com

January 7, 2011

Brush, Colours & Rumah Pengantin!

EMBRACE YOUR INNER DIVA!

Haha klass kan tagline atas tu. Hari ni Che Kay nak kongsi satu video tutorial dengan kawan-kawan. Kebetulan hari tu terjumpa video ni di Mukabuku. Tuan punya video ni tinggal di Cardiff, UK. Dan sejak terjumpa video ni, Che Kay dah khatam semua video tutorial dia di channel TiubKamu bernama MakeupAdikt! Orang dia dah sedia chanteq, jadi menatap video dia memang chanteq-chanteq belaka. Video di bawah adalah makeup tutorial berdasarkan tradisi pengantin India/Pakistan. Kalau sebut dua negara ni yang mahalnya haruslah makeup mata! =)
Lets Chanteq!




Btw Che Kay nak ucap terima kasih kepada page Rumah Pengantin sebab kongsi video ni. Kalau RP tak kongsi Che Kay pon tak jumpa channel MakeupAdikt. =)


Untuk makluman, Rumah Pengantin menyediakan pelbagai servis untuk hari bahagia. Servis yang disediakan adalah:

Wedding Photography | Bridal (Andaman) | Fresh Flower Deco (Florist)
Hantaran & Sireh Junjung | Beading

Untuk maklumat lanjut sila ke Mukabuku Rumah Pengantin~

January 6, 2011

Skandal Che Kay Dengan Abang Teksi!


Perhatian
: Sila Jangan Korek Hidung Bila Membaca Cerita Ini...

Berskandal dengan Abang Teksi adalah salah satu perkara yang tak pernah terlintas dalam pemikiran Che Kay. Jangankan dalam fikiran, dalam hati pon tak pernah terniat nak ada hubungan dengan mana-mana pemandu teksi di Borneo mahupun di Semenanjung. Kadang kala bila perkara yang tak pernah terfikir itulah yang terjadi dalam hidup ini. Jadi apa yang harus dilakukan? Diteruskan perhubungan ini atau lupakan saja semuanya? Mempunyai skandal dengan Abang Teksi semestinya akan mengundang pelbagai masalah kepada diri ini. Semuanya bermula dengan sms yang diterima Che Kay...

SMS Abang Teksi:
01.01.2011 08:10AM
><(((:> ><(((:> ><(((:> ><(((:> ><(((:> ><(((:> ><(((:> ><(((:> ><(((:>
Nine Golden fishes to wish you Prosperity, Wealth, Good Health, Peace, Luck, Longevity, Long Lasting Love, Happiness and Success to you and to your family a wonderful & blessed New Year!

Opocot! Pagi-pagi tahun baru dah dapat mesej. Dengan mata yang separa buka, Che Kay tercari-cari siapakah gerangan yang hantar mesej ni. Hati berbunga riang mendapat ucapan sebegitu rupa. Lalu dibalas mesej tersebut lebih kurang jam 12.00PM.

SMS Che Kay:
Hi! Maaf baru balas mesej u. TQ atas segala ucapan tahun baru. Btw maaf nak bertanya, siapa ye yang mesej ni. Baru-baru ni telefon saya rosak. Habis semua nombor telefon hilang.

Gituh! Che Kay bagi mesej konon-konon nak ambil hati la sebab lambat balas mesej. Malangnya sampai sudah Abang Teksi tak balas. Oh, kecewa! Jadi Che Kay meneruskan kehidupan seperti biasa....

Tiba-tiba keesokkan harinya!

SMS Abang Teksi 1:
02.01.2011 09:01AM
Nama sa Masadan bin Maradan. *Sa membawa teksi dan memang pun ko bole tumpang bertanya sebab sa memang selalu bwa penumpang

SMS Abang Teksi 2:
02.01.2011 09:03AM
Jadi ini siapa?

Terus Che Kay kerut-kerut dahi! MASADAN BIN MARADAN? Siapakah? BAWA TEKSI? Oh, Tidak! Sejak bilakah aku berskandal dengan Abang Teksi? Setahu aku tak pernah aku bagi nombor telefon satu lagi kat mana-mana Abang Teksi... Huhuhu terus saja dilupakan dan tak dibalas mesej-mesej Abang Teksi. Lebih sadis berkali-kali Abang Teksi telefon Che Kay! Kata hati ini, "Maafkan saya wahai Abang Teksi. Lupakan saja diri ini...". Haram Che Kay tak angkat call sebab Che Kay tak kenal Si Masadan Maradan itu~ huhu.

*Sa: Saya (short form Urang Sabah)
Sumber Gambar Hiasan: Skycrewz Network

January 4, 2011

Kisah Abang Hansem!


Tersebutlah kisah pada satu hari di hujung tahun, kisah Abang Hansem yang jiwa kacau hingga tak dapat berfikir dengan baik. Hari tersebut membuat Abang Hansem hidup dalam emosi dan segala pandangan nyata dihadapannya tidak dapat dilihat dengan baik.

Nak dijadikan cerita Abang Hansem membawa moto menuju ke 'istana hinggap'nya seperti biasa. Dan mengikut kelazimannya disinggah ke kedai makan untuk dinikmati makanan kegemaran. Dengan penuh yakin Abang Hansem pon memesan Koay Teow Goreng Seafood , Telur Mata dan Milo Ais. Bila makanan dah ada depan mata, dilahapnya makanan itu seperti seminggu dia tidak makan. Dicucuk-cucuknya koay teow itu dan disedut-sedut minuman dengan sepuas hati. Tetiba Abang Hansem teringat SESUATU ketika sedang makan!

Perbualan ini terjadi setelah Abang Hansem (A.H) habis makan.

A.H: Adik, berapa ringgit semua tu?

Adik: 7 ringgit 80 puluh sen bang.

A.H: Adik, siapa boss kedai ni?

Adik: Saya la.

A.H: Begini dik, nanti abang datang bayar kemudian boleh?

Adik: (muka blur lagi terpinga-pinga)

A.H: Tadi sebenarnya abang mau pigi pekan. Tapi tersinggah sini. Sekarang ni abang ndak cukup duit. Ada 4 ringgit ja ni. Abang pigi bank kejap nanti abang datang sini balik bayar tu makanan.

Adik: (masih blur-blur dan sekadar hangguk kepala)

Abang Hansem berlalu pergi dengan perasaan yang malu. Dah la malu sebab tak cukup duit, terlanggar pulak dengan penghadang buluh kat kedai. Aduhai dah dua kali malu! Dengan cergasnya Abang Hansem merempit ke Mesin ATM yang terdekat...

Kesimpulannya, sebelum masuk mana-mana kedai tu intai-intailah dulu dompet tu. Jadi macam ni siapa yang malu? Diri sendiri juga yang malu. Huhuhu


p/s: Lepas Che Kay bayar sekali lagi terlanggar penghadang buluh. Dah 3 kali malu! ish ish ish!

January 1, 2011

Twenty Eleven...


NEW YEAR,

NEW HOPES,

NEW DREAMS...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...