February 27, 2011

17 Again?

Semalam Che Kay bersama kembar zaman kolej, Cikgu Faizal Boowah keluar berjalan-jalan sebelum dia kembali ke tempat pertapaannya di Telupid. Cikgu Boowah dengan baik hati belanja CK menonton filem Sanctum. Semasa di kaunter ada sesuatu yang tak dijangka telah berlaku.

Penjual tiket dengan penuh yakin memaklumkan Che Kay yang filem Sanctum hanya untuk 18 tahun ke atas. Terus CK terkedu dengan statement penjual tiket. CK jawab ok. Dan dia terus memaklumkan perkara yang sama sambil memberi tiket wayang. Terus CK bingung sebentar dan berlalu ke panggung.

Bila mengenangkan penjual tiket dan statementnya, CK tersenyum sorang-sorang. Adakah wajah ini tak cukup 18 tahun? Hahaha. Memang lena tidur malam tadi. =P



Filem ni ok jugalah. Moralnya, jangan putus harapan!


p/s: Sambil menonton teringat zaman kolej dulu terutamanya masa join jelajah gua. =)


February 20, 2011

My Favourite Breakfast: Mee Tauhu!

Hujung minggu sering ditunggu-tunggu bagi semua orang.
Selain acara bersosial bersama teman dan keluarga,
acara makan-makan juga aktiviti yang menyeronokkan.

Bagi Che Kay, jika ada kesempatan pasti CK gembirakan hati dengan makanan kegemaran ini. Pada pandangan mata, makanan ini sangat ringkas. Tetapi bila sudah masuk dalam mulut...
erm sedap! (sedap untuk mulut CK!)

Inilah Mee Tauhu!
Mee goreng kosong di hidang bersama seketul tauhu, 1 tauhu sumbat bersama fish cake dan juga sambal limau. Kombinasi semua bersama Kuah kicap rasanya walla!

Selalunya CK datang ke kedai ini bersama motor, helmet dan beg duit.
Kemudian CK menikmati Mee Tauhu yang enak ini ditemani
ramai 'kawan-kawan' (oh ye, diorang tu CK tak kenal pon. hahaha)
Selalunya setiap hujung minggu pasti CK buat temu janji dengan MT ni! =)


Selain Mee Tauhu, ada Nasi Kuning, ada Nasi Lalap.
Soto Banjar pon lazat. Yang tak rasa lagi sup tulang dengan sup kepala ikan.

Kedai dia tak susah nak cari. Seri Pelangi ni sebelah Kompleks Karamunsing dan seberang jalan The Palace Hotel. Jadi sesiapa nak bersarapan di hujung minggu bersama Che Kay, kita jumpa di sana~~~
Btw di mana lagi ya ada Mee Tauhu yang sedap? hehehe


p/s: dah 2 minggu ter'miss' breakfast kat sini. Azam hujung minggu ni mau pigi sana! =)

February 17, 2011

Bila Che Kay Jadi Penyanyi...

Mungkin ramai di luar sana tak tahu yang Che Kay juga ada bakat terpendam. Pada mereka yang pernah berkaraoke dengan Che Kay, sudah semestinya mereka kutuk dalam hati betapa tidak merdu dan Che Kay tidak pandai mengikut melodi lagu. Jangan ingat Lisa Surihani saja yang berbakat menyanyi, Che Kay juga sama tau!

Ini adalah salah satu nyanyian Che Kay

(Sila abaikan wajah SRK. Itu sekadar gambar hiasan)

Jangan tak tahu Che Kay diberi pujian yang melambung seperti berikut:

"One of the finest singer in our country"

Ha! Jangan tak percaya.
Masa karaoke tu Che Kay saja tak nak tunjuk hebat. =)
Pujian di atas boleh di dengar pada 0.14 dalam video paling bawah.
Lupa nak bagi tahu, bila Che Kay menyanyi CK pakai nama komersil.
Nama yang membawa rezeki pada CK adalah Kay Kay!


Sehingga hari ini, Kay Kay sudah menyanyikan lebih 100 buah lagu.
Dan sudah 21 kali Kay Kay dicalonkan sebagai penyanyi latar terbaik.
(Baru menang sekali tahun 2009)
Bagaimana? Kagum ke tidak? =D


Nota Kaki:
Nama Che Kay sebenarnye berasal daripada nama Kay Kay. Sejak 12 tahun lalu nama Kay Kay telah melekat ketika zaman baru nak kenal dunia. Kawan-kawan Kolej Kurniawan yang rajin panggil. Bila sambung belajar di Universiti, masih lekat lagi nama ni. Semua gara-gara kawan sekolej yang belajar sekali di situ. Lama-lama Kay Kay jadi Kay saja. Hihihi. Sekarang Kay Kay tinggal di KK! Makluman penting, sila abai entry yang penuh perasaan dan lagi perasan di atas. =P

February 13, 2011

Bukan Tipah Tertipu...

Pada satu hari yang indah, Che Kay sudah bersiap lebih awal dari kebiasaannya untuk menuju ke tempat kerja. Kebetulan hari tu ada kerja di luar pejabat. Nak dijadikan cerita lepas 10 minit di jalan raya, tiba-tiba terjadilah perkara yang paling tak diingini! Jam di tangan lagi 20 minit sebelum 7 pagi. Aduhai manalah nak ada kedai buka dalam waktu tu. Terus sorong Pak Tam kesayangan ke kedai mamak dan berehatlah CK di situ sambil bersarapan.

Setelah jam lebih kurang orang sudah mengetip kad perakam waktu, terus disorong Pak Tam ke stesyen minyak yang berhampiran. Malangnya sudah tidak ada gunanya dipam-pam tayar itu. Rupanya bahagian dalam muncung tiub tu dah terkeluar dari tiub tayar. Aduhai!

Maka bermulalah episod menyorong Pak Tam mencari kedai sebab stesyen minyak tu tak ada nombor tukang tukar tayar motor. Huhu (Gambar atas: CK tolak motor dari hujung belah kiri gambar.)

Masa ni pon masih tak jumpa kedai. Orang di kedai minyak bagi tahu 'dekat jak tu kadai!'. Berpeluh sudah perut CK.
Siap ada dua tompok basah di perut! hahaha

Akhirnya berjumpa juga dengan harapan di pagi hari.
(Setelah satu jam 'bersiar-siar' dengan Pak Tam')

Yang baju hijau ni ala-ala 'penyelamat'lah kononnya.
Dengan muka penuh semangat dan confident, dia kasi bagus Pak Tam.
Walaupun pada mulanya dia bagi tahu saiz tiub Pak Tam tak ada.
Yang ada hanya saiz kecil sedikit dari biasa.
Dan dia bagi tahu 'Ok bah buli kau jalan-jalan satu KK'

Setelah semuanya selesai, CK pun menuju ke tempat kerja di sebelah UMS.
Dengan tekun CK menyiapkan kerja-kerja untuk taklimat untuk hari berikutnya.
Tetiba ada satu hal mustahak perlu diselesaikan di pejabat.

TEKALAH APA YANG TERJADI!!!
Baru nak rempit, terus Pak Tam bergegar sekali lagi.
ARGGGHHHH!!! Ketap bibir je lah bila perkara pagi tadi berulang lagi!
Dan kebetulan juga, kakak satu tempat kerja lalu.
Ditinggalkan Pak Tam di situ sebab kerja penting tu kena didahulukan.
Atas budi baik kakak tu, dipinjamkan kereta comelnya untuk CK.

Setelah semua persiapan selesai, CK menuju ke stesyen minyak untuk isi perut kereta comel tu. Ketika bayar duit, CK tanyakan pekerja di situ jika ada sebarang nombor Mat Motor Bergerak.
Dihulurnya kad di atas. Oh, gembiranya hati ini!!!
Terus masuk dalam kereta dan TERUS PERGI.
Ya, terus pergi..... (sungguh kepala otak dah tak betul!)
Nasib baiklah masa patah balik ke stesyen minyak tu belum ada orang isi minyak di tempat CK letak kereta! =D

Keesokan harinya, di Hello Mat Motor Bergerak ni.
Berjumpalah kami di tempat kejadian.
Dengan usaha sungguh-sungguh, Mamat memberi servis terbaiknya.

Bila dikeluarkan tiub yang baru ditukar semalam, terus Mamat kata "Patutlah pancit lagi" sambil dia menunjukkan nombor di tiub itu. Sambil dibandingkan dengan saiz yang sepatutnya memang terserlah kebesaran tiub itu. Cis, CK kena tipu dengan si baju hijau! Beria je dia bagi tahu satu KK boleh pusing. Tak sempat pon ronda satu KK dah tayar pancit lagi!

Sambil sembang-sembang dengan Mamat, CK menyuarakan hasrat hati untuk memakai tayar tanpa tiub. Terus si mamat menjawab 'ndak bagus bos kalau kau pakai tubeless'. Kononnya Pak Tam CK sesuai pakai tiub. (Dalam hati terus cakap 'Alahai nak promote diri sendirilah tu. Kalau tayar aku pancit lagi nak suruh panggil kau datang lagi kan!) HAHAHA.

Kesimpulannya: Bukan Tipah tertipu, Che Kay yang ditipu! Sabar je lah...

February 8, 2011

Menu Che Kay Untuk Slim

Sejak akhir-akhir ini, Che Kay sering mendapat soalan sama yang sudah naik muak untuk dijawab. Setiap kali berjumpa seseorang soalan wajib yang dapat adalah

"Eh, dah kurus sekarang! Apa rahsianya?"

Mari sini Tuan, Puan, Abang, Kakak, Adik, Tok dan Tok Wan. Che Kay nak kongsi menu yang boleh membuatkan kalian pun menjadi slim. Kalau tak kongsi orang kata Che Kay sombong. Sebelum melihat menunya marilah sama-sama kita saksikan perubahan yang tak pasti sama ada ketara atau pun tidak.

Sebelum

Selepas

Bagaimana? Ada perbezaan ke?
Che Kay pun tak pasti nak kata apa.
Bila orang kata CK dah kurus, makin seronok ye nafsu makan!
hahaha

Berikut adalah Menu Che Kay Untuk Slim.

Pagi:
- Aneka jenis mee yang bergoreng
- Telur Mata
- Kopi

Tengahari:
- 2 ketul kuih muih yang ada di kantin pejabat
- Air Masak

Sebelum Senja:
- Aneka jenis roti
(Roti canai, roti telur atau potato bun)
- Milo

Bekalan Sementara Waktu Makan:
-Biskut Berfiber
- Air Masak

Nota: Air masak paling kurang 1 liter sehari.

Ha... Amacam kawan-kawan?
Ada yang sanggup ke nak mengadap hari-hari macam ni?
Kalau nak slim seribu daya kita boleh buat.
Nak gemok, tak payah daya-dayanya, makan je sepuas hati.


p/s: Sebenarnya menu di atas adalah bila duit semakin SLIM
hehehe. Nak kurus? Kena la jagalah makan dan kira kalori
yang sesuai dengan keperluan badan masing-masing.
Dan tidak dilupakan bersenamlah =)

February 7, 2011

Di Mana Di Mana

Di mana di mana
Di mana ku harus mencari cinta yang sejati
Yang mampu tuk sirami hati ini
Hingga sejuk terasa batin ini oooo
Jangan jangan jangan kau pergi
Jangan jangan jangan tinggalkan aku
Tak pernah ku sangka
sedalam ini rasaku padamu

Kaulah penebus cintaku
Suria atas duniaku
Ku tak akan pernah bisa
Ku tak akan pernah bisa
Ku tak mahu bila kuharus hidup tanpamu
Hanya ingin kamu kamu kamu kamu
Hanyalah kamu di hatiku
Kini ku temukan
Tak perlu lagi ku mencari
Cinta yang sejati
Yang mampu tuk sirami
Gejolak di dalam hati ini
Hingga sejuk terasa batin ini
Jangan jangan jangan kau pergi
Jangan jangan jangan tinggalkan aku
Tak pernahku sangka sedalam ini rasaku padamu

Tajuk Lirik: Di Mana Di Mana
Album: 3 Suara
Penyanyi: Ning Baizura,Shila Amzah & Jaclyn Victor

p/s: Lagu ni rasanya dah terhafal pulak! (Dah asyik ulang dengar je keje dia).
Enjoy betul dengar lagu-lagu 3 Suara ni.
Salah satu cara saya kurangkan stres! =)

Anda Stres?

Hari Isnin kembali lagi.
Adakah anda mengalami stres?
Setelah bercuti panjang mesti ramai yang lemah
dan tidak bersemangat ke tempat kerja.
Adakah semalam anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya?
Macam-macam faktor boleh menyumbang kepada tekanan mental.
Jangan disangka mental yang sihat itu tidak ada masalah.
Jadi hari ini ingin Che Kay berkongsi sedikit pengetahuan am.
=)

Katanya ada 3 faktor utama punca masalah kesihatan mental. CK sedang berfikir adakah keturunan CK ada masalah mental? Faktor kewangan tu adalah juga sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan mental CK. Sekarang ini rambut pun berguguran dengan banyak (tapi bukankah itu juga boleh disebabkan faktor bertambah 'muda'? hehehe).

Sekiranya anda stres, mari cuba latihan pernafasan di atas.
Sekurang-kurangnya dapatlah kita mengurangkan sedikit stres tersebut.

Kalau nak seronok lagi, panggil kawan sebelah anda untuk buat urutan leher dan bahu. Kalau dapat awek sepejabat mungkin lebih seronok! hehehe. Jangan lebih-lebih sudahlah. Walaupun ada masalah memerlukan masa untuk diselesaikan, sekurang-kurangnya latihan diatas boleh meringankan mental buat seketika.

Akhir sekali, SELAMAT BEKERJA SEMUA!
=)


Sumber: Info Sihat

February 6, 2011

Awek Phua Chu Kang!

Kasut but siapalah ini?
Semestinya bukan Phua Chu Kang yang punya.
Punyalah chanteq kasut tu.
Hehehe

Ha, dah nampak dari sisi!
Bersembang dengan kawan-kawan dia.
Dari tepi dah tahu siapa dia.
Baju dah chanteq.
Kasut dia ja yang kasi cacat sedikit keayuaannya!
hahaha

Cak! Tu dia orang dia.
Malu-malu kunun mau posing depan kamera.
DJ Ayu Sabahan.FM bilang licak bah.
Tu pasal dia pakai but.
Adakah ini fesyen pergi kenduri musim hujan?
Apa-apa pun Dj Ayu tetap jelita dalam persalinan kuning ini.
Hihihi. =P

February 4, 2011

Mary Dan Kay

Pada hari pertama dalam tahun arnab, Che Kay rasa macam tak ada aktiviti yang hendak dibuat. Tinggal keseorangan, kesepian lagi kesunyian membuatkan otak ini tak dapat fikirkan sebarang aktiviti menarik untuk dilakukan. Nasib baik Cik Lulu mengajak Che Kay ikut dia. Katanya nak main makeup-makeup. Pantang ada orang ajak bab-bab kecantikan ni, Che Kay seronok je.

Bila sampai tempat dituju, rupanya aktiviti sebenar adalah demo produk kecantikkan. Namanya Mary Kay (Harap maklum produk tu bukan Che Kay yang buat! hihihi). Dan kebetulan pula penasihat kecantikkan tu Che Kay kenal pulak. Cik Hani adalah staff satu jabatan dan kami pernah terlibat dalam program berkaitan makanan.

Cik Hani memperkenalkan kami dengan permulaan kisah Mary Kay yang gigih mencipta empayar kosmetik lalu memperkenalkan produk ini serata dunia. Kemudian dia memberi kami peluang untuk mencuba produk-produk Mary Kay seperti berikut:


Produk Tangan: Satin Hand Softener, Peach Satin Hand Scrub & Peach Satin Hand Cream
-Komen: Aduhai! kami terpegun dengan produk tangan ni. Tangan kami jadi sungguh lembut!

Produk Muka: Mary Kay Botanical Customized Skin Care. Che Kay cuba Formula 3 - Oily Skin. Mula-mula kami cuci muka diikuti pakai masker, toner dan krim. Walaupun memakai dalam amaun yang sedikit semuanya bagaikan mencukup untuk disapu di muka. Masker MK sungguh menakjubkan! Nampak perubahan setelah pakai dalam 10 minit! Bagaikan kena botox muka ini. Dan lebih menyeronokkan selepas beberapa jam, muka ini masih 'ayu'! hihihi.

Tu dia, DJ Glamour Black Noty Sabahan.fm pun turut serta mencuba!

Kami yang seronok. Peace! =)

Produk Bibir: Satin Lip Mask dan Satin Lip Balm pun sungguh mengujakan! Selepas mengenakan Lip Mask untuk seketika dan dicuci, bibir terserlah kemerah-merahan! Disapu pula Lip Balmnya, aduhai...bibir kami lembut! Rasanya sungguh berbeza jika dibandingkan dengan produk bibir yang lain.

Selepas selesai semua sesi kecantikan, kami rasa jatuh cinta dengan Mary Kay! Aduhai, kalau sudah bergaji memang kami beli! Masing-masing dah mencongak duit yang perlu disimpan untuk mendapatkan produk idaman. =)

Bersama Cik Hani selepas sesi demo


Selepas beberapa jam, kami masih cantik. hehehe (perasan betul!)



p/s: Sesiapa sekitar Kota Kinabalu yang teringin mencuba produk Mary Kay bolehlah hubungi Cik Hani, Independent Beauty Consultant Mary Kay. Jika ingin dapatkan nombor telefon beliau sila mesej di MukaBuku saya. Nanti saya bagi nombor Cik Hani kita ni.

Air Pancut Berirama Perdana Park


Akhirnya benda yang dinantikan sudah dibuka untuk orang ramai. Pertama kali melihat tempat ini ketika pertama kali sampai pada tahun 2009 ketika keluar dari KKIA Terminal 2. Tertunggu-tunggu bilakah taman ini boleh dilawati. Sebelum ini hati sudah berangan untuk berlari-lari mengelilinginya untuk mengeluarkan peluh setitik dua. Jadi untuk permulaan Che Kay dan kawan-kawan datang melawat Perdana Park pada hari pertama di tahun baru Cina.

Memandangkan kami datang di malam hari, cahaya lampu menemani perjalanan kami. Suasananya meriah! Ramai penduduk KK memenuhi segenap ruang yang ada. Kelihatan anak-anak berlari keriangan di tempat permainan. Salah satu tarikan utama Perdana Park adalah pertunjukan air pancut berirama. Kami mengambil tempat di tepi kolam untuk menikmati persembahan yang akan diadakan pada bila-bila masa. Dan bila semuanya bermula, hati rasa terpesona dengan gerak dan lengok air yang mengikut irama lagu. Indahnya pemandangan di malam hari. Akhirnya penduduk Kota Kinabalu ada tempat lepak terbaharu untuk dinikmati. =)



Che Ija, Che Kay & Che Lulu

p/s: Rasanya tidak sabar untuk bersama kasut sukan dan berlari di taman ini. =)

February 2, 2011

Teman


sejenak kita renungi
suatu zaman bernama remaja
tika semangat melimpah-limpah
impian jiwa berkobar-kobar

sejenak kita hayati
suatu zaman bernama dewasa
tika melangkah lebih waspada
fikir sebelum berkata-kata

telah kita harungi
meniti usia dari mula
hingga tiba di sini
menjalin kasih sejati

berteman bersama kita sejiwa
di dalam tangisan,di dalam tawa
seiring sehati mewarna mimpi
setinggi awangan persahabatan kita junjungi

Tajuk: Teman
Album: 3 Suara
Penyanyi: Ning Baizura,Shila Amzah & Jaclyn Victor


p/s: aduhai...Che Kay memang suka lagu berkonsepkan persahabatan.
Terkenang suatu ketika dulu

Ceria Bagai Sang Suria!


Kehadapan Adie Dali,

Tiada kata lain yang boleh diucapkan kepada my dear friend, Adie selain

TERIMA KASIH!

Atas budi baik Adie, hari ini saya rasa ceria bak sang suria.
Akhirnya saya boleh ulang dengar sepuas hatinya.
=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...