March 30, 2011

Kisah Hidup Saya: Kisah Paling Lawak!

Hidup ini penuh misteri
Ada kala yang terjadi tidak dapat diduga
Hidup anda bagaimana?
Ini kisah saya
Kisah paling saya kagum
Kalian juga boleh menjadi seperti saya
Yang penting usaha!

www.this-is-my-story.com/v/7R2WA14MS34H

Untuk tahu sila klik link di atas. Jangan risau ini tidak ada kena mengena dengan mlm, ebook atau sebarang jenis perniagaan. Sekadar lawak untuk hari ini.

p/s: Aduhai aku nak tergolek tengok video ni.

March 27, 2011

Pengajaran Bila Pergi Ke Panggung Wayang!


Ok, semalam selepas bertugas di 'bilik operasi' saya terus memecut ke shopping mall. Semuanya kerana awan sungguh gelap dan hujan bila-bila masa akan turun. Jika saya pulang sudah tentu basah kuyup. Untuk memenuhi aktiviti masa lapang, saya teringin nak menonton filem awek-awek berlawan pedang segalanya, Sucker Punch.

Ketika di kaunter, jam menunjukkan 4.30 petang dan filem SP ada tayangan pada waktu tersebut. Dengan jelas dan kuat saya kata kepada awek kaunter saya nak 1 tiket SP jam 430 petang. (Selalunya kalau di GSC masih sempat tengok permulaan filem sebab iklan dia banyak!). Sekali awek kaunter kata ada filem sama dalam bentuk 2D jam 4.40 petang. Saya pun tanya apa beza 2D dengan biasa. Dengan senyuman manis awek kaunter kata gambar dia lebih terang dan cantik. (oh, tergoda sebentar dengan senyuman itu) Saya pon kata ok bolehlah. Konon2 masih sempat nak beli air mineral sebotol.

Diambil tiket dari awek kaunter dan terus bergegas ke membeli air dan ku lihat panggung 5 sudah boleh masuk. Apa lagi terus masuk panggung. Sambil menantikan wayang bermula, saya pon keluarkan baju pelindung aircond yang sejuk, betul-betulkan botol air dan senyapkan telefon. Dan bila wayang sudah bermula, saya terus jadi keliru! Mengapa dalam sinopsis cerita dikatakan filem ini berlatarbelakangkan tahun 1950-an, tapi di paparan skrin menunjukkan tahun 2011! (saya masih sabar menanti gambar silih bergantin). Dan kekeliruan ini semakin menjadi-jadi bila abang-abang askar menghiasi skrin!

Terus saya keluarkan tiket dalam kegelapan dan nyalakan telefon, Oh My Sucker Punch!!!! Rasa nak tarik-tarik rambut awek kaunter!!!!!! Rupanya dia bagi tiket filem WORLD INVASION:Battle Los Angeles!!!!! Kesimpulannya sila periksa tiket di kaunter sebelum anda pergi! (dan semalam saya tak amalkan perkara itu!). Walaupun silap saya layan ja.

p/s: akan kupastikan menonton filem SP!

March 24, 2011

... dalam botol


Inginkan filem ala 'Hollywood'? Ini bukan filemnya.
Ingin ketawa sepuas hati? Tontonlah Kak Limah sekeluarga.
Mahukan cerita penuh 'keinsafan'? Cerekarama ada di hujung minggu.
Dan jika ingin mengujakan hawa nafsu, layan sahaja cerita 'biru'.

Yang pasti tiada adegan panas antara si kumbang dan si 'bunga' plastik.
Tidak ada bibir-bibir yang bersentuhan.
Adegan tanpa seurat benang? Lupakan sahaja hasrat kamu.
Malah tidak ada yang panas dan lagi menakutkan untuk dilihat.

Jadi apa yang ada?
Jiwa yang celaru.
Hati yang keliru.
dan kisah merentap emosi.

p/s: Antara babak yang menitiskan air mata ketika melihat sebujur tubuh tidak bernyawa. Saya kagum melihat gaya lakonan Normah Damanhuri, Ogy dan Diana Danielle (untuk pertama kali!). Oh ya, Si 'Bunga' Plastik ini tidak cantik pun!

Gambar: FB ... dalam botol

March 20, 2011

Umpama Fail Yang Hilang... (Kesan Penuaan)


Baru-baru ini saya mengalami beberapa peristiwa yang agak menguji keupayaan kepala ni. Analoginya seperti berikut.

Pernahkah kamu mengalami kesukaran untuk mencari fail di dalam simpanan komputer? Puas search menggunakan pelbagai cara. Ada juga tertanya-tanya adakah fail yang dicari itu telah di'hidden'kan di sebalik fail-fail yang lain? Atau fail itu telah ter'delete'? Dan adakah fail tersebut telah hilang ketika hard disk diformat? Erm... dicari dan mencari namun hampa tetap menjadi teman.

Sudah 2 kali saya bertemu dengan orang yang kenal diri ini. Malangnya sampai sudah saya tidak dapat recall ingatan dalam kepala. Orang pertama merupakan salah seorang jiran ketika saya tinggal di negeri bawah bayu. Insan tersebut sangat mengingati kedua orang tua saya. Malah dia cuba memberi beberapa hint. Saya tetap blur... Dan lebih teruk insan itu bekerja dalam pejabat yang sama dengan saya untuk lebih satu tahun!

Kedua adalah salah seorang yang bekerja di dalam satu daerah dengan saya. Dia tahu saya bekerja di unit dot dot dot. Namun saya rasa macam pertama kali jumpa dengan dia. Dia beritahu saya yang kami pernah bekerjasama beberapa kali. Sekali lagi saya tetap blur...

Saya dapat rasakan mereka kecewa dengan reaksi saya. Sudah semestinya saya akan memberi reaksi yang sama jika orang yang benar-benar saya kenal tidak ingat diri ini.Sebelum ini saya mudah kenal dan siap boleh recall di mana saya kenal sekian-sekian orang.Saya perlu akur diri ini insan biasa. Mungkin inilah kesan bila bertambah usia. Lalu beberapa fail ingatan hilang entah ke mana...

p/s:Semoga selepas ini saya tidak akan melupakan mereka yang pernah hadir dalam hidup ini...

March 11, 2011

Gandalf Melayu



Saya sekadar nak berkongsi perasaan ketika dalam panggung. Ketika watak Kesum oleh Datuk Rahim Razali muncul di skrin Hikayat Merong Mahawangsa, terus mulut saya terkeluar "WOW, GANDALF!"

Terus orang sebelah saya ketawakan saya. Untuk makluman orang di kiri dan kanan saya dalam panggung tu saya tak kenal ye. Mungkin mereka juga terfikir seperti apa yang saya fikirkan. Nasib baiklah saya tak teringatkan kuah laksa yang sedap jika ada daun kesum. =)

p/s: Merong oh Merong! Bikin hati saya rindu Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah....

March 2, 2011

Lagu Untuk Bapaku


Kehadapan bapaku yang jauh di mata.
Hari ini anakmu ingin berkongsi sedikit lirik daripada lagu ini.
Lirik itu ada kena mengena dengan saya.

"Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada ada pun bapa punya
Apa lagi belanja mahu bayar berian kahwin sama kamu"

Sekian, terima kasih

Nota Kaki: Bapa saya suka komen-komen tentang ke arah 'itu' di Muka Buku.
Jadi ini umpama jawapan saya kepada dia. hihihi


p/s: Lagu ni masih terngiang-ngiang di telinga.
Semua Cikgu Boowah punya pasal.
Hujung minggu lepas lagu ni lah yang asyik dia nyanyi.
Sampai CK terhafal.
Kat Suria FM pon dok rajin pasang Tanak Kampung Jimmy Palikat ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...