August 26, 2011

Soalan Bocor !!!


Memandangkan peperiksaan awam sekolah pon akan tiba tidak lama lagi. UPSR, PMR la, dan terpenting SPM. Ramai murid yang sedang pulun buat persiapan.Tak kiralah persiapan untuk peperiksaan mahu pun Hari Raya dan Kemerdekaan~(Bendera dengan ketupat riben dah gantong ke uols di rumah masing-masing? Che Kay sekadar nak gantung kad raya je. Masih style lama. hihihi)

Sebelum raya sempatlah Che Kay ikut kawan-kawan shopping sempena Syawal. Kaedahnya bukan baju ataupon spender raya yang diorang beli. Bertimbun-timbun buku dibeli. Katanya kawan-kawan semuanya cikgu. Walaupon dah nak raya tetap teringatkan anak murid. Beli pulak semua buku-buku soalan ramalan untuk latih tubi anak murid.

Kalau ikutkan anak murid mesti lagi suka dapat soalan bocor kan! Siapalah yang tak suke kalau dapat. Harus cemerlang nanti keputusan diorang. Tapi apalah maknanya cemerlang kalau dah dapat soalan bocor. Tapi kan ada soalan bocor yang dah lama kita dapat. Kaedahnya cemerlangkah kita nanti? Huhuhu seram pulak nak menjawabnya.

Katanya Soalan Dari Kubur bakal terbit September 2011.
www.karyabestari.blogspot.com

p/s: Semoga kita sama-sama akan cemerlang~


August 22, 2011

Lagu Untuk Kawan-Kawan Tersayang~

Ramadan akan berlalu tidak lama lagi. Jari di tangan pon terlebih kalau nak kira hari-hari yang tinggal dalam bulan ini. Sana-sini orang dah bersemangat macam-macam. Semangat untuk 10 yang terakhir. Semangat untuk menyambut Syawal pon sama naik. Almaklumlah, acara tahunan untuk berkumpul bersama sanak saudara. Untuk kali ini Che Kay nak tuju lagu raya yang baru buat semua kawan-kawan yang tersayang. Semoga kamu semua terhibur~ Che Kay suka betul lagu ni. =)

Dayang Noraini - Joget Di Pagi Raya


Bersyukur kita pada Ilahi
Sebulan Ramadan sama dilalui
Ibu dan ayah menangis riang
Anak di rantau pulang ke desa

Menanti Syawal bersama-sama
Hendak bertemu kaum keluarga
Sanak saudara semua bergaya
Manis sekali ke sini sana

Kunjung Mengunjung, bermaaf-maafan
Aididlfitri diraikan,
Berdoa kita moga diberkatinya,
Sempena Syawal mulia

Ketupat rendang membuka selera
Lemang jangan dilupa
Meriah suasana riang gembira
Di pagi Hari Raya Aidilfitri yang indah

Bermaafan di pagi raya
Salam riang kita semua

Lagu/Lirik: Rafiqa Roslee & Dayang Noraini


Nak tahu mana Che Kay dengar lagu ni?
Tu dia Che Kay dapat CD Raya Dayang Noraini
masa Suria Wheel di Burger King Putatan.
Terima Kasih Dayang Noraini dan Suria FM Sabah~ =)

August 19, 2011

Bila Kambeng, Ayam & Ikan Bertemu ~

Tersebutlah kisah, satu cerita belum lagi jadi dahulu kala, turunlah si pari-pari comel di tanah si mulut naga. Adalah jauh sekali perjalanan si pari-pari comel yang diberi nama Cik Jemah. Pari-pari Jemah datang melawat tanah si mulut naga setelah dititahkan oleh makhluk usah ditanya siapa namanya. Usai segala kewajiban yang dititahkan, Pari-pari Jemah sudah bersedia menanti untuk dijemput oleh Si Puteri Kayangan Gegurl menaiki haiwan peliharaannya Si Mini Cooper (hahaha mati la kena carut konon2 Gegurl berangan sangat dia ada mini cooper! Satu lagi, Kayangan dia tingkat 2 jek! hahaha).

Pari-pari Jemah sudah bersedia untuk diapa-apakan oleh Si Puteri Kayangan Gegurl. Nasib baik pada hari tersebut Tuan Puteri mengikuti tuntutan agamanya dan dia terus hantar Pari-pari Jemah ke Istana Hinggap untuk beristirehat sebentar. Setelah puas Pari-pari Jemah bergolek di atas katil, Puteri Kayangan Gegurl datang menjemput Pari-pari Jemah untuk aktiviti telan menelan di waktu yang dibenarkan. (alahai penat pulak nak taip nama penuh. ok lepas ni taip nama pendek-pendek je)

Sekali Si Gegurl bawak Jemah di tempat makan western gituh. Masa mula-mula masuk, Jemah ingatkan ramai orang. Kaedahnya yang ada hanya Jemah dan Gegurl je. Makanan awal-awal lagi Si Gegurl dah tempah. Tempat ni selesa dan kalau sesiapa yang berangan nak makan malam bercahaya lilin di sini memang sesuai!

Kedai yang si Gegurl bawak Jemah ni rasa tenang je~

Tu dia Si Gegurl sempat lagi nak posing-posing manja.
Rindu kat Mail Lambung ler tuh!

Ha, Inilah makanan bersungkai Jemah dan Gegurl!
Bukan sorang 1 pinggan la ye. 1 pinggan ni untuk 2 orang.
Berkongsi lebih baik daripada melantak sorang-sorang.

Nampak tak? Ikan paling atas. Bawah Ikan ada Ayam.
Bawah Ayam ada Kambeng 2 ketul!
Terbaik rasa Kambeng, Ayam & Ikan ni~
Yang penting perut tak terlebih makan.
Dan kalau nak tau ni je yang kami makan.
Air pon sekadar air sejuk je. hehehe
Lain kali kalau Jemah datang ke tanah si mulut naga ni,
memang Jemah nak suruh Si Gegurl bawak makan kat sini lagi! =)

Nama kedai ni De Palm Grill & Steakhouse.
Di kawasan Bandar Indah jika Jemah tak silap. =)

p/s: Ntah macam mana la tetiba Si Gegirl bagi nama Jemah pulak kat ai! Macam ape je. Hahaha

August 16, 2011

Suria Di Senjakala

Kata pepatah rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Telah ditakdirkan olehNya, hari ini ada pihak yang murah hati ajak Che Kay bersungkai. Pada mulanya Che Kay agak was-was. Adakah benar pelawaan yang diterima? Setelah diyakinkan oleh orang yang mengajak, Che Kay kuatkan hati untuk datang walaupun di rumah hujan lebat (iols merempit ye) dan badan macam nak demam.

Di sinilah tempat yang telah ditetapkan untuk berjumpa!
Che Kay memang suka restoran Kak Nong~
Makanannya Yummeh! =)

Tu dia kuih muih yang ada!
Ondeh-ondeh, kek lapis dan erm.. kuih lagi satu lupa pulak.
Terbaik rasanya!

Inilah hidangan utama untuk bersungkai!
Jangan tanya Che Kay nama menu ni.
Yang penting sekali makan mesti nak makan berkali-kali~

Hari ini Che Kay bersungkai bersama-sama warga Suria FM Sabah,
Borneo Crew dan juga peminat Suria FM Sabah~

Kalau dah ada sekali dengan warga Suria FM Sabah, haruslah Che Kay ambil peluang bergambar bersama si Farish Aziz, Dudu dan Clarice. Dan tak dilupakan Che Kay bergambar juga bersama pemanggil glamour Suria FM Sabah, Si Mat Nor Bah Ini! hihi.


Masa bersantai di Restoran Kak Nong, Borneo Crew tunjukkan Tarian Rampai 1 Malaysia. Katanya pada 15 September 2011 nanti akan diadakan Flash Mob di Padang Merdeka sempena sambutan Malam 1 Malaysia. Jadi sesiapa yang nak join Flash Mob mari belajar step di video ni. Untuk maklumat lanjut rajin-rajin lah jenguk FB Merdeka Sudah Bah. Che Kay rasa macam tak sabar nak join. Lagi pon step pon tak susah mana. =)

Akhir sekali, Che Kay ucapkan ribuan terima kasih pada Suria FM Sabah !!!
Lain kali ajaklah lagi~~~ =D

p/s: Sebenarnyakan bila Che Kay dah ternampak Dj-Dj Suria FM Sabah, terus diri ini tersenyap kejap seribu bahasa. Rasa tak terkeluar segala perkataan yang nak diucapkan. Biasalah dalam hati sungguh teruja jumpa mereka yang setiap hari Che Kay dengar di radio. Hihihi.

August 14, 2011

Ibarat Piza Di Pagi Syawal ~

Minggu lepas ketika Che Kay berjalan di depan Pejabat Pos,
mata ini terus ternampas sesuatu yang menarik perhatian.
Perkataan di poster buat langkah kaki CK terhenti seketika.
Benarkah apa yang mata ini nampak?

Piza Di Pagi Syawal? Tidak la ye sesekali.
Tidak ada sesiapa pun yang melarang kalau nak makan,
tetapi di manakah significantnya ?
Che Kay sukakan sesuatu yang ada nilai sentimental.
Sejak dari sekolah sampailah tahun lepas Che Kay masih
suka hantar kad raya dan suka bila menerimanya. =)

Oleh sebab Che Kay tertarik dengan poster di atas,
terus Che Kay beli 2 paket Poskad Hari Raya.
Dalam satu paket Poskad ni ada 8 keping.
Dan harganya 5 Hengget sepaket.

Bila tengok designnya, terkenang ketika sekolah.
Ketika itu Kad Raya banyak design-design yang lucu.
Sekarang kalau nak cari Kad Raya pon macam susah.
Design yang ada ala kadar sahaja.

Jangan tak tahu, setiap Poskad Hari Raya ini disertakan dengan setem!
Jadi dah tak payah kita nak susah payah lekat setem. =)

Gambar di atas ni koleksi Kad Raya yang Che Kay dapat tahun lepas.
Che Kay tampal di tempat kerja sampai la habis Syawal. =D
Agak-agak ada tak sesiapa sudi bagi kad raya tahun ni?

P/S: Tak sabar nak tunggu Kad Raya dari Australia.
Macam mana la ye rupa dia.
Ada macam Kangaroo ke? Hihihihi

August 9, 2011

'Juadah' Merdeka Di PaRam


'Juadah' terhangat di Pasar Ramadan hari ini. Tak mahal, satu hanya 2 ringgit! Dapatkan sementara ada. =)

August 7, 2011

Sedap! Tapi ...

Di hari yang sunyi sepi lagi panas membara, Che Kay pon godek-godek telefon. Rasanya dah tiba membuat 5S dalam folder gambar. Banyak betul yang perlu di keluarkan dari memori telefon. Sekali CK terjumpa gambar-gambar di bawah ni. Ketika CK pulang ke Tanah Malaya awal bulan lepas, kawan-kawan comolot CK sempat bawa CK jelajah ke kawasan The Curve. CK la yang minta dibawa ke sana sebab rasa rindu betul nak jalan-jalan di Ikano dan Ikea. Dapat belek-belek barang di Ikea pon jadilah (sekali terbeli juga 2 benda hihi).

Lepas dah puas jalan, kawan-kawan comolot CK beria nak ajak nonton wayang. Malangnya tak ada satu pun wayang yang sesuai. Jadi diorang bawak CK melepak di restoran yang ala-ala grand lagi meriah gituh. CK ni sebenarnye kurang sikit nak bersantai di tempat-tempat macam tu. Serius cakap kat uols cantik betul restoran ni. Ala-ala taman sangat! Makanan dia pun erm.... sedap! (Bulan-bulan puasa ni cakap pasal makanan memang buat perut berirama segalanya kan! Kaedahnya tak lama lagi je nak buka puasa).

Ha! Cantik kan deko dia. Sungguh taman!

Yang ni kawan comolot pertama makan.
'Tajuk' dia Black Pepper Chicken Chop!
Sampai atas kapal terbang rasa BPCC ni terasa lagi di tekak CK.

Yang ini 'tajuk' dia Spaghetti Aglio Ed Olio with Shrimp.
Rasa dia sedap jugak. Tapi CK lebih suka BPCC~ =)

'Tajuk' Air-air yang sejuk ni (sungguh menggoda di bulan puasa)
CK dah lupa. Tapi rasanya boleh teka kot nama dia.

Secara amnya kami semua enjoy makan di sini. Sedap! Tapi kaedahnya segala kesedapan dan keseronokkan kami hanyalah seketika. Semuanya direntap apa bila perangai waiter di situ sungguh @#$%^#. Kami tertanya-tanya apalah salah kami dilayan sebegitu. Sampai sudah tak tahu apa sebab dia. Takkanlah sebab kami *patak-patak duit nak bayar harga makanan membuatkan waiter tu pandang rendah pada kami? Jadi kami keluar dari tempat tu sambil tekad itulah kali pertama dan terakhir ke situ.

p/s: Bila tengok gambar2 ni buat hati ala-ala luka lama berdarah kembali!

*Patak-patak= Tong-tong, bahagi-bahagi

August 3, 2011

Sepetang Di PaRaM ...

Setelah pencarian 2 hari penuh dengan kekecewaan, hari ini Che Kay kembali 'memburu'! Hari pertama ke Pasar Philippine, haruslah ikan bakar yang jumpa. Keesokkannya pergi pula ke PaRam Asia City dan masih kecewa. Hari ini Che Kay ke PaRam Tanjung Aru pula. Pusing dan pusing, dan entah berapa kali pusing hasilnya masih sama. Mungkin belum ada rezeki hendak berjumpa dengan yang diidamkan.

Lain yang dicari lain pula yang jumpa!

Dapat pulak hadiah percuma! Ok dah jimat untuk satu sesi menonton wayang~ Yeah!!!

Terima Kasih Hitz KK 100.8fm!

p/s: Ada lebih 20 hari untuk Che Kay menjelajah PaRam dan mecari benda yang diidamkan! Semoga pencarian Che Kay akan berjaya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...