December 31, 2012

Lagu Tema 2012



2012 sudah tiba ke penghujungnya. Bagi yang sedang berbahagia semoga berkekalan hendaknya. Bagi yang berduka, semoga kehadiran tahun baru membuka lembaran baru buat anda. Saya? Tahun ini ada suka dan ada dukanya yang tersendiri. Mungkin ramai kawan-kawan yang tertanya-tanya soalan itu dan ini. Ada yang dijawab dan ada yang saya senyapkan. Malah tahun ni semangat nak menaip kata-kata pun pudar. Semua itu cabaran saya. Harapan? Semoga ia tidak tinggal dalam khayalan... Erm... saya dah tak tahu nak taip apa. Selamat Tahun Baru semua~ Semoga kita semua terus berbahagia. =)

December 29, 2012

Hari Bersejarah Seorang Lelaki...

Lelaki, selalunya hari bersejarah bagi mereka dikaitkan ketika saat tangan berjabat dengan tok kadi untuk menerima tanggungjawab besar untuk membina mahligai indah bersama yang tersayang. Namun jangan dilupa tidak semua dapat menikmati hari bersejarah seperti itu kerana ada juga yang menghabiskan hidup bersendirian tanpa teman hidup di sisi. Makanya antara salah satu hari bersejarah yang pasti ditempuh adalah apabila dia melakukan satu transisi untuk menerima erti kedewasaan dalam hidup seorang lelaki.

Berkongsi momen-momen hidup bersama 3 Abdul yang disayangi amatlah beerti buat diri ini. Menumpang kasih bersama mereka sedikit sebanyak mengisi kekosongan dalam ruang hati. Ketika si Abdul Rhejong menghadapi saat ini saya tak berkesempatan. Ketika dikhabarkan si Abdul Chomel akan melakukan transisi ini, peluang yang ada harus diambil. Lalu cuti telah dipohon untuk bersama dia menghadapi saat-saat yang 'mendebarkan' bagi seorang lelaki. Hihi
Makan ubat sebelum perjalanan pergi. Kononnya untuk tenangkan hati.
Haha Abdul Chomey pura-pura tidur untuk kurangkan debaran di dada.

Sudah tiba ke destinasi yang dituju. Namun dia hampa.
Impiannya untuk mandi pancutan air bomba.

Saat itu telah tiba. Tiada jeritan mahupon rontaan.
Hanya setitis air mata mengalir.


Setelah selesai, dipaksa pulak bergambar sekali lagi di depan pintu. Hihi


Dia kata "Pak Lang tipu, Pak Lang habaq cabut gigi lagi sakit. Tapi yang ni lagi sakit!"
Pak Lang hanya mampu ketawa. =D 


Dah jadi macam adat pulak. Yang hilang pasti berganti.
Siap dapat HotWheel gitu. Untung la~


Tetapi apa yang terjadi adalah mereka ni pulak yang puas melayan koleksi kereta baru.
Si Abdul Chomel tertewas di atas tilam dan hanya mampu memandang buat sementara...

Seminggu kemudian Pak Lang kembali melawat si Chomel. Dia dengan bangganya beritahu dah dapat sejumlah wang yang disedakah saudara mara. Lalu Tok Wan bertanya "Pak Lang bagi berapa?"
Abdul Chomel dengan yakin menjawab Pak Lang bagi 50 ringgit. Pak Lang pula yang tergaru kepala sebab memang tak ada bagi duit.  Dia pon berkata "Kan Pak Lang belanja kami malam tu kat Pesta Penang. Yang tu la duit Pak Lang bagi." Nasib baik la dia bijak dan sedar diuntung. Dah puas melompat riang di tapak pesta, esoknya dia pulak kena sembelih 'kepala'. Hehe

December 28, 2012

Kisah Kad Undangan...

Al kisah, satu kad undangan telah selamat tiba di dalam peti surat rumah. Lalu ku ambil dan biarkan di atas meja sebabnya kad itu bukanlah dituju untuk diri ini. Ketika di tempat kerja, tiba-tiba satu gambar telah di'tanda' dengan namaku di laman Muka Buku. Memandangkan gambarnya kecil, mata ini tak nampak segala tulisan. Daripada komen-komen dalam Muka Buku, masing-masing teruja nak hadiri majlis tersebut. 

Si Gojah dah beria nak pi. Si Debab pulak dah berangan nak balik dari Kelantan semata-mata kad ini. Itu tak termasuk si Abdul Rhenjong di Kulim dengan semangatnya dia berkata, "Along tak kira, Along nak ikut jugak Wan pi!" Aku? Kebetulan memang cuti pada tarikh tersebut. Siapalah yang tak teruja dapat undangan untuk majlis orang yang popular seantero Malaysia.


Tarikh yang tunggu hampir tiba. Pada waktu senja sehari sebelum tarikh itu kami sekeluarga mendapat satu berita. Berita yang tak perlu sebarang kad untuk diundang ke majlisnya. Yang perlu hanyalah membawa diri. Maka hari yang dikatakan tarikh begitu indah menjadi satu memori. Untuk mengingati saudara yang telah diundang pergi.
 


Hati tak terkata apa ketika melihat wajahnya. Wajahnya saling tak tumpah seperti wajah arwah bapanya. Ketika arwah Pak Long pergi, diri ini tak sempat kembali ke kampung. Jadi bila menatap wajah arwah abang saudara, bikin hati merindui pula arwah Pak Long...


Lebih kurang setahun sebelum kejadian hari tersebut, si adik kepada arwah juga telah menyahut panggilanNya. Arwah pergi dalam keadaan diri yang telah kehilangan satu nikmat untuk melihat alam. Jadi bila terkenangkan kedua-dua mereka, hati tertanya-tanya adakah penyakit yang mereka hadapi merupakan satu warisan keluarga? Oh diabetes, manismu tak seindah mimpi...

Al fatihah buat mereka semua...


p/s: Adakala saya terfikir bagaimanakah akhirnya kisah hidup saya? Menderitakah saya seperti mereka?

December 16, 2012

Bila Hang Tak Dak / Without You


Sejak balik kerja hari tu, sambil merempit di jalanan, tetiba telinga aku disampuk sesuatu. Sebelum ni memang pernah dengaq. Tapi entah mengapa hari tu telinga ni betul-betul menangkap kata-kata yang diungkapkan. Macam sesuai ja untuk aku bagi jawapan untuk soalan-soalan yang sejak kebelakangan ni ditujukan kepada diri ni. Kalaulah radio ada butang repeat, sah-sah aku akan ulang dengaq sampai berdarah telinga ni. Aku cuma nak habaq "Without you, the rain still water.Without you, i still can thinking. Without you, the rainbow still colourful!." Hahaha Part paling aku suka nak habaq adalah perkataan yang dihitamkan secara terang di bawah.


Tanpamu, mentari tetap bersinar
Tanpamu, bumi ini masih berputar
Tanpamu, P.Ramlee tetap superstar
SENDIRI, TAK BERERTI KU TAK LAKU
Tanpamu, hujan itu masih air
Tanpamu, ku tetap boleh berfikir
Tanpamu, pelangi berwarna-warni
Sendiri, ku boleh cari pengganti...

Lirik dia ala-ala motivasi sangat! hihi. Jadi kepada yang tengah patah hati kat luaq tu tok sah dok layan sangat hati.Sila terus menikmati keindahan dunia dan teruskan kehidupan yang meriah ni. =)

p/s: Aku rasa orang yang dok tengok aku tengah berkaraoke sepenuh hati dengan segala gerak tangan naik turun sambil bawak motor mesti kagum! Dengan kepala dan badan-badan goyang sekali mengikut irama dalam telinga.Itu depa tak tengok lagi aku berBeyonce masa tengah bawak kereta! Hahaha (Kagumlah sangat kan. Depa kata aku 3/4 adalah!)

December 10, 2012

Pesta Perabih Pulus Bersama 3 Abdul

Tahun lepas masa si Abdul 3 beradik datang rumah, depa punya dok ajak pi Pesta. Kebetulan masa depa mai rumah, boleh dikatakan hari-hari hujan. Dan ketika tu ada kekangan waktu lalu impian mereka hanya tinggal impian. Bila melihat kanak-kanak riang yang berwajah comel hampa sudah tentu hati pun menutur bicara manis agar hati kembali ceria. Lalu dengan tegas si Pak Lang berjanji akan bawak mereka ke Pesta tahun ni. Tapi ada syaratnya. Pak Lang suruh diorang tabung duit sepanjang tahun dengan alasan kalau cukup duit nak main apa main lah. Makanya telah ditakdirkan oleh Ilahi, rombongan 3 Abdul bersama Pak Lang sampai jugak ke tapak pesta tahun ni.

(Kebetulan Pak Lang ada daftar masuk peta kat MukaBuka dan tulis konsep janji ditepati. Terus ada orang komen nak berkempenkah? Haiyooo kebetulan itulah perkataan yang muncul dan sesuai dengan konsep menepati janji yang telah ditaburkan tahun lepas. hehe)

 Maka bermulalah Pesta Perabih Pulus kami di pintu masuk tapak pesta. Si Abdul Rhenjong dengan bangganya bagi duit dekat Pak Lang. Katanya ini duit yang dia bawak. Duit yang lain dah simpan dalam bank. Si Abdul Chomey pulak kata dia tak bawak duit jadi dia cuma nak tumpang dua kaki dengan duit Abdul Rhenjong. Abdul 'Ustaz Don' tak tau apa. Yang dia tau loncat-loncat tak sabaq nak main. Pak Lang dia terus bawak 3 Abdul pi ke bahagian belakang tempat mainan. Tak da maknanya nak bawak ronda-ronda beli barang. Bukan depa nak beli pon. Depa hanya nak main games saja. Lepas beli token, kami pon carilah mainan yang sesuai untuk dimulakan. 1 TOKEN = RM2!

Nampak ja kereta ni Pak Lang suruh Abdul Chomey dengan  Abdul 'Ustaz Don' naik. Walaupon mula-mula depa macam blur tak tau pilih sebab tengah pening tengok orang ramai. Kereta bodoh pusing-pusing ni kena seorang 3 token.Jadi untuk 2 orang jumlahnya 6 token. Pak Lang dan pening bila benda bodo-bodo macam ni pon mahai.

Sebelah kereta bodo-bodo tu ada macam roller coaster.Tapi tempat duduk roller coaster tu macam bentuk cawan. Abdul Rhenjong dah teruja nak naik. Pak Lang dia suruhlah dia naik sorang. Kaedahnya dia pulak malu. Nak suruh Pak Lang teman. Bukan Pak Lang tak mau teman, Pak Lang nak pitam kejap tengok jumlah token yang kena pakai. 1 orang = 4 token. Kesian punya pasal Pak Lang pon join naik sekali. Makanya jumlah token diberi adalah 8! Lepas habis pusing-pusing dalam cawan roller coaster tu, Si Abdul Rhenjong senyum puas.


Masa pusing-pusing cari games seterusnya, Pak Lang nampak mini roller coaster yang sesuai untuk kanak-kanak riang macam Abdul Chomey dengan Abdul 'Ustaz Don'. Yang penting 1 orang = 2 token. Ok la kan sebab macam murah sikit.Tapi itu pon mula-mula Abdul Chomey tak mau. Suruh dia naik berdua dengan adiknya pon tak nak. Nak suruh Abdul 'Ustaz Don' naik dengan Abdul Rhenjong, si Abdul Chomey pulak buat muka. Last-last semua sekali naik!

Nah Abdul 'Ustaz Don' dah buat muka cuak! Belum lagi pusing-pusing~

Ini konon-konon muka cool la si Abdul berdua ni. Tapi bila Mine Train ni dah pusing-pusing baru ku tahu si Abdul Chomey tu sebenarnya penakut jugak. Sepanjang train dok pusing 3-4 kali Abdul Chomey tu pejam mata ja! Si Abdul 'Ustaz Don' pon sama. Tak mau bukak mata. Haiyooo rugi la kan naik pusing-pusing kalau pejam mata. Bila turun ja train tu masing-masing senyum dan si kecik terus loncat-loncat. Hairan aku, tadi muka takut ja. 4 orang naik train = 8 token~

Memandangkan 3 Abdul ni jenis gegar lutut sikit, makanya kami pon cari games yang tak berapa nak advanture. Mainan tembak-tembak bodo ni sekali tembak kena 1 token.Bagi si Abdul Comey dengan Abdul 'Ustaz Don' tembak sorang sekali = 2 token.

Nampak ja bear yang comel-comel ni kami pon cuba nasib. Katanya Lucky Number. Macam main tikam-tikam pon ada. 5 kupon nombor = 2 token. Bila kami koyak semua nombor rupanya kami ni tak ada luck~ Jadi tengok je lah bear-bear tu semua.

Ni lagi satu games bodo yang bagi depa main. Sekali try kena 1 token. 2 kali try = 2 token. Yang ini pon tak ada luck. Makanya tak dapat hadiah jugak.

Akhirnya memandangkan duit pon makin susut dan jam pon dah nak larut malam, Pak Lang dengan baik hati bagilah 3 Abdul main kereta langgaq-langgaq ni. Terus semua excited sampai tak dan nak bagi token depa dah pi duduk kat kereta. Kereta kuning untuk 2 orang = 3 token. Kereta biru untuk seorang = 2 token. Total= 5 token~ Lepas habis pusing, semua pon macam dah senang hati dan sedia nak balik.

Sebelum balik, Pak Lang bawak ronda-ronda kejap. Kebetulan nampak Taman Lampu macam I-City Shah Alam. Jadilah bergambaq kejap kat sana. Itu pon depa macam seronok ja tengok lampu warna warni. Paling depa suka lampu-lampu kaktus. Aku pon hairan apa la yang depa suka sangat tu. Sebelum balik beli sikit makanan isi perut sebab jauh lagi nak sampai Kulim.

Inilah Abdul 'Ustaz Don'~ Seronok ja dia ligan lampu-lampu laser dekat pintu keluar. Ada 2-3 orang makcik kagum dengan dia sebab dia boleh pi jalan-jalan pakai jubah. Dia bagi tau ni baju Ustaz Don. Masa nak balik baru dia bagi tau tadi masa naik Mine Train dia pejam mata sebab dia takut nampak rumah hantu yang tak jauh dari tu. Ooooo Barulah tahu ceritanya!

p/s: Aku pon ada benda nak habaq, masa naik roaller coaster cawan tu pon aku pejam ja mata. Aku pon jenis gegaq lutut! Hahahahaha

November 29, 2012

Ter*Tanjat* La Sangat!


Aku gigih pi panggung bukan sebab Nabil dan jauh sekali kalau nak kata sebab si Johan. Nak kata aku pi sebab nama-nama pelakon yang lain tu ada la jugak sebab aku ni minat la jugak si Shiera Ijoy yang senget tu. Sebab utama yang buat aku bawak keluar note berwarna merah beli tiket semata-mata keminatan aku dengan felem-felem si Afdlin Shauki. Setakat ni kalau pi panggung tonton felem dia memang aku renggah gelak tahap gaban macam cerita Setem, Papadom, Buli. Jadi masa nak panggung tu aku harap aku keluar dengan kepuasan.

Kaedahnya masa dalam panggung aku dah nak buat aksi tangan di bahu, mata memandang ke atas! Haiyooooo tak tau nak kata. Memang ada part tu aku gelak macam haram sebab memang lawak. Tapi momen aku tak gelak lebih lama kalau dibandingkan dengan momen aku gelak. Aku ni bertahanlah sampai habis. Couple sebelah aku tu dah chow lepas 45 minit macam tu kot. Aku tertanya-tanya apa yang sudah jadi sama incik Boboi kesukaan aku ni. Adakah idea lawak dia selama ni best dah kering sebab masuk Maharaja Lawak Mega? Atau adakah faktor usia aku yang semakin meningkat lalu tak dapat menikmati  lawak dia? Serius aku ter*tanjat* la sangat-sangat sampai tak gelak. 

p/s: Tahun ni aku rasa movie paling aku puas tengok pon cerita Istanbul Aku Datang. Dan satu lagi aku tak sabar nak tengok sambungan Lagenda Budak Setan. Semangat betul aku ulangkaji novel Katerina tu. hehe

November 7, 2012

Waktu...


Adakalanya kita dihanyutkan perasaan
Sampaikan entah berapa lama hendak dilayan rasa itu
Tanpa disedari masa telah lama pergi
Meninggalkan kita yang masih merintih pilu

p/s: Kepala terus berfikir dan berfikir dikala bantal kekabu memanggil untuk waktu tidur...

October 18, 2012

Aiyoyo 101 Hair Care~

Dalam sesuatu perniagaan amalan menghantar kad ucapan kepada pelanggan merupakan salah satu strategi untuk menarik si pelanggan kembali berkunjung untuk mendapatkan perkhidmatan mahu pon produk dari si penjual. Macam biasa bila tiba perayaan selalu kita dapat kad ucapan daripada syarikat-syarikat yang pernah kita guna perkhidmatan mereka. Masa bulan puasa dapat kad Hari Raya ni Che Kay rasa ok la boleh terima kenyataan. 


Kaedahnya hari ni masa bukak peti surat rasa macam aiyoyo! Apakah yang ku lihat ini benar? Kenapakah kad ucapan ni dituju kepadaku? Adakah mereka rasa nama bapakku Maidin menunjukkan Che Kay sambut  pesta cahaya ni? (Geleng-geleng kepala kejap) Rasanya masa Che Kay pi guna perkhidmatan syarikat ni dengan terang lagi bersuluh Che Kay tanda bangsa dan agama yang betul. Mungkin syarikat ni amalkan semangat 1Malaysia kot. Jadi semua perayaan depa hantaq kad. Erm agak-agaknya masa Krismas dengan Raya Cina dapat tak kad ucapan lagi? Hehehe (Eh! masa Kaamatan dengan Gawai depa tak hantaq pulak kad kat Che Kay pon~)



p/s: Kononnya hari tu update status kat Muka Buku kata Che Kay dapat terima kenyataan bila ada makcik India mai cakap Tamil dengan Che Kay. Mungkin sebab warna kulit yang ala-ala tan ni makcik tu ingat Che Kay pandai Tamil. Hari ni dapat kad ni pulak. Adakah ini petunjuk untuk Che Kay pi kelas belajaq Tamil? Hahaha

Bila Mak Jah Ketawa...


Mak Jah kata: Kalau arwah suami aku Haji Iskandar tengok perangai anak-anak macam ni, migrain dia dalam kubur tu. Tapi nak buat macam mana. Inilah keluarga aku, baik buruk tak boleh nak lari.

p/s: Semenjak tv bukan lagi alat untuk menonton, Tiub Kamulah sumber hiburan CK. Tak sabar nak tunggu musim baru Keluarga Iskandar ni. Entah bila la nak ada kan. Tapi tak mengapa, Adam dan Hawa ada lagi 49 episod untuk di tonton~ =)

October 16, 2012

Alahai Doktor!

Pernahkah kamu berjumpa doktor dan hanya mendapat seciput maklumat yang buat kamu terpinga-pinga dan tak tahu apa? Selama ni selalu dengar cerita warga emas yang dok selalu pi ke klinik ka atau pi hospital ka balik tak tahu apa. Bila kita tanya apa yang doktor habaq kat depa, depa selalu jawab doktor tak habaq apa. Tak pon jawapan depa doktor habaq ok ja lepas tu suruh mai lain kali. CK pernahlah tak puas hati bila dapat jawapan macam ni bila tanya mak cik atau tok sedara yang baru balek dari dua tempat ni.

Al kisahnya 2 minggu lepas CK pi la klinik kesihatan untuk pertemuan susulan dengan si doktor. Macam biasa kita kena daftarkan diri di kaunter pendaftaran sebelum bayaq seringgit dan menunggu giliran depan bilik doktor. Part menunggu depan bilik doktor tu sedikit azab. Biasalah siapa la yang suka menunggu dan tertunggu-tunggu macam tu kan. 

Bila sampai giliran CK pon masuk bilik doktor. Yang ajaibnya masuk bilik doktor tu duduk tak sampai seminit doktor hanya kata "Semua OK!" lepas tengok laporan darah dan laporan-laporan yang lain. Terus CK tanya doktor apa yang OK? Ye la duduk pon tak dan panas pungkoq, doktor habaq lagu tu ja terus bikin hati ni tak puas. CK tanya lagi laporan tu apa yang OK dan  laporan lagi satu tu macam mana. Jawapan doktor tetap kata "Semua OK~". Adakala sedikit penjelasan daripada si doktor mungkin boleh memberi sedikit input untuk diri sendiri.

CK pon keluaq la dari bilik doktor dan habaq kat nurse yang doktor suruh buat temujanji setahun dari tarikh hari tu. Yang tak boleh blah, nurse pulak tak puas hati bila kita habaq  yang doktor bagitau "Semua OK" dan sebab tu kena mai balik setahun sekali sahaja. Si Nurse tu tetap nak suruh mai 6 bulan kemudian. Tertanya-tanya jugak kaedahnya siapa nurse siapa yang doktor ni? hehe.




Bila doktor dah kata "Semua OK", CK pon pi Hospital Besaq. Yang ini untuk menunaikan hasrat yang tertangguh sebelum Ramadan. Macam biasa bila dah pi Bahagian Tabung Darah semua orang kena isi borang dan kena cucuk sikit untuk periksa tahap hemoglobin. Kemudian baru jumpa doktor sebelum dibenarkan derma darah. Kali ni jumpa doktor yang aiyoyo bikin kita ni macam tak berguna ja. Masa dah tercegat depan pintu bilik doktor kita ni bagi la salam sebelum masuk. Doktor tu buat tak tau ja dan terus main game dalam telefon dia. Sambil dok main game dia pon jemput duduk dan memang tak tengok muka CK ni. Kemudian terasa macam suasana cengkerik berbunyi. Sebabnya doktor tu masih dok pulun main game dan CK pulak senyap tak tau nak kata apa. 

Mungkin doktor tu dah kalah main game baru dia letak telefon dia dan periksa tekanan darah. Dia tulis tekanan darah  dalam borang yang kita dah isi awal-awal tadi dan terus selak muka surat terakhir dan tanya dah kawin? CK jawab belum. Doktor pon tanya lagi sambil bulatkan part HIV dan aktiviti sewaktu dengannya "Yang ni ada buat?". CK pon jawab tak ada buat. Terus doktor tu sain dan bagi borang kat CK dan terus capai telefon dia dan sambung main game. Kali ni yang CK terpinga-pinga kenapa doktor ni haram tak baca satu pon isipati borang yang dah isi? Sebab sebelum ni doktor-doktor yang CK jumpa untuk aktiviti ni depa akan baca satu per satu maklumat yang kita isi. Doktor yang ni pulak macam buat halai balai ja. 

Kesimpulan yang CK boleh buat setelah berjumpa 2 orang doktor dalam satu hari ni adalah mungkin doktor-doktor ini jenis tak rajin nak bercakap atau tak rajin nak menerangkan sesuatu kepada pesakit. Yang penting sain borang dan teruskan berjumpa dengan pesakit lain pulak. Memang la hari tu CK terasa bagai memahami perasaan warga emas yang selalu macam blur-blur bila balek dari jumpa doktor.Bagi CK sekurang-kurangnya CK tau "Semua OK!"

p/s: Adakah semua ok itu tandanya memang benar-benar ok? Cengkerik sila berbunyi....

September 10, 2012

Kisah Kerongsang & Baju Raya ...

Hari ni dah 23 Syawal. Rasa-rasanya masih ada lagi ke yang masih bermoodkan raya? Che Kay dapat hidu masih ramai yang dok buat open house. Hujung minggu ni mesti meriahkan pada yang nak ambil kesempatan sementara Syawal masih ada. Bagi Che Kay walaupon cerita raya ni dah lemau, entah kenapa malam ni rasa semangat pulak nak berkongsi cerita. Bila duduk dengan kanak-kanak riang, macam-macam soalan yang akan kita dapat. Adakalanya soalan tu buat kita geli hati. Dan ada masanya soalan diorang buat kita sedar diri. Masa Hari Raya yang pertama, Che Kay dapat soalan-soalan cepumas daripada kanak-kanak riang di rumah.


Kisah Kerongsang

Abdul Kecik: Pak Lang, awat Pak Lang pakai lagu ni macam hat ummi? (sambil tunjuk kerongsang yang  dipinkan di baju melayu.)

Pak Lang: Hat ni Pak Lang punya. Bukan ummi punya.

Abdul Kecik: Adik tengok macam hat ummi boh kat tudung ummi. Awat Pak Lang amek ummi punya boh kat sini?

Pak Lang: Hat ni bukan ummi punya. Adik tengok ummi punya kerongsang besaq. Hat Pak Lang kecik.

Abdul Kecik: Hat ni ummi boh kat tudung ummi. Awat Abah tak boh kat baju Abah?

Pak Lang : Baju Abah lagu lain. Baju Abah boh butang kecik. Baju Pak Lang lagu lain. Kena boh hat ni.

Abdul Kecik: Awat Pak Lang pakai hat ummi kat sini? (sambil tunjuk kerongsang tadi)

Pak Lang: .......... ( Terus senyap sambil tengok tv. Payah sunggoh la nak terang kat budak 4 tahun. Soalan tak habis2!)


Ni dia kerongsang yang dia dok tanya. 
Kebetulan lebih kurang pulak design dia dengan kerongsang ummi dia.~ (*_*)'



Kisah Baju Raya

Masa dok guling-guling depan tv, Abdul Debab darjah 3 pulak mai guling kat tepi sambil tanya soalan.

Abdul Debab: Pak Lang, awat pakai baju raya lagu ni?

Pak Lang: Awat dengan baju raya Pak Lang?

Abdul Debab: Adik tengok baju Pak Lang pelik ja.

Pak Lang: Pelik lagu mana?

Abdul Debab: Baju Pak Lang warna lain, sampin warna lain, pastu pakai seluaq warna lain.

Pak Lang: Ha! ni la orang kata style. Angah tak pernah tengok style lagu ni.

Abdul Debab: Selalu Adik tengok orang pakai baju sama kaler dengan seluaq. Pak Lang pakai lagu lain pulak.

Pak Lang: Orang putih kata fashion fades, only style remains the same~

Abdul Debab: Huh! (terus senyap tengok tv. Mungkin dia tak faham. hihi)


p/s: Sebenaqnya style baju raya tahun ni nak pakai masa tahun lepaih. Tapi cari baju melayu putih last minute tak jumpa, maka dipakai tahun ni bersama kain pelekat yang dibeli setahun lalu bersama seluaq slack kerja. =D

August 18, 2012

Salam Buat Semua...


Rasanya begitu lama Che Kay tak update blog ni. Bukan tak sudi berkongsi cerita, bukan tak sudi menaip kata-kata. Adakala dalam hidup macam-macam yang terjadi sampaikan terpaksa memendamkan segala rasa  dalam hati dari berkongsi segalanya.

Dikesempatan yang ada, Che Kay ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf dan ampun buat semua rakan taulan, sahabat handai dan semua yang mengenali diri ini. Semoga kehadiran Aidilfitri kali ini akan membahagiakan kalian. =)

April 8, 2012

Sajian Zaman Kanak-Kanak Riang

Rasanya dah ramaikan tengok video My Generasi kat Tiub Kamu. Ala-ala terkenang kembali memori zaman berseluar biru dan seluar hijau. Bila tengok part diorang main getah, main pijak-pijak kasut dengan main jentik tutup botol tu terus Che Kay terfikir sama ada si Abdul-abdul kesayanganku tu ada main lagi ke permainan macam tu di sekolah? =)

Hujung minggu lepas semasa singgah di Uptown Shah Alam,  Che Kay terpaku seketika di depan banner ni. Diri ni terkesima sekejap bila nampak nama Sengkuang Calit ni! Rasanya dah berzaman gile tak makan benda ni. Dalam masa yang sama diputar kembali memoriku ini bilakah kali terakhir makan, adakah semasa zaman sekolah? 


Che Kay pon tanya kepada my dear friends, Si Jelita dan Jejaka Sepi sama ada diorang pernah makan ke tidak si sengkuang calit ni. Si Jelita kata dia haram tak pernah jumpa benda alah ni, dan Si Jejaka Sepi pulak buat ala-ala bodoh tak faham soalan. Sebab teringin nak makan, Che Kay sebat la 2 keping sengkuang calit ni. 

Tag line dia, "Buat Sedap-sedap. Halal, Bersih, Sedap"


Yang ni tetap nak menyelit dalam gambar. Siap buat permintaan supaya wajahnya disiarkan di sini! Hihi


Inilah dia Sengkuang Calit, diletakkan sos rojak yang masam manis dan ditaburkan kacang tumbuk di atas sos. Rasa dia betul-betul buat Che Kay terkenang zaman sekolah dulu-dulu. Rasa macam tak cukup je makan 2 keping ni. Siap berebut-rebut dengan Si Jejaka Sepi dan Si Jelita. Bila nak beli lagi, ramai pulak orang dah beratur kat gerai tadi. Huhuhu. Tapun-tapun jak la urang bilang. Semoga nanti ada rejeki lagi nak makan Sengkuang Calit ni.


Depan gerao Sengkuang Calit tu pulak ada Nasi Lemak Sempoi ni. Macam comel je logo si koboi kat bungkus nasi lemak ni.Si Jelita belanja Che Kay dan Jejaka Sepi sorang sebungkus nasi lemak. Sedap jugak nasi lemak sempoi ni. Boleh la kenyangkan perut sebelum kami ronda-ronda Uptown Shah Alam yang makin meriah tu. Lain bebenar Uptown Shah Alam sekarang ni. =)

p/s: Balik Penang ni Che Kay ada jugak mencari Sengkuang Calit ni. Tapi masih belum terjumpa.... huhuhu

March 28, 2012

Si Jaket Kuning!


Pertama kali pandang si jaket kuning ni masa tuannya pakai untuk Final Year Fashion Show, terus hati ni terpaut. Tapi masa tu tak dapat tengok jaket kuning ni secara terperinci. Baru-baru ni ada dapat jemputan untuk Anual Dinner. Tema dia so-so je. Walaupon begitu Che Kay tetap teruja ok. Dan dalam kepala otak ni asyik teringatkan jaket kuning ni je. Fikir pusing-pusing cari idea lain pon tetap kembali dengan yang mata dah berkenan. Bila si tuannya kongsi video masa MIFW 2011, dah nampak secara terperinci detail dan potongan jaket ni lagilah hati berkenan. Terus nak tanya kat Zeed Jameel , please buatkan untuk Che Kay satu! ; )

p/s: Dok terbayang-bayang ni kalau Che Kay pakai jaket kuning ni... hihihi

March 27, 2012

Stephen, I Heart You ~~~

Kalau dipunggah kotak-kotak koleksi CD lagu yang Che Kay ada, kebanyakkan CD tu semuanya 'bertemakan' manusia-manusia berambut panjang dan suara yang ala-ala mendayu lagi menangkap syahdu. Susah betul nak jumpa cover yang 'bertemakan' rambut pendek. Kalau ada pon Nuar Jen, Aizat, Kaer dan beberapa band kegemaran termasuklah Hujan & Butterfingers. Che Kay ni antara mereka yang masih gigih membeli CD sebab terasa satu kepuasan bila melayan lagu sambil belek-belek cover dan baca liriknya. Lepas tu baru convert masuk MP3 Player.

Baru-baru ni Che Kay gembirakan diri sendiri dengan hadiahkan satu CD idaman yang dah lama nak beli. Pertama kali Che Kay dengar suara dia dalam CD OST PGL tu terus jatuh hati. Walaupun tak pernah ada kesempatan nak tengok PGL, dengar suara dia dalam cd pon jadilah. Sekarang ni album dia antara yang selalu Che Kay ulang pasang masa pergi balik kerja. Lagu-lagu dia memang layan, ala-ala macam lagu album Nuar Jen tapi dengan nada suara yang lebih jantan. Bertambah layan lagi bila dia menyanyi lagu-lagu yang slow. Antara lagu yang Che Kay suka adalah Sejuta Rasa, Hati Berbisik (bersama Jaclyn Victor), Bertemu Di Syurga, Cinta Masih Ada, Ku Lepaskan. Lagi 3 lagu tu ambil sedikit masa sebelum Che Kay menyerap dalam jiwa. Hihi. Sebelum ni balik-balik layan lagu dia kat Tiub Kamu ja. Bila dah ada cd lebih puas layan. =)


Bertemu Di Syurga Versi Live


Ku Lepaskan Versi CD


Bertemu Di Syurga dan Cinta Masih Ada Versi Live
(Dalam video ni ada beberapa perkataan tu dia macam lupa macam mana nak sebut. Hihi)


Bertemu Di Syurga Versi CD

Kan best kalau dapat autograph! Hihi terasa macam old school pulak minta auto kat artis~ Apa-apa pon yang penting Che Kay betul-betul Heart sama lagu dan suara si Stepehen Rahman Hughes ni! =)

p/s: Sebelum ni ada satu suara penyanyi ni yang Che Kay suka layan, tapi lepas satu album terus dia pon hilang bersama anugerah artis baru terbaik. Siapa lagi kalau bukan Sean Ghazi....

March 21, 2012

My Supper-Dek: Nasi Kandar Beratur !

Kalau kamu tanyakan soalan berkisar apa yang Che Kay tahu tentang Penang, mungkin kamu akan gelakkan diriku ini kerana Che Kay memang buta Penang. Apa yang Che Kay tahu adalah Lagu Negeri, rumah bapakku, shopping mall berdekatan, Jambatan Pulau Pinang, Terminal Feri, Airport Bayan Lepas, Stesyen Bas Sungai Nibong, USM, Hospital Besaq, kawasan Kepala Batas dan sudah semestinya KOMTAR. Nak buat macam mana, semuanya terjadi kerana Che Kay dok merantau dan tinggal di negeri-negeri yang lain. Kalau balik Penang, istilah nak berjalan tu tak pernah wujud langsung sebab memang masa tu banyak dihabiskan di 'rumahku syurgaku'. Kaedahnya walaupon famili dah kembali menetap di sini lebih dari sedekad yang lalu, tetap jugak Che Kay tak pernah jelajah pulau ni.

Salah satu azam Che Kay tahun ni adalah nak ronda Tanjung ni sampai lebam! Salah satu tempat yang Che Kay teringin betul nak pi adalah kedai makan yang famous ni. Ramai dok kata kedai ni sedap, memang orang beratuq panjang la, jenuh nak tunggu la sebelum dapat makan. Jadi malam tadi kebetulan Che Kay pulang kerja jam 10 malam. Terus hati ini teringin nak cari kedai ni. Macam Che Kay bagi tau tadi yang Che Kay ni Buta Penang. Harapkan lagu negeri ja yang melekat dalam hati, jalan di Penang haram tak tau. Berbekalkan 'GPS' yang berjenama 'Redah Je Lah', Che Kay pusing sana sini mengikut gerak hati 'GPS'ku itu. Akhirnya sampai juga!

Amekkaw! Memang ramai giler orang beratoq tunggu nasi kandaq ni.

Che Kay pon join la barisan orang beratoq tu. Tak rugi kan kalau kita mencuba. Kalau tak cuba sampai bila la kita nak dengar cerita orang kan. =)

Che Kay selalu dok fikir kenapalah kedai ni hanya dibuka bermula 10 malam? Apakah motifnya menyediakan makanan yang tinggi kalorinya di waktu sebegini? Mungkin hanya tuan kedai dan sejarahnya saja yang tahu signifikannya... Che Kay pernah juga terlintas dalam hati, diorang takut kena check dengan pihak kesihatan kot, sebab tu bukak lewat malam. Hahaha

Bila dah sampai giliran, terus mata berpinau-pinau nak pilih lauk. Kalau pilih lauk lama-lama harus la orang yang dok beratoq kat belakang tu maki dalam hati kan. Jadi Che Kay pesan lauk standard macam pi makan di kedai nasi kandaq yang lain.

Memandangkan dah lewat makan, makanan tu kena la kawal juga la ye. Jadi nasi putihnya tu Che Kay minta separuh je. Mula-mula dia letak nasi menimbun tak hengat! Lauknya ayam goreng, teloq rebus, sayoq kubis, terung, kelapa masam dan juga kuah campoq. Kalau datang dengan kawan-kawan, ayam goreng tu boleh la kongsi dengan 2 orang. Bahagian ayam tu memang besaq sangat untuk makan seorang. Kuah campoq dia sedap menjilat jari. Cuma kalau dia boh kuah banjir memang terbaik! Kelapa masam dia buat Che Kay teringatkan tosei, sebab selalu kalau makan tosei selalunya dihidangkan bersama.Sedap juga makan kelapa masam tu dengan nasi. Secara keseluruhannya berbaloi juga mencuba makanan kat sini. Walaupon dah basuh tangan dengan sabun Pamolive, bau kari tetap melekat kat tangan! =)

Nah! Ini dia harga nasi saya di malam hari~ 
Mula-mula tu rasa macam nak urut dadaku ini.

Bila intai papan harga makanan ni terus hati pon kata " Oooo patut la..."
Sila la intai Ayam.... 5 hengget ye...

Secara amnya tempat duduk di kedai ni tak berapa nak banyak. Ada meja kat luar, ada juga dalam kedai tapi bilangannya terhad. Mungkin sebab tu orang kena beratur panjang kot~ =) Lepas ni mana lagi ye nak ronda Tanjung ni? Kena panjat Bukit Bendera pulak kot...


p/s: Satu je yang Che Kay tak berkenan dengan kedai ni. Part Customer Service tu macam tut je. Macam Che Kay ni pertama kali datang menjejakkan kaki kat sini, kemudian datang sorang-sorang pulak tu. Mana la Che Kay tau cara kedai ni. Ada kala terpinga-pinga sebentar. Lepas tu bila Che Kay tanya pasal nak order air, muka orang yang menjawab tu masam dan nak marah. Mana la i tau uols ni ada kerja 'khas' sekadar kendalikan bahagian nasi. Masa nak bayar pon macam tu, tetap diorang buat muka ala-ala masam dan nak marah. Kalau i tau nasi dan air perlu dibayar kepada orang yang berlainan awal-awal lagi i dah baya ok~ So mungkin part itu diorang kena perbaiki. Tak semua customer yang datang adalah pelanggan tetap uols ok. (wah! sampai dah jadi satu perenggan la ye luah rasa ni~ hihihi)

March 20, 2012

Memperkenalkan... Anak Ikan I!


Bila masing-masing dah membawa diri seorang ke hulu, seorang ke hilir, kesunyian pasti bertandang juga dalam hati. Hidupku kini ibarat bersendirian dalam ramai. Pergi makan sorang-sorang. Lepak pon sorang-sorang. Tengok wayang beramai-ramai tapi orang lain sorang pon tak kenal. Walaupun beginilah hidupku, kehadiran kawan-kawan yang selalu berinteraksi di Muka Buku sedikit sebanyak memeriahkan hidup ini. Tapi sampai bila asyik dan mengadap depan laptop dan menunggu balasan komen atau mesej dari kawan-kawan? 

Alternatif yang ada sekarang adalah dengan mencari Anak Ikan untuk mencurahkan kasih sayang yang ada dalam hati. Bukan 1, bukan 2 dan juga bukan 3. Tapi semua ada 7 anak ikan di sisi diri ini! Seronok jugak ada anak ikan untuk dibela. Setiap satu anak ikan ni ada nama manja dia. Nama diorang adalah Mimie (ekor merah bintik hitam), Anne (ekor merah biru gelap), Tinot (ekor merah biru terang), Girukh (ekor biru gelap), Shujan (ekor biru terang), Martin (ekor merah biru jalur hitam) dan akhir sekali Marx (ekor kuning bintik hitam). Terasa meriah pula hidupku kini. Kalau ikut hati nak bela anak kucing. Tapi komitmennya tinggi jadi bela anak ikan pon ok la kan. 

Semua ni gara-gara Si Along la. Hari tu dia mengadu kesedihan sebab adik dia Si Angah telah melakukan menghapusan etnik si ikan-ikan peliharaan abangnya. Boleh si Angah tu sabotaj letak serbuk sabun dalam  'akuarium' Along a.k.a bekas sayur (ala box dalam peti sejuk tu). Habis mati ikan-ikan Si Along. Menitik-nitik air mata Along ceritakan betapa kejamnya adik dia. Si Angah pulak bila dengan Si Along bercerita boleh pulak dia gelakkan abang dia. Si Along bersenjatakan air mata buat satu permintaan suruh Pak Lang dia ni belikan akuarium untuk dia. Kalau boleh dia nak akuarium yang ada sistem penapis air. Aiyooo nak pengsan sekejap. Along punya pasal, Pak Lang dia ni pon carikan lah satu akuarium yang mampu nak dibeli untuk dia.

Bila dah pi kedai ikan, rasa syok pulak tengok ikan-ikan berenang dalam akuarium. Lepas 2-3 hari belikan akuarium untuk Along, Pak Lang dia pon join satu kelab dengan anak sedara yang sorang tu! Hihi. =)

Susah benar nak ambil gambar anak-anak ikan i ni untuk tatapan uols~


p/s: Alahai! Pagi ni bila bangun, tengok Si Girukh tu macam dah tak bermaya. Mungkin dia tak serasi dengan rumah baru dia....

March 17, 2012

Projek Cuci Usus!

Makan, merupakan salah satu aktiviti kegemaran ramai manusia di atas muka bumi. Selagi manusia itu hidup, mencari makanan tak kira sesuap mahupun sepinggan atau berpinggan-pinggan akan terus dicari. Ramai di antara kita gemar mengikut selera tekak dan perut. Selagi boleh sumbat, layankan saja apa yang boleh di makan. Bak peribahasa 'Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati'. Tapi bila perut dah gendut baru la ko nak susah hati! Hihi.

Che Kay pon seperti orang kebiasaan, perkara yang selalu dok difikirkan adalah nak makan apa kejap lagi. Setakat aktiviti menjelajah dari satu restoran ke satu restoran tu sudah menjadi kebiasaan. Tapi sejak usia pon dah meningkat dan bergaul dengan lebih ramai orang, kesedaran untuk sayangkan diri bukan sekadar sayangkan tekak dan perut pon meningkat. Tambahan pula bila berjumpa dengan mereka yang masih awet muda di usia emas. 

Pertama kali berjumpa Ah So berumur  lewat 60-an, Che Kay ingatkan dia umur 40-an. Kemudian ada beberapa lelaki yang berusia di pertengahan 40-an, tapi gaya dan wajah mereka lebih muda daripada usia. Rahsia yang mereka kongsikan adalah selain enjoy kehidupan masing-masing, mereka menjaga makanan dan juga mengambil supplement sampingan. 3 supplement utama yang diorang kongsi adalah multivitamin, minyak ikan dan juga vitamin C. Secara amnya multivitamin akan melengkapkan pengambilan segala jenis vitamin dan mineral diperlukan dalam sehari yang mungkin tidak cukup pengambilannya dari pemakanan kita. Minyak ikan pula membantu untuk mengurangkan paras kolesterol dan membantu melancarkan peredaran darah. Vitamin C peranannya lebih kepada mempertingkatkan sistem immune badan dan juga membantu dalam pengeluaran kolagen. 

Selain tu diorang pon ada kongsi tentang ilmu mencuci usus. Betul juga kata diorang, usus juga merupakan salah satu organ penting di mana segala aktiviti penyerapan nutrisi berlaku di situ. Diorang amalkan buat detox. Detox ni ada macam-macam caranya. Dan cara detox yang mereka buat adalah secara alami, menggunakan bahan-bahan natural yang boleh kita dapatkan dari kedai dan pasar raya. Bila dah orang berkongsi ilmu, apa lagi haruslah Che Kay juga mencuba. Sebelum mencuba tu banyak juga informasi yang Che Kay cari tentang Psyllium Husk.

Inilah dia yang Che Kay baru amalkan. Psyllium Husk dibancuh dengan jus epal! Sebelum tu kepada yang tak tahu apa itu Psyllium Husk, mari kita tengok video di bawah ni.



Kalau rasa tak berapa nak faham lagi tentang psyllium husk bolehlah baca di web ni atau mari google~ =)

p/s: Dulu Che Kay suka makan oat dengan susu. Sekarang dengan psyllium husk ni lebih mudah nak telan. Jadi kepada mereka yang selalu ada masalah nak makan oat bolehlah cuba psyllium husk~

March 16, 2012

Pelangi Kehidupan...


Video yang simple bersama kata-kata penuh maknanya.... 


p/s: Teringat kembali suatu ketika tak lama dahulu bila hati bercelaru, sedih mahupun fikiran di kepala kusut dengan pelbagai permasalahan, aku sering menjadi penunggu si ombak yang tak pernah bosan singgah ke pantai...

March 15, 2012

Kisah Si Taukua...

Dari bulan Disember, Che Kay asyik teringin nak makan benda alah ni. Macam-macam halangan yang melanda. Ketika tekak begitu meronta-ronta disumbatkan si taukua ni, masa tulah tak jumpa. Bila dah jumpa, masa tu lah tak teringat nak pesan. Perkenalan Che Kay dengan makanan ni pon tak lama mana pun.   Adalah lebih kurang 6-7 tahun lepas. Masa tu Che Kay keluar ronda-ronda Penang dengan my dear friend Mimie. 

Masa dia kata "Jom pekena Taukua Rendang!". Che Kay terkulat-kulat membayangkan makanan tu. Adakah taukua dimasak menjadi rendang? Tak dapat nak dibayangkan masa tu. Memang kena kutuk kaw kaw la dengan member bila Che Kay tak tau menu ni. Dia kata buat malu orang Penang ja. Hahaha. Nak buat macam mana, Che Kay ni dari kecik sampai besar merantau sana sini. Masa proses tumbesaran tu belum sempat berkenalan dengan menu ni. Masa menu dah sampai depan mata, Che Kay dok bertikam lidah dengan Mimie. Sebabnya Che Kay kata yang dihidang ni Cucuq Udang. Mimie sebagai anak Mami jati Penang pertahankan Taukuanya~ Hihi. Apa pon ketika ini masih teringat betapa nikmatnya makan Taukua Rendang yang dihidangkan oleh Mamak yang berniaga berdekatan Chowrasta Market. (Tapun ja la tekak ni!)


Hari ni dok ronda sana sini setelah selesaikan beberapa perkara, tekak terasa nak makan cendol pulut. Tapi kaedahnya gerai kegemaran tak buka la pulak. Jadi dengan semangat yang gigih Che Kay pusing kawasan yang berdekatan semata-mata mencari gerai cendol. Hasilnya hampa.... Betul kata orang, tak semua yang kita hajatkan akan tercapai. Tapi bila satu hajat tak dapat ditunaikan, ada pulak yang dimakbulkan. Entah macam mana ternampak pula gerai ni. Terus singgah! Dah lepas 2 bulan teringin baru tertunai hajatnya. 



TADAAAAA!!!! Inilah Taukua Rendang wahai kawan-kawanku~ ;)



Ada yang sebut Taukua, ada juga panggil Thokua. Nama am si Taukua ni adalah Tauhu la ye. Hihi kesian kawan-kawan kat Muka Buku yang dok tertanya-tanya apalah si taukua rendang tu. Tauhu digoreng dihidang bersama kuah kacang. Simplekan! Ada tempat hidang bersama cucur udang dan timun. Yang pasti hero bagi menu ini adalah si Taukua. Makan Taukua Rendang bersama air sirap memang terbaik di waktu petang!  Kalau taukua, cucur udang bertemu pula bahan-bahan lain dan dihidang dengan kuah kacang jadilah dia pasemboq yang glamour tu. Bagi Che Kay taukua dan kuah kacang sudah memadai. Orang kata buat lepas rasa teringin tekak. =)

p/s: Lepas ni kena jugak cari cendol pulut yang tekak teringin hari ni. Jangan kena tunggu sampai 3-4 bulan sudahlah~ Hihihi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...