Pernahkah kamu berjumpa doktor dan hanya mendapat seciput maklumat yang buat kamu terpinga-pinga dan tak tahu apa? Selama ni selalu dengar cerita warga emas yang dok selalu pi ke klinik ka atau pi hospital ka balik tak tahu apa. Bila kita tanya apa yang doktor habaq kat depa, depa selalu jawab doktor tak habaq apa. Tak pon jawapan depa doktor habaq ok ja lepas tu suruh mai lain kali. CK pernahlah tak puas hati bila dapat jawapan macam ni bila tanya mak cik atau tok sedara yang baru balek dari dua tempat ni.
Al kisahnya 2 minggu lepas CK pi la klinik kesihatan untuk pertemuan susulan dengan si doktor. Macam biasa kita kena daftarkan diri di kaunter pendaftaran sebelum bayaq seringgit dan menunggu giliran depan bilik doktor. Part menunggu depan bilik doktor tu sedikit azab. Biasalah siapa la yang suka menunggu dan tertunggu-tunggu macam tu kan.
Bila sampai giliran CK pon masuk bilik doktor. Yang ajaibnya masuk bilik doktor tu duduk tak sampai seminit doktor hanya kata "Semua OK!" lepas tengok laporan darah dan laporan-laporan yang lain. Terus CK tanya doktor apa yang OK? Ye la duduk pon tak dan panas pungkoq, doktor habaq lagu tu ja terus bikin hati ni tak puas. CK tanya lagi laporan tu apa yang OK dan laporan lagi satu tu macam mana. Jawapan doktor tetap kata "Semua OK~". Adakala sedikit penjelasan daripada si doktor mungkin boleh memberi sedikit input untuk diri sendiri.
CK pon keluaq la dari bilik doktor dan habaq kat nurse yang doktor suruh buat temujanji setahun dari tarikh hari tu. Yang tak boleh blah, nurse pulak tak puas hati bila kita habaq yang doktor bagitau "Semua OK" dan sebab tu kena mai balik setahun sekali sahaja. Si Nurse tu tetap nak suruh mai 6 bulan kemudian. Tertanya-tanya jugak kaedahnya siapa nurse siapa yang doktor ni? hehe.
Bila doktor dah kata "Semua OK", CK pon pi Hospital Besaq. Yang ini untuk menunaikan hasrat yang tertangguh sebelum Ramadan. Macam biasa bila dah pi Bahagian Tabung Darah semua orang kena isi borang dan kena cucuk sikit untuk periksa tahap hemoglobin. Kemudian baru jumpa doktor sebelum dibenarkan derma darah. Kali ni jumpa doktor yang aiyoyo bikin kita ni macam tak berguna ja. Masa dah tercegat depan pintu bilik doktor kita ni bagi la salam sebelum masuk. Doktor tu buat tak tau ja dan terus main game dalam telefon dia. Sambil dok main game dia pon jemput duduk dan memang tak tengok muka CK ni. Kemudian terasa macam suasana cengkerik berbunyi. Sebabnya doktor tu masih dok pulun main game dan CK pulak senyap tak tau nak kata apa.
Mungkin doktor tu dah kalah main game baru dia letak telefon dia dan periksa tekanan darah. Dia tulis tekanan darah dalam borang yang kita dah isi awal-awal tadi dan terus selak muka surat terakhir dan tanya dah kawin? CK jawab belum. Doktor pon tanya lagi sambil bulatkan part HIV dan aktiviti sewaktu dengannya "Yang ni ada buat?". CK pon jawab tak ada buat. Terus doktor tu sain dan bagi borang kat CK dan terus capai telefon dia dan sambung main game. Kali ni yang CK terpinga-pinga kenapa doktor ni haram tak baca satu pon isipati borang yang dah isi? Sebab sebelum ni doktor-doktor yang CK jumpa untuk aktiviti ni depa akan baca satu per satu maklumat yang kita isi. Doktor yang ni pulak macam buat halai balai ja.
Kesimpulan yang CK boleh buat setelah berjumpa 2 orang doktor dalam satu hari ni adalah mungkin doktor-doktor ini jenis tak rajin nak bercakap atau tak rajin nak menerangkan sesuatu kepada pesakit. Yang penting sain borang dan teruskan berjumpa dengan pesakit lain pulak. Memang la hari tu CK terasa bagai memahami perasaan warga emas yang selalu macam blur-blur bila balek dari jumpa doktor.Bagi CK sekurang-kurangnya CK tau "Semua OK!"
p/s: Adakah semua ok itu tandanya memang benar-benar ok? Cengkerik sila berbunyi....