2012 sudah tiba ke penghujungnya. Bagi yang sedang berbahagia semoga berkekalan hendaknya. Bagi yang berduka, semoga kehadiran tahun baru membuka lembaran baru buat anda. Saya? Tahun ini ada suka dan ada dukanya yang tersendiri. Mungkin ramai kawan-kawan yang tertanya-tanya soalan itu dan ini. Ada yang dijawab dan ada yang saya senyapkan. Malah tahun ni semangat nak menaip kata-kata pun pudar. Semua itu cabaran saya. Harapan? Semoga ia tidak tinggal dalam khayalan... Erm... saya dah tak tahu nak taip apa. Selamat Tahun Baru semua~ Semoga kita semua terus berbahagia. =)
December 31, 2012
December 29, 2012
Hari Bersejarah Seorang Lelaki...
Lelaki, selalunya hari bersejarah bagi mereka dikaitkan ketika saat tangan berjabat dengan tok kadi untuk menerima tanggungjawab besar untuk membina mahligai indah bersama yang tersayang. Namun jangan dilupa tidak semua dapat menikmati hari bersejarah seperti itu kerana ada juga yang menghabiskan hidup bersendirian tanpa teman hidup di sisi. Makanya antara salah satu hari bersejarah yang pasti ditempuh adalah apabila dia melakukan satu transisi untuk menerima erti kedewasaan dalam hidup seorang lelaki.
Berkongsi momen-momen hidup bersama 3 Abdul yang disayangi amatlah beerti buat diri ini. Menumpang kasih bersama mereka sedikit sebanyak mengisi kekosongan dalam ruang hati. Ketika si Abdul Rhejong menghadapi saat ini saya tak berkesempatan. Ketika dikhabarkan si Abdul Chomel akan melakukan transisi ini, peluang yang ada harus diambil. Lalu cuti telah dipohon untuk bersama dia menghadapi saat-saat yang 'mendebarkan' bagi seorang lelaki. Hihi
Berkongsi momen-momen hidup bersama 3 Abdul yang disayangi amatlah beerti buat diri ini. Menumpang kasih bersama mereka sedikit sebanyak mengisi kekosongan dalam ruang hati. Ketika si Abdul Rhejong menghadapi saat ini saya tak berkesempatan. Ketika dikhabarkan si Abdul Chomel akan melakukan transisi ini, peluang yang ada harus diambil. Lalu cuti telah dipohon untuk bersama dia menghadapi saat-saat yang 'mendebarkan' bagi seorang lelaki. Hihi
Makan ubat sebelum perjalanan pergi. Kononnya untuk tenangkan hati. |
Haha Abdul Chomey pura-pura tidur untuk kurangkan debaran di dada. |
Sudah tiba ke destinasi yang dituju. Namun dia hampa. Impiannya untuk mandi pancutan air bomba. |
Setelah selesai, dipaksa pulak bergambar sekali lagi di depan pintu. Hihi |
Dia kata "Pak Lang tipu, Pak Lang habaq cabut gigi lagi sakit. Tapi yang ni lagi sakit!" Pak Lang hanya mampu ketawa. =D |
Dah jadi macam adat pulak. Yang hilang pasti berganti. Siap dapat HotWheel gitu. Untung la~ |
Tetapi apa yang terjadi adalah mereka ni pulak yang puas melayan koleksi kereta baru. Si Abdul Chomel tertewas di atas tilam dan hanya mampu memandang buat sementara... |
Seminggu kemudian Pak Lang kembali melawat si Chomel. Dia dengan bangganya beritahu dah dapat sejumlah wang yang disedakah saudara mara. Lalu Tok Wan bertanya "Pak Lang bagi berapa?"
Abdul Chomel dengan yakin menjawab Pak Lang bagi 50 ringgit. Pak Lang pula yang tergaru kepala sebab memang tak ada bagi duit. Dia pon berkata "Kan Pak Lang belanja kami malam tu kat Pesta Penang. Yang tu la duit Pak Lang bagi." Nasib baik la dia bijak dan sedar diuntung. Dah puas melompat riang di tapak pesta, esoknya dia pulak kena sembelih 'kepala'. Hehe
December 28, 2012
Kisah Kad Undangan...
Al kisah, satu kad undangan telah selamat tiba di dalam peti surat rumah. Lalu ku ambil dan biarkan di atas meja sebabnya kad itu bukanlah dituju untuk diri ini. Ketika di tempat kerja, tiba-tiba satu gambar telah di'tanda' dengan namaku di laman Muka Buku. Memandangkan gambarnya kecil, mata ini tak nampak segala tulisan. Daripada komen-komen dalam Muka Buku, masing-masing teruja nak hadiri majlis tersebut.
Si Gojah dah beria nak pi. Si Debab pulak dah berangan nak balik dari Kelantan semata-mata kad ini. Itu tak termasuk si Abdul Rhenjong di Kulim dengan semangatnya dia berkata, "Along tak kira, Along nak ikut jugak Wan pi!" Aku? Kebetulan memang cuti pada tarikh tersebut. Siapalah yang tak teruja dapat undangan untuk majlis orang yang popular seantero Malaysia.
Tarikh yang tunggu hampir tiba. Pada waktu senja sehari sebelum tarikh itu kami sekeluarga mendapat satu berita. Berita yang tak perlu sebarang kad untuk diundang ke majlisnya. Yang perlu hanyalah membawa diri. Maka hari yang dikatakan tarikh begitu indah menjadi satu memori. Untuk mengingati saudara yang telah diundang pergi.
Hati tak terkata apa ketika melihat wajahnya. Wajahnya saling tak tumpah seperti wajah arwah bapanya. Ketika arwah Pak Long pergi, diri ini tak sempat kembali ke kampung. Jadi bila menatap wajah arwah abang saudara, bikin hati merindui pula arwah Pak Long...
Lebih kurang setahun sebelum kejadian hari tersebut, si adik kepada arwah juga telah menyahut panggilanNya. Arwah pergi dalam keadaan diri yang telah kehilangan satu nikmat untuk melihat alam. Jadi bila terkenangkan kedua-dua mereka, hati tertanya-tanya adakah penyakit yang mereka hadapi merupakan satu warisan keluarga? Oh diabetes, manismu tak seindah mimpi...
Al fatihah buat mereka semua...
p/s: Adakala saya terfikir bagaimanakah akhirnya kisah hidup saya? Menderitakah saya seperti mereka?
December 16, 2012
Bila Hang Tak Dak / Without You
Sejak balik kerja hari tu, sambil merempit di jalanan, tetiba telinga aku disampuk sesuatu. Sebelum ni memang pernah dengaq. Tapi entah mengapa hari tu telinga ni betul-betul menangkap kata-kata yang diungkapkan. Macam sesuai ja untuk aku bagi jawapan untuk soalan-soalan yang sejak kebelakangan ni ditujukan kepada diri ni. Kalaulah radio ada butang repeat, sah-sah aku akan ulang dengaq sampai berdarah telinga ni. Aku cuma nak habaq "Without you, the rain still water.Without you, i still can thinking. Without you, the rainbow still colourful!." Hahaha Part paling aku suka nak habaq adalah perkataan yang dihitamkan secara terang di bawah.
Tanpamu, mentari tetap bersinar
Tanpamu, bumi ini masih berputar
Tanpamu, P.Ramlee tetap superstar
SENDIRI, TAK BERERTI KU TAK LAKU
Tanpamu, hujan itu masih air
Tanpamu, ku tetap boleh berfikir
Tanpamu, pelangi berwarna-warni
Sendiri, ku boleh cari pengganti...
Lirik dia ala-ala motivasi sangat! hihi. Jadi kepada yang tengah patah hati kat luaq tu tok sah dok layan sangat hati.Sila terus menikmati keindahan dunia dan teruskan kehidupan yang meriah ni. =)
p/s: Aku rasa orang yang dok tengok aku tengah berkaraoke sepenuh hati dengan segala gerak tangan naik turun sambil bawak motor mesti kagum! Dengan kepala dan badan-badan goyang sekali mengikut irama dalam telinga.Itu depa tak tengok lagi aku berBeyonce masa tengah bawak kereta! Hahaha (Kagumlah sangat kan. Depa kata aku 3/4 adalah!)
December 10, 2012
Pesta Perabih Pulus Bersama 3 Abdul
Tahun lepas masa si Abdul 3 beradik datang rumah, depa punya dok ajak pi Pesta. Kebetulan masa depa mai rumah, boleh dikatakan hari-hari hujan. Dan ketika tu ada kekangan waktu lalu impian mereka hanya tinggal impian. Bila melihat kanak-kanak riang yang berwajah comel hampa sudah tentu hati pun menutur bicara manis agar hati kembali ceria. Lalu dengan tegas si Pak Lang berjanji akan bawak mereka ke Pesta tahun ni. Tapi ada syaratnya. Pak Lang suruh diorang tabung duit sepanjang tahun dengan alasan kalau cukup duit nak main apa main lah. Makanya telah ditakdirkan oleh Ilahi, rombongan 3 Abdul bersama Pak Lang sampai jugak ke tapak pesta tahun ni.
Maka bermulalah Pesta Perabih Pulus kami di pintu masuk tapak pesta. Si Abdul Rhenjong dengan bangganya bagi duit dekat Pak Lang. Katanya ini duit yang dia bawak. Duit yang lain dah simpan dalam bank. Si Abdul Chomey pulak kata dia tak bawak duit jadi dia cuma nak tumpang dua kaki dengan duit Abdul Rhenjong. Abdul 'Ustaz Don' tak tau apa. Yang dia tau loncat-loncat tak sabaq nak main. Pak Lang dia terus bawak 3 Abdul pi ke bahagian belakang tempat mainan. Tak da maknanya nak bawak ronda-ronda beli barang. Bukan depa nak beli pon. Depa hanya nak main games saja. Lepas beli token, kami pon carilah mainan yang sesuai untuk dimulakan. 1 TOKEN = RM2!
Nampak ja kereta ni Pak Lang suruh Abdul Chomey dengan Abdul 'Ustaz Don' naik. Walaupon mula-mula depa macam blur tak tau pilih sebab tengah pening tengok orang ramai. Kereta bodoh pusing-pusing ni kena seorang 3 token.Jadi untuk 2 orang jumlahnya 6 token. Pak Lang dan pening bila benda bodo-bodo macam ni pon mahai.
Sebelah kereta bodo-bodo tu ada macam roller coaster.Tapi tempat duduk roller coaster tu macam bentuk cawan. Abdul Rhenjong dah teruja nak naik. Pak Lang dia suruhlah dia naik sorang. Kaedahnya dia pulak malu. Nak suruh Pak Lang teman. Bukan Pak Lang tak mau teman, Pak Lang nak pitam kejap tengok jumlah token yang kena pakai. 1 orang = 4 token. Kesian punya pasal Pak Lang pon join naik sekali. Makanya jumlah token diberi adalah 8! Lepas habis pusing-pusing dalam cawan roller coaster tu, Si Abdul Rhenjong senyum puas.
Masa pusing-pusing cari games seterusnya, Pak Lang nampak mini roller coaster yang sesuai untuk kanak-kanak riang macam Abdul Chomey dengan Abdul 'Ustaz Don'. Yang penting 1 orang = 2 token. Ok la kan sebab macam murah sikit.Tapi itu pon mula-mula Abdul Chomey tak mau. Suruh dia naik berdua dengan adiknya pon tak nak. Nak suruh Abdul 'Ustaz Don' naik dengan Abdul Rhenjong, si Abdul Chomey pulak buat muka. Last-last semua sekali naik!
Nah Abdul 'Ustaz Don' dah buat muka cuak! Belum lagi pusing-pusing~
Ini konon-konon muka cool la si Abdul berdua ni. Tapi bila Mine Train ni dah pusing-pusing baru ku tahu si Abdul Chomey tu sebenarnya penakut jugak. Sepanjang train dok pusing 3-4 kali Abdul Chomey tu pejam mata ja! Si Abdul 'Ustaz Don' pon sama. Tak mau bukak mata. Haiyooo rugi la kan naik pusing-pusing kalau pejam mata. Bila turun ja train tu masing-masing senyum dan si kecik terus loncat-loncat. Hairan aku, tadi muka takut ja. 4 orang naik train = 8 token~
Memandangkan 3 Abdul ni jenis gegar lutut sikit, makanya kami pon cari games yang tak berapa nak advanture. Mainan tembak-tembak bodo ni sekali tembak kena 1 token.Bagi si Abdul Comey dengan Abdul 'Ustaz Don' tembak sorang sekali = 2 token.
Nampak ja bear yang comel-comel ni kami pon cuba nasib. Katanya Lucky Number. Macam main tikam-tikam pon ada. 5 kupon nombor = 2 token. Bila kami koyak semua nombor rupanya kami ni tak ada luck~ Jadi tengok je lah bear-bear tu semua.
Ni lagi satu games bodo yang bagi depa main. Sekali try kena 1 token. 2 kali try = 2 token. Yang ini pon tak ada luck. Makanya tak dapat hadiah jugak.
Akhirnya memandangkan duit pon makin susut dan jam pon dah nak larut malam, Pak Lang dengan baik hati bagilah 3 Abdul main kereta langgaq-langgaq ni. Terus semua excited sampai tak dan nak bagi token depa dah pi duduk kat kereta. Kereta kuning untuk 2 orang = 3 token. Kereta biru untuk seorang = 2 token. Total= 5 token~ Lepas habis pusing, semua pon macam dah senang hati dan sedia nak balik.
Sebelum balik, Pak Lang bawak ronda-ronda kejap. Kebetulan nampak Taman Lampu macam I-City Shah Alam. Jadilah bergambaq kejap kat sana. Itu pon depa macam seronok ja tengok lampu warna warni. Paling depa suka lampu-lampu kaktus. Aku pon hairan apa la yang depa suka sangat tu. Sebelum balik beli sikit makanan isi perut sebab jauh lagi nak sampai Kulim.
Inilah Abdul 'Ustaz Don'~ Seronok ja dia ligan lampu-lampu laser dekat pintu keluar. Ada 2-3 orang makcik kagum dengan dia sebab dia boleh pi jalan-jalan pakai jubah. Dia bagi tau ni baju Ustaz Don. Masa nak balik baru dia bagi tau tadi masa naik Mine Train dia pejam mata sebab dia takut nampak rumah hantu yang tak jauh dari tu. Ooooo Barulah tahu ceritanya!
p/s: Aku pon ada benda nak habaq, masa naik roaller coaster cawan tu pon aku pejam ja mata. Aku pon jenis gegaq lutut! Hahahahaha
Subscribe to:
Posts (Atom)