March 31, 2013

Kesah Burger...


Aku memang tak paham kenapa  ada kedai burger kat Penang ni suka mengamalkan double standard untuk customer yang datang beli burger. Kalau kita take away, brader burger tu tak de la pulak nak gedik potong burger yang kita pesan. Kalau kita nak makan kat tempat dia, dia hidang dalam pinggan, kemudian dia siap potong burger kita jadi 4. Lepas tu siap bagi kita pisau dengan garfu untuk kita 'menikmati' burger. 

Alahai aku cukup tak suka burgerku dipotong-potong. Memang potom stim bila nak makan burger tu. Bagi aku burger seketul itu tanpa di potong 4 lebih nikmat dibaham daripada nak makan burger dengan garfu dan pisau. Kalau orang yang dating bolehlah nak bergarfu bagai! Aku sebenarnya paham sebab brader burger tu potong, sebabnya burger dia agak besaq jugak ditambah dengan sayoq-sayoq yang banyak.

Brader burger dengan adik burger tu dah paham sangat kalau nampak muka aku, dia takkan nak potong 4 burger aku. Tapi yang akak burger yang keje kat situ tak jugak nak paham-paham. Kalau aku order burger aku mesti aku akan pesan, "Burger saya tak mau potong 4 aarr!". Hari ni akak burger masih lagi buat-buat tak paham. Lepas tu siap nak perli-perli aku masa aku order burger. Oh sunggoh menyampah!

Masa dia hantaq burger kat meja aku, dia siap kata "Nah burger hang yang tak potong. Ok kan!", sambil dia buat-buat muka perli.Oh, lantaklah!. Janji aku dapat makan burger dengan penuh nikmat~. Masa nak bayaq, akak burger buat-buat muka terperanjat tengok meja aku. Dia kata "Wah!! Licinnya~ Habis ka hang makan?". Haiyooo perlu ka tanya soalan yang tak perlu. Aku dengan selambanya pon jawab " Dok aih kak, tinggai pinggan, garfu dengan pisau ja tak habis lagi. Yang tu saya tinggai kat kak."

Akak tu  terus buat muka, Brader burger pulak renggah gelak kat akak tu. Brader tu kata kat akak tu yang dia silap la nak buat lawak bodoh dengan aku. Kan dah kena balik dengan aku. Mungkin akak tu tak kenai lagi mulutku ini. Brader dengan adik burger selalu ja kena laser dengan aku bila depa dok suka tanya soalan bodo kat aku. Sekian~


March 20, 2013

Bukan Kisah 9 Bulan!


Ada kala bila kawan yang selalu kita mengadap tetiba dah tak ada, barulah kita rasa macam oh, tak bestnya dia tak da! Tapi ada masanya ada jugak macam meluat bila tengok hari-hari. Biasalah kita ni manusia biasa. Malam ni aku teringatkan kawan yang dah tak ada tu. La ni dia dah pindah pi tempat lain. 

Nak dijadikan cerita, kawan aku tu ntah macam mana dia terjumpa supplement Iron tablet, Folic Acid dengan Vitamin B kompleks dalam beg aku. Dia terus jerit, "FAIZALLLL!!! WHY YOU TAKE ALL THESE SUPPLEMENTS? Are you planning to pregnant?" dengan muka dia yang penuh tanda soal. 

Aku dengan muka ala-ala nak menganjing dia balik, aku berkata "Haiyooo if my name is Faizah, i still cannot pregnant la amoi! Hang ingat yg makan supplement tu utk pregnant ja ka? Kan hari tu aku derma darah!". Amoi tu sambung gelak jahat kat aku. Siot punya amoi, sampai hari ni aku terbayang gelak jahat dia~

February 25, 2013

Bila Besaq Nanti...


Malam semalam masa tengah kebosanan, Che Kay layan lagi sekali cerita Keluarga Iskandar. Dalam cerita tu CK suka sangat tengok budak yang wataknya nama Om. Watak dia agak lawak jugak. Episod yang CK layan berkisar tentang mak bapak si Om risau akan masa depan dia. Bila mak dia tanya Om nak jadi apa bila besar nanti, si Om dengan selamba jawab nak kerja yang angkat tiang turun tiang. Abang dia terus sampuk kata adik dia nak jadi Pak Guard rupanya. Terus CK teringat satu jawapan lucu dari Abdul kesayangan.

Gambar kat atas ni ntah berapa tahun dulu. 3 abdul la ni pon dah besaq. Abdul Rhenjong dah tingkatan 1. Abdul Chomey pulak dah darjah 4. Dan Abdul 'Ustaz Don' sekarang dan masuk tadika. Ada satu malam masa tidoq dengan budak-budak ni CK pernah la tanya apa cita-cita depa bila dah besaq. Biasalah soalan yang umum bila sembang dengan kanak-kanak riang. Macam masa kita kecik-kecik dulu, sedara mara, mak bapak dan cikgu-cikgu suka tanya soalan ni kat kita semua.

Abdul Rhenjong dengan tak ada semangat dia pon menjawab dia nak jadi doktor. CK macam kagum dengan jawapan dia yang tak bersunggoh. Masa tu Abdul Chomey mencelah mengatakan abang dia nak jadi doktor gigi sebenaqnya. CK pon tanya la awat tak mau jadi doktor biasa. Abdul Rhenjong kata dia tak boleh la tengok darah banyak sangat, bagi dia doktor gigi tu kurang mengadap darah macam doktor biasa. Ok la cita-cita tu. Doktor gigi kan boleh buat banyak duit.

Bila ditanyakan kepada si Abdul Chomey, dengan semangat waja dia kata dia nak jadi Bomba. Bagi dia si ahli bomba ni kerja dia senang ja. Main semboq-semboq ayaq ja kat api. CK pon terangkan pekerjaan bomba yang sebenaqnya kat dia. Lepas tu CK habaq kat dia kalau nak jadi Bomba kena la badan gagah perkasa, bukannya berlemak macam sekarang. Kalau nak tahu dia la ni pakai seluaq saiz 30! Dah banyak kali CK gempaq Abdul Chomey nak daftar dia kat Gym untuk kuruskan badan. Hahaha.

Sesudah bersoal jawab dengan Abdul Chomey, Pak Lang depa ni pon tanya soalan kat Abdul 'Ustaz Don' bila besaq nanti nak jadi ada. Sekali dia jawab "Adik tak mau besaq!" dengan garang sekali. Pak Lang dia pon tanya lagi kenapa dia tak mau besaq? Dengan selambanya Abdul 'Ustaz Don' menjawab "Adik tak mau besaq sebab tak mau jadi macam Abdul Chomey. Adik nak besaq ni saja (sambil tunjuk badan dia yang kurus)." Terus dia senyap dan pusing untuk tidoq. Aduhai! Pak Lang dia ni dah tergelak dengan jawapan si kecik tu. Tanya lain, lain pulak dia jawab. Mungkin dia belum dapat bayangkan zaman kedewasaan. Tapi tak tahan gelak bila dia tu takut jugak jadi budak XXL! Hahaha.

February 2, 2013

Hadiah Dari US...

Macam biasa masa balik dari kerja, aku akan pastikan bukak peti surat. Adakalanya kalau hujung minggu sebelum naik tangga tu, tangan mesti gatal jugak nak bukak peti walaupon dah tahu posmen memang cuti. Hari ni bila bukak je nampak surat insuran, kemudian hati tertanya apakah itu kotak kecik bewarna coklat?

Nampak ja nama aku kat kotak ni dah rasa nak menari riang dekat situ jugak. (Walaupon hakikatnya aku tak menari, yang menari-nari hanyalah hati aku! hehe).  Siapalah gerangannya yang bagi hadiah kat aku ni? Dah la pos dari US gitu! Bukan Ulu Semenyih dan juga Ulu Seremban ye. Jauh dari Amerika gitu. Hati-hati gitu aku bukak kotak ni.


Oh Yeah, Oh Yeah! Nampak tak apa dia tulis? #!@@$%#$#%^  has sent you a gift. Sungguh manis la hadiah ni.Dah la aku suka lagu-lagu dalam album ni.Makin bertambahlah koleksi cd yang dikumpul. Ala-ala bakal masuk dalam kotak bersama cd-cd lain. Nak buat pameran tak boleh, ruang dah terhad.

Walaupon lagu-lagu dia semua dah dengar berulang kali dalam mp3 player, bila dapat cd lagu ni aku tetap suka! Sebab dia terbang jauh dari benua Amerika. Terus nak buat aksi mulut ternganga dan tangan di bahu sebab terlalu suka. haha.

Kalaulah ada autograph kan best! Bapak aku yang balik dari surau dua-tiga kali tanya aku dapat apa. Bila jawab dapat hadiah,dia tak puas hati. Dia tanya lagi. Akhirnya aku jawab dapat CD. Dia tanya CD apa? CD Ning Baizura ka? Hahaha. Lucu betullah ayah aku. Dia tau anak dia ni dulu gila Ning Baizura. Yang itu masih minat. Yang ni adalah keminatan zaman sekarang. =D


p/s: Berangan sangatlahkan dapat hadiah. Hadiahlah sangat! Kau sendiri pegi login kat Amazon, kau sendiri bayar pakai duit sendiri dan lepas tu suruh orang Amerika tu pos untuk kau. Laju jugak diorang hantar. Pesan 20/1, 1/2 dah sampai. Jangka masa dia macam aku pos barang-barang masa pindah dari Sabah balik Penang. Hihi.Btw ni hadiah sempena rajin bekerja. Boleh gitu?

January 29, 2013

"Kamu Kaling Ka?"

Semasa Che Kay baru bersekolah di Menggatal, Sabah, soalan kat atas selalu ditanya oleh kawan-kawan baru. Mungkin diorang jarang berjumpa spesis manusia eksotik macam CK masa tu. Memang agak bosan dapat soalan "Kamu kaling ka?" berulang kali. Dan banyak kali CK terangkan susur galur keluarga kepada kawan-kawan. Bila kembali bekerja di Pulau Mutiara, CK dapat soalan lain pulak. Ramai pulak yang suka cakap Cina dengan CK. Sampai CK keliru adakah daku kelihatan seperti mereka? Baru-baru ni CK hadapi satu situasi yang dah tak berapa nak pelik lagi. CK pon ada kongsikan di Muka Buku.

Inilah ceritanya....
Memang malam tu CK rasa macam apakah? Dan memandangkan hujung minggu lalu ada perayaan Thaipusam, CK pon ambil kesempatan melawat kawasan Waterfall yang menjadi tempat masyarakat Hindu berkumpul di Penang. Ini adalah kali pertama CK pergi melihat mereka sambut Thaipusam secara dekat. Selalunya memang tak ada keinginan nak pergi, maklumlah suasana jalan sesak dengan kereta dan orang. Lagi pon kita kan tak ada kepentingan. Cuma tahun ni terpanggil nak melihat suasana sebab kebetulan CK dan ada berdekatan kawasan tu. Pergi sorang-sorang ok~


Sampai-sampai ja dekat kawasan Waterfall, orang ramai memang tak ingat. Tetiba jumpa banyak kelapa. Yang CK hairan, orang Cina pulak yang ramai dok keliling kelapa ni. Menurut kata kawan, orang Cina yang selalu pecahkan kelapa. Kononnya mereka pecahkan kelapa sebagai balasan untuk niat mereka yang tercapai.


Bila dah jalan sorang-sorang, apa lagi ikut ja arus manusia yang berjalan. Sebelum sampai ke kuil besar, ramai yang berhenti ambil berkat di kuil di bahagian bawah. Jangankan India, Cina pon ramai datang tumpang sembahyang. Selain tu ramai jugak jumpa orang Melayu. Kebanyakannya jual belon-belon macam Upin-Ipin, Boboiboy, siap ada jual lampu lip lap dan ada jugak jual muruku. Aku kagum!


Bila dah sampai kawasan bawah Kuil Arulmigu Balathandayuthapani, CK rehat sebentar memerhati orang ramai. Macam-macam jenis wajah ada. Selain India dan Cina, muka-muka jenis mix pon ramai. Siap dah macam muka Melayu pon ada bila CK perhati mereka yang tengah bawak periuk susu. Patutlah kat Penang ni CK selalu kena tegur dan disalah sangka. Hihi. Sebelum terlupa, Kuil Arulmigu Balathandayuthapani di Waterfall ni adalah kuil yang baru dibina dengan kos 10 juta Ringgit Malaysia. Dan kuil ini adalah kuil terbesar untuk Dewa Murugan di luar negara India. Dalam gambar kat atas, kuil tu yang bercahaya atas bukit.


Kalau tak silap, Thaipusam tahun ni adalah kali pertama disambut di Kuil Arulmigu Balathandayuthapani. Dan menurut bacaan, kuil ni juga lebih tinggi dari kuil di Batu Caves. Ada lebih 500 anak tangga yang perlu menapak untuk sampai ke puncak. Tapi dari pemerhatian CK, tangga di kuil ni lebih landai kalau berbanding di Batu Caves. Selepas lepak lebih kurang 30 minit di bawah, CK pon ambil keputusan nak naik ke atas bersama orang lain. Semput la jugak mendaki tangganya.

Pemandangan dari atas nampak tangga tu macam Tembok Besar China pon ada. Sebelum sampai ke atas ada la beberapa kawasan rehat untuk mereka yang penat. Dan juga ada kawasan lencongan untuk mereka yang nak turun balik. Tangga naik dan turun tak sama. Ada dua tangga yang berbeza. 

Bila dah sampai ke puncak, CK tak masuk pon kuil. Sebabnya ramai sangat orang beratur tunggu giliran. Jadi bagi laluan untuk mereka yang lebih memerlukan. Mungkin lain kali ja CK tengok kawasan dalam kuil ni.Semasa turun, peminta sedekah punyalah ramai menanti di anak-anak tangga ketika orang ramai turun. Siap ada yang tido dengan anak-anak kat situ. Lagi CK terperanjat bukan saja peminta sedekah India yang ada, siap ada Cina dan juga Melayu pon mengambil kesempatan duduk di sana.

Selain syok tengok orang bawak kavadi, kawasan orang botakkan kepada juga salah satu tarikan semasa Thaipusam. Patut la masa aku pergi kedai gunting dekat rumah tutup. Rupanya satu Penang punya tukang gunting berkumpul kat sini.

Masa perempuan dalam gambar ni duduk, beberapa mat dan minah salleh punya teruja nak tengok. Minah salleh tu siap buat muka kagum tengok perempuan ni botakkan kepala. Aku pon tumpang dua kaki tengok proses pembotakkan kepala perempuan ni. Bayangkan berapa tahun dia simpan rambut panjang, dengan berkelip-kelip mata yang tak sampai 10 minit semuanya dah licin. Oh ya sebelum terlupa, maaflah tak ada gambar kavadi, kamera tak canggih. Gambar kavadi semua blur. Hehe. Dah puas ronda kat Waterfall ni, CK pon balik rumah jam 1 pagi. Tak sanggup i nak datang ketika mentari bersinar.

p/s: Lepas ni kalau sesiapa nak tengok Kuil Arulmigu Balathandayuthapani, dah tak payah nak peluh ketiak naik tangga. Lembaga Wakaf  Hindu Pulau Pinang dah bukak tender untuk buat kereta kabel di sini.

January 25, 2013

Senyuman Kurang 'Gula'


Selalunya bila aku upload gambar-gambar profile kat Muka Buku, kawan-kawan suka sangat bagi komen yang kononnya aku buat iklan Colgate la iklan Darlie la. Hakikatnya aku memang dah biasa ambil gambar tersenyum macam gambar kat atas ni. Kalau bergambar tak senyum aku rasa tak puas. Ala-ala lagu tema masa yang bermain dalam kepala lagu si Elite ni. Oh Manisnya, manisnya senyumanku~ Haha


Tapi mulai hari Selasa selepas satu kemalangan, aku berusaha keras untuk posing style Yuna pulak. No more senyum-senyum iklan Darlie mahupon Colgate. Walau pon payah, aku harus sesuaikan dengan keadaan sekarang. Bak kata Tyra Bank 'SMIZE'! Smile with your eyes~ Semoga mata aku dapat berikan satu senyuman mata yang menawan semua mata yang memandang. Pada gunanya aku tengok segala season America's Next Top Model kalau aku tak boleh amalkan smize. Oh my! Terasa beban sebentar dalam hati.


Ha, inilah puncanya senyuman kurang 'gula'! Dah tak manis senyuman aku sekarang. Jangan ditanya tentang kemalangan yang berlaku. Betul-betul memilukan hati aku! Cepat-cepat aku ambil gambar bawah ni untuk diabadikan sebagai satu memori. Lepas tu aku berdekah ketawa mengenangkan nasib diri. Dengan telefon aku baterinya mati, aku melilau cari telefon awam. Hahaha TELEFON AWAM OK! Dah berkurun tak guna.. Bukan nak telefon ambulans, tapi nak telefon si Efa Raziah (bukan nama sebenar).


Sejauh 3 kilometer pencarian aku. Efa Raziah gelak macam haram bila aku cerita 'kehilangan' penyeri aku. Dia siap suruh aku ambil cuti seminggu untuk berkurung dalam rumah. Maaf Efa, aku tak akan kurungkan diri. Tak kisahlah orang nak kata apa, yang penting aku yakin dengan diri tak kiralah betapa tak berseri senyuman aku. Cuma sampai sudah aku asyik ketawakan diri sendiri.Tak sangka inilah nasib aku. Esoknya Efa Raziah bertambah gelak bila aku mms gambar atas. Dia kata aku macam pak cik tua yang gatal. Hehe

Apa-apa pon aku kena terima diri ini seadanya... =D (uppsss tak boleh senyum lebih-lebih).

p/s: Ok, sekarang ni rasanya aku kena lupakan Nokia Lumia 920 mahu pon Fuji X-10.Ntah-ntah nak pi Korea pon kena lupakan. Budjet oh budjet! Hahaha (masih ketawakan diri sendiri)

January 19, 2013

Misi Menjejak Cermin-Cermin Bandar George!

Bila keseorangan, pastinya bertemankan sepi. Bila berdua, itu lebih baik. Tapi kalau sampai dah 3 orang berkumpul haruslah lebih meriah! (Eh,kalau kumpul bertiga dah jadi perhimpunan haram ke?). Sebenarnya Sejak balik ke Pulau Pinang macam-macam perancangan yang Che Kay dah buat. Tapi yang sedihnya semuanya tinggal perancangan sebab tak da kaki-kaki yang nak join. Bila ABA datang dari Land Below The Wind, maka harus dibuat aktiviti bersama. Walaupun yang datang hanya 2 orang, janji Edisi Meronggeng harus berjalan seperti biasa.

Tahun lepas ketika berlangsungnya Georgetown Festival 2012, salah satu aktiviti yang dijalankan adalah Mirrors Georgetown. Projek lukisan jalanan ni dihasilkan oleh Ernest Zacharevic memberi satu nafas baru kepada Bandar Warisan Dunia ni. Selain dari si Ernest, ada lukisan yang dilukis oleh orang tempatan. Che Kay tahu ramai yang dah kongsi cerita ni di sana sini. Oleh sebab Kak Ngah dan Sumandak dah ada, Che Kay baru ada kesempatan nak meronda bersama.

Memandangkan Che Kay pon masih buta kayu pasal jalan-jalan di Bandar George, gigih ni google cari jalan. Che Kay memilih jalan selamat untuk bermula di Jeti Chew. Senang je nak cari. Kalau kita menghala ke Jeti a.k.a Pengkalan Feri Raja Tun Uda, nanti kita akan jumpa stesyen minyak Kerang. Sebelah stesyen tu la Jeti Chew.


Barulah Che Kay tahu rupa-rupanya kat Pulau Pinang ni pon ada perkampungan atas air. Dan makin Che Kay kagum yang tinggal di situ pulak berbangsa Cina. Selama hidup ni Che Kay cuma tahu di belah Borneo yang banyak perkampungan atas air. Tambah-tambah Kampung Air Sembulan. Eh! situ tempat beli mutiara dan kristal. hehe salah nama kampung ok~

Kak Ngah dan "Children in the boat" di Chew Jetty
Masa di perkampungan Jeti Chew, kami disambut dengan muzik yang dimain oleh satu pancaragam. Lagu-lagunya sungguh riang. Che Kay rasa macam hairan. Adakah begini mereka sambut kedatangan 'pelancong' yang bertiga ini? Kak Ngah dan Sumandak macam dah teruja ja dengan segala muzik. Che Kay kaget bila nampak beberapa orang sedang duduk depan pancaragam tadi sambil menangis pilu. Masing-masing pakai baju hitam. Oh, tidak! Rupanya ketika tu ada kematian di situ. Seorang nenek dalam lingkungan 80-an telah meninggalkan alam ini.
Sumandak dan bot!
Kami tumpang lalu untuk ke hujung 'kampung' untuk menikmati pemandangan laut di situ. Rasa macam kagum la jugak. Di sana nampak pemandangan antara jeti di bahagian Butterworth hinggalah ke sebelah sini. Bagi meneruskan acara pencarian, Che Kay ajak Kak Ngah dan Sumandak berjalan dari Chew Jetty ke Lebuh Chulia melalui jalan Pengkalan Weld. Masa tu dalam kepala Che Kay hanya tahu nak ke Lebuh Ah Quee. Sedang kami dah berjalan di Lebuh Chulia, sekali kami jumpa lukisan di bawah ni. Apa lagi terus bergambar!

Kak Ngah dan "Children Playing Basketball" di Gat Lebuh Chulia
Baru-baru ni Che Kay bawak Abang Ngah berjalan pi tengok di lukisan atas ni, malangnya sekarang yang tinggal hanya tiang. Gelung bersama jaring dah hilang. Apalah nasibkan. Orang lain dah buat elok-elok, mungkin ada orang lain buat onar di situ. Di seberang jalan dari lukisan kanak-kanak berbola bakul, kami jumpa pula gambar di bawah. Di kawasan ni ada orang jual tshirt la poskad la buku nota la. Kami pon ada jugak borong poskad untuk bagi kawan-kawan. Selain tu boleh jugak beli peta untuk panduan mencari lukisan.

Che Kay bersama "Brother and Sister On A Swing" di Stey By Step Lane.

Che Kay rasa agak sengal la jugak sebab di kala tengah panas, diriku sanggup berkardigan bagai. Peluh jangan cakaplah. Si Sumandak dok kata Penang lagi panas dari Kota Kinabalu. Hehe. Kami meneruskan berjalan kaki dari Step by Step Lane ke Lebuh Ah Quee. Budak dan motorsikal ni sebelum ni Che Kay dah jumpa bila tengah sesat nak cari Kedai Nasi Kandar Kassim Mustapa. Tu yang yakin je berjalan ke sana.
Sumandak dan "Boy On A Bike" di Lebuh Ah Quee.
Memandangkan lukisan-lukisan ni semua dah popular, kalau datang hari minggu kenalah banyak bersabar. Ramai orang lain yang teruja nak bergambar macam mana kita pon beria nak berposing tak hengat. Cuma sayangnya lukisan "Little Boy with Pet Dinasour" tu dan tak berapa nak lawa. Ada ketulan-ketulan dinding dah runtuh.


Ha! Masa malam hari yang Che Kay bawak Abang Ngah tunjuk lukisan-lukisan ni, Che Kay beria nak takutkan dia. Masa kami di Lebuh Ah Quee, kawasan dia gelap gelita. Berbekalkan lampu kereta, Che Kay kata kat dia. "Hang jaga-jaga sikit, hang tengok kat ataih moto tu ada nampak budak tak?". Abang Ngah dah cuak semacam je. Hehe.
Che Kay dan "Little Children On A Bicycle" di Lebuh Armenian
Dari Lebuh Ah Quee kami berjalan ke Lebuh Armenian untuk berjumpa budak-budak kecik di atas. Masa ni Che Kay dah tak tahan panas. Makanya kardigan pon dah tertanggal. Sesungguhnya lain kali aku dah tak sanggup nak berpakaian macam ni lagi. Rasa seksi sangat!
 
Kak Ngah dan Sumandak di Lebuh Armenian.
Tak tahu siapalah yang lukis Polis Traffic ni.

Sayangnya lukisan Old Man ni dah makin pudar.
Masih di Lebuh Armenian.

Ketika di depan lukisan Lelaki Tua di atas, ada seorang penganyuh beca berbangsa India tegur Che Kay. Dia beria cakap English. Dia teruja nak tahu Che Kay dari mana. Dia tanya "Sir. are you from India?". Ha! Terkedu aku kejap. Adakah pakaian aku hari tu menampakkan aku ni seperti pelancong antarabangsa? Haha. Che Kay terus cakap Melayu dengan dia.

"Reaching Up" di Lebuh Cannon
Dari lukisan orang tua tadi, kami berjalan ke hadapan memasuki Lebuh Cannon. Inilah lukisan terakhir yang memerlukan kami berjalan. Che Kay tahu Kak Ngah dan Sumandak dah penat gaban. Tengok muka masing-masing dah macam tak ada mood ja. Sebelum ni Che Kay tengok budak ni konon-konon nak ambil botol. Masa kami sampai botol dah tak da. Yang ada hanyalah anak patung. Adakah botol yang digunakan sebelum ni dah kena jual? Ha persoalannya. Lepas lukisan ni kami meneruskan pencarian kami naik kereta pulak. Sebabnya lukisan lagi 2 ni agak jauh untuk berjalan.

Sumandak dan "Little Girl In Blue" di Muntri Street.

"The Awaiting Trishaw Paddler" di Penang Street

Masa dah sampai ke lukisan Anak kecil berwarna biru dan pak cik beca ni, awan pon dah mula nak rintik pilu. Kami berposing sepantas mungkin. Kemudian barulah kami mencari makanan. Dengan kepenatan berjalan ketika cuaca panas, hanya tuhan saja yang tahu betapa puasnya Che Kay dapat menikmati segala 'cermin-cermin' di Bandar George ni. Nasib baiklah Kak Ngah dan Sumandak ada. Terima kasih banyak-banyak sebab diorang bersabar je dengan paksaan Che Kay untuk tawaf Bandar George. =)

p/s: Oh, ya! Kami bertiga rasa sunggoh poyo pakai baju HatYai! 

January 18, 2013

Hanya di Majalah...

Kalau dikira, tahun ni akan masuk tahun ke 12 untuk Che Kay dan majalah EH. Sejak terpesona melihat Maya Karin menjadi cover, Che Kay masih lagi membeli sehingga hari ni. Dulu Che Kay betul-betul suka majalah ni. Kemudian yang membuat Che Kay tetap beli juga majalah ni sebab Che Kay suka baca kata-kata Wirda Adnan ruang tulisan editor. Bila Asiah Moin dah ambil alih ruang tulisan tersebut, Che Kay tetap beli sebab ruangan Wirda Adnan ada lagi di bahagian belakang majalah. 

Setiap bulan Che Kay tetap cari majalah ni sebab nak baca tulisan Wirda dan Asiah Moin. Situasinya seperti kita yang suka baca blog orang. Setiap kali blogger kegemaran update blog harus kita klik dan baca. Macam tu lah Che Kay, angkat, bayar dan baca. Tapi sejak Wirda Adnan dah tak menulis di Eh, majalah ni Che Kay sekadar beli, belek-belek dan baca dan patut. Mungkin sebab 1 dekad dah terbiasa membeli, Che Kay tetap beli walaupon adakala disimpan buat koleksi. (boleh gitu? buat semak bilik ada la. Tu tak termasuk koleksi yang disimpan secara tak rasmi kat Damansara. Jangan si tuan rumah tu buang koleksi i yang bertahun-tahun tu sudah la). 


Semalam semasa tengah bekerja, sahabat sejatiku (sejatikah kaedahnya?haha) si Miss Ifa Raziah (bukan nama sebenar) hantar sms. Katanya sms tu "Budak tu ada dalam majalah favourite ko," ( juga bukan ayat sms yang sebenar). Che Kay pon ala-ala terkejut terus tanya cover mana? Rupanya dah beli masa bulan lepas. Kebetulan keluar awal pulak untuk edisi Januari 2013. Dah beli Che Kay simpan atas almari bersama majalah-majalah lain yang tak terbaca.


Jadi malam tadi Che Kay pon beleklah majalah yang bercoverkan si Shila Amzah. Rasanya kalau si Miss Sabrina tahu aku ada majalah yang bercoverkan minah ni harus dia carut-carutkan aku 7 hari 7 malam. Haha. Bila dah belek sampai muka surat yang satu, aduhai! Dalam hati tak tau nak kata.Rasa berbunga suka pon ada. Akhirnya masuk jugak la kan dalam majalah ni. Walaupon hanya bersua dalam majalah, hati Che Kay tetap berasa bangga. Mesti family lagi bangga dari apa yang Che Kay rasa. Apa pon Che Kay dari jauh mendoakan Ajid dimurahkan rezeki dan dipermudahkan perjalanannya nanti. Tak sangka sunggoh my favourite person (ada ke istilah ni?) masuk dalam my favourite majalah. =)

p/s: Walaupon sekarang si Wirda Adnan dah ada majalah baru, rasanya pernah sekali je kot beli majalah tu. Tu pon sebab cover dia Ning Baizura. Hehe. Aku rasa tauke EH! ada taruk mandrem, tu yang buat aku tetap beli sampai sekarang.

January 14, 2013

Tercipta Untukmu...

Che Kay tak pasti la sama ada kawan-kawan yang ada di Muka Buku sana tu pernah membuka blog MJ ni. Rasanya kebanyakkan yang baca blog ni lebih kepada rakan-rakan blogger dan juga orang yang tersesat ketika sedang menggunakan Cik Google. 

Seandainya ada yang membuka MJ hari ini, Che Kay nak tujukan salah satu lagu kegemaran kepada pasangan mempelai yang telah melangsungkan ikatan suci pada minggu lepas. Minggu ini berlangsung pula majlis di sebelah mempelai lelaki. Lagu ni dah lama Che Kay minat. Jika dikirakan tahun ini mungkin genap sedekad kewujudan lagu tersebut. 10 tahun dahulu terguling-guling Che Kay kat Kolej Perindu layan lagu ni ulang tanpa henti sampai esok pagi. Punyalah minat katakan. =)

Kepada kedua mempelai, hayati bait-bait lagu indah ini. Che Kay tak ada harta atau hadiah yang terbaik untuk diberikan. Hanya doa untuk kalian. Semoga berbahagialah hendaknya. 


"Sedalam cinta sayangi dirinya
Jangan pernah ada air mata
Bahagiakan selalu tercipta untukmu

Setulus hati kasihi dirinya
Tawa dan duka biar bersama
Dakaplah cintanya di dalam rindumu

Bintang, bulan dan matahari
Turut samakan tersenyum
Melihat indah kehidupanmu
Walau sehingga memutih rambutmu"


p/s: Bila menghadirkan diri ke walimah kawan-kawan, Che Kay turut menumpang rasa kebahagian yang sedang berterbangan di udara. Walaupun bersendirian, rasa yang hadir dalam hati itu mendamaikan bila melihat kawan-kawan bahagia... =)

January 9, 2013

Wawasan 2020 ...


Pagi ini ketika hendak ke tempat kerja, Che Kay ternampak perkataan 'Wawasan 2020' di cermin belakang kereta Proton Wira. Oh rasa sungguh klasik perkataan itu. Maklumlah sudah 22 tahun wawasan tersebut dibentangkan. Kalau dicampur tolak, insyaallah lagi 7 tahun sahaja untuk tiba masanya. Adakah kita semua bersedia?

Sebenarnya Che Kay ketawa sendirian dalam hati bila mengenangkan Wawasan 2020. Masihkah kalian ingat ketika wawasan ini dilaung-laungkan oleh pemimpin ketika itu? Bagi yang sezaman dengan Che Kay, ketika itu kita semua di bangku sekolah, masih lagi menjadi kanak-kanak Milo yang setia menantikan van tersebut datang ke sekolah.

Mungkin sebab ketika itu, tahun 2020 dilihat sebagai tahun yang penuh dengan kemodenan yang melampau dan tak capai dek akal memikirkan zaman itu. Che Kay dah kira siap-siap kalau masih hidup pada tahun tersebut umur Che Kay sekian-sekian. Masa sekolah Che Kay dah terbayang masa tu Che Kay kaya raya. Haha dasar kanak-kanak Milo katanya~

Che Kay masih ingat ketika tahun 1993, Cikgu Jupri (guru kelas ketika itu) suruh buat satu lukisan sempena kemerdekaan untuk tahun 2020. Berbekalan krayon Buncho kegemaran, Che Kay dengan penuh semangat menghasilkan 'karya agung' dengan harapan lukisan itu akan dipamerkan.

Dalam imaginasi ketika itu, fesyen manusia untuk tahun tersebut akan mengenakan pakaian serba metalik bersama helmet yang ada pelindung muka. Alasannya semua itu melindungi kulit dari pancaran UV. Tak silap Che Kay isu yang sering dibincangkan di sekolah dan juga majalah kanak-kanak adalah isu penipisan lapisan ozon. Kalau kena UV nanti boleh jadi kanser kulit katanya. Jadi Che Kay bayangkan masa tahun 2020 lapisan ozon memang dah tak da. Sebab tu lah Che Kay lukis manusia bersama pakaian metalik ala-ala Angkasawan. Hahaha.

Selain daripada fesyen metalik itu, Che Kay ada juga melakarkan kereta terbang menghiasi lukisan. Nak buat macam mana, dari mata kanak-kanak itu tahun 2020 dibayangkan semua kereta dah tak bergerak di atas jalan. Semua kereta akan terbang di ruang udara. Makanya jalan dah tak sesak, udara pulak yang sesak. Rasanya mesti ketika itu Air Asia pon dah tak boleh cari makan kalau semua kereta boleh terbang.  

Serius Che Kay geli hati bila terkenangkan semua ini. Sayangnya Che Kay tak ingat sama ada lukisan itu ditampal di ruang pameran atau tidak. Oh, Wawasan 2020! Kamu bikin imaginasiku terbang tinggi... Sila salahkan filem-filem Hollywood!

p/s: Agak-agaknya apa pula imaginasi kamu ketika 20 tahun dahulu ketika memikirkan tahun 2020? hehe

January 7, 2013

Kisah Malam Tahun Baru...

Di kala menjejak ke tahun baru, semua orang memasang azam agar tahun barunya akan memberikan 1001 kebahagiaan dalam hati. Che Kay pula pada hari terakhir tahun lepas barulah berazam sesuatu untuk tahun 2012. Azamnya hanyalah untuk memiliki karpet dari tapak pesta. Haha. Azamlah sangat kan~ Bukan apa kebetulan macam tak tahu nak buat apa, makanya dijejakkan kaki ke Tapak Pesta semata-mata untuk mendapatkan karpet yang murah. Harus diingat ketika hari tu orangnya maha ramai. Nak jalan pon susah. Jadi demi sebuah keazaman yang ditanam dalam hati, Che Kay gigih merebut peluang bersama makcik-makcik, opah dan pembantu rumah mendapatkan keinginan kami.
Pada mulanya Che Kay sudah berputus asa ketika mengusha karpet. Berpeluh sakan nak berebut. Tapi entah macam mana ketika 20 minit sebelum tahun baru, mata terpandang karpet belang dan penjualnya menjerit "20 ringgit, 20 ringgit!". Ha aku peduli apa terus tarik karpet tu suruh Pak Cik India tu gulung. Haha kononnya azam 2012 pon tercapai akhirnya~ (rasa macam keji je buat azam macam tu. hihi)

Yang sebenarnya Che Kay nak cerita pasal kejadian 30 minit selepas tahun baru. Ketika itu di bahu kiriku penuh dengan beg besar yang berisi Mamee dan jajan. Di bahu kananku pulak beg besar berisi produk Teh Cap Chek Hup. Dan di leherku pula digantung sling beg. Masa tu tak ingat kat mana aku sangkut majalah dan buku baruku. Oh sebelum terlupa di celah kangkang di tahan pula karpet baruku. Dah macam ahli badut sarkas pulak masa bawak skuter nak balek rumah. Hanya orang yang gigih sahaja yang akan bawak kereta ke tapak pesta ketika itu.

Tak jauh dari tapak pesta ada polis buat sekatan jalan. Dengan keadaan Che Kay yang sedang sarat membawa barang-barang hasil 'kutipan' di pesta, Che Kay pon berhentikan motor. Encik Polis yang ala-ala serius pon berkata "Sila keluarkan lesen dan IC."

Lalu Che Kay memandang Encik Polis dengan muka ala-ala tak percaya. Che Kay pon kata la kat Polis tu, "Encik rasa-rasanya saya yang macam ni ada muka merempit tak? IC dengan lesen dalam beg (sambil menunjuk pakai mulut ke arah beg)". Sambil tu cuba buat muka untuk meraih simpati Encik Polis. Entah macam mana Encik Polis pon berkata " Ha jalan".

Hehe Geli hati pon ada. Ye la polis ni tahan aku yang muka tak ada langsung ciri-ciri perempit sejati yang nak merempit malam tahun baru. Lagi pon ada ke Mat Rempit  merempit bawak karpet? Bangla atau Pakistan bawak karpet ada la. Erkk! jadi aku bawak karpet malam tu boleh join angkatan Pakistan Karpet kah? Fikir-fikir dan renung-renungkan~ 

Ni la karpet murah tu. Tak de la lawa mana.Sekadar memenuhi azam 2012. Saja upload kat sini sebab ada kawan nak tengok. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...