February 25, 2013

Bila Besaq Nanti...


Malam semalam masa tengah kebosanan, Che Kay layan lagi sekali cerita Keluarga Iskandar. Dalam cerita tu CK suka sangat tengok budak yang wataknya nama Om. Watak dia agak lawak jugak. Episod yang CK layan berkisar tentang mak bapak si Om risau akan masa depan dia. Bila mak dia tanya Om nak jadi apa bila besar nanti, si Om dengan selamba jawab nak kerja yang angkat tiang turun tiang. Abang dia terus sampuk kata adik dia nak jadi Pak Guard rupanya. Terus CK teringat satu jawapan lucu dari Abdul kesayangan.

Gambar kat atas ni ntah berapa tahun dulu. 3 abdul la ni pon dah besaq. Abdul Rhenjong dah tingkatan 1. Abdul Chomey pulak dah darjah 4. Dan Abdul 'Ustaz Don' sekarang dan masuk tadika. Ada satu malam masa tidoq dengan budak-budak ni CK pernah la tanya apa cita-cita depa bila dah besaq. Biasalah soalan yang umum bila sembang dengan kanak-kanak riang. Macam masa kita kecik-kecik dulu, sedara mara, mak bapak dan cikgu-cikgu suka tanya soalan ni kat kita semua.

Abdul Rhenjong dengan tak ada semangat dia pon menjawab dia nak jadi doktor. CK macam kagum dengan jawapan dia yang tak bersunggoh. Masa tu Abdul Chomey mencelah mengatakan abang dia nak jadi doktor gigi sebenaqnya. CK pon tanya la awat tak mau jadi doktor biasa. Abdul Rhenjong kata dia tak boleh la tengok darah banyak sangat, bagi dia doktor gigi tu kurang mengadap darah macam doktor biasa. Ok la cita-cita tu. Doktor gigi kan boleh buat banyak duit.

Bila ditanyakan kepada si Abdul Chomey, dengan semangat waja dia kata dia nak jadi Bomba. Bagi dia si ahli bomba ni kerja dia senang ja. Main semboq-semboq ayaq ja kat api. CK pon terangkan pekerjaan bomba yang sebenaqnya kat dia. Lepas tu CK habaq kat dia kalau nak jadi Bomba kena la badan gagah perkasa, bukannya berlemak macam sekarang. Kalau nak tahu dia la ni pakai seluaq saiz 30! Dah banyak kali CK gempaq Abdul Chomey nak daftar dia kat Gym untuk kuruskan badan. Hahaha.

Sesudah bersoal jawab dengan Abdul Chomey, Pak Lang depa ni pon tanya soalan kat Abdul 'Ustaz Don' bila besaq nanti nak jadi ada. Sekali dia jawab "Adik tak mau besaq!" dengan garang sekali. Pak Lang dia pon tanya lagi kenapa dia tak mau besaq? Dengan selambanya Abdul 'Ustaz Don' menjawab "Adik tak mau besaq sebab tak mau jadi macam Abdul Chomey. Adik nak besaq ni saja (sambil tunjuk badan dia yang kurus)." Terus dia senyap dan pusing untuk tidoq. Aduhai! Pak Lang dia ni dah tergelak dengan jawapan si kecik tu. Tanya lain, lain pulak dia jawab. Mungkin dia belum dapat bayangkan zaman kedewasaan. Tapi tak tahan gelak bila dia tu takut jugak jadi budak XXL! Hahaha.

February 2, 2013

Hadiah Dari US...

Macam biasa masa balik dari kerja, aku akan pastikan bukak peti surat. Adakalanya kalau hujung minggu sebelum naik tangga tu, tangan mesti gatal jugak nak bukak peti walaupon dah tahu posmen memang cuti. Hari ni bila bukak je nampak surat insuran, kemudian hati tertanya apakah itu kotak kecik bewarna coklat?

Nampak ja nama aku kat kotak ni dah rasa nak menari riang dekat situ jugak. (Walaupon hakikatnya aku tak menari, yang menari-nari hanyalah hati aku! hehe).  Siapalah gerangannya yang bagi hadiah kat aku ni? Dah la pos dari US gitu! Bukan Ulu Semenyih dan juga Ulu Seremban ye. Jauh dari Amerika gitu. Hati-hati gitu aku bukak kotak ni.


Oh Yeah, Oh Yeah! Nampak tak apa dia tulis? #!@@$%#$#%^  has sent you a gift. Sungguh manis la hadiah ni.Dah la aku suka lagu-lagu dalam album ni.Makin bertambahlah koleksi cd yang dikumpul. Ala-ala bakal masuk dalam kotak bersama cd-cd lain. Nak buat pameran tak boleh, ruang dah terhad.

Walaupon lagu-lagu dia semua dah dengar berulang kali dalam mp3 player, bila dapat cd lagu ni aku tetap suka! Sebab dia terbang jauh dari benua Amerika. Terus nak buat aksi mulut ternganga dan tangan di bahu sebab terlalu suka. haha.

Kalaulah ada autograph kan best! Bapak aku yang balik dari surau dua-tiga kali tanya aku dapat apa. Bila jawab dapat hadiah,dia tak puas hati. Dia tanya lagi. Akhirnya aku jawab dapat CD. Dia tanya CD apa? CD Ning Baizura ka? Hahaha. Lucu betullah ayah aku. Dia tau anak dia ni dulu gila Ning Baizura. Yang itu masih minat. Yang ni adalah keminatan zaman sekarang. =D


p/s: Berangan sangatlahkan dapat hadiah. Hadiahlah sangat! Kau sendiri pegi login kat Amazon, kau sendiri bayar pakai duit sendiri dan lepas tu suruh orang Amerika tu pos untuk kau. Laju jugak diorang hantar. Pesan 20/1, 1/2 dah sampai. Jangka masa dia macam aku pos barang-barang masa pindah dari Sabah balik Penang. Hihi.Btw ni hadiah sempena rajin bekerja. Boleh gitu?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...