December 13, 2009

Kisah Jalang

Pertama kali ini bukanlah cerita yang kena mengena dengan perempuan jalang bertatukan rama-rama di belakang bahunya. Kalau nak tahu cerita Jalang itu, sila ke wayang! Itu pon kalau ada lagi.=P

Sejak akhir-akhir ni, aku sungguh merindui sesuatu. Sesuatu yang membuatkan hidup ini ceria. Walaupon jodoh kami tak panjang, erm kira-kira 3 bulan lamanya, kesannya meruntun jiwa. Dulu ketika dia disampingku, boleh kugenggam dan dakap setiap malam. Dengan dialah aku menjalang setiap hari dan sepanjang waktu. Kini kau tiada, aku pon dah berhenti daripada aktiviti itu.

Erm....Bilakah aku nak kembali ber'Kamera Jalang'? Pertamanya sudah tentu mencari pengganti yang 'hilang'. Buat masa ni yang mampu aku kembali kepada yang lama. Sesungguhnya sepanjang hidup ni, itu kali pertama aku menggunkan telefon kamera. Hairan kan? Padahal ketika di U, ramai rakan boleh berganti telefon setiap semester. Tapi bagi aku yang tidak gila telefon, janji aku boleh berhubung dan bermesej pendek dengan kawan serta keluarga sudah mencukupi. Kamera biasa pon tak pernah ada. Jadi bagaimana aku bergambar segalanya? =) Kawan-kawan kan ada!

Sejak terjebak dalam 'dunia' ini, rasa tak lengkap kalau tidak ada kamera. Selain tu, telefon tu la nyawa untuk bermukabuku dan sebagainya. Telefon tu tidaklah secanggih BlackBerry dan iPhone, tapi 'dia' cukup membahagiakan! Oh Cik Nokia, aku merinduimu~ Sejak kamu tiada, aku sudah tak boleh berjalang lagi. Huhuhu

Kalian mesti akan kata belilah yang baru. Hehehe bila ada rezeki bolehlah beli. Buat masa ni gunalah apa yang ada. Apapon sejak Cik Nokia tak ada, hidup ni kurang berseri.


December 6, 2009

Kisah 5 Sekawan dan Seorang Budak

Di pagi yang suram, 5 sekawan sekadar mampu termenung memikirkan apakah kesudahan perjalanan hari ini. Emosi 'mereka' agak terganggu bila terkenangkan kehidupan, percintaan, persahabatan dan masa depan. Hanya mampu terbaring di sofa sambil ditemani oleh televisyen yang tidak berhenti menyiarkan lagu-lagu terkini. Sarapan pon diabaikan kerana terlalu melayan emosi yang tidak ada penghujungnya.

Bila puas melayan jiwa, terus 'mereka' berdiri melihat dunia luar. Dalam hati 'mereka' berkata, "Dunia ini terlalu banyak perkara yang harus dinikmat. Jadi marilah gunakan masa sebaik mungkin!". Lalu 'mereka' bergegas menyiapkan diri sebaik mungkin sebelum melangkah keluar. Menunggang kenderaan itu menuju ke rumah manis kedua di hujung minggu membuatkan hati 'mereka' sedikit tenang. Mungkin hati tak kan sunyi bila melihat orang ramai yang lalu lalang di depan mata.

Tiba masanya, duduklah 'mereka' di tengah-tengah bilik gelap itu. Menunggu dan terus menunggu. Adakalanya 'mereka' tertunggu-tunggu bilakah layar kosong akan bercahaya? Belum pun bermula, selesai sudah segala yang ada di tangan. Ada yang diminum, ada yang dikunyah, dan ada juga yang ditelan. Sebaik sahaja layar bercahaya, terus terpaku 'mereka' melihat apa yang ada di depan mata. Babak demi babak berlalu, tanpa disedari ada linangan air mata di pipi. Oh, sungguh emosi 'mereka' itu!

Walaupun budak itu hanya paparan satu imaginasi, 5 sekawan itu sungguh puas menontonnya. Sungguh pun semasa kanak-kanak pernah 'mereka' menonton kisah budak ini, namun apa yang dipaparkan lebih mengagumkan 'mereka'. Che Kay, Kaykay, Peyjal, Jan dan Faizal keluar dari bilik gelap itu dengan hati yang ceria.......




p/s: Ketika ini 'mereka' baru selesai menonton salah satu filem kegemaran yang begitu emosi!


December 2, 2009

Konon-konon Kajian Katanya.......

Entah bagaimana hari ini Che Kay tergerak pula nak buat kuiz di Mukabuku. Kaedahnya dah lama tak buat sejak dah bosan bila semua umat Mukabuku berlumba-lumba pamerkan keputusan setiap kuiz diorang. Mungkin Che Kay nak isi masa lapang kot. Lapang ke kaedahnya masa tu? Entahlah!

Tak silap Che Kay, kuiz ini pernah buat masa gila main kuiz. Jadi ni saja la Che Kay nak cuba buat ulasan keputusan tu. Tajuk kuiz tu adalah Kajian Dr Fazilah Kamsah Tentang Sifat Manusia. Hihi entah betul entahkan tidak ni kajian penama tersebut. Kajian ni berdasarkan bulan kita dilahirkan. Mari kita buat 'Lab Report' bagi ciri-ciri terpilih. Hihihi (Nota: Perkataan yang ditebalkan adalah keputusannya, manakala seterusnya adalah ulasan hihi)

Discussion:

1. Sangat seronok didamping - Erm ni tak tau nak jawab. Korang sendiri nilai.

2. Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki - Semua orang ada rahsia kan!

3. Agak pendiam kecuali diransang - Pendiam? tak jugak. Banyak cakap!

4. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan - Erm macam selalu je susahkan orang. hihihi

5. Mudah dipujuk dan bercakap lurus - Boleh la tapi cakapnya kadang kala bengkang bengkok.

6. Sangat menjaga hati orang lain - Hahaha ada jaga hati ke? Mulut jahat tu kira menjaga hati ke?

7. Sangat peramah - Terlebih okey. Dengan kawan-kawan dia je la. hihi. Tapi kalau orang tak tegur dia, dia boleh senyap seribu bahasa. (Betul, tak tipu! Che Kay ni jenis susah nak berkomunikasi dengan orang yang tak tegur dia.)

8. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya - Tak pasti akan emosi mendalam itu tapi yang pasti mudah tersentap. hehehe

9. Berjiwa sentimental - Ya, BETUL! Tahap karatzzzz.

10. Tidak suka benda remeh-temeh - Ya ka? Kawan-kawan kata Che Kay ni cerewet la jugak.

11. Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang - Ha!ni memang ye! Penuh kasih sayang ni dalam hati.

12. Suka menilai orang lain dengan pemerhatian - Adakalanya la ye.

13. Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama - Erm biasalah mengenangkan nostalgia lama.

14. Suka mendiamkan diri - Ni selalunya bila tersentap.

15. Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan - Che Kay ni susah sikit nak berkawan dengan orang.

16. Lemah dari segi kesihatan perut - Setakat ni perut sunggoh SEHAT! hahaha

17. Mudah gemuk kalau tak kawal diet - Betul betul betul!

18. Minta disayangi - Siapalah yang tak nak disayangi. Kawan-kawan sayang pon dah ok. =)

19. Mudah terluka hati tapi lambat pulih - Biasa la Mat Sentap....

20. Terlalu mengambil berat - Adakalanya la ye. Sampai orang pon tak suka.

21.Rajin dalam membuat kerja - Oh, Tidak! Rasanya bila kemalasan melanda, terbengkalai itu kerja. =D


Conclusion: Tak kenal maka tak cinta. Oleh sebab tu sila kenal Che Kay sebelum tuduh Che Kay macam-macam. =P



BTW kalau ada masa singgahlah ke www.lovelygifts.my .
Manalah tahu kalau ada kawan-kawan ada berkenan produk cenderahati.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...