May 29, 2009

Yang Mana Satu?

Erm.....Yang Mana Satu Agak-agaknya?

Berbaju Melayu, bersama manik-manik di bahagian tangan?

Atau Berkemeja sahaja? 

Apa pon nantikan Selasa ini..... 
(wah macam promo kat TV la pulak. hihihi)

p/s: aku bawak kedua-duanya. Jadi, Isnin malam Selasa baru akan aku buat keputusan. Nak undi? Silakan tinggal komen. hahaha

LOMO?? (ia bukan HOMO)

LOMOGRAPHY... Aper tuh? Ianya bukan sejenis homo sapiens yang berkaki dua. Tuan empunya lomography itu yang berkaki. Mudah untuk ke sana ke sini untuk menterjemahkan alam dalam satu dimensi yang lain. Kalau hendak tahu lebih lanjut tentang lomography, sila gunakan enjin pencarian anda. Hehehe. Di sini ingin ditayangkan hasil-hasil seni menggunakan lomo. =)







KERATAN BERITA HARIAN (23/2/2008)




Berminat??? untuk maklumat lanjut sila lawat ke:


@
@

May 28, 2009

Kursus Perniagaan 'Ayam' Di Chow Kit!

Persaingan berniaga pada masa kini sungguh sengit. Dengan pelbagai macam masalah ekonomi yang tidak memberangsangkan, banyak perniagaan terjejas akibat tidak mampu bersaing dalam pasarang terbuka. Kerana memikirkan 'perniagaan' yang hendak dimajukan, Konah pon pergi menimba ilmu di ibu kota raya  metropolitan yang banyak pancaroba itu. Ketika mencari tempat untuk berkursus pon sudah mengundang perasaan yang gundah gulana. Itu belum lagi menghadapi kursus di tempat yang terkenal dengan 'Ayam'-'Ayam' dan 'Kakak'-'Kakak' di situ. Hati Konah tawakal sahaja pada yang Esa semoga dilindungi dari segala anasir-anasir yang kurang elok. Walaupon sudah bertahun tinggal di kota ini, perasaan takut dan berhati-hati masih diamalkan. Bukan apa, manusia tidak boleh dipercayai bila kita berjalan di sini. Pengalaman rakan-rakan yang di'pau' dan di'apa-apa'kan sering menjadi iktibar pada diri Konah.

Walaupun pada mulanya Konah kurang selesa dengan keadaan sekeliling, tapi pandangan itu serta merta hilang apa bila Konah menikmati lanskap yang indah di depan mata. Konah memandang KLCC, terus diri mengatakan Konah masih belum berkesempatan untuk menjejaki ke jejambat antara 2 menara itu. Begitu juga bila mata memandang ke arah Menara Kuala Lumpur. Konah terus tekad dalam hati, suatu hari nanti akan Konah pastikan diri ini akan jejak juga ke 2 monumen yang tersergam indah itu.



Indah kan! Walaupon sudah bertahun 2 monumen ini berdiri megah, mood Konah agak kacau bila terlihat yang bawah ni. Erm bila agaknya yang sekeliling ini akan bergerak seiring dengan kemajuan yang dikecapi?

Okay, mari kita lupakan permasalahan di atas. Konah nak sambung cerita. Konah sebenarnya sungguh teruja nak mengikuti kursus ni. Terbayang-bayang betapa seronoknya tinggal di hotel. Konah memang suka berangan lebih. Tapi akhirnya seadanya Konah terima. Janji nawaitu utama nak menimba ilmu di sini. Mari kita lihat dalam bilik yang Konah menginap untuk dua malam. 


Katil dan bantal-bantal itu sungguh selesa! Konah rasa macam dah lama tak tidor atas katil. Sesekali melayan tidor atas katil sungguh menyeronokkan! Kalau yang perasan tu, tuala ada 3 helai. Oleh itu ada 3 orang la ye yang akan sebilik dengan Konah. Tidak mengapa, semua itu Konah tak kisah. Janji diri ini dapat tidur yang lena dalam bilik yang nampak sungguh 'suci murni' ini. Erm 'suci' ke? Andai dinding boleh berkata-kata, tentu Konah tak tidor malam mendengar segala cerita ceriti itu. =)

Eh! siapa ni? Hihi Okay, ni bukan skandal Konah, dan juga bukan 'pelanggan' Konah. Dia ni adalah salah seorang peserta kursus ni. Beriakan dia memberi aksi yang ala-ala mengawal 'macho'. Hihi. Ntah berapa kali Konah ambil gambar ni. Okay la kan kenangan untuk dia. Erm bercerita tentang hotel ni, satu je yang Konah tak puas hati. Wifi dia hanya ada di lobi. Tak macam di hotel budjet ni,  wifi dia sampai ke bilik. Tu la sebab Konah menghilangkan diri seminggu. Tak dapat la Konah ke dunia maya. Sebenarnya banyak lagi gambar yang boleh dikongsikan. Tapi sebab tak sempat nak pindahkan gambar-gambar tu, ini je yang mampu Konah sediakan. Sebagai penutup cerita, Konah nak tayang sebahagian sijil yang dapat hasil berkursus di hotel ni. Lupa pulak. Lepas kursu ni, Konah pergi taklimat penting untuk masa depan. Nanti bila Konah dah sedia, akan diceritakan perihal taklimat itu.  =)


Ikhlas,

May 26, 2009

Sila Amalkan Ilmu Yang Ada!

Hari ni nak bercerita tentang betapa pentingnya perihal di atas. Orang kata kalau dah ada ilmu, haruslah diamalkan. Kenapa? Kalau tak diamalkan ilmu yang ada macam-macam yang boleh berlaku! Tapi sebagai insan yang tidak sempurna, Cik Kay juga tidak terlepas daripada terlupa mengamalkan apa yang sudah tahu. Hasilnya, bahana itu Cik Kay yang tanggung sorang diri.

2 hari yang lepas, seronok mengutip cili padi atau nama sebutan yang hari-hari Cik Kay sebut cabai melaka. Ya, kepedasan cabai melaka kadang-kadang mengundang makian seperti cabai ini sungguh c*bai pedasnya. Huhuhu. Semasa mengutip cabai melaka tu memang menyeronokkan. Dah la kutip di waktu malam hari. Berteman lambu suluh, mengintai cabai melaka yang merah di celah-celah pokok. Tetiba, Cik Kay menyahut panggilan yang sungguh mengejut. Cik Kay dengan sopan santun menuju ke bilik kecik itu lalu menunaikan hajat nombor 1. Kemudian Cik Kay terus ke bawah menonton TV. 

Tak lama selepas tu, tiba-tiba Cik Kay terasa bahang yang panas. Bukan terasa bahang satu badan. Bahang panasnya hanyalah di kawasan 'itu' sahaja! TIDAK! KENAPA INI SEMUA TERJADI?  Baru Cik Kay perasan yang semasa ke bilik kecik Cik Kay tidak mengamalkan apa yang sepatutnya. Dah la baru  sudah petik cabai melaka. Terlupa pulak yang tangan ni sensitif sikit dengan cabai. Selalu kalau terasa bahang panas cabai boleh mengambil masa yang lama untuk hilang. Jadi, malam itu Cik Kay memang bertemankan bahang panas cabai di 'situ'! Kesimpulannya, jangan lupa mencuci tangan la ye kawan-kawan. Sesiapa yang tak tahu cara mencuci tangan, sila rujuk gambar di bawah. Ingat! Cabai itu tidak C*bai, kita yang pelupa harus dipersalahkan bila mengalami situasi begini. Huhuhu




Ikhlas,

May 25, 2009

Markonah, Jambu dan...

Erm, sebenarnya dah lama nak taip mengenai benda ni. Tapi sebab selalu mengutamakan benda lain, maka oleh itu benda ni selalu tertangguh. Dan apa yang difikirkan selalu sudah berlaku. Bertalu-talu soalan-soalan yang dirasakan tidak perlu dijawab terus dipersoalkan kenapa, mengapa dan adakah kamu.... Jadi pada hari ini jari tergerak untuk melompat-lompat di atas papan kekunci untuk bercerita yang sebenarnya. Hajat untuk bercerita bukan untuk menjawab tohmahan busuk yang telah dilemparkan, tetapi semua ini hanyalah untuk memenuhi hajat hati yang telah tertangguh buat sekian lama.

Blog?
Blog bukanlah perkara yang asing dalam hidup ni. Pada mulanya aku suka menaip blog di laman sosial secara suka-suka. Di sana kebanyakkannya agak terhad. Kita tidak dapat hendak menghias atau menyusun ikut suka kita. Ketika tu memanglah dah ada blogger. Dah siap daftar pon. Tapi masa tu rasa agak 'blur' sebab ada nampak perkataan 'HTML'. Perkataan tu la buat aku rasa macam tak seronok nak menaip dekat blogger. Tapi itu dulu. Sekarang tidak lagi! (^_^). Kini aku boleh meneruskan menaip apa yang dihajatkan di sini tanpa kekangan yang tidak diingini.

Markonah Jambu?
Masa memula nak daftar nama di sini, macam-macam nama yang terkeluar dalam kepala. Daripada nama KayKay, Phesot,Peyjal, Joyah, Bedah, Saodah sampai la kepada susunan nombor mengikut suka hati. Akhirnya nama Markonah juga yang terkeluar. Itu pon mengambil nama sempena watak kegemaran yang dilakonkan oleh penyanyi/pelakon yang aku minta. Cerita ni dah lama tayang di kaca TV. Tahun ni cerita ni disiarkan kembali di TV yang sama. Dari situ la tercetusnya nama Markonah. Kenapa? Markonah dekat dengan hati aku. Seperti dalam profil, "Dalam KayKay ada Markonah Jambu, dalam Markonah ada aku!". Sila layan cerita dibawah untuk memahami dengan sedalam mungkin. Hahaha (ok berangan terlebih sudah!)



Erm, nak sambung sikit. Kenapa ada Jambu di belakang Markonah? Itu fungsinya untuk menambahkan kecomelan nama Markonah itu. Gituh katanya. Jambu ni sering disalahtafsirkan oleh mereka yang berniat jahat. Sebenarnya Jambu sering membuatkan diri ini teringatkan kampung halaman. Kalau di rumah Markonah ada buah pelam, rumah bapak aku ada buah jambu. Namun bukan semua buah jambu itu boleh makan. Contohnya aku, hanya mampu memandang jambu itu dari kejauhan mahu pon dari jarak dekat. Jambu itu sungguh menggoda aku. Tapi tidak pernah sekali aku tewas dengan godaannya itu. Jambu oh jambu! Kita memang tidak ditakdirkan untuk bersama selamanya. Tidak mengapa, aku tetap dapat menikmati kamu dengan mata yang diberikan.


Faizal? KayKay ? Konah?
Ada yang bertanyakan aku, kenapa ada Faizal? kenapa ada Kaykay? dan kenapa ada Konah? Adakah aku mengalami kecelaruan identiti yang kronik? Jawapannya, kenapa tidak boleh? Inikan blog aku. Jadi terpulang kepada aku untuk me'warna'kan perjalanan blog ini. Dan semestinya aku tidak pernah mengalami sebarang kecelaruan apa pon. Aku tetap aku. Seorang insan yang tidak sempurna di sisiNya dan mencuba memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik dari hari semalam. Walaupun pelbagai nama yang digunakan dalam blog ini, orangnya tetap sama. Nama yang berbeza itu digunakan mengikut situasi yang dihadapi. Aku akan terus menjadi diri aku. Tidak pernah aku ingin menjadi sesiapa. Hidup aku adalah warnaku yang tersendiri. Ada yang mengatakan aku yang ada di sini tidak sama dengan apa yang mereka kenali bila di depan mata. Jawapan aku, kamu semua masih tidak mengenali diriku. Pada mereka yang cuba melakukan provokasi terhadap aku, minatku tidak ada kena mengena langsung dengan kamu semua. Aku akan terus menaip segala perkara yang aku minat. =)

Kesimpulan?
Aku adalah Aku.

Ikhlas,


May 16, 2009

Buat Yang Teristimewa...

Hari itu datang lagi,
Tidak pernah lewat walau sesaat,
Membuatkan aku terasa rindu,
Segala perjalanan yang pernah kulalui,
Semoga kalian akan terus dirahmati,
Atas segala apa jua yang telah diberikan,
Untuk aku menjadi seorang insan.
Terima Kasih Semua!
Akanku doakan kesejahteraan kalian.

Mereka yang masih diingatan.....

Sekolah Kebangsaan Ayer Molek

Cikgu Jagjeet Kaur 
Cikgu Habibah 
Ustazah Zaleha
Cikgu Jumaiyah
Cikgu Sachi
Ustazah Ramlah
Cikgu Haron
Cikgu Helen
Cikgu Zainah 
Cikgu Liza
Ustaz Jalil
Cikgu Malek
Cikgu Hashim
Cikgu Waheeda
Cikgu Hasmah


Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau

Cikgu Rokiah
Cikgu Mynah
Ustaz Abu Bakar
Cikgu Junita
Cikgu Chin
Cikgu Zaharah


Sekolah Kebangsaan A.U Keramat

Cikgu Jupri
Cikgu Chan
Cikgu Khatijah
Ustazah Halimah
Cikgu Akmar
Cikgu Nik


Sekolah Menengah Datuk Haji Ahmad Badawi

Cikgu Saleha
Cikgu Zaleha
Sir Ismeet
Cikgu Mohd Amin
Cikgu Siti Rahmah


Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal

Cikgu NoorAzharludin Bakar
Cikgu Wahab Maadah
Cikgu Nuri
(Ya ampun di tengah malam ni aku tak dapat ingat yang lain. Ampun!)

Dan tidak dilupakan kepada semua kawan-kawanku yang menjadi pendidik,
Cikgu Apai
Cikgu Din
Cikgu Asmah
Cikgu 'Buah'
Cikgu 'Kak Chieq'
Cikgu Nyior
Cikgu Mizi
Cikgu Zaiful
Cikgu Man
Cikgu Hazri Minhat
Cikgu Litia
Dan Semua Cikgu...

SELAMAT HARI GURU!!!!


p/s: Buat Dylon a.k.a Noor Adilah Othman, Selamat Ulang Tahun ke-28!

Ikhlas,

May 15, 2009

Kehadapan Mak Nyang...


Kehadapan Nyang yang Ajid rindui,

Harapan Ajid Nyang akan sentiasa sehat sejahtera disamping kawan-kawan Nyang di sana. Tujuan Ajid suruh Pak Lang taip surat kat Nyang adalah untuk cerita kat Nyang apa yang Ajid dah buleh buat. Sebelum tu Ajid nak habaq kat Nyang yang Ajid kat sini sehat di samping Ummi, Abah dan Angah. Kalau Nyang nak tau, nanti Ajid dah tak dok kat rumah Mak Ita. Mak Ita nak dapat 'baby' baru. Nanti Ajid pi dok rumah Cik Ju pulak. Erm, Ajid tak tau la Ajid buleh dok ke tak kat rumah Cik Ju. Sebab Ajid dan besa dengan Mak Ita.


Nyang yang Ajid sayang, Ajid la ni dah buleh cakap. Macam-macam Ajid dah buleh cakap. Tapi Ajid cuma pandai cakap hat pendek-pendek saja. Ummi, Abah, Angah, Along, Wan, Tok, Pak Lang dengan Cu ajaq Ajid cakap macam-macam. Tapi Ajid dapat tangkap sikit-sikit saja. Kadang-kadang jenoh depa ajaq Ajid cakap. Tapi yang keluar dari mulut Ajid kata "Aaaa" saja. Nak buat macam mana. Itu yang mampu Ajid ucapkan. Ha, hari tu Ajid buleh cakap "Asam". Ajid dok main dengan asam. Lepas tu Pak Lang dok tunjuk benda tu sambey sebut nama dia. Sekali Pak Lang renggah gelak bila Ajid kata "Asam". Bukan sekali, tapi Ajid buleh sebut 3-4 kali la jugak. Ajid rasa sungguh syok! Lepas tu Ajid pon dah buleh sebut nama Ajid. Kebetulan Ummi dok pangge Ajid "Jit Jeet". Banyak kali Ummi sebut. Ajid pon pangge la "Jit Jeet". Ummi senyum gembira. Ummi pangge lagi, Ajid sebut "Jit Jeet" jugak. Ummi kata 'Jit Jeet' tu Ajid la. La, Ajid dok kata Ummi pangge orang lain. =)


Erm, apa lagi Ajid nak cerita kat Nyang? Oh ya, Ajid lupa nak habaq. Ajid la ni dah buleh bangun. Syok la bila Ajid buleh berdiri. Tapi Ajid tak tau la pasal apa kaki Ajid tak mau gerak. Tau-tau Ajid dah duduk. Tapi Ajid tetap bangun balek. Kalau Pak Lang mai rumah Ajid, Ajid suka pi panjat belakang dia kalau Pak Lang dok baring. Ajid nak buat macam kuda, tapi Pak Lang selalu tak mau mangkit. Jadi Ajid pi la kat Wan, suruh Wan buat 'Tekuku Mak Iman'. Syok la bila Wan buat. Erm lupa pulak. Bila Pak Lang mai, dia suka lambung Ajid. Ajid syok bila Pak Lang lambung. Rasa macam dok terbang! Tapi Wan dengan Mak Tok suka marah Pak Lang. Depa takut Pak Lang terlepas Ajid. Erm, nanti kalau Mak Nyang dah tak da kerja, Mak Nyang balek la cepat na. Mai tengok Ajid kat sini. Lama sungguh Ajid tak tengok Mak Nyang. Ajid takut nanti Ajid lupa kat Mak Nyang. Okay la Mak Nyang. Sampai sini Ajid suruh Pak Lang taip. Pak Lang kata dia dah mengantok. Nak tidoq. Mak Nyang, Ajid sayang kat Nyang. =)

Ikhlas,
Muhammad Haaziq Uzair Hairudin
(Ajid Jit Jeet) 

May 14, 2009

Misteri Penunggu Dapoq .... (Cheq Seram!!!)

Waktu: Tengah Malam...
Tempat: Dapur Rumah di Pulau Pinang


Kejadian misteri ni agak menjadi-jadi sejak beberapa hari yang lepas. Agak cuak jugak bila macam-macam bunyi yang kedengaran bila tiba tengah malam. Selalunya bila tengah malam, dekat rumah ni hanya aku yang menjadi penunggu. Penunggu depan PC sambil menjadi pemerhati jiran-jiran yang balik tengah malam, hihi (termasuk melihat sesiapa sahaja yang balik 'dating' di kawasan rumah. tak boleh elak sebab tempat operasi dekat tingkap). Erm berbalik kepada kejadian yang berlaku, setahu aku semua orang dalam rumah dah tidoq. Tapi bunyi apakah yang datang dari dapoq? macam pinggan berlaga antara satu sama lain.

Sebelum tu meh cheq nak kongsi cerita, masa rumah cheq kat Johor, kat situ ada sedikit misteri. Katanya ada juga 'orang' lain tinggal di halaman rumah. 'Depa' dok dekat pokok mengkudu. Masa ni cheq masih sekolah rendah. Erm benda-benda seram pon selalu jadi. Setakat nama hang dok kena pangge dengan mak hang sendiri dah selalu jadi. Bila cheq pi kat mak, mak kata "bila masa aku pangge hang?". Lagi satu, selalu la cheq nampak macam lembaga hitam dok berlari-lari kat belakang cheq. Selalu cheq perasan ni bila cheq dok tak jauh dari bilik ayaq. Huhuhu sungguh seram ok! Pak cheq pon pernah kena kacau. Masa tu adik cheq yang dah habih matrik ni masih diperingkat bayi lagi. Masa pak cheq tengah basuh lampin, dari lubang jamban tu dengaq bunyi orang dok teriak (menangis). Huhuhu. Bila pak cheq marah lubang jamban tu, bunyi tu terus senyap. Pada hal masa tu adik cheq dok lena senyap sebelah mak cheq. Huhu seram. Macam-macam lagi la. Tu belum cheq cerita macam mana mak cheq kena kacau. Huhuhu.

Okay, mari kembali cerita pasai dapoq. Masa cheq dok rumah teres dua tingkat dekat Pongsu Seribu, cheq sungguh seram. Kebetulan masa tu cheq dok rhumah tu dengan abang sulung sahaja. Yang lain semua dok dekat Sabah. Selalu cheq alami kejadian misteri ni masa abang kerja shif malam. Bila cheq dok belah bawah, dok selalu dengaq ada benda dok berlari kat atas rhumah. Macam kita dok berlari selalu. Huhu Cheq takut. Bila cheq dok atas lagi la. Bunyi macam-macam dari bawah. Bunyi ada benda berlari tu memang selalu cheq dengaq. Tu belum lagi bunyi macam dok bukak periuk kat dapoq, bunyi dok basuh pinggan, bunyi tarik kerusi dan tolak kerusi dekat meja makan. Semua tu akan jadi bila cheq dok kat atas rhumah. Cheq sampai fobia nak tidoq. Selalunya cheq akan kunci pintu bilik, bukak lampu bilik, bukak radio dan pasang kaset bacaan Surah Yaasin dan boh mod ulang pasang kaset tu. Kalau cheq tak buat ni, memang cheq tak lena la satu malam.

Ha, cheq melalut lagi. Kali ni betui-betui cheq nak cerita pi kat hangpa semua apa jadi kat rhumah cheq baru-baru ni. Tengah cheq dok syok layan MukaBuku sambey dok dengaq radiu, cheq dengaq macam bunyi pinggan. Lepas tu cheq dengaq pulak benda korek periuk nasik, masa ni cheq dah meremang segala bulu yang ada. Ala-ala situasi yang kat ataih ni jadi balik. Lepas tu cheq dengan pulak bunyi sudu dok berlaga. Dada ni berdebar sungguh la. Cheq pi katup radiu bagi senyap serpi, cheq dengaq balik betui-betui. Kali ni cheq tak dengaq satu apa pon. Sunyi ja. Makin cheq meremang lagi. Cheq tekad betui-betui nak bukak pintu bilik (bilik cheq dok sebelah dapoq). "ASTARFIRULLAH HAL'AZIM!" jerit cheq. Cheq sungguh terkejut melihat lembaga kecik macam toyol dok ada tepi meja! Lepas tu cheq dengaq pak cheq gelak sakan dari depan.

Awat la cheq tak terkejut, masa tu dah tengah malam. Anak menakan cheq darjah tiga tu boleh dok senyap tepi meja dok makan nasik! Cheq tak tau la apa nak jadi kat dia. Hangpa nak tau dak, dia ni balik sekolah dalam pukui 7 malam dia makan nasik. Sat lagi balik 'tusyen' pukui 10 malam makan nasik lagi. Ni dah pukui 12 lebih dia buleh makan nasik lagi sekali! Cheq geleng kepala saja. Dia ni harap saja badan kuruih kering. Tapi nafsu melantak nasik lebih kuat dari cheq. Cheq sabaq saja la no. Nak kata apa, budak-budak tengah membesaq. Perlukan tenaga lebih kot. Moga-moga isuk ni dia tak gedempoi sudah la. =)



Cerita Sampingan Untuk Hari Ini:
Tadi sebelum dia pi tidoq, dia cerita kat Pak Lang dia ni yang dia dah tulih lagu hat dia dok dengaq kat radiu. Pak Lang dia pon tanya la, mana dia yang dia tulih. Dengan bangga dia tunjuk kat Pak Lang dia.  Dia kata dia tulih lagu ni langsung tak tengok kat komputer. Dia kata lagi dia dah hapai lagu ni. Sambey dia nyanyi lagu ni, sambey tu la dia pulun tulih lirik lagu ni. Pak Lang dia rasa sungguh kagum. Pak Lang dia sampai la ni tak reti hapai lagu walaupun lagu-lagu Diva pujaan. Erm nak buat macam mana, bab-bab hapai lagu ni bukan kebolehan Pak Lang dia. 

Bila Pak Lang dia tengok balek lirik ini, nak tergelak la pulak sebab kot celah mana la dia buleh minat dengaq radiu X FM. Mungkin sebab Pak Lang dia rajin pasang radiu masa dia dok buat kerja sekolah kot. hihi. Baru-baru ni dia ada mintak Pak Lang dia beli gitar kat dia. Dia kata dia nak belajaq. Kata dia kalau buleh dia nak belajaq macam mana nak main lagu Bunkface, Komplot, Butterfingers. Patut la tiap kali ada lagu kat radiu dia selalu tanya "Pak Lang, Pak Lang, lagu ni tajuk dia apa, siapa nyanyi lagu ni?". Huhuhu. Tok dia kata, erm dia ni turun kot tok wan dia kot. Masa tok wan dia muda-muda, tok wan dia kaki main gitar tong. Hehehe.

Ikhlas,

May 12, 2009

PNG - KB - PNG

Jumaat Pagi: Ada di rumah
Sabtu Malam: Ada kat rumah juga!
Bila yang 'Penang' - Kota Bharu - 'Penang'?: Waktu di antara hari di atas.

Perjalanan yang bermula dengan 'merentasi' awan yang bagaikan dekat dengan tanah. (Erm dalam gambar ni tak berapa jelas bagai mana peristiwa itu). Di pertengahan jalan sebelum menuju ke Grik.

Ketika melintasi Tasik Banding, masa ni dah macam seram teringat macam-macam cerita yang tak seronok pasal Lebuhraya Timur-Barat. Kebetulan ini kali pertama melalui jalan ni. Tapi bila melihat keindahan tasik yang hijau ni, cerita seram pon dah tak ingat. =)

Ketika ini berada di banjaran Titiwangsa, cantikkan hutan tebal ni! Belakang hutan-hutan ni la kot orang panggil Hutan Belum (kebetulan ada nampak papan tanda 'Royal Belum' dekat-dekat sini) Rasa sungguh nyaman. Cuaca pon rasa sejuk je. Satu je yang tak seronok, kedai makan tutup! Dah la perut berkeroncong! Sabar je la. Masa tengok hutan ni kan teringatkan satu novel Akula M.D yang bercerita tentang kanggaru yang tersesat di hutan Malaysia. Kanggaru ni jadi rebutan haiwan lain. Haha macam 'best' je jadi kanggaru tu!

Masa ni dah sampai ke tempat untuk bermalam. Papan tanda 'Avee Budget Inn' betul-betul tepi tingkap! Sebelah papan tanda tu la tempat yang hendak dituju. Matlamat datang Kota Bharu ni nak ke bangunan depan ni la. =)

Ha, nampakkan! Betul-betul depan mata je tempat yang nak dituju. Tu pon tak tahu la berapa lama yang nak kena habiskan masa dekat sini.


Apa la sangat yang boleh dibuat bila hujan membasahi bumi. Jengok-jengok luar, hujan tak berenti lagi, jadi tengok TV je la ye (itu je boleh buat) .  = (  Nasib baik satu je, ngam-ngam nak senja, hujan pon tiada lagi. Dah la dekat tepi bangunan ni ada pulak pasar malam. Kebetulan 'bos' tak nak keluar ke mana, layan pasar malam je la ye.

Sekali agenda hari ini habis awal. 'Bos' pon apa lagi, "Jom balik!". Kita ni nak kata apa, kena la kemas barang. Kebetulan suka dengan katil ni, terus tekan ambil gambo. huhu.

Sebelum berangkat pulang, singgah di pasar yang glamour tu, sempat la rembat cenderamata buat bonda di rumah. Hahaha kopak poket 'bos'!


Dalam perjalanan ke tempat dituju, ada nampak tiga papan tanda binatang yang jarang la kalau nak jumpa kat jalan lain. Masa perjalanan pulang ni ada la pulak, kereta bagi lampu tinggi seolah-olah nak ada Polis di depan. Oh, rupanya ini yang nak jumpa. Siap dia bersiar-siar tepi jalan dengan lemah gemalai. Sungguh teruja okay! Bukan selalu nak jumpa Cik Jah tepi jalan. =D Sungguh SUKA! Balik rumah cerita pada bonda, terus dia bising. Dia kata ada la yang mulut 'gedembai'. 'Bos' dengan rela hati mengaku itu kesalahan dia. Padahal 'bos' tak tahu, yang bawa kereta ni pon 'berhajat' juga. Lagi macam-macam hajat di hati. Minta nak tengok Cik Hari, Cik Jang, Cik Jah dan kalau busuk-busuk tak de Cik Nyet pon jadi la. Hahaha.

Dah penat bawa kereta, berhenti sebentar minum kopi. Berdasarkan papan tanda yang ada 1km dari tempat ni adalah Pulau Banding atau Hutan 'Royal' Belum. Sungguh teruja melihat gambar-gambar yang ada dekat kedai. Macam-macam boleh jumpa di Pulau Banding. Syuk, bila kita nak lepak-lepak sini? Jom! hihi. Ha, dekat kedai sini ada jual sayur-sayuran dan barang runcit. Kaedahnya tengah hutan ni siapa yang nak beli kan. Sekali jawapan kepada soalan tu muncul depan mata. Satu bot penuh orang asli singgah sebentar buat diri terkesima!

Bila tengok jambatan ni kan, sebenarnya rasa kagum dengan kemudahan yang disediakan. Tengah-tengah hutan belantara ni pon tersedia kemudahan untuk kegunaan orang ramai. Lepas tu terfikir dengan usaha yang dicurahkan ketika buat Lebuhraya Timur-Barat ni. Rasa macam sungguh tabik dengan kecekalan para pekerja yang menyiapkan projek ni. Walaupun bukan projek yang orang nampak gah, tapi sekurang-kurangnya memudahkan perjalanan kita semua. 

Ketika lalu di tempat yang sama semalam, awan masih menjadi peneman sepanjang perjalanan hari ini. Badan sungguh penat tetapi hati rasa gembira menikmati alam. Walaupun pelbagai cerita diberitahu tentang jalan belakang ni, sekurang-kurangnya lebih baik dari lalu jalan Tapah - Cameron. Itu kenangan yang tak sanggup nak ingat. Lebih seksa rasanya daripada lalu jalan ni. Sampai je rumah, terus berada atas talian. Hihi sungguh semangat! Jika diberi peluang, pasti nak ke Kota Bharu lagi! Kali ni nak menikmati apa yang tak sempat. =)


May 11, 2009

Di Malam Yang Sunyi (Kejiwangan melanda diri...)

Malam ini sungguh sunyi ditemani dengan rintik hujan. Suasana yang dingin membuatkan diri dilanda sesuatu di dalam perasaan. Yang pasti ini bukan perasan. Semua ini membuatkan terkenangkan kisah dahulu kala. Ditambah kejiwangan dalam jiwa bila jari 'melangkah' ke TiubKamu mencari lagu yang mengingatkan memori itu. Huhuhu. Bukan sedih, cuma perasaan itu masih terasa di dada...

Suatu ketika dahulu....

Pada mulanya,

Hadirlah Kasih - KGB


Bila kehadiran itu telah kuterima, ini pula yang terjadi...
Pergilah Sayang - Korie & Ella



Cuba juga untuk merayu...

Kembalilah - Amy Mastura

Akhirnya aku terima jua segalanya...

Kini - Feminin

Ketika di hari persandingan dengan teruna impiannya, inginku hadiahkan  lagu ini buat dia...

Tercipta Untukmu - Alam

(erm masa tu tak juga bagi lagu ni, bagi hadiah lain. hihi)

Indahnya kenangkan suatu ketika dahulu. Walaupun pahit yang ditelan, masih ada kemanisan untuk dinikmati. Semua ini asam garam kehidupan. =)


Ikhlas,



May 10, 2009

Buat Encik Kapucinoteh ...

Sebagai penghargaan yang tidak terhingga atas 'kerajinan' anda meluangkan masa membuat 'kertas dinding' untuk saya, saya siarkan di sini sebagai satu penghormatan buat diri saudara. hihi.(Ko suka la meng'FaizalPotter'kan aku kan! Untuk si Wan Saman yang nak jadi Wolverine tu dah buat ke? Sian dia nanti. hihi )





Untuk animasi sila klik di sini.

Ikhlas,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...